..

Saturday, November 29, 2008

Permasalahan: Pengkhianatan dan Teori Konspirasi Ala Malaysia (Yang Menyusahkan Rakyat Sendiri)


elhias: sekadar elhias sahaja


Tiadala aku mengerti bahawa mengapa mereka masih berasa sangsi dengan teori yang mengatakan bahawa kegagalan menaiktaraf kecekapan perngangkutan awam di negara ini adalah suatu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia dan boleh jadi juga suatu konspirasi jahat oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan diri mereka sahaja.

Penghuraian aku tentang kasus ini amat mudah. Iaitu Jika public-transport di Malaysia ini dimajukan maka yang memperolehi keuntungan hanya satu-pihak sahaja iaitu

1. Syarikat public-transport Malaysia sdn bhd.


TETAPI

Jika public-transport TIDAK diusahakan bersungguh2 maka yang memperolehi keuntungan adalah tiga-pihak yang berkait-rapat. Iaitu

1. Pengusaha Otomobil Nasional (termasuk wakil penjual, pengedar/dan pihak finance, bank insuran)
2. Pengusaha yang terlibat dengan Petrol (Petronas dan pengusaha stesen-minyak tempatan)
3. Syarikat Konsesi TOL.

Aku namakan ketiga-tiga entiti di atas adalah suatu group kroni yang berpakat di mana jelas pemerolehan keuntungan mereka pada tahun ini adalah berlipat-lipat kali ganda dengan isu kenaikan TOL dan kenaikan harga PETROL juga kenaikan insuran kenderaan yang boleh dibuat sesuka hati oleh pihak pembuat-policy (flip-flop decision maker).

Nah! hasilnya adalah kemelaratan rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana terpaksa menanggung hutang-piutang hampir seluruh hidup.

------------------

Sebenarnya aku tidak nampak mengapa perlunya setiap manusia yang bekerja di Malaysia ini mesti memerlukan sesebuah kenderaan. Sehingga ia hampir tidak logik apabila jika terdapat 3 orang yang bekerja dalam sesebuah rumah maka terdapat 3-motokar yang wajib utk seisi rumah tersebut akibat kegagalan public transport di Malaysia.

Yang peliknya kerajaan selalu menyuruh supaya rakyat Malaysia jangan membazir terutama di zaman kenaikan harga minyak dunia baru2 ini. Suruhan itu termasuk menggalakkan supaya rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Tetapi dalam masa yang sama, pengangkutan awam di Malaysia ini adalah sesuatu yang tidak boleh diharap.

Aku juga tidak nampak mengapa perlunya setiap rakyat di Malaysia ini wajib membeli kenderaan. Kerana terdapat sesetengah warganegara di negara2 maju yang mempunyai pekerjaan yang stabil tiada mempunyai kenderaan persendirian langsung. Kenderaan persendirian seperti kereta dan motor bagi mereka adalah sesuatu yang optional. Kerna apa? Kerana public transport mereka amat maju, efisien dan amat efektif.

Kerajaan selau menegah rakyat supaya jangan membuat perbandingan dengan negara2 maju dari segi public transportnya kerana Malaysia bukanlah sebuah negara yang setanding dengan mereka.

TETAPI yang peliknya kerajaan Malaysia selalu membuat perbandingan dengan negara yang BUKAN-PENGELUAR minyak apabila kerajaan bertegas utk menaikkan harga petrol tempatan.

Di sini sudah maklum bahawa Malaysia amat gemar membuat analisis terhadap negara yang bukan dalam kelas mereka. dan ini saya namakan sebagai kesilapan mental dalam menilaikan sesuatu atau dalam bahasa mudahnya adalah 'PENYALAHGUNAAN-STATISTIK PERBANDINGAN oleh MEREKA yang TIDAK MEMPUNYAI COMMON-SENSE'.

Sepatutnya persoalan membuat kebajikan utk menyediakan prasarana kemudahan bagi rakyat tidak sepatutnya kerajaan kita membuat perbandingan dengan mana-mana negara. Kerajaan kita sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kita. Jika kerajaan terus-terusan berdolak dalik dengan membuat perbandingan, maka sampai bila-bila pun permasalahan itu tidak akan selesai. Sebagai contohnya:

Kerajaan Zimbabwe gagal menyediakan kemudahan pengangkutan yang efisien bagi rakyatnya. Oleh itu, kerajaan Malaysia tiada mempunyai sebab utk turut sama bersusah-payah menyediakan kemudahan tersebut kepada rakyatnya juga.

Labels: ,

5 Comments:

Blogger gary said...

bravo!

5:54 PM  
Anonymous Anonymous said...

kalau semua dah combine membentuk power berupa kapitalis penindas, maka tunggulah..

hehehehehe....

10:55 PM  
Blogger bash said...

el-hakim, bersyukurlah dgn apa yg ada...

(hehehehe...ayat yg mampu membuatkan elhakim menangis dalam hati)...

true, true, true, memang betol sekali kata2 elhakim (ayat pengampu sempena Aidiladha, duit raya???)

hahaha

anyway, selamat hari raya Aidiladha

3:44 AM  
Blogger rastom said...

Ubah ubah ubah! Bila mau ubah entri baru!!!!!!!

9:36 PM  
Blogger Its me said...

good job gud job

11:32 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker