..

Thursday, April 30, 2009

Politik Negara: Kebercelaruan yang Tak Sudah (Suatu Permasalahan)




Blog ini kelihatan sepi bukanlah disebabkan aku terlalu sebok dan sebagainya. Blog ini kelihatan sepi adalah disebabkan senario politik tanahair yang semakin mencurigakan yang menyebabkan aku tergamam tidak sudah.

Aku rasakan baru saja pegawai-pegawai Melayu menghadirkan diri ke seminar-seminar dan simposium-simposium bagi membincangkan Hak Ketuanan Melayu semakin terhakis.

tup. tup. tup.

tiba-tiba orang yang bertanggungjawab mengwar-warkan Hak Keistimewaan Melayu terhakis dengan resminya menghakis satu lagi hak keistimewaan Melayu iaitu ekuiti 30% perkhidmatan awam dibuka utk semua kaum.

Jadinya berpuluh-puluh seminar dan tunjuk perasaan oleh sesetengah golongan termasuk puak ultra-Melayu berhaluan kanan untuk apa ? Aku pun tidak tahu.

sia-sia bagi aku.

Satu lagi senario politik yang membuat aku terkejut besar adalah suatu statement daripada seseorang yang sangat familiar bagi aku yang berbunyi

".....Orang PAS dah jadi macam orang UMNO dah..."

hehe..

hmmm entahlah..



Labels: ,

1 Comments:

Blogger rastom said...

Yang tu bukan perkara baru bro., dah lama dahhhhh ..tapi elok juga orang tu cakap bagi jelas, sejelasnya hehe

9:44 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker