..

Sunday, August 31, 2008

Permasalahan Hidup: Kisah Anak Derhaka


elhias: Pentomim anak el-derhaka


Selamat Menyambut Ar-Ramadhan.


aku terbaca suatu cerita klasik khazanah al-arqam yg telah lama terkubor semoga boleh diambil iktibar



Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa... Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak fahamlah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. " Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. " Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja !" si gadis berkata. " Tak ada ," jawab ibunya. " Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. " Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh... sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.



Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu. " Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas. " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. " Ayah... kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai- ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya... kenapa jadi macam ni ayah?" kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah. " Emak... ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah ibunya. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai- ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus. " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan. " Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. " Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.




Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak- sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya. " Pssstt... Raie... Raie.. Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu. " Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak... lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan. " Sudahlah tu Saida... makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan dibalas 'tunai'.



Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..." Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya. Allah Maha Agung... sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Labels: ,

..

Thursday, August 28, 2008

Permasalahan Aku: Di ambang bajet Negara



Lihat gambar betul-betul.

Ada yang mengatakan bahawa itulah Perdana Menteri Malaysia. yang lain-lain adalah menteri-menteri pembantunya.

ada juga yang mengatakan bahawa itu adalah ketua kerajaan Malaysia. Bersama-sama pengiring-pengiringnya.

ntahlah..

aku akui aku mempunyai masalah untuk nampak itu semua.

Yang aku lihat hanyalah sekumpulan badut, yang sedang berlakon memegang pisang dalam bentuk simbolik.

Lihat betul-betul wajah dua orang yang dikiri kanannya. Badut kan?

haha!

p/s: persoalannya di manakah badut yang berambut putih itu?

Labels: ,

..

Wednesday, August 27, 2008

Permasalahan Kempen: Ada Apa Pada Dubor Si-Say-Fool ?


elhias: film-star "DUBOR oh DUBORku" yang tak berapa nak laku

Aku tertarik dengan suatu tulisan yg sumbernya seperti di bawah iaitu
sumber: Zubli-Zainordin atotal Blog
yang membolehkan aku memperoleh idea untuk menulis n3 ini.

hehe...

Tidak dapat hendak dinyatakan apakah rasionalnya isu-sodom buntut seorang lelaki dalam kempen murahan untuk by-election ini yang dicanang-canangkan pihak kerajaan umno dan barisan nasional ke seluruh negara (jika bukan seluruh dunia)

padahal..

si-Anwar dah mengorak jauh mengupas isu kebejatan ekonomi dan langkah pemulihannya dalam bahan kempennya dihadapan penonton.

Terkadang aku tertanya2 di dalam hati bahawa apakah perjuangan umno buat waktu ini hanya sekadar PERJUANGAN MENYELAMATKAN DUBOR seseorang individu ?

Bagi aku mudah sekali.

JIKA BERJUANG HANYA KERNA DUBOR, MAKA DUBORlah jawabnya.

Maka parti-dubor ini mungkin sudah pastinya akan terkeluar bersama najis-najisnya...

AWAS SHIT III !!! - NAJEEB

Labels: , ,

..

Tuesday, August 26, 2008

Permasalahan Padiyappa : Bolehlah Berkemas!!!







Alhamdulillah. Doa-doa rakyat telah diperkenankan oleh Allah.

Kepada Golongan Feudal. Berhati-hatilah!!!

Labels: ,

..

Monday, August 25, 2008

Permasalahan sumpah : Ramlan Porigi Teraniaya


elhias: haha! si-saifol yang tergambar dalam minda umno



Dear Tuanku El-Rastom fil langkawiyun el-radio

hehe...

Aku mendapat perintah dari TGNA tentang Ramlang Porigi.

Beliau (TGNA) menyuruh kita supaya jangan menjentik lagi telinga si-Imam-Ramlang Porigi itu kerna beliau tidak bersalah. Innocent katanya sejak dahulu lagi.

hehe..

dan terdapat link dalam internet yang mengatakan bahawa Ramlang Porigi itu rupa-rupanya memang teraniaya (haha!!)
Sumber Sahih sila klik


Apa pula kata si-Mat-Najib el-tantuya dalam hal ini??? KANTOL !!!
Sumber BHARIAN sini sila klik

haha! dia sudah panik!

Almarhum karammmmmm !!!!

Labels: , ,

..

Tuesday, August 19, 2008

Permasalahan Melayu: Bacalah dengan Hati Terbuka !


elhias1: tiada bezanya dengan U yang lain. walaupun pada asalnya diamanahkan untuk bangsa Melayu dan Islam. hehe...

Berikut bukanlah tulisan saya. Tetapi hasil dari nukilan seseorang yang mengharapkannya agar tersebar. Itulah amanah darinya.

Dari banyak SMS, warkah letronik dan panggilan dari rakan dan bukan rakan, samada dari kem PR lebih-lebih lagi UMNO tidak satu yang memberikan ‘respons positive’ terhadap kenyataan MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Lebih kacau lagi apabila segerombolan anak sekolah dari UiTM berarak tunjuk perasaan secara impromptu “tanpa permit” oleh berkuasa polis membantah kenyataan TS Khalid mencadangkan dilonggarkan pengambilan pelajar UiTM sebanayak 10 persen kepada rakyat Malaysia bukan Melayu/bumiputera.


Tiba-tiba, UiTM melanggar akta Kolej Universiti secara terang dan ‘robust’. Oh! Demi kepentingan bangsa melayu, (sebut UMNO), Ibrahim Abu Shah, menyerlahkan misai tebal ular sawa ala filem panglima haimau berantainya, menghalalkan apa yang diharamkan bagi pelajar pusat pengajian tinggi.

Begitulah longlainya jatidiri seorang yang kelihatan garang, tidak lebih seekor harimau sarkis yang dimengikut telunjuk “beastmaster”. Maka selepas ini jika AUKU di langgar atau dituntut dibatalkan secara total, maka janganlah ‘intelek’ dokongan politik seperti Ibrahim Abu Shah dan yang sewaktu dengannya bersuara sepatahpun.

Bergegar Shah Alam, bandar melayu. Terkejut beruklah, beruk-beruk di Taman Seri Cahaya, Shah Alam, ternganga gagak dirimba kecil itu melihat betapa cetek tindakan seorang melayu yang tergantung pelbagai gelar-gelar gah dan tinggi derajatnya.

Maka terlukislah dengan jelas seurat lagi kangkung pada era milleneum ini. Kita berfikir, kangkung-kangkung intelek ini hanya wujud ketika ia diistilahkan oleh Professor Diraja Ungku Aziz lebih satu dekad lalu.

Rupa-rupanya kangkung-kangkung masih bercambah dan hidup subur atas tatangan arus politik bobrok UMNO. Entah bila akan lahir seorang lagi “world citizen” seperti Pak Ungku jika begini senario sebuah universiti. Apakah musim durian tahun ini bersaing dengan musim badut-badut menonjolkan diri?

Dengan menghumban intelektuilisma mereka kedalam longkang kejumudan dan kecelaruan, mereka berebut-rebut menghentam MB Selangor TS Khalid Ibrahim tanpa memberi ruang kepada daya intelek untuk beraksi.

“Oh, itulah Melayu. Itulah melayu glokal. Cepat latah dan cepat “run amok”, tidak kiralah apa akronim yang tertulis selepas nama mereka.

Amat memalukan bila mereka ini buta sejarah dan buta minda ata sengaja menutup minda mereka menurut kehendak tatangan politik anutan mereka - politik UMNO berbaju BTN.

Sejarah tidak dapat berbohong. Ia ibarat titisan DNA yang tidak akan berubah sampai akhir nanti kecuali ia dinodai leh tangan kotor yang sanggup melakukannya untuk kelangsungan politik atau sesuatu yang berniatkan keuntungan. Mari kita teliti beberapa rentetan sejarah di bawah ini.

Kes Pertama

Sejarah telah menunjukkan betapa UMNO lah selama ini yang menghianati bangsa Melayu dalam isu pendidikan dan penggunaan bahasa Melayu dalam ssstem pendidikan Negara.
Menyusuri kegemilangan pendidikan melayu, kita dapat melihat bagaimana Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Trainning College-SITC) ditubuhkan di Tanjung Malim Perak oleh kerajaan British dengan kerjasama Sultan Perak pada tahun 1921. SITC menjadi pusat melatih bakal-bakal guru yang terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera.


elhias 2: hehe.. nampak berkurun dan berhantu...

Sehingga pertengahan 1990-an, SITC terus berkembang, termasuk ditukar nama, menjadi MPSI (Maktab Perguruan Sultan Idris) dan IPSI (Institut Perguruan Sultan Idris). Pada akhir 1950-an, SITC mula menerima pelajar perempuan, iaitu diawali dengan penyerapan sekumpulan pelajar perempuan daripada Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Antara Pengetua SITC yang tersohor, OT Dussek, menubuhkan Pejabat Karang Mengarang pada awak 1920-an. Namun yang terpenting, O.T Dussek berusaha keras agar “SITC hanya dikhususkan untuk melatih bakal guru daripada kaum Melayu (termasuk dari Singapura, Sumatera dan Brunei) dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sahaja..”

Dasar O.T Dussek dipertahan oleh pensyarah-pensyarah dan pengetua Melayu seperti Zainal Abidin Ahmad (Pendita Za’aba), dan aktivis pelajar Melayu ketika itu, antaranya Ibrahim Yakob, Tun Abdul Ghaffar Baba dan Buyung Adil.

Ketika Za’aba mengetuai SITC, dari 1930-an hingga 1940-an, Pejabat Karang Mengarang terus dikembangkan fungsi hingga berjaya menebitkan banyak buku, majalah dan risalah. Antara terbitan terkenal, Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa, karangan Za’ba.

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menjadi Menteri Pendidikan Malaysia, 1984-1989, beliau pernah mengingatkan agar “roh” Pejabat Karang Mengarang terus disuburkan dalam usaha mengembangkan dan memasyarakatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, bahasa penghantar ilmu/pendidikan, bahasa komunikasi dan bahasa pentadbiran negara Malaysia.

Peranan Najib Razak

Pada 1998 SITC-MPSI-IPSI dinaik taraf menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau kemudian membuat pengumuman agar UPSI dibuka seluas-luasnya untuk kaum bukan Melayu/Bumiputera. Malahan, setahun kemudian, di UPSI tenaga pengajar daripada kaum Cina dan India dilihat semakin bertambah bilangan.

Kini, di UPSI, baik pelajar mahupun pensyarah daripada kaum Cina dan India (termasuk yang bertaraf Profesor) hampir-hampir menyamai peratusan yang diperuntukkan kepada kaum Melayu dan Bumiputera. Ternyata, dasar dan harapan yang dipahat oleh OT Dussek, dan cuba dikekalkan oleh Za’aba serta sejumlah pejuang bangsa Melayu seperti Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba dan Alllahyarham Cikgu Buyung Adil, dikhianati oleh orang Melayu sendiri.

Siapakah pengkhianat bangsa Melayu? Kalangan pemimpin UMNO yang terpaksa mengalah kepada kehendak MIC dan MCA dalam Barisan Nasional. Mengapakah Persatuan atau Pertubuhan Melayu tidak heboh?

Kes Kedua

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 1970, dengan menumpang Bangunan Maktab Perguruan Lembah Pantai. Pada 1977, UKM beransur-ansur beroperasi di kompleks bangunan sendiri di Bangi. Semua orang ketika itu tahu, UKM ditubuhkan untuk membela kaum Melayu dan Bumpiutera, berikutan Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969, yang mencabar hak dan ketuanan orang Melayu khususnya.
Pada tahun 1970-an hingga awal 1980-an, nampaknya kalangan pemimpin dan pemikir Melayu seperti Tun Abdul Rahman Yaakob, Allahyarham Datuk Harun Idris, Syed Jaafar Albar, Tun Syed Nasir Ismail, dan Profesor Ismail Hussein cuba sungguh-sungguh agar UKM dikhususkan untuk kaum Melayu dan Bumiputera, di samping bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

Namun, menjelang pertengahan 1980-an, pemimpin-pemimpin parti Melayu sendiri (UMNO) yang mengalah terhadap desakan pemimpin-pemimpin MCA dan MIC, agar pintu UKM dibuka beberapa peratus kepada pelajar bukan Melayu/Bumiputera. Kabarnya, mula-mula MCA dan MIC hanya minta 5%, tetapi hari ini nampaknya, di beberapa fakulti tertentu, dominasi pelajar Cina dan India hingga 70%.
Siapakah yang mengkhianti kaum Melayu dan Bumputera? Ada kah berlaku riuh rendah hiruk pikuk oleh mana-mana pihak seperti sekarang?

Kes Ketiga

Pada Julai 2008, Jabatan Perkhidmatan Awam mengumumkan pemberian biasiswa hingga kuota 45% kepada pelajar bukan Melayu/Bumiputera. Sebelumnya kuota hingga 60% peruntukan biasiswa hanya kepada pelajar Melayu/Bumputera.

Bangkangan terhadap tindakan JPA dibincangkan di Parlimen. Namun, Datuk Nazri Aziz [Menteri (UMNO) di Jabatan Perdana Menteri], mempertahankan tindakan JPA.. Kini dasar pemberian biasiswa kepada pelajar Cina/India tetap diteruskan. Siapakah mengkhianati hak kaum Melayu dan Bumiputera?

Tanah Rezab Melayu

Sekali lagi, mengapakah orang Melayu terus melenting jika yang menyuarakan pandangan itu hanya kerana dia pemimpin Melayu yang bukan ahli UMNO? Walhal, berapa banyak hak istimewa dan tanah rezab Melayu yang digadaikan oleh pemimpin UMNO kepada kaum lain. Apa yang terjadi kepada tanah milik melayu di Pulau Pinang? Nah, mengapakah orang Melayu tidak menghentam habis-habisan?

Bank Bumiputera

Lihat apa yang terjadi kepada Bank Bumiputera yang ditubuhkan melalui resolusi Konvensyen Ekonomi Bumiputera ke 3, yang antara lain menggariskan keperluan sebuah institusi kewangan yang dapat memangkin kekuatan ekonomi bumiputera?

Begitu aib bagi orang melayu bila sebuah bank yang begitu banyak berjasa dan menyelamatkan ramai usahawan dan pemimpin UMNO ketika kegawatan ekonomi satu masa dahulu, ditelan dengan mudah oleh entiti yang lebih kecil. Mengapa tiada yang bercakap dan membantah?

Kesimpulannya, dari beberapa kes yang sempat diketengahkan jelas menunjukkan bahawa yang memberi atau membahagi itu tidak lain daripada kalangan pemimpin UMNO sendiri.

Mengapakah kalangan pemimpin UMNO/Persatuan, dan pelajar Melayu tidak tentang habis-habisan? Mengapa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang dipimpin oleh Reezal Merican Naina Merican yang juga Setiausaha Politik kepada Dolah Badawi tidak berdemonstrasi di jalanan?
Mengapakah Profesor Ismail Hussein tidak bersuara?

Mengapakah Canselor UiTM Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah tidak menunjukkan misai tebalnya menentang hak-hak Melayu dan Bumiputera yang sewenang-wenangnya diserahkan kepada kaum Cina dan India oleh kalangan pemimpin UMNO? Mengapakah Dr. Mohd Khir Toyo mendiamkan diri? Oh, ya, waktu itu Khir Toyo hanyalah budak hingusan yang belum pasti kemelayuannya.

Sebaliknya, berfikirlah secara positif terhadap “cadangan” Tan Sri Abdul Khlaid Ibrahim. Beliau hanya mencadangkan, yang jika dilaksanakan, boleh menimbulkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar Melayu-Bumiputera-Cina-India-lain.

Sebenarnya Khalid Ibrahim hanya menjawab soalan bagaimana mahu mempertingkatkan daya capai pelajar UiTM dan “cadangan” Khalid itu berperasangka baik “setelah dibuat kajian teliti” namun sikap jumud dan ektrim melayu yang membabi buta serta memalukan telah ditunjukkan oleh para “cendikiawan kangkung” tatangan politik UMNO yang memanasi menara-menara gading seperti UiTM.

Di samping itu, perpaduan antara kaum semakin kukuh, malah inspirasi mewujudkan ‘Bangsa Malaysia’ semakin terserlah. Malah, sektor swasta yang banyak dimonopoli oleh kaum Cina sedia membuka pintu masing-masing dengan mengambil bekerja graduan daripada UiTM.

Inilah, antara pandangan tersirat Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor masakini.
Orang Melayu perlu membuka minda dan tangkas menerima realiti sebenar dalam isu-isu berkaitan melayu yang selama ini dikhianati oleh sikap “double standard” dan ‘chauvinist’ melayu amalan UMNO/Barisan Nasional.

Masanya sudah sampai bagi para bakal graduan di pusat pengajian tinggi terutama UiTM yang menjadi focal point isu pendidikan melayu masakini keluar dari bebanan ‘kaduk bawah tempurung’ dan melirik realiti serta berani menerjah dunia terbuka hari ini.

ps: walaubagaimanapun aku lebih bersetuju jika UiTM itu dibuka hanya untuk Muslim sahaja. Tidak kira samada pelajar Cina mahupun India. Asalkan Islam dan berkelayakan, terus saja diterima masuk.

Maka jadilah : Universiti Islam Teknologi MARA. haha..!

Labels: , ,

..

Permasalahan Permatang Pauh: Semoga Allah meRedhai Kemenangan Beliau

..

Saturday, August 16, 2008

Permasalahan VC Uitm: Komen Beliau Memang Tidak Berkualiti dan Menggelikan Hati


elhias: sorry.. aku tak faham apa yang kau bebelkan dalam TV3 malam tadi. cakap kasik tepat dan clear tak boleh ke brader ????


hehe...

siapa ada menonton buletin utama TV3 pada malam ini?

Maksudku tentang ancaman VC UiTM untuk mengheret Tan Sri Khalid ke mahkamah hanya semata-mata Tan sri Khalid menolak gesaan meminta maaf di atas kenyataannya itu.

Dalam keadaan masih separa-emosional VC Uitm sempat memberikan contoh yang entah hapa-hapa yang aku sendiri pun tiada faham di mana katanya ia boleh mencetuskan perbalahan antara Melayu dengan Melayu. ( Akibat hanya saranan Tan Sri Khalid itu saja.)

Apa kena mengena dengan contoh Pakistan dalam hal ini dengan pengeboman antara sunnah dan syiah ???? Aku sendiri pun kurang pasti.

Setahu aku, perbalahan antara Melayu di Malaysia ini tiada yg melibatkan bom-mengebom.

Bagi aku, yang kuat mengebom manusia lain di Malaysia ini adalah si-Najib-altantuya.

haha.!




ntahler..wallahualam

Labels: , ,

..

Thursday, August 14, 2008

Persoalan Melayu: Masih adakah lagi Ultra-Nasionalist Melayu di kalangan iMNO ?

h
elhias: kalau beginilah rupa-bentuk VC Uitm, tak ada harapanlah pelajar-wanita berbangsa Melayu untuk sukses dan berjaya dengan cemerlang di UiTM. Lihat saja gaya postnya. sangat klise gitu. kharrkk...Ptuuiiihhh !!!



super bollock!!

apabila aku terdengar cara VC UiTM mempamerkan hujjahnya untuk mempertahankan kuota 100% pelajar berbangsa Melayu di UiTM.

Tak sangka pula aku beginilah agaknya apabila orang cerdik pandai sarjana Melayu berhujjah dengan penuh emosi dan tawaduk

Aku ingatkan beliau akan beri hujjah yang super-rasional tetapi yang aku dengar hanya hujjah ultra-emosional.

haha!!!

Terdapat double-standard di situ. Apabila pihak MB-Selangor hanya menegur sahaja dan hanya memberi cadangan tentang itu, Tiba2 saolah2 terlalu banyak ultra-nasionalis Melayu dengan lantangnya bangun, melenting dan menengking, terpekik dan terlolong-lolong dalam TV UTK mendapatkan liputan yang meluas membantah ke atas sesuatu yang hanya sekadar pendapat.

Tetapi semasa era Mahathir, mana perginya ultra-ultra nasionalist Melayu itu apabila mahathir dgn sewenang2nya menghapuskan kuota kemasukan melayu ke universiti2 digantikan dgn dimerit, membatalkan biasiswa ke atas orang melayu dan digantikan dengan pinjaman, menghapuskan DEB dengan cara berperingkat-peringkat. Membatalkan subsidi itu, subsidi ini ke atas orang Melayu,

JUGA membenarkan kuota 10% supaya BUKAN-BUMIPUTRA belajar di MRSM dan ITM bagi kononnya untuk menambah daya saing dan merapatkan jurang antara pelajar Melayu dan bukan-Melayu di institusi pembelajaran itu.

(usul 10% kuota non-bumi di ITM sebenarnya pernah dibuat oleh kerajaan BN sebenarnya tapi tidak popular pada masa itu)


Pada masa itu MatTahir hanya berkata... "utk beri kesedaran kepada orang Melayu..."

dan ultra-nasionalist Melayu yang bising-bising sekrang ini pada masa itu agaknya hanya terhangguk-hangguk mengiyakan segala2nya, sambil terbulat-bulat mata dgn air liur basi pekat meleleh-leleh, hidung pesek kembang-kuncup mengenangkan habuan dan imbuhan daripada ultra-awta-keling si Padiyappa MatTahir kutty malbari el mandaliar mandalay.

haha..!

Pak angguk lah mereka dari dulu, kini dan selama-lamanya....

bodoh punya melayu!!


elhias2: Gelang yg dipakai oleh jejaka macho di atas mempunyai persamaan dengan gelang yang dipakai oleh pakar akademik tertinggi Melayu VC Uitm Lambang Casanova Akademik Negara. Saolah-olah terdapat maksud tersirat jeritan batin dan naluri si pemakainya. HaHa!!!

Labels: , ,

..

Tuesday, August 12, 2008

Persoalan Ketuhanan: Kewujudan Manusia-Monyet dalam Perspektif Islam


elhias 1: Gambaran Manusia Pre-Sejarah Sebelum Rasul Adam AS.

Pernah seseorang datang kepadaku dan bertanyakan tentang peristiwa kejadian manusia yang seakan-akan monyet yang hidupnya semasa zaman pra-sejarah.
Soalnya kepadaku adakah ia wujud atau tidak ?
Aku Menjawab, Ya. Manusia monyet itu memang wujud. Mengapa tidak ? Mengapakah kau tiada mengerti ?

Kebanyakan para ulamak Islam acapkali menidakkan kehadiran manusia-manusia monyet tersebut dan menganggap bahawa teori manusia monyet tersebut adalah teori sesat kerna selari dengan teori evolusi Darwin yang juga mendapat bantahan daripada pihak gereja.

Aku juga tiada menolak pendapat ulamak tersebut kerana bagiku pendapat ulamak itu benar dan teori Darwin itu memang sesat.

Cuma perbezaannya apa yang aku fikir adalah amat berlainan sekali dengan cara para ulama' berfikir terutama dalam konteks ruang dan masa bagi kejadian makhluk itu.

Biasanya Ulama' berfikir bahawa teori manusia-monyet itu bersangkut paut dengan susur galur asal-kejadian manusia. Manakala bagi aku tidak.

Bahawasanya di sini tidak sesekali aku menghubungkaitkan kejadian manusia itu berasal daripada monyet atau manusia-monyet ini.

TETAPI

Hipotesis aku mengatakan bahawa manusia monyet itu wujud tetapi kewujudan mereka bukanlah sebagai nenek-moyang versi manusia seperti kita. Bahkan versi kita ini memang berasal daripada ADAM AS sepertimana telah termaktub dalam Al-Quran.

Manusia monyet yang aku maksudkan adalah sejenis spesies manusia yang rupabentuknya seakan-akan monyet yang hidup sebelum kewujudan Nabi Adam AS lagi.

Antara kedua-dua versi manusia itu iaitu manusia-monyet dan manusia seperti kita ini adalah tiada kena-mengena.

Hakikatnya aku membayangkan bahawa sebelum Rasul Adam AS itu wujud, dunia kita telahpun ditadbir oleh manusia-monyet tersebut.

Maknanya di sini, pada masa itu, maya pada ini mempunyai tamaddun yang terdiri daripada tamaddun manusia-monyet.


elhias 2: Aku tiada tahu. Teori gampang ini di ambil dari mana.


Evolusi manusia monyet ini juga berperingkat-peringkat dan ALLAH SWT sering menukarganti jenis manusia monyet ini dari satu versi kepada suatu versi yang lain. Sesuai dengan sifat ALLAH SWT, iaitu sifat berkehendak (Iradat).

Samada manusia monyet ini mempunyai akal atau tidak, tiadalah aku pasti. Tetapi aku hanya beranggappan bahawa manusia monyet ini mempunyai akal yang kurang daripada manusia. Tetapi kehidupan sosial mereka adalah sangat mirip dengan keadaan perantaraan iaitu antara separa-binatang dan separa-manusia.

Kemungkinan besar kaum manusia monyet ini juga diseru oleh ALLAH SWT agar beriman kepadaNya. Punca kenapa manusia-monyet ini lenyap dan pupus dimuka bumi ini adalah kerana keingkaran mereka terhadap ALLAH SWT dan sering berbuat kerosakan di muka bumi ini sesuai dengan Firman ALLAH SWT yang mafhumnya:

Apabila sesuatu kaum itu ingkar dan menolak sesuatu kebenaran serta sering melakukan kerosakan, maka Allah akan melaknatinya, menghancurkan dan melenyapkannya dan menggantikannya dengan bangsa yang baharu.
dalam konteks ayat tersebut, ramai antara Ulamak yang memaksudkan kaum tersebut adalah terdiri drpd kaum spt Tsamud, kaum A'ad, kaum Sodom, kaum Nuh (banjir), kaum Atlantis dan Pompeii. Tetapi bagi aku, ayat tersebut mungkin memberi pengertian dan maksud yang lebih luas lagi supaya manusia dapat berfikir bahawa kuasa Allah SWT itu tiada terbatas. Bersesuaian dengan firman Allah SWT yang berbunyi

"Sesungguhnya Ilmu Allah itu tidak terbatas dan Allah mengetahui apa yang samar-samar bagi kita (tiada ketahui)"

Hujjah paling kuat sekali yang membuatkan aku terfikir akan kewujudan manusia-monyet ini sesuai dgn Firman ALLAH SWT yang mafhumNya:

"Dan apabila Allah SWT menyatakan hendak menjadikan manusia daripada tanah, maka para Malaikat berkata, Tidakkah dengan kejadian manusia, dunia akan rusak dan bakal diwarnai dengan pertumpahan darah ???.

Nah! Di sini jelas seolah-olah para Malaikat yang merupakan Kerajaan Allah, telahpun mengetahui akan sifat-sifat manusia itu yang mungkin mempunyai persamaan dengan versi manusia yang terdahulu daripadanya yang juga gemar dengan peperangan dan berkecenderungan melakukan pertumpahan darah dan kerosakan di dunia ini.

Kemusnahan Manusia Monyet
----------------------------------

Pakar arkeologi dan saintis mentafsirkan bahawa iklim dunia pada zaman dahulu berubah-ubah begitu juga dengan kedudukan peta geografi. Sebab itulah wujudnya era seperti zaman
pra cambrian, paleothic, zaman ais-batu, zaman mamalia, zaman reptilia dan berbagai jenis zaman lagi di mana kesemua zaman tersebut adalah zaman sebelum kejadian versi manusia daripada ADAM AS.

dan pada masa itulah beberapa versi manusia monyet itu menetap dan tinggal di muka bumi ini. dan pada setiap akhir era/zaman apabila manusia monyet itu enggan beriman kepada ALLAH SWT dan peperangan, kemusnahan sering terjadi di sana sini, maka ALLAH SWT bertindak memusnah dan menghapuskan manusia monyet tersebut dan menggantikan mereka dengan versi manusia monyet yang baru dengan fenomena alam seperti pertukaran musim dan berlakunya perubahan iklim dan suhu di bumi ini yang menyebabkan kemusnahan besar-besaran alam di waktu itu.

Yang mana ini semua adalah sebagai malapetaka dan petunjuk daripada Allah kepada manusia yang beriman seperti kita bahawa Allah bukan sahaja bersifat Penyayang (The Merciful) bahkan Allah juga mempunyai sifat Pemusnah (The Destructor). Maka Berwaspadalah!

Kesimpulannya di sini, Islam tiada pernah menolak teori sains. Bahkan sains juga tiada pernah menolak Islam. Hanya manusialah jua yang tiada mengerti.

Wallahualam

Labels: ,

..

Monday, August 11, 2008

permasalahan bangsa: Lahanatnya Perjuangan Demi Melayu itu




Apa ?????

Perjuangan demi survival bangsa Melayu ??? Mana ada perjuangan demi Melayu?? Tak akan menjadi jika perjuangan demi Melayu.

Tak ada roh. Tak ada 'feel' Jika berjuang hanya kerana Melayu. Karut-marut sungguh perjuangan demi Melayu itu.

Perjuangan demi keunggulan Melayu selalunya akan terbabas.
Mula-mula betul. Tiba di pertengahan persimpangan, tiada guidelines yang khusus, Si pejuang akan tergelincir jugak akhirnya. Sesat. Si-pejuang akan menjadi manusia keparat.

Mula-mula perjuangan demi bangsa.
Kemudian perjuangan demi serumpun.
Kemudian perjuangan demi sekelompok.
Kemudian perjuangan demi sebulu
Kemudian perjuangan demi se-kroni
Kemudian perjuangan demi se-keluarga
Kemudian perjuangan demi tembolok sendiri
Kemudian perjuangan demi untuk mendapat burit-burit dan pantat-pantat berair segar gadis dan wanita idaman

mata menjadi kuyu dengan kesedapan yang sangat bangsat itu. air liur nikmat meleleh.
Muka datuk itu menjadi hodoh ya amat. Biji mata hitam terpesorok ke atas. Soket mata jadi longgar. Nafas tercungap2.

------------------------------





Selalu aku bayangkan seorang pejuang Melayu itu bersongkok tinggi. Berkumis tebal. hidung pesek dengan muka kemelayuan fesyen bulat kekotak.
Telinga yang lebar, tebal dan capang.

Bibir Melayu kehitam-hitaman yang tebal. Dahi yang luas. dan ketinggian sederhana menghampiri pendek.

Wap nafas mulut yang agak busuk tetapi petah berkata-kata. Petah memberi kata-kata semangat. demi Bangsa kita. Demi anak-anak kita.. demi perjuangan ibu pertiwi kononnya.
darah merah kita mengalir mempertahankan nusa dan bangsa.

Bangsa Melayu di luar dengan tegar bersorak memberi kata perangsang kepada si pejuang bangsa Melayu. Si pejuang Melayu sangat bangga dimertabatkan pada kedudukan yang paling tinggi.

Si pejuang Melayu menggosok-gosok perut yang semakin membuncit, berlemak tersenyum bangga. Dengan penuh pesona.

Apabila api lampu di hadapan rostrum terpadam, pentas dikemas. Manusia-manusia penyokong bangsa lenyap dari pandangan.



Maka pulanglah si-pejuang bangsa ke hotel mewah, balik ke tempat pembaringannya. Pintu bilik terkuak, kelihatan tubuh-tubuh munggil gadis rupawan mengangkang di atas ranjang katil dengan kemaluan basah bergetah. Aroma kegadisan dan wanita menyerlah. Minta dibelai yang bukan percuma. Lima belas minit berlalu maka terdengarlah keriut spring katil senada seirama dengan bunyi nafas dan suara manusia-manusia di atasnya. Botol-botol arak terpelanting dek olakan tilam empuk katil yang menganjal ganas.

.... demi bangsa....

Melayu juga ketinggalan


elhias: hinanya mengampu.....muncung busok orang tua panjang sejengkal

Labels: , ,

..

Saturday, August 09, 2008

Persoalan Dunia: Bilakah Kehancuran ?


elhias: Beberapa battalion tentera Georgia dgn ketumbukan2 tentera sedang khusyuk menerima amanat khas daripada ketua mereka.

hurmmm...

marilah sama-sama kita tunggu apakah reaksi dan tindakbalas Amerika dalam hal ini apabila sekutu-kuat mereka iaitu Georgia diserang bertubi-tubi oleh Russia malam tadi sehingga lebih daripada 3-ribu orang terbunuh.

Big-bully Russia dalam hal ini kelihatan beria-ria sekali untuk meranapkan negara bekas jajahannya semasa era-Soviet/USSR di atas sebab negara Georgia bercadang menyertai PAKATAN-NATO dan pembunuhan beberapa pengaman daripada Russia.

Georgia pula apa kurangnya kekafiran dan kesyaitanan mereka. Sehingga sanggup menghantar militer mereka ke Iraq yang mungkin untuk membelasah orang Islam di sana.

Nah! terima kembali apabila negara sendiri dicerobohi oleh 'abang' sendiri

what come around. go around
what go around. come around.


elhias 2: Apabila blok Timur berkawat. Militer Georgia, Khususnya.

Semasa penulisan ini, kemaraan kor-armor dan pasukan infanteri tentera2 Russia yang berpangkalan di Barat Daya Russia sedang hebat menuruni South Ossentia. Jika pertahanan Georgia, goyah, kemaraan Russia akan merebak sehingga ke Utara T'bilisi yang merupakan jalan masuk ke ibu negara Georgia.

Dahulu Russia meranapkan Chechenya.
sekarang Russia meranapkan Georgia.

Kepada Amerika Syarikat, Yahudi, dunia-barat dan sekutu kuat mereka yang lain, Tak akan hendak berdiam diri shj ? Sepatutnya sama-samalah merasa kesusahan. Bukankah Gerogia itu sahabat karib kalian jua ?

DAN SESUNGGUHNYA AKU PERCAYA BAHAWA PEPERANGAN INI BERMULA mungkin JUGA TELAH DIRANCANG OLEH AMERIKA, dan zionist secara sulit bagi kepentingan mereka juga. Bagi tujuan kehancuran Republic Federation of Russia.

Ia semata2 bertujuan Untuk Amerika dan Zionist menjadi suatu kuasa tunggal di dunia
konsep Eyes-Seeing-Eyes/Police-dunia digunakan di sini.



elhias: Perluasan Kuasa Dajjal/Freemasonry sedang rancak dijalankan.


Syabas yang menang tetap akan menjadi arang!!!. Maka sudah termaktublah sudah bahawa kedua-dua kuasa besar itu mungkin adalah golonga Ya'juj wal Ma'juj,

Jika tiada terjadi apa2 sekalipun, dunia semakin parah.

hehe...

sumber: www.cnn.com

Labels: , ,

..

Thursday, August 07, 2008

Permasalahan : Minda Melayu Semakin Bersinar Kebodohannya


elhias: hehe.. hobi tetap Melayu Haprak daripada golongan itu

tajuk sgt provokatif. Aku suka.

Yang dimaksudkan bodoh bukannya Melayu ini. Tetapi Melayu itu. Melayu itu, Melayu apa ?
Melayu itu adalah Melayu UMNO yang miskin wang, tetapi minda taraf pencacai. Umno pencacai ini bukan saja miskin wang, malah miskin budi-pekerti juga miskin minda.

Melayu haprak taraf pencacai itu semata-mata mengangumi Mahathir yang kononnya hanya hensem di mata. Apa yang mahathir dan paklah buat di belakang-belakang ??? Mereka tak tahu. dan tidak hendak pun ambik tahu.

Kerana apa? kerana urat-saraf otak mereka telah tertutup dan tersumbat dengan lemak seratan najis daripada santapan rohani yang berpunca daripada goyangan pinggul berahi kesyaitanan Inul dan rakan-rakan. Samada yang sewaktu, mahupun yang lebih dahulu daripadanya.


Yang mereka tahu hanyalah memuji-memuji dan memuja. Semoga pujian mereka pada kerajaan akan terpercik seketul dinar emas dan masuk ke dalam kantung seterusnya tembolok mereka untuk sama-sama menumpang tuah kerajaan pujaan tercinta.

hehehe...

Hey kawan... jangan perasan. Janganlah bermimpi di siang hari.
Keter-perasanan kamu itu adalah lambang kedunguan dan kealpaan diri kamu sendiri.

Ia saolah-olah tidak ubah seperti seseorang lelaki yang terperasan bahawa beliau akan memperoleh isteri yg bertepatan dgn ciri2 pelakon wanita pujaannya dan begitulah sebaliknya jika dia seorang wanita.

Soalan paling senang. Adakah kamu menjaga akhlak dan adab bertepatan dengan syariat Islam itu sendiri. Jangan jawab pada aku. Jawab sendiri dalam hati.


Kes Liwath yang Lewat Anwar
-----------------------------

Melihatkan penampilan aku, orangramai akan mengetahui bahawa aku bukanlah penyokong PKR. Tiada satupun ceramah PKR yang aku hadiri.

Walaubagaimanapun kes liwat mantan TPM itu haruslah diperhalusi sedalam-dalamnya.

Kini nampak sangat jelas lagi nyata bahawa kes Liwath tersebut semakin terbongkar akan ke-tidakwujudannya dengan beberapa fakta dan hujjah para-pendakwa yang kelihatan sungguh kartun.

Aku perhatikan segelintir rakan-rakan aku dari kalangan penyokong unmo-totok (walaupun miskin ya-amat) sejak dari dahulu menyokong pertuduhan itu dengan penuh yakin dan konfiden.

Apabila tembelang mula pecah-satu-persatu, darjah keyakinan akan pertuduhan itu semakin goyah perlahan-perlahan. Keyakinan mereka mula terjejas, apabila tiada satu butir pertuduhan pun yang keluar juga ketidakwujudan salinan report oleh pihak yang menuduh dan melanggar prosedur undang-undang biasa. Ya tuduhan itu kelihatan sangat luar-biasa.

hehe...

Apabila sudah malu, mereka mula mengeluarkan hujjah yang baru pula iaitu, samada Anwar melakukan liwat atau tidak, itu tidak penting. Yang pentingnya Anwar mendapat pujian dan backup support daripada Kerajaan Amerika. Anwar agen Yahudi dan Amerika !!!!

hehe... apa punya dungu.

Mengapa setiap kali Amerika memuji Anwar tidak boleh ? Sedangkan suratkhabar dan media-massa perdana malaysia selalunya sentiasa kebulur dan mengwar-warkan pujian ke atas Malaysia oleh Bush dan Amerika seperti
1. Malaysia model negara Islam Syumul yang sebenar - Bush
2. Mahkamah Malaysia adalah Adil - Bush

Jika dilihat dari segi ekonomi, hampir seratus-peratus ekonomi Malaysia telahpun lama bergantung penuh kepada kapitalist Amerika termasuk pengendalian WPI-Iskandar seluas beratus2 hektar diberi sepenuhnya kepada Singapura.

Tiada satu apapun di Malaysia kecuali Amerika. TESCO pun hak Yahudi. Manakala Sykt Haliburton di Johor itu adalah hak milik Amerika. Yahudi dan Amerika telah berbilion2 dollar mengaut untung di Malaysia, pun masih Melayu2 haprak dungu itu tidak tahu.

Jelaslah di sini bahawa Melayu Umno memang Melayu Haprak yang amat memalukan dan membimbangkan.

Kembalilah pada ajaran Islam.

Memang benar....Nampaknya UMNO semakin haprak dan tidak releven

Labels: , ,

..

Monday, August 04, 2008

Permasalahan Negara: PakLah Yang entah hapa-hapa


elhias: Khairy, menantu-Babah, tersenyum girang bila terpandang mertua a.k.a. babah kesayangannya yang memberi sepenuh kebahagian dan kasih-sayang terhadapnya. (hehe) Tak sia-sia perjuangan dan pengorbanan selama ini

nota: semasa aku menulis 'elhias' di atas, entah mengapa aku rasa seperti hendak muntah hijau dan agak meluat sangat. Kemungkinan aku sedang mengandung sekarang ini.


Semasa di sebuah restoran pagi tadi, Hairan juga apabila mendapati PM Malaysia terlau beria-ria sgt menyebelahi rakyat tentang isu Jejantas MRR2 yang kelihatan semakin retak (jika tidak menanti belah). Kenyataan PM Malaysia dibaca seolah-olah terlalu berjuang untuk rakyat sehingga hendak menubuhkan suatu siasatan tribunal khas bagi menyiasat keretakan MRR2 tersebut.

Boleh dikatakan aku hampir2 terkentut2 apabila terbaca statement yg mafhumnya spt di bawah:

PM Malaysia sangat risau dan concern kerana Rakyat amat marah dengan isu-keretakan jejantas MRR2 tersebut yang boleh mendatangkan kemerbahayaan kepada semua pihak

hehe.

Sejak bila pula Pak-lah ambik peduli tentang kemarahan rakyat ini ? Takkan lah pula isu keselamatan rakyat pun turut hendak dipolitikkan sempena By-Election di Pmtg Pauh ? Mengapa PM Malaysia tidak ambik peduli pula tentang kemarahan rakyat kerna isu-minyak petrol naik-mendadak dan tidak turun2 walhal Singapura sudah 6 kali menurunkan harga petrol mereka kerana harga pasaran petrol dunia sedang merudum sekarang.

Lain-lain Isu yang boleh membuatkan seseorang itu berasa pelik adalah

1. PM Malaysia terkejut dgn tarikh cadangan perletakan Jawatan DS Rafidah Aziz sebagai ketua Wanita.
2. PM Malaysia sedang sedaya upaya memerangi rasuah, penyelewengan dan politik-wang.

dan...

Sedang isu memerangi penyelewengan dan politi-wang oleh Paklah berkumandang di media-perdana, TIBA-TIBA Seorang veteran UMNO Dato' Mazlan Harun datang tampil ke hadapan membuat report BPR dan polis untuk membuat pendakwaan bahawa Pak Lah terlibat dengan suatu penyelewengan.

dan ZZZZZZZZZUUUUUUUPPP... WAYAR PUTUS.

hehehe..

Labels: , ,

..

Permasalahan Negara: Jenayah Tahap Pencacai Semakin Amat Membimbangkan


elhias: apa punya haprak dan low-class pencuri di malaysia ni. kunci-mangga pun nak disapu ke? Siap tubuhkan sindeket lagi. TAKZIAH

Diakui, dengan kenaikan kos tambang bas serta pengangkutan lain di negara kita akan menambahkan lagi darjah kemisikinan dan indeks kemelaratan di bumi Malaysia ini.

Impak dan efek terhadap kenaikan itu aku akui akan terus-menerus menekan keseluruhan rakyat Malaysia khususnya bangsa-Melayu yang rata-ratanya miskin (jika nampak kaya-pun, sbnrnya hanya berhutang pakai kad-kredit/bank. Usah perasan la kamu...).

Syukurlah rata-rata bangsa Melayu banyak-tidak-mengeluh dan meredhoi segala2nya yang berlaku kerana bangsa Melayu ini sudah ditakdirkan sebagai bangsa yang kurang-mendesak pihak yang berwajib serta alpa.

Sebenarnya bukannya apa, alternatif pengangkutan awam untuk kemdudahan rakyat tidak banyak bezanya daripada dahulu, iaitu rakyat marhaen tidak mempunyai banyak pilihan yang selesa. Pengangkutan awam spt bas ekspress untuk ke seluruh pelusuk negara sebenarnya masih kurang. Penggunaan kapal-terbang pula melibatkan kos yang mahal serta tidak praktikal. Keretapi pula, adalah tidak menyeluruh dan terhad terutama musim perayaan. Teksi, pula langsung mencekik darah.


Akibat daripada kesempitan hidup itulah, tidak mustahil pelbagai cabang jenayah terutama jenayah mencuri semakin berleluasa di Malaysia.

Kadang-kadang jenayah mencuri ini melibatkan kes pencurian yang tidak masuk akal yang sangat rendah nilai moralnya sehingga kecurian pada tahap-pencacai seperti

1. Kecurian kemudahan masyarakat spt papan-papan tanda dan besi divider jalan
2. Kecurian kabel-kabel telekomunikasi TELEKOM
3. Kecurian meter kepala paip di bandar-bandar besar
4. Kecurian mangga2 kunci padlock di serata negeri selangor, WP-KL, Johor, Perak dan Pulau-Pinang
5. kecurian komponen2 kereta lama
6. Kecurian suratkhabar2 lama yang diletakkan di garaj kereta
7. kes pecah rumah warga miskin yang melibatkan hanya kecurian pakaian, bingkai cermin-mata dan handset.
8. Kes kecurian dawai-dawai berpagar dan kawat-berduri
9. Kecurian air melalui tapping kepada meter
10. Kecurian letrik

dan banyak lagi.

dan seterusnya kos kehidupan yang tinggi juga aku rasa akan menyebabkan staf bertaraf rendah/ dan pegawai-berkolar biru lambat untuk mereka bertemu jodoh yang diidamkan bagi proses perkahwinan terutama lelaki.

Malangnya, akibat daripada itu maka tidak hairanlah jika kes-kes pheodophile iaitu kegiatan seks terkutuk yang melibatkan kanak-kanak perempuan sungguh berleluasa sekarang.

Aku yakin ia akan bertambah lagi dari masa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa......

Labels: ,

..

Saturday, August 02, 2008

Pertikaian: Perbuatan Sumpah dan Natijah Persepsi


elhias: Apa tunjuk-tunjuk orang ni pak sheikh ??

Apabila terbaca artikel2 daripada media-arus perdana dan media-pembangkang, dalam konteks penggunaan bahasa, saya dapati bahawa memang benar terdapat terlalu banyak istilah Bahasa Melayu yang diceduk terus daripada Bahasa Arab contoh:

1. el-muzakarah
2. el-muhabalah
3. el-muqabalah
4. el-fitnatul

Media arus perdana negara kita adalah media yang diselia penuh oleh kerajaan. Maka sudah semestinya gunapakai istilah ceduk-cedukan ini mempunyai maksud yang tertentu walaupun pada asalnya telah lama popular dan digunapakai secara meluas oleh media parti pembangkang.

Aku berpendapat bahawa istilah penggunaan bahasa-ceduk-cedukan oleh media perdana adalah suatu gimik suara kerajaan yang seolah-olah berusaha untuk memantapkan kesyumulan agama Islam bersama pembangkang. Ini adalah bertujuan supaya mengembalikan sokongan bangsa Melayu terhadap parti yang hampir hendak karam itu.

Isu Sumpah-Bersumpah el-Muhabalah
---------------------------------------

Dalam isu ini, rakyat Malaysia boleh terbahagi kepada 2 iaitu

1. Pertama, Golongan yang gemar bersumpah-sumpah. Bagi aku golongan ini telahpun memertabatkan sumpah-bersumpah itu pada tahap tertinggi duniawi. Apabila telah bersumpah, maka golongan itu akan terlepas segala dosa dan tuduhan kesalahan ke atas mereka. Sumpah itu kelihatan seolah-olah suatu mekanisme penghapus dosa juga sebagai indicator supaya suatu tuduhan ke atas seseorang itu boleh terlucut hanya dengan bersumpah sahaja.

2. Kedua, Golongan yang faham apa itu sumpah. Golongan ini tidak gemar mempermainkan sumpah dan hanya menggunakan sumpah sebagai suatu jalan terakhir. Jika seseorang itu telahpun mempunyai "alibi" yang ramai, tidak kira samada para-penyokong, mahupun dari kalangan kaum keluarga, maka baginya tiada gunanya bersumpah, kerana tuduhan yang dilemparkan ke atasnya seolah2 tiada logik. Sementelahan lagi ALLAH SWT amat membenci manusia yang gemar bersumpah walaupun pada perkara yang benar. dan Sumpah ini bukannya boleh dibuat seperti permainan yang boleh digunakan sewenang-wenangnya.


Dalam kes Najib-Eltantuya, Najib dan isterinya telahpun bersumpah. Akibat dari persumpahan ini, maka kes tersebut dan tuduhan ke-atasnya kelihatan terpadam.

Begitu juga dengan si-Saiful (jambu ?) yang bersumpah telah diliwat. Akibat daripada persumpahan ini, maka liwat tersebut tersebut telahpun mempunyai kes yang bakal di bawa ke mahkamah dalam masa terdekat ini.

Dalam kes liwat DSAI, DSAI belum lagi bersumah. aku tiada tahu apakah akan terjadi jika DSAI turut bersumpah bahawa beliau (taraf atuk) tidak meliwat. Agaknya apakah kes tersebut akan dibatalkan ? mungkin hehe..

Apa-apapun guna untuk tidak turut bersumpah atau bermuhabalah oleh Anwar bagiku adalah suatu langkah yang bijak. Kerana, dalam hal ini, beliau tidak turut terjerat dengan golongan
yang mensyariatkan bahawa sumpah adalah suatu mekanisme pelepas dosa yang boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk melarikan diri dari tuduhan.

Kini telah nyata bahawa dunia telahpun terbalik. Hanya jauhari yang mengenal manikamnya. dan memang benar bahawa akhir zaman ini fitnah terjadi dengan berleluasa. dan tidak mustahil bahawa pembawa fitnah kelihatan seperti golongan kebenaran dan berani pula bersumpah sewenangnya2 di atas perbuatan mesum mereka.


wallahualam.

Labels: , , ,

..

Friday, August 01, 2008

Permasalahan Wanita: Kisah Ke-empukan Buah-Dada dan Payu Dara Seorang Wanita


elhias: gambar ni ditujukan kepada spammer yg gemar spam email. Bila benda-alah tu terpicit, bunyinya "pen!-pen!"


hehe..

N3 ini, aku tidak mahu menulis mengenai politiking Melayu Malaysia. Sebab terlalu berserabut. Yang betul jadi salah. Yang salah jadi betul. last2 dua2 tak betul.

hehe...

Aku ingin menghebahkan suatu cerita mengenai payu dara dan buah-dada seorang wanita. (source: rahsia)

hehe..


Kisahnya bermula...

Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....

Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wifeno.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejam

saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik,hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah.....biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin..mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap...

tapi yg buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..

tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah...saya nampak kawan saya tengah campak baju2wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...kat bawah...saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2 pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap..."kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jgn lawan cakap papa..."tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu...

maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibukmenguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan sayatu.arwah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport changi, Maid aruah call mengatakan yg arwah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah pergi ke hospital...dgn kepayahan arwah mencium dua anak kembarnya(no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya.Mungkin arwah dah tahu yg dia akan pergi.




Hanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan arwah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya...Saya masa tu hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg arwah yg berada di Kluang supaya datang segera .arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah arwah sudah tiada.

masa kat hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni.masa abg arwah sampai dari kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik rawatan....abg arwah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi dengan tenang. dan abg arwah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.saya dengan abg arwah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.

Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utkpengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg arwah tidak tidur.dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah arwah dapat di bawa ke rumahnya dan selepas zuhur jenazah arwah selamat di kebumikan.Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.

saya kenal arwah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakan saya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang menenung saya, sedih masa tu.Masa urusan pengebumian tu, anak2 arwah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.suami arwah akan kembali pada hari rabu 29/1/03.

dan sehingga hari ni,setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama...mama...dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan...senyap2 sayang...papa ada...

dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...

Labels: ,

Online Users
eXTReMe Tracker