..

Tuesday, August 12, 2008

Persoalan Ketuhanan: Kewujudan Manusia-Monyet dalam Perspektif Islam


elhias 1: Gambaran Manusia Pre-Sejarah Sebelum Rasul Adam AS.

Pernah seseorang datang kepadaku dan bertanyakan tentang peristiwa kejadian manusia yang seakan-akan monyet yang hidupnya semasa zaman pra-sejarah.
Soalnya kepadaku adakah ia wujud atau tidak ?
Aku Menjawab, Ya. Manusia monyet itu memang wujud. Mengapa tidak ? Mengapakah kau tiada mengerti ?

Kebanyakan para ulamak Islam acapkali menidakkan kehadiran manusia-manusia monyet tersebut dan menganggap bahawa teori manusia monyet tersebut adalah teori sesat kerna selari dengan teori evolusi Darwin yang juga mendapat bantahan daripada pihak gereja.

Aku juga tiada menolak pendapat ulamak tersebut kerana bagiku pendapat ulamak itu benar dan teori Darwin itu memang sesat.

Cuma perbezaannya apa yang aku fikir adalah amat berlainan sekali dengan cara para ulama' berfikir terutama dalam konteks ruang dan masa bagi kejadian makhluk itu.

Biasanya Ulama' berfikir bahawa teori manusia-monyet itu bersangkut paut dengan susur galur asal-kejadian manusia. Manakala bagi aku tidak.

Bahawasanya di sini tidak sesekali aku menghubungkaitkan kejadian manusia itu berasal daripada monyet atau manusia-monyet ini.

TETAPI

Hipotesis aku mengatakan bahawa manusia monyet itu wujud tetapi kewujudan mereka bukanlah sebagai nenek-moyang versi manusia seperti kita. Bahkan versi kita ini memang berasal daripada ADAM AS sepertimana telah termaktub dalam Al-Quran.

Manusia monyet yang aku maksudkan adalah sejenis spesies manusia yang rupabentuknya seakan-akan monyet yang hidup sebelum kewujudan Nabi Adam AS lagi.

Antara kedua-dua versi manusia itu iaitu manusia-monyet dan manusia seperti kita ini adalah tiada kena-mengena.

Hakikatnya aku membayangkan bahawa sebelum Rasul Adam AS itu wujud, dunia kita telahpun ditadbir oleh manusia-monyet tersebut.

Maknanya di sini, pada masa itu, maya pada ini mempunyai tamaddun yang terdiri daripada tamaddun manusia-monyet.


elhias 2: Aku tiada tahu. Teori gampang ini di ambil dari mana.


Evolusi manusia monyet ini juga berperingkat-peringkat dan ALLAH SWT sering menukarganti jenis manusia monyet ini dari satu versi kepada suatu versi yang lain. Sesuai dengan sifat ALLAH SWT, iaitu sifat berkehendak (Iradat).

Samada manusia monyet ini mempunyai akal atau tidak, tiadalah aku pasti. Tetapi aku hanya beranggappan bahawa manusia monyet ini mempunyai akal yang kurang daripada manusia. Tetapi kehidupan sosial mereka adalah sangat mirip dengan keadaan perantaraan iaitu antara separa-binatang dan separa-manusia.

Kemungkinan besar kaum manusia monyet ini juga diseru oleh ALLAH SWT agar beriman kepadaNya. Punca kenapa manusia-monyet ini lenyap dan pupus dimuka bumi ini adalah kerana keingkaran mereka terhadap ALLAH SWT dan sering berbuat kerosakan di muka bumi ini sesuai dengan Firman ALLAH SWT yang mafhumnya:

Apabila sesuatu kaum itu ingkar dan menolak sesuatu kebenaran serta sering melakukan kerosakan, maka Allah akan melaknatinya, menghancurkan dan melenyapkannya dan menggantikannya dengan bangsa yang baharu.
dalam konteks ayat tersebut, ramai antara Ulamak yang memaksudkan kaum tersebut adalah terdiri drpd kaum spt Tsamud, kaum A'ad, kaum Sodom, kaum Nuh (banjir), kaum Atlantis dan Pompeii. Tetapi bagi aku, ayat tersebut mungkin memberi pengertian dan maksud yang lebih luas lagi supaya manusia dapat berfikir bahawa kuasa Allah SWT itu tiada terbatas. Bersesuaian dengan firman Allah SWT yang berbunyi

"Sesungguhnya Ilmu Allah itu tidak terbatas dan Allah mengetahui apa yang samar-samar bagi kita (tiada ketahui)"

Hujjah paling kuat sekali yang membuatkan aku terfikir akan kewujudan manusia-monyet ini sesuai dgn Firman ALLAH SWT yang mafhumNya:

"Dan apabila Allah SWT menyatakan hendak menjadikan manusia daripada tanah, maka para Malaikat berkata, Tidakkah dengan kejadian manusia, dunia akan rusak dan bakal diwarnai dengan pertumpahan darah ???.

Nah! Di sini jelas seolah-olah para Malaikat yang merupakan Kerajaan Allah, telahpun mengetahui akan sifat-sifat manusia itu yang mungkin mempunyai persamaan dengan versi manusia yang terdahulu daripadanya yang juga gemar dengan peperangan dan berkecenderungan melakukan pertumpahan darah dan kerosakan di dunia ini.

Kemusnahan Manusia Monyet
----------------------------------

Pakar arkeologi dan saintis mentafsirkan bahawa iklim dunia pada zaman dahulu berubah-ubah begitu juga dengan kedudukan peta geografi. Sebab itulah wujudnya era seperti zaman
pra cambrian, paleothic, zaman ais-batu, zaman mamalia, zaman reptilia dan berbagai jenis zaman lagi di mana kesemua zaman tersebut adalah zaman sebelum kejadian versi manusia daripada ADAM AS.

dan pada masa itulah beberapa versi manusia monyet itu menetap dan tinggal di muka bumi ini. dan pada setiap akhir era/zaman apabila manusia monyet itu enggan beriman kepada ALLAH SWT dan peperangan, kemusnahan sering terjadi di sana sini, maka ALLAH SWT bertindak memusnah dan menghapuskan manusia monyet tersebut dan menggantikan mereka dengan versi manusia monyet yang baru dengan fenomena alam seperti pertukaran musim dan berlakunya perubahan iklim dan suhu di bumi ini yang menyebabkan kemusnahan besar-besaran alam di waktu itu.

Yang mana ini semua adalah sebagai malapetaka dan petunjuk daripada Allah kepada manusia yang beriman seperti kita bahawa Allah bukan sahaja bersifat Penyayang (The Merciful) bahkan Allah juga mempunyai sifat Pemusnah (The Destructor). Maka Berwaspadalah!

Kesimpulannya di sini, Islam tiada pernah menolak teori sains. Bahkan sains juga tiada pernah menolak Islam. Hanya manusialah jua yang tiada mengerti.

Wallahualam

Labels: ,

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Yahudi ada jadi monyet sebab tangkap ikan hari Ahad... LOL

1:33 AM  
Blogger Elhakim said...

dear smithy,

sungguh betul Yahudi memang pernah disumpah jadi monyet semasa perayaan SABBATH. Atau THE BLACK-SABBATH.

TAPI

awak ni siapa ?

husband selena ke ?

hehe..

8:03 PM  
Blogger rastom said...

Selena yang mana? Mendiang tu ka?

9:37 PM  
Blogger Elhakim said...

DEAR Tun elrastom, tun padiyappa,

salah. bukan. yang itu selena penyanyi,


maksud aku yg dimaksudkan itu adalah selena pujaan hatinya.

10:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

boleh terangkan lebih lanjut x, antara zaman batu, zaman nabi adam sehingga ke zaman nabi muhammad, mane yang mula dulu? adakah zaman batu atau zaman nabi adam? ia amat confius bila difikirkan..huu..terima kasih..

7:21 PM  
Anonymous huzZeir said...

maestilah zaman batu dulu

1:18 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker