..

Friday, February 29, 2008

Persoalan Global: Siapa Menang ?


elhias 1: Kali ini menyaksikan pra-juara-menanti (Mc Cain) vs Mr. Barrack Obama

Jika ada sesiapa menyuruh aku teka siapa bakal menjadi presiden AS selepas Bush? Tanpa berfikir panjang lagi, aku akan menjawab, the other 'chimpanzee' lagi iaitu drpd partai yang sama dalam kepompong Bush.

Maknanya di sini, bukan aku menidakkan kredibiliti Barrack, atau harapan rakyat berbilang bangsa di AS, tetapi senario, permainan dan politiking antarabangsa seolah-olah tiada jua membenarkan selain daripada kultus-kultus konservatif bagi menerajui AS bagi melunaskan tuntutan2 puak mereka yang masih tertangguh.

Abad atau dekad ini, aku melihat sebagai suatu jangkamasa yang lebih memihak kepada mereka dan tiadalah jua sesiapa yang mengetahui bilakah jangkamasa itu akan beralih kepada pihak lawan. Dari aspek nilai2 persejarahan, jika dikaji dalam2, senario keagungan politik di zaman roman juga mengambil suatu jangka waktu yang agak lama sebelum mereka jatuh diganyang oleh seteru mereka. Apatah lagi, kegemilangan empayar-rom moden kini yang berkiblat di Amerika Utara dan Barat Eropah yang baru berumur tidak lebih daripada 200 tahun. (Sedangkan Empayar Rom Barat memerlukan masa lebih daripada 500 tahun baru mereka tumbang).


elhias 2: gajah lawan kaldai. hehe.. secara amnya siapa menang?


Yang paling ketaranya adalah, parti Republikanlah yang aku lihat sebagai sebuah parti yang mendokong cita2 seperti zaman perluasan-kuasa empayar Rom. Yakni selepas 50 tahun kemangkatan Yejus mereka. Walaubagaimanapun, peluang untuk parti demokrat untuk memerintah kali ini mungkin agak tipis. Jika parti Demokrat menang sekalipun, sudah pasti parti tersebut harus jua mendokong cita-cita para pamalu-kapitalis, imperialis untuk menjamin survival mereka semasa mereka memegang kuasa.

Polisi, agenda dan doktrin mereka , tetapkan sama. Tetapi hanyalah pertukaran pucuk pimpinan yang berlainan parti. Itu saja.

==============================

he.he..

Bagaimana Mr. Barrack boleh menewaskan Mrs. Clinton? he.he.. Aku akan menjawab, itu hanya gimmick politik sahaja. Untuk mengangkat ke-agongan Amerika sebagai suatu negara yang bergelar jaguh-demokratik. Maknanya di sini, siapa-siapa saja boleh memerintah Amerika. Tiada mengira asal keturunan, etcnicity dan warna kulit. Kecuali jangan sampai perbezaan ideologi (spt komunis dan Islam sahaja) pula yang memerintah.

Walaubagaimanapun, di sini seolah-olah ada suatu kuasa yang mengangkat agar Obama berjaya menentang Clinton. Supaya apabila pemilihan presiden nanti, kelihatan suatu drama yang agak kontras. Iaitu Obama vs McCain. Hitam vs Putih.


elhias 3: Dari political-gimmick, aku melihat Mc Cain seperti juara-menanti, Sir- Evander-Holyfield menunggu kedatangan Mike Tyson dalam gelanggang gusti di suatu waktu dahulu yang akhirnya kemenangan berpihak keseluruhannya ke atas Holyfield. Walaubgaimanapun kemenangan itu tidak glamour dan popular.



Di situlah kita akan tahu jua, the true-color dan isi hati sebenar keseluruhan penduduk Amerika tentang siapakah yang mereka julang sebagai peneraju mereka nanti. Sudah pastilah pemalu-pemalu neo-con dan pihat2 kultus konservatif menggunakan (by all means) kudrat yang mereka ada untuk menjamin keutuhan dan kepompong mereka daripada pecah.

Misi Afghanistan dan Iraq masih jauh dari tamat.

Walaubagaimanapun jika tekaan aku meleset. Anggap ia sebagai 'immature-prediction' atau suatu congakan dari suatu sudut pemikiran-negatif yang tidak-sehat.

Yang akupun berharap agar tekaan aku itu adalah tidak benar. kerna mempunyai pemikiran yang negatif, bukanlah jua satu keseronokan yang abadi.

he.he.he.

sekian, terima kasih.

Labels: , ,

..

Thursday, February 28, 2008

Persoalan Global: Keajaiban Bermula. Kiamat semakin hampir ?


elhias: The whitest American Black among African-American. Adakah itu punca kemenangan besar Obama-Barrack sebelum ini ? atau dia hanya menumpang populariti kerana hampir menyerupai iras penyanyi MAWI dalam versi tua ?





Elhias: Troops stay in Iraq ? Another silly mistake made by Clinton&Clinton.



hehe..

Gila! sungguh tak percaya, apabila 'nigga' dapat mengalahkan orang kulit-putih di tempat yang mempunyai majoriti penuh orang kulit-putih dalam suatu siri undian di AS baru2 ini.

Rasa macam tak percaya. dan agak gila. Nigger hampir mengalahkan orang-putih dlm pertandingan pemilihan calon presiden AS dari partai Democrats.

Dulu ada juga terdengar nama2 hebat seperti Martin Luther King JR., Malcolm-X dan sen. Jackson. Tapi tak lah sehebat Osama (Obama) ini.

Memang gila kali ini!

Seterus ini, jika terus menang justru dapat merebut gelaran sbg presiden AS berkulit hitam pertama setelah dapat mengalahkan calon Republikan, MEMANG GILA!!! memang gila!!!
ya!!! memang gila... dunia dah gila!!!

Ah! Tak mungkin Nigger boleh jadi president Amerika Syarikat..lambat lagi...
tapi apa jadi kalau memang betul??? si-nigga itu jadi president US kali ini ???

sungguh gila sungguh gila???!!!

kalau betul2 menjadi....

Adakah kegilaan ini dapat memberi kesan kepada pilihanraya Umum di M'sia kali ini?
itulah yang menjadi persoalannya.

he.he.

gila!!! hmm tidak payah memikirkannya lagi. Tidur lagi baik.


elhias: Faktor kekalahan kemungkinan disebabkan bayang2 Clinton dalam diri Hillary. iaitu sex-Scandals dan Adultery. Mungkin juga kewibawaan yang tercemar dgn hujjah2 kurang bijak yang memualkan. atau terlalu 'sexist' ?

Labels: , ,

..

Wednesday, February 27, 2008

Persoalan Negara: Cerita Sebiji "Telur itu" (he..he.)




sebiji telur
Tidakkan selama-lamanya menjadi telur
Bilakan ianya pecah
apakah menuruti bapanya?

walaubagaimanapun, telur itu masih disoket pembaringannya.
belum tiba masanya untuk bangkit.
masih di tahap lama.
Empat tahun lepas.

aku bertanya pada diriku.
ini rahsia kita.
biarkan rahsia menjadi rahsia.
aku seorang adja mengerti.

hehe..

Labels: , ,

..

Persoalan Kempen : Antara Mitos dan Realiti


elhias: pssstt...Bozo! hang pakai cermin mata lagi lawa naa...! he.he.

Sumber: Harga Petrol Tidak akan Naik

Memang tidak dinafikan, kerajaan semasa memerintah, sedikit sebanyak ada jasanya kepada rakyat. Jika aku nyatakan tidak, aku berbohong.

Memang tidak dinafikan jua, kerajaan semasa memerintah, banyak kezalimannya kepada rakyat. Jika aku nyatakan tidak, aku juga berbohong.

Permasalahannya, pro-dan-kontra sesuatu parti yang diisytiharkan menjadi pemerintah hendaklah ditimbang dan diadili sepenuhnya oleh rakyat secara terperinci. Walaubagaimanapun itu terpulanglah kepada otak, justifikasi rakyat itu sendiri. Manusia yang bijak, selalunya payah untuk ditipu. Manusia yang bodoh pula adalah sebaliknya.


he.he.he...

Walaubagaimanapun, suatu perjanjian oleh seorang menteri baru2 ini yang menegaskan bahawa harga petrol tidak akan naik selepas kemenangan parti politiknya dalam PU-12 ini aku sifatkan ia hanya sebagai:

Suatu perjanjian tanpa-endorsement.

Kerana janji tersebut boleh diibaratkan sebagai suatu 'janji' yang dibuat oleh suatu-pasangan-MUDA yang bernafsu, sihat-walafiat tubuh-badannya, tergesa2 mencintai satu-sama-lain, yang baru melafadzkan akad-nikah supaya tiada melakukan persetubuhan selama 2-bulan dan diberi menginap hotel-10-bintang secara percuma sepanjang waktu itu dan sebuah katil-Queen-amat empuk dengan bertilam sgt tebal untuk dikongsi bersama.






Perlu diingat juga makna 'tiada-kenaikan' terhadap harga tersebut berdasarkan apa? Sedangkan kita sudahpun tahu nafsu serakah pemimpin, pemerintah dan tukang-tukang cukong dari sesebuah parti politik ditahap yang mana? Contoh yang lain-lainnya sudahpun jelas dan patut diberi panduan secara kasar.

Berapa lama kerajaan dari "parti itu" boleh tahan dengan ketiadaan kenaikan tersebut? Itulah yang menjadi persoalannya.

Statement yang keluar dari mulut seseorang yang berbibir-merah, segar, basah, lagikan berkilat itu perlu dianalisis betul2 kerana ia hanya tertulis melalui 'mikrofon' dan bukannya di atas kertas putih ber-amendement. Sedangkan amendement telahpun beratus2 kali dipinda mengikut selera mereka sesetengahnya, inikan pula cakap-cakap mulut seseorang yang berbibir segar, berwarna merah lagi berkilat semasa terdesak berkempen.

Berapa lama tempoh harga tersebut tidak akan dinaikkan ?

Jika harga petrol tidak naik. Harga apa yang akan naik?
Jika sudah lama harga tidak naik, sekali ia naik, berapa pula harganya?

Pegawai kerajaan, kelazimannnya akan sentiasa senang (InsyaAllah).
Yang susahnya adalah orang2 kampung yg berpendapatan rendah dan tiada pekerjaan.

he.he..he.

Tarik kain ke bawah, nampak pusat.
Tarik kain ke atas, nampak lutut.
Buang kain, bogel teruss!!!

kah.kah.kah!!!

Labels: , , ,

..

Monday, February 25, 2008

Pertikaian Negara: Kemenangan BN Usahlah disangsi dan dipertikaikan


elhias: bravo...bravo...

Sumber Utusan Malaysia: PM Janji Kabinet Terbaik

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan tahniah buat BN kerana belum apa-apa lagi telahpun menang sebanyak 9 kerusi iaitu 7 utk parlimen dan 2 utk negeri.

Walaubagaimanapun aku merasakan terdapat kesilapan typo di situ. Sebenarnya bukan 9, tetapi 90 buah kerusi. Kerana terdapat undi-pos yang aku jamin dari awal lagi telahpun siap-bertanda 100-peratus memihak kepada parti BN pada kali ini. Kepada yang tiada tahu jumlah undi pos kali ini mewakili sebanyak 220 ribu ++ orang pengundi yang mana pada kiraan aku cukup banyak dan boleh menampung jumlah penduduk hampir sebuah negeri.

Pada dasarnya memanglah jumlah undi POS itu berjumlah 220 ribu. Sayugia diingatkan kadang-kadang "magic" bila2 boleh berlaku. Harga barang sedangkan bolehkan naik mendadak, inikan pula setakat undi pos. Tidak mustahil juga undi sebegitu boleh meningkat menjadi 300 ribu dan akan terus meningkat dari masa ke semasa. Bagaimana ia beroleh peningkatannya? Aku pun tak tahu. Kemungkinan 'berkat' kepimpinan ulama'versi Putrajaya bangkali. hehehe..

Aku berasa sungguh teruja apabila Perdana Menteri Malaysia yang tercinta iaitu PM-DS Abdullah Hj Ahmad Badawi tiba2 mengumumkan bahawa beliau berjanji akan membentuk sebuah kabinet terbaik apabila diberi mandat oleh rakyat sebaik sahaja parti beliau menang dalam PU Ke-12 nanti. Bagi aku, kemenangan tersebut sudahpun pasti. Walaubagaimanapun sukacita dimaklumkan di sini aku hanya meneka, tuhan sahaja yang menentukannya.

Bercakap mengenai 'MAKSUD' kabinet terbaik yang dilaung-laungkan oleh PM tercinta semalam, aku hanya membayangkan sebuah-kitchen kabinet yang terbaik yang bakal diletakkan di dapur PM di kediaman rasminya di Putrajaya. Kerna apa? Sudah tentu kitchen kabinet beliau adalah jenis yang paling terbaik. Kerna lazimnya, Perdana Menteri sesebuah negara sudah pasti mempunyai kitchen kabinet dan dapur untuk memasak dari jenis yang paling terbaik.

Labels: , , ,

..

Sunday, February 24, 2008

Persoalan Bangsa Melayu: Buta Hati, Buta Kayu, Buta Perasaan Tetapi PERASAN ?



elhias: Pemimpin2 berhati kayu? oopps maaf! ia Cuma gambar hiasan. tiada kena mengena dgn catitan ini.


Video tempelan Youtube di bawah tiadalah jua untuk menghina sesiapa. tetapi hanya peringatan untuk catitan sendiri. Sesungguhnya bangsa Melayu telahpun diperbodohkan sekian lama. Diperbodohkan oleh bangsa penjajah, jua oleh bangsanya sendiri.

Layaknya manusia Melayu ini seharusnya dipanggil sebagai kayu, tunggul-mati dan perkara yang seumpamanya itu. Mempunyai fungsi otak. tetapi amat jarang berfikir.

Lagaknya seperti pokok yang hidup tiada boleh berbuat apa2. atau sesuai dipanggil sebagai buta-kayu. Contoh hakikinya telahpun ada.

Apabila bercakap2 dipentas politik untuk berkempen, yang jelasnya...

"BIKIN TARAK SERUPA CAKAP!!!!"

Yang menyokong mereka yang berkuasa, tetapi tiada dapat apa-apa itu, kayu dan tunggullah ke atas mereka untuk Dulu, Kini dan Selamanya..






Labels: , ,

..

Saturday, February 23, 2008

Permasalahan Melayu: Sudah Terhantuk Baru Terngadah


elhias: Teka mengapa jadi begini? Suatu insiden gempar yang terjadi di suatu kawasan XXX baru2 ini. Padan Muka. he..he..he.


Bangsa Melayu mempunyai tahap kesedaran yang agak lambat. Apabila ketidakadilan terkena pada batang hidung sendiri, barulah tersedar yang mana sebelum ini mereka tiada pernah hendak sadar.

Itulah Melayu, suatu contoh bangsa yang dilahanat tuhan yang sentiasa menjadi mangsa keadaan pada setiap masa dan pada setiap ketika.

Sebab itulah agaknya terlalu ramai sesetengah orang Melayu yang tidak sudi mengaku sbg 100 peratus Melayu.

Bila ditanya dia akan menjawab,

"mak saya, sebelah datuk saya adalah keturunan cina"

"Shazlini, girlfriend saya tu berdarah kacukan India-Jepun"

"Pak Mertua aku tu memang ada kacukan Inggeris"

"Arwah sepupu datuk saya tu pernah kawin ngan orang Belanda. dapat la keturunan sebelah saya" -- macammana tu ?

Maknanya di sini, terdapat segolongan orang Melayu itu sendiri sentiasa nak mencekau bangsa lain sebagai tempelan untuk menutupi keaiban kehodohan bangsa sendiri "even though the chances are very narrow" <---- mengapa ada bahasa inggeris di sini? agak misteri bukan ?


Nak tahu mengapa jadi begini? Sebab.... menjadi orang Melayu, tiada apa yang hendak dibanggakan malah mungkin suatu kehinaan buat mereka. cuma satu saja advantage pada fikiran mereka iaitu hanya kerna untuk memperolehi hak status bumiputra (itupun dah semakin lama terhakis dek bukan Melayu secara tidak-langsung)

Kenapa semua ini terjadi? Kita kan tuan tanah kepada negara Malaysia ?

Sebabnya ialah .....

Melayu lalai, bengap dan maha bodoh. Mempunyai jaluran urat-urat jalinan saraf-saraf otak yang lembab dan 'berkuap'.

Tiada tempat di dunia ini yang mempunyai majoriti yang ramai, yang mempunyai tentera dari bangsa sendiri tetapi sentiasa dibuli dari segi ekonomi dan hak-sendiri yang tergugat.

Kalau adapun, maknanya bangsa itu memang bangsa lahanat yang bodoh.
Jika ia terkena pada bangsa Melayu, maknanya bangsa Melayu itu juga bangsa yang lahanat dan bodoh.

itu sahaja statement ringkas aku buat bangsa aku kali ini.

sekian, terima kasih.

Blogged with Flock



Labels: , ,

..

Thursday, February 21, 2008

Persoalan Teater Melayu : Meraih Simpati Meminta Sedekah ?




SUMBER RUJUKAN <---- SILA KLIK

he.he.. padan muka.

Sehingga aku berani berkata bahawa liga manusia-manusia negatif seperti aku pernah berkata, akan jatuh air-muka dan maruah diri jika sesiapa ternampak bangsa-bangsa negatif seperti aku tercongok dipanggung2 wayang dan pentas pentas teater Melayu yang tidak bermutu dan kurang berkualiti itu.

Masalahnya bukannya bahasa yang menjadi puncanya ini.

Tetapi sikap mentaliti dan idea yang hendak dipertontonkan itu yang menjadi punca segala-galanya.

Apa gunanya jika mesej yang hendak disampaikan kelihatan kebudak-budakkan dan terlalu playsafe sehingga kelihatan seolah2 terlalu mengampu ?

dan... contoh yang paling bangsat hari itu adalah Hang Tuah mempunyai raut wajah orang putih.
he.hehe.


Beginilah...
Bagi aku, satu perkara jer lah yer...

Jika sejuta-kali mengampu pun tiada yang sudi menjadi penaja? Maksudnya apa?
Berhenti saja mengampu. Pukul saja kemungkaran yang berlaku. Buka bangsawan di kampung-kampung dan beri seri-hidup kepada mesej yang lebih berguna kepada masyarakat.

Ini tidak. Dato' itu, Dato' ini. Tan-sri itu, Tan sri ini, Pengarah itu, pengarah ini. CEO itu, CEO ini. Habok pun taraaak.

Cuma nasib baik, survival teater Melayu terletak pada pensimpati filem2 Melayu, Minah2-Kilang, Mat2 Rempit dan Remaja yang kurang-waras dalam pemikirannya.

Jika perkara ini terus-terusan berlaku, aku percaya, teater Melayu akan hilang penonton setianya.

Bukan setakat manusia, kambing pun malas nak tengok. Buang masa!!!

Labels: , ,

..

Wednesday, February 20, 2008

Pertikaian Hal Remaja Kita: Dunia oh Dunia!




Dalam dunia ini, istilah 'dunia' terbagi kepada byk bahagian. Namun begitu, istilah yang diperuntukkan ke atas dunia tersebut terpulanglah kepada fikrah dan pemikiran masing2.

Aku bagi contohnya.

Bagi umat Islam yang peka, mereka lebih cenderung memikirkan tentang 'dunia' Islam.
Bangsa cina pula sangat sibuk dengan urusan 'dunia-kewangan' mereka
Bangsa India pula mungkin sedang belajar daripada dunia sekutu mereka iaitu dunia cina.
Bangsa Yahudi, dengan kesungguhannya, sangat ghairah memertabatkan dunia zionist dan dunia kapitalis masing2.
Bangsa Barat pula sangat sibuk dengan memperkenalkan dunia cyber, dunia teknologi, dunia komputer dll kepada manusia di seluruh dunia


satu jer yang aku respek iaitu dunia remaja Melayu kita.

Remaja kita kini sangat sibuk dengan DUNIA-ANITA dan DUNIA BARU mereka.

"see no evil"
"hear no evil"
"speak no evil"

Lepastu beramai2 menyanyi lagu BTN/GPMS dengan barisan lirik terakhir berbunyi:

"Melayukan Gagah di Nusantara...3x"

hehe...bertuah punya bangsa!

Labels: , ,

..

Wednesday, February 13, 2008

Persoalan Kerajaan Malaysia: Ikhlaskah Kerajaan Kita ?


Elhias: Bangunan LTAT tersergam indah di Kuala Lumpur

Sumber Rujukan: Najib umum dividen LTAT 16 peratus

he..he..

entahlah. Sebenarnya aku tak suka kalau orang lain mengatakan aku tidak patriotik. atau pembelot bangsa mahupun negara. atau seseorang yang dengki mahupun iri-hati.

Bagiku dividen 16% ke atas LTAT dan 7% ke atas pencarum simpanan Lembaga Tabung Haji bukanlah sesuatu yang sa-dikit. Malah banyak jua.

Fenomena ini amatlah jelas semasa demam pilihanraya, harta (yang dikatakan harta-kerajaan) semuanya dilimpahkan ke atas rakyat, demi kesenangan dan kesejahteraan rakyat hakiki (kononnya) dan kebanyakan rakyat-Melayu sebenarnya buta dan gagal menghidu taktik-kotor parti pemerintah.

he..he..

Nampak sangat suatu 'trick' tentang dividen 16% ke atas pencarum LTAT. Sebenarnya apalah sangat jasa kerajaan ke atas pencarum tersebut, kerana keseluruhan bilangan anggota tentera di Malaysia yang diwajibkan mencarum di bawah skim itu berapa kerat sangat. Lagipun gaji anggota tentera Malaysia adalah MAHA-SECIPUT. Maka berapalah sangat (anggota yang bukan-pegawai) mencarum di dalam LTAT tersebut jika nak dibandingkan dengan mereka yang mencarum di bawah KWSP.

Sebenarnya 16, 17, 18 peratus itu hanyalah figure sahaja. Dan tidak mustahil, figure tersebut boleh ditarik balik pada bila2 masa sahaja apabila kerajaan menang besar dalam pilihanraya nanti secara TIDAK-DIRECT atau TIDAK-LANGSUNG melalui kenaikan harga petrol, tol, barangan dll lagi.

Yang aku nampak, he.he..he.. seoalah2 suatu bujukan desperado kerajaan terhadap individu tentera supaya tiada perlu mengundi untuk pilihanraya kali ini, dan sebaliknya hak individu tentera terbabit akan diberi kepada sokongan kerajaan melalui undi pos.

Maknanya di sini, jika terdapat 130 ribu orang anggota tentera maka, 130 ribu orang itulah yang bakal menjadi pengundi-POS yang mana kesemua sekali secara otomatik menyokong parti pemerintah.

Maaf jika aku tersilap, kerana aku terlalu mudah untuk melakukan serkap jarang, sebab bagiku ia seolah-olah suatu permainan dan juga suatu hobi bagi seseorang yang berfikiran negatif spt aku ini. he.he.he.. Sesungguhnya aku ada hak untuk itu.

dan lagi satu...

Apalah kiranya jika 16% tersebut dibuka untuk pencarum seperti aku dan juga kalian semua yang rata-rata adalah kakitangan Awam yang tersohor...
Buka semula suatu skim baru dalam Bank-Rakyat (atau institusi yang seumpamanya itu) utk membolehkan kami semua menerima faedah 16% peratus dengan format terbaru iaitu caruman tanpa-had yang mana suatu skim terdahulu diketahui telahpun ditutup buat selama-lamanya....

ada berani ? ada ikhlas ?
ada mampu ? <----- he..he..he.

Labels: , , , ,

..

Tuesday, February 05, 2008

Permasalahan Pemikiran Melayu: Antara Jentera Kerajaan VS Jentera Parti


elhias 1: keris hendak melawan pedang ? Bengong!!! Goblok! secara common sense-nya kita pun dah tahu siapa yang bakal bermandi dengan darah...


elhias 2: Mengapa bangsa Melayu dahulu menggunakan keris ? jawapannya mudah. Tubuh lesu dan kerdil Melayu tidak larat menggunakan pedang. Akalnya juga kurang untuk mereka-cipta pedang dan memajukan fizikal sendiri.



elhias 3: Ini adalah kapak-Portugis atau boleh jadi jua kapak-Belanda. Jika Sultan menitahkan supaya aku menggunakan keris-picit untuk melawan Belanda, aku lebih rela gali-lobang untuk kubur aku sendiri utk masa depan daripada membuat kerja-gila dengan membunuh diri sendiri berlawan dengan Belanda


Ada orang Melayu mengatakan bahawa rata-rata bangsa Melayu, jika bercakap kurang berfikir.

Mungkin betul. Mungkin tak.

Tapi bagi aku. Itu betul. Mengapa tidak ?

Bangsa lain pun begitu juga. Bangsa lain juga malas berfikir seperti bangsa Melayu juga. Tapi cuma... tengok jenis bangsa laa..
ada yang berfikir lebih daripada bangsa Melayu.
ada yang berfikir kurang daripada bangsa Melayu.

Sudah pasti bangsa yang berfkir lebih daripada bangsa kita jauh lebih maju daripada bangsa kita.

Tapi buat apa nak membicarakan perihal bangsa orang lain? bangsa aku Melayu, jadinya aku suka la cakap mengenai bangsa Melayu ini.

Aku tak suka bercakap sesuatu yang positif mengenai bangsa aku ini jika yang membacanya adalah sebangsa dengan aku. Syok sendiri namanya. Rasa-rasanya cukup2lah syok sendiri orang Melayu.

Lagipun blog aku inipun blog negatif. Blog ini bercerita mengenai permasalahan itu dan ini ... Jika tak ada permasalahan, aku tak boleh bercerita. Lagipun aku adalah towkey negatif. Sesiapa yg berkehendakkan cas negatif boleh order daripada aku.

Kadang2 rasa meradang jugak.

Dah meluat dan jijik aku dengan perangai orang2 kita yang suka sgt masuk bakul angkat sendiri. Bagi sesiapa yang belum jijik lagi, persilakan baca Utusan Malaysia, khatam dari A sampai Z untuk 24/7.

Tapi sebenarnya kejijikan aku dah naik tahap geliiiiiiii..

Rasa-rasanya tuhan pun tiada memberi apa2 kelebihan terhadap bangsa Melayu. Kekurangan mungkin banyakla..

Kelebihan apa yang Dia bagi ?

entah ?

apa ?
kau cakap aku tak tau ?
Yang kau tau ker ?

Bangsa Melayu kaya dgn Budi bahasa? hehe...ye ker ?
kaya dgn Keimanan dan ketaqwaan ? he..he.. tengok amalan sendiri laa...
kaya dgn ada-istiadat ? he..he... orang jepun lagi bagus.
kaya dgn kesabaran ? he..he.. ye la kot..sebab tu laa selalu rugi.. tapi sabar yang gitu-gitu laa... bab-bab lain tak sabar pun...

Oppps rupa2nya aku silap. Memang bangsa kita mempunyai kelebihan. Ternyata kita memang mempunyai keLEBIHan yg tersendiri.

he.he.

oklah.

Bagi aku mudah aja. Kelebihan yang tuhan bagi ke atas Bangsa Melayu adalah kependekan yang LEBIH pendek daripada bangsa2 yang tinggi..
dan
keburokan muka yang nyata LEBIH burok dari bangsa2 yang lawa.

he.he.. Janji ada keyword "LEBIH" di situ.. Oleh itu maknanya memang betul. Bangsa kita juga mempunyai keLEBIHan yang tersendiri yang jauh LEBIH daripada bangsa-bangsa yang lain.

haha. ntahla..

==============

Rasa2nya agak fedup juga apabila bercakap dengan bangsa2 yang tak reti untuk membezakan antara jentera-parti dan jentera-kerajaan.

TV dan radio adalah jentera-kerajaan. Bukannya jentera parti.
Sekolah2, bangunan2 termasuk bangunan Parlimen, jalan2 raya bandaran adalah hak-milik kerajaan bukannya hak-milik sesuatu parti-politik.

Mengapa sesetengah parti boleh gunakan jentera kerajaan dan sesetengahnya tidak ?

Rasa2nya dalam banyak-banyak bangsa Melayu ni, aku boleh buat kesimpulan bahawa hanya

Kurang daripada 10% drpd keseluruhan bangsa Melayu di Malaysia yang mempunyai conscience-logic dan boleh berfikir. 90% lagi tidak.

dan...

daripada 10% tadi, 50% drpdnya tahu bahawa yang mana satu jentera-parti dan yang mana satu adalah jentera kerajaan. 50% lagi tu blurr.. fikiran tertutup, terkunci mati. Jumud.

Kesimpulannya sangat mudah.

Sebab itulah bangsa Melayu zaman-dahulu dengan "kebijaksanaanya luar-biasanya" berani memerangi tentera Portugis dan Belanda dengan menggunakan keris picit. Sedangkan bangsa Portugis menggunakan pedang yang panjangnya bersamaan dengan tinggi rata2 bangsa-Melayu dan tebalnya pula seTEBAL peha panglima perang Melayu.

Kebengongan bangsa kita memang di situ.

Cuba nyatakan pada aku, bilangan dan kiraan 1, 2, 3 berapa kalikah bangsa Melayu kita ini beroleh kemenangan dengan berperang dengan bangsa yang selain daripada bangsa Nusantara ini ?

Kiraan itu hendaklah bermula setelah kejatuhan kerajaan Melayu-Melaka. Sudah tentu banyak bukan ?
he.he.he..

atau kita hanya JAGUH-KAMPUNG ?
Maksudku. si-katik hanya layak bertempur dengan si-katik. Senjata sama-sama ?

Labels: , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker