..

Friday, December 07, 2007

Permasalahan Nasional: Sinema dan Bangsa




he..he..he.

Alhamdulillah... (ini bukan suatu ucapan yang ikhlas drpd aku.)

Nampaknya kutipan Nana-Tanjung 2 the movie karangan Prof. Datuk dr. Tetuan Mohiyudeen Al-Anandaraj telah menjangkau 1-juta ringgit RM dalam tempoh tidak sampai 24 jam ditayangkan di layar perak.

alhamdulillah (pun masih bukan ucapan yang ikhlas... hanya tulisan aku saja)

Nampak gayanya hipotesis manusia-manusia luar negara dan persepsi ahli-ahli akademik luar dan dalam baik yang telah berkubur mahupun yang bakal dikuburkan mengenai tahap-mentaliti bangsa Melayu ada benarnya

he..he..he..

sebagai bangsa Melayu yg mempunyai berbagai2 darah campuran spt, bugis, minang dan beberapa ethnik lagi, terpaksa aku menangkis buat kesekian kalinya walaupun kali ini agak payah....

hujah kali ini adalah

1. Amatlah tidak adil mentaliti sesuatu bangsa itu serba-sadikit boleh boleh dinilai dan diikur dengan tahap sambutan terhadap sesuatu filem, sinetron, mahupun drama/telenovela yang ditayangkan di kaca TV atau di sinema.

2. Kemungkinan ia tidak jelas untuk dikaitkan dengan nilai tahap pemikiran dan tahap kemajuan IQ sesuatu bangsa

3. Ini adalah kemungkinan bangsa-bangsa yang menikmati filem atau drama yang ringan tersebut mempunyai daya pilihan yang sendiri untuk menolak dan reject drama-berat yang selalu mengajak penonton menilai dan berfikir

4. Mungkin disebabkan sesuatu bangsa itu mengalami kemalasan intelektual yg tinggi untuk memikirkan sesuatu yang susah atau di luar skop kehidupan masing-masing

5. Oleh kerana itu terpaksalah sesuatu bangsa itu memilih corak hiburan yang sangat ringan atau telenovela2 percintaan sebagai makanan ruji dan rutin kehidupan masing-masing.


Aku pun tidak tahu sama ada hujah aku kali ini adalah suatu hujjah yang konkrit atau...
suatu hujjah yg bakal menjerut leher aku sendiri.


SAH!!! Barisan Nasional Menang lagi......................


Kemungkinan besar saudara Tetuan-El rastom bakal memainkan lagu kemenangan Barisan di stesen radio beliau nanti.

he..he.he.

Labels: , ,

4 Comments:

Blogger carut sistem said...

bagi aku, pandangan dan proses generalisasi tersebut mungkin benar. Kenap? kerna ianya berdasarkan majoriti, paling besar, dan hebatnya, mentaliti masyarakat hadhari di Malaysia juga masih di tahap itu.

Sedih?

tidak perlu sedih kerna banyak lagi hiburan yang boleh mentransformasikan kesedihan itu kepada kegembiraan.

Mau contoh?

Sila banyakkan menonton filem2 lawak metaliti paras lutut seperti yang tertera

8:01 AM  
Anonymous Anonymous said...

Dengan berkat doa seluruh rakyat Malaysia insyaallah kita akan mainkan lagu Bersih, Bersih, lagu Oh Bulan dan selepas itu lagu lagu propaganda haprak sejak 50 tahun bakal kita longgok di depan satu majlis kemudian digelek sampai lumat oleh sebuah caterpillar hehehe!

4:34 AM  
Anonymous Anonymous said...

Dengan berkat doa seluruh rakyat Malaysia insyaallah kita akan mainkan lagu Bersih, Bersih, lagu Oh Bulan dan selepas itu lagu lagu propaganda haprak sejak 50 tahun bakal kita longgok di depan satu majlis kemudian digelek sampai lumat oleh sebuah caterpillar hehehe!

4:34 AM  
Blogger rastom said...

argggh bertindih pula, delete buang!

4:35 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker