..

Friday, May 16, 2008

Persoalan Pemimpin: Pengesyoran Mat-Tahir bakal di dakwa??? hahaha... janganlah buat lawak



Berita yg dipetik daripada akhbar cabok Star Online mengenai isu pengesyoran agar MatTahir dibicarakan mengenai kes-Lingam bukanlah suatu yang mengejutkan. Sesungguhnya ini bagi aku adalah suatu peluru penyelamat bagi junta Hadhari untuk mengaburi mata rakyat.

Dalam iMNO, Kalkulasi dan ALGORITHMS nyer senang boleh diagak. Jika terdapat mana-mana orang tua yang tak sehaluan dengan arus-perdana, maka ia bolehlah dijadikan sebagai kayu-api, iaitu sebagai alat untuk dikorbankan bagi menaikkan semula kredibiliti parti yang hampir2 tiada.

Terlalu amat sukar bagi aku untuk mengwar-warkan kehebatan MatTahir dan menyanjungi jasa-jasanya kerna kesilapan2 teknikalnya yang lalu, diatas beberapa sebab.

Sebab utamanya adalah penghinaan ke atas Al-Quran yang pernah dilabelkannya sebagai undang-undang di zaman unta. Dan kemudian, statement tersebut tidak pernahpun ditarik balik dan beliau seterusnya mengulangi dan mengulanginya lagi semasa beliau di puncak kuasa.

Bangsa2 kafir pun terlalu banyak mempersoalkan tentang kesucian Al-Quran. Tetapi bagi aku, itu tidak sama jika orang Islam itu sendiri yang mempersoalkannya. Apatah lagi jika orang Islam itu sendiri yang menghinanya.

Bukanlah di sini aku bertindak lebih berkuasa dari Allah SWT kerana telah menjatuhkan hukum. Tidak sesekali. Ini adalah suatu pandangan peribadi aku sendiri.

Apa yang aku lihat, Mahathir bukanlah hero kepada bangsa Melayu tetapi hanyalah suatu entiti yang telah mempermain-mainkan kebodohan bangsa-bangsa Melayu itu sendiri.

Kali ini biar beliau pula menjadi alat untuk dipermain-mainkan walaupun itu hanya sandiwara junta-el-hadhari. Aku akan tunggu dan lihat.

Kegagalan minda Melayu adalah apabila mereka gagal untuk menegur ketua semasa berada di puncak kuasa. Apabila ketua mereka sudah hilang kuasa, barulah mereka berani mengambil tindakan susulan.

"Sekarang ini mode-pembersihan" katanya.

Mode pembersihan yang dilakukan oleh kerajaan skg ini tidak ubah seperti suatu najis yang bertindak untuk membersihkan suatu najis yang lain.

Boleh jua diumpamakan sebagai Najis bertaraf Mughollazah Tahap-pertama sedang membersihkan Najis Mughollazah Tahap pertama-Yang Kian kering.


Yang aku takutnya Najis tersebut bertaut semulaaa....(kerna lakonan itu)

dan bangsa Melayu tertipu lagi...

hehehe...




elhias: Aku pelik. Aku sudah tidak bisa untuk membedakan antara gambar yang di atas dengan yg di bawah. tolong pak!

Labels: , ,

2 Comments:

Blogger rastom said...

Tun Dr el Hakim, janganlah cuba menaikkan darah Tuan Moderator kita dengan kisah kisah RM1000 satu malam karya Tun MahaPambuThir itu. Khabarnya beliau mempunyai pertalian keakraban dengan ramai mantan mantan VIP iMNO, hehehe

5:17 AM  
Anonymous Anonymous said...

tetuan el doktor el restomi,

Tiadalah aku mencari kemarahan sesiapa. Tiadalah jua aku menghina.

Aku menulis bukan utk itu.

Aku telahpun belajar dari MatTahir itu sendiri gaya jawapan bergaya yg penuh diplomasi kununnya.

iaitu:

"Aku tidak condemn sesiapa.
Aku cuma menulis sahaja..."

ELHAKIM ON DA RUN

7:22 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker