..

Saturday, January 05, 2008

Pertikaian Ucapan : Masih Tersasul Lagi ?


elhias: apa-apalah..

he..he..he..

Sesuatu yang sangat pelik apabila seorang calon presiden Amerika-Syarikat berkempen melaung-laungkan akan menarik segera keseluruhan bala-tentera mereka di Iraq sebaik sahaja menang dalam pemilihan presiden tiba-tiba berikrar dalam masa yang sama bertekad akan menghapuskan kesemua jihadist, pengganas dan pemberontak Islamists khususnya di Iraq dan Afghanistan bagi menjamin kestabilan politik di rantau itu.


he.he..he

Jika sedang hangat berkempen, apa-apapun boleh "terkeluar".

====================

maklumlah..ia boleh dikategorikan sebagai public-speaking yang bercorak Persuasive-Talks yang boleh diseertikan dengan Jualan Mujarobat Orde Dunia Baru di khalayak ramai.

Bukannya apa, terkenang semasa dahulu, bilamana aku terlihat pedagang-pedagang dari Acheh dan Jawa memperagakan segala kepandaian mereka di hadapan khalayak ramai di Chow Kit Road, Kuala Lumpur. Kepandaian itu termasuk Tarian-Dabus.

Labels: , ,

1 Comments:

Blogger azeel said...

ehmmm .... yang menarik tentang persaingan politik amerika...

satu parti ada 3 orang pesaing .. maka sudah ada 6 org yg bercita-cita menjadi ketua polis dunia.

dan setiap dari mereka menjanjikan 'makanan lazat' utk rakyat amerika.

cumanya setiap kali pelantikan baru, akan ada peperangan yang baru.

mungkin satu tanda ingatan setiap presiden dikenang semperna pemerintahan beliau.

dan rakyat amerika yang sudah dijanjikan macam-macam yang jadi mangsa. dihantar untuk berperang atas tujuan pemonopolian kuasa.

(aku sekadar ketawa besar ... hahahaha .... seolah-olah aku yang dilantik jadi presiden USA)

4:05 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker