..

Sunday, May 03, 2009

Checkmate Buat Pembangkang? (Suatu Persoalan)




Dalam situasi terkini pihak kerajaan persekutuan yang diterajui oleh UMNO meraih simpati pengundi, pihak pembangkang haruslah berhati-hati. Sa-dikit kesilapan yang dilakukan, bakal membawa padah pada PRU-13 yang bakal diadakan nanti.

Nampaknya pihak kerajaan BN telahpun melancarkan sisa-sisa 'peluru' yang masih lagi tersimpan dlm simpanannya bagi menutup ketidakseimbangan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh dasar mereka terhadap kaum bukan Bumiputra di negara ini. Justeru itu, hak2 Melayu akan terhakis lagi satu-persatu.

Umumnya, bangsa Melayu dalam hal ini agak payah . Kerana janji DEB dimansuhkan adalah pada tahun 1990. Tetapi ia telah dilanjutkan sehingga kini (???) untuk extra time. Kiranya masa kecederaan lah tu.

Apa yang kulihat, dalam hal ini, BN yang diterajui oleh UMNO seolah2 telah mendapat 'kredit' kerana telah berjaya mempertahankan dengan melengah-lengahkan penghapusan dasar itu. (walaupun status dasar itu masih dipersoalkan tentang tahap keadilannya ke atas keseluruhan bangsa Melayu)


Apa-apapun jua, masa menentukan segala-galanya. Pihak pembangkang haruslah bersepakat dan janganlah mengeruhkan suasana sehingga ia menjadi bola-tanggung pula kepada pihak BN.

Jika pihak kerajaan BN terus-terusan mengamalkan kaedah 'pintu-terbuka', yang menguntungkan kaum bukan-bumiputra, pembangkang berbangsa Melayu tidak boleh berbuat apa-apa. Tunggu saja kesilapan yang bakal dilakukan oleh pihak kerajaan BN jika ada.

Akhir kalam, aku merasakan bahawa manusia yang cenderung sengaja membuat kesalahan, akan sentiasa sengaja melakukan kesalahan untuk kesekian kalinya.

wallahuaklam.

Labels: , ,

3 Comments:

Blogger rastom said...

Masuk uMNO la ni bagus juga, banyak jawatan kosong.

7:21 PM  
Blogger Elhakim said...

hehe...
kosong tunggu pembubaran agaknya tuan elrastom...

1:13 AM  
Blogger rastom said...

Hello Tuan Hakim, sudah pencen memblogkah? Muda muda pun sudah pencen ka? Ada banyak dapat gratuity ka?

8:37 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker