..

Friday, December 21, 2007

Permasalahan Bangsa: Gejolak Godaan Nafsu Sang Pemimpin Bangsa dalam Mencari Pasangan dan Pilihanraya



elhias: Dalam banyak banyak Hindustan seperti Madhuri Dixit, Priyanka, Neelam, mahupun Pooja Bhat, mengapa si-mata sepet ini jugak yang dipilih.


he.he.he..

Sebelum pilihanraya dijalankan, eloklah bangsa melayu ini diberi peringatan untuk memilih sesiapa yang disukai sebagai pemimpin. Iaitu ahli parlimen dan wakil rakyat setempat.

Islam telahpun menggariskan tatacara dalam memilih pemimpin. Salah satunya, pemimpin mestilah seseorang yang beriman dan beramal soleh.

walaubagaimanapun lain-lain rule dalam melantik pemimpin juga mestilah diambil kira kerna ia tergolong dalam kriteria maslahat umum. orang2 melayu seharusnya mempunyai kriteria tertentu dan pantang-larang ke atas mereka dalam memilih pemimpin.

di sini aku tidak mahu membincangkan rule yang dicadangkan oleh Islam tersebut.

Sebaliknya, pada kesempatan ini, sebenarnya aku cuba create satu 'rule' yg ringkas bagi manusia yang bergelar melayu untuk TIDAK-melantik seseorang sebagai pemimpin di atas kriteria2 yang tertentu. (he..he)

Kriteria yang aku maksudkan ialah:

Calon pemimpin berbangsa Melayu yang berkahwin dengan wanita-asing yang memeluk agama Islam kerana hanya sebab-sebab perkahwinan adalah calon yang paling TIDAK LAYAK untuk dijadikan sebagai pemimpin. Kerna ia sudah jelas pasti merugikan bangsa Melayu itu sendiri.

Contoh2 tipikal telahpun wujud. 2/5 daripada jumlah PM Malaysia adalah tergolong dalam spesies ini. Sebab itulah terdapat nama kolej terkenal bangsa asing yang wujud di ibu negara di ambil sempena nama bekas PM Malaysia tersebut. Betapa sayangnya mereka dengan 'ayahanda' mereka dan betapa ruginya orang Melayu itu sendiri.

Bukannya apa, sesetengah Melayu yang berkahwin dengan 'wanita asing' ini selalunya akan terus melayu sebelum tiba waktunya. Kadang2 menyerupai sifat dayus dan TAKUT dan akur dengan perintah BINI. Dalam Islam, dayus dan takut kepada bini ini sa-benarnya tidak layak untuk dijadikan pemimpin apatah lagi jika dipanggil untuk menyelesaikan permasalahan bangsa sendiri yang semakin parah ini.


bukannya apa, sa-benarnya begini...

Lelaki melayu dijadikan oleh tuhan dengan beberapa sifat yang lemah sejak azali lagi. Sahingga kadang2 aku merasakan bahawa lelaki melayu ini tiada apa2 advantage lagi berbanding dengan lelaki bangsa lain (walaupun ada. Ingat! aku adalah sasaorang yg berfikiran -ve)

Oleh kerana kelemahan lelaki melayu dalam berbagai serbi seperti
1. tahap pemikiran
2. rupa-paras fizikal
3. idea dalam pencarian wang
4. kegigihan
6. kepantasan / kegagahan dalam sesuatu

Maka sudah tentu secara DEFAULT, amat sukar lelaki Melayu beroleh pasangan di luar daripada bangsa sendiri. Kebolehan lelaki Melayu dalam mencari pasangan bangsa asing amatlah terhad. contohnya kita boleh bilang dengan jari, berapa ramai antara lelaki Melayu yang berjaya bernikah secara sah dengan wanita sikh, Arab, kulit-putih dan cina-sophisticated dan cina metropolitan (bukan cina-cokia atau cina-bukit yer..!)

Sabenarnya dan pada hakikatnya amat sukar bagi lelaki Melayu utk memikat wanita asing kerana kekurangan yang telah dinyatakan tersebut.

Jika mereka berjaya sekalipun, maka sudah tentulah lelaki Melayu itu bukannya sambarangan. Boleh jadi mereka adalah seseorang yang berjawatan tinggi seperti Sultan, pegawai korporat besar, menteri atau perdana menteri itu sendiri (he..he.he..)


Untuk menjaga hati-pasangan mereka supaya jangan-lari, lelaki Melayu yang berkahwin dengan wanita asing itu akan berusaha-sedaya-upaya mereka memenangi hati pasangan wanita mereka. Ini termasuklah menggadaikan apa jua hak mereka asalkan dapat memenangi hati wanita tersebut demi menjaga ikatan perkahwinan.

Yang menjadi cipan-kuasa-duanya, kadang-kadang bukannya setakat untuk memenangi hati wanita asing yang bergelar isteri itu, malah tumpuan turut diberi untuk menjaga hati kaum kerabat wanita itu seperti ayahanda, bonda, adik-beradik, tuk-nek, ipar-duai, nenek-sebelah bapa, nenek sebelah ibu, bapa-saudara, auntie, rakan-rakan auntie dan rakan-rakan uncle dan perkara2 yang seumpamanya.

Permasalahan akan timbul, jika lelaki Melayu itu seorang pemimpin, ditakuti HAK bangsa sendiri akan tergadai demi menuruti perintah 'ma'am' atau isteri (isteri-isteri) mereka. Maklumlah, manusia yang tiada advantage seperti lelaki Melayu ini biasanya sentiasa dalam keadaan terdesak dan cuba menonjolkan diri dan kadang-kadang terpaksa melakukan perbuatan yang agak aneh dan pelik yang boleh merugikan diri dan bangsa sendiri hanya untuk membahagiakan dan menjaga hati+perasaan pasangannya sahaja. (try hardest to win the heart always. fakap!)


Sa-benarnya kemerbahayaan fenomena perkahwinan-campur ini bukanlah suatu perkara yang baru. Ia telahpun berlaku beratus-ratus tahun dahulu. Contohnya kehancuran/kelemahan dinasti Arab di bawah pemerintahan Bani Abbasiyah di mana para pemimpin2 terakhir mereka terlalu banyak isteri dan wanita2 simpanan di kalangan bangsa Turki, Seljuk dan kaum Buwaih yang menyebabkan kelalaian. Akhirnya penumpuan ke atas bangsa sendiri berkurangan dan hampir melingkup sebelum serangan Tartar di bawah Hulago Khan. (he.he.he.)

Akhir kalam,
pada individu2 Melayu, jika mereka masih sayangkan agama dan bangsa mereka, maka bijak-bijaklah memilih. Tiada apa nak diperkatakan lagi. Maka, fikir-fikirkanlah...!!!

sekian, terima kasih.



imej gubahan komputer. Contoh Harem/Gundik berbangsa Turki yang telah berjaya melemahkan empayar Abbasiyah beberapa ketika sebelum tumbang di bawah serangan Tartar dan Monggol.

Labels: ,

8 Comments:

Blogger ::i'm a dreamer:: said...

aku bukan ape.. masalahnye ialah bangsa2 asing itulah yang seringkali berlegar2 disekeliling aku untuk mendapatkan peluang mendekati dan berkenalan dengan aku.. mereka sangat oppurtunis..

malang bagi aku..
permasalahan klise untuk aku sejak dulu..

p/s:gundek turki itu juga ada mirip2 rakan perempuanku yg sangat tergila2kan aku..

lalalala

9:50 AM  
Anonymous Anonymous said...

he..he...

El-Dreamer,
nyatakan..
Apakah yang kau lakukan setelah gambar wanita2 turki atau perkara2 yang sa-umpamanya itu berjaya men-seduced diri kau.

Apakah kau menyendiri setelah itu ?

semasa bersendiri, apa kau buat ?

he..he.he...

4:08 PM  
Blogger ::i'm a dreamer:: said...

persoalan yang sentiasa mengelilingi aku setiap masa..

eh,ianya bukan persoalan lagi kerna hampir acapkali ter'seduce', aku akan bersenam

ya bersenam!

selepas itu aku tidur la..

sigh.. penat!

9:00 AM  
Blogger Zalisa Maz @ ZN Isa said...

kasian kat lelaki....

3:32 PM  
Blogger Elhakim said...

el-dreamer..

bersenam cara 'gitu' mmg memenatkan.
he..he..he.


el-zaliza

mmmmmmmmm.... jgn terlalu cepat sangat kesian...
he..he.he...

9:32 PM  
Blogger Mak Su said...

Masyallah, urut dada tengok si gadis cantik jelita (foto yang dibawah tu)... haduii....

12:53 AM  
Anonymous Anonymous said...

hmm..gambar....

apa perlunya gambar seperti itu ditempelkan ya? menambah dosa ada ler...

6:05 AM  
Blogger Elhakim said...

eldina yg dihurmati,

bukan aku yang nak letak.
itu, Maksu yang suruh.

he.he.he..

1:04 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker