..

Saturday, November 29, 2008

Permasalahan: Pengkhianatan dan Teori Konspirasi Ala Malaysia (Yang Menyusahkan Rakyat Sendiri)


elhias: sekadar elhias sahaja


Tiadala aku mengerti bahawa mengapa mereka masih berasa sangsi dengan teori yang mengatakan bahawa kegagalan menaiktaraf kecekapan perngangkutan awam di negara ini adalah suatu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia dan boleh jadi juga suatu konspirasi jahat oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan diri mereka sahaja.

Penghuraian aku tentang kasus ini amat mudah. Iaitu Jika public-transport di Malaysia ini dimajukan maka yang memperolehi keuntungan hanya satu-pihak sahaja iaitu

1. Syarikat public-transport Malaysia sdn bhd.


TETAPI

Jika public-transport TIDAK diusahakan bersungguh2 maka yang memperolehi keuntungan adalah tiga-pihak yang berkait-rapat. Iaitu

1. Pengusaha Otomobil Nasional (termasuk wakil penjual, pengedar/dan pihak finance, bank insuran)
2. Pengusaha yang terlibat dengan Petrol (Petronas dan pengusaha stesen-minyak tempatan)
3. Syarikat Konsesi TOL.

Aku namakan ketiga-tiga entiti di atas adalah suatu group kroni yang berpakat di mana jelas pemerolehan keuntungan mereka pada tahun ini adalah berlipat-lipat kali ganda dengan isu kenaikan TOL dan kenaikan harga PETROL juga kenaikan insuran kenderaan yang boleh dibuat sesuka hati oleh pihak pembuat-policy (flip-flop decision maker).

Nah! hasilnya adalah kemelaratan rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana terpaksa menanggung hutang-piutang hampir seluruh hidup.

------------------

Sebenarnya aku tidak nampak mengapa perlunya setiap manusia yang bekerja di Malaysia ini mesti memerlukan sesebuah kenderaan. Sehingga ia hampir tidak logik apabila jika terdapat 3 orang yang bekerja dalam sesebuah rumah maka terdapat 3-motokar yang wajib utk seisi rumah tersebut akibat kegagalan public transport di Malaysia.

Yang peliknya kerajaan selalu menyuruh supaya rakyat Malaysia jangan membazir terutama di zaman kenaikan harga minyak dunia baru2 ini. Suruhan itu termasuk menggalakkan supaya rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Tetapi dalam masa yang sama, pengangkutan awam di Malaysia ini adalah sesuatu yang tidak boleh diharap.

Aku juga tidak nampak mengapa perlunya setiap rakyat di Malaysia ini wajib membeli kenderaan. Kerana terdapat sesetengah warganegara di negara2 maju yang mempunyai pekerjaan yang stabil tiada mempunyai kenderaan persendirian langsung. Kenderaan persendirian seperti kereta dan motor bagi mereka adalah sesuatu yang optional. Kerna apa? Kerana public transport mereka amat maju, efisien dan amat efektif.

Kerajaan selau menegah rakyat supaya jangan membuat perbandingan dengan negara2 maju dari segi public transportnya kerana Malaysia bukanlah sebuah negara yang setanding dengan mereka.

TETAPI yang peliknya kerajaan Malaysia selalu membuat perbandingan dengan negara yang BUKAN-PENGELUAR minyak apabila kerajaan bertegas utk menaikkan harga petrol tempatan.

Di sini sudah maklum bahawa Malaysia amat gemar membuat analisis terhadap negara yang bukan dalam kelas mereka. dan ini saya namakan sebagai kesilapan mental dalam menilaikan sesuatu atau dalam bahasa mudahnya adalah 'PENYALAHGUNAAN-STATISTIK PERBANDINGAN oleh MEREKA yang TIDAK MEMPUNYAI COMMON-SENSE'.

Sepatutnya persoalan membuat kebajikan utk menyediakan prasarana kemudahan bagi rakyat tidak sepatutnya kerajaan kita membuat perbandingan dengan mana-mana negara. Kerajaan kita sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kita. Jika kerajaan terus-terusan berdolak dalik dengan membuat perbandingan, maka sampai bila-bila pun permasalahan itu tidak akan selesai. Sebagai contohnya:

Kerajaan Zimbabwe gagal menyediakan kemudahan pengangkutan yang efisien bagi rakyatnya. Oleh itu, kerajaan Malaysia tiada mempunyai sebab utk turut sama bersusah-payah menyediakan kemudahan tersebut kepada rakyatnya juga.

Labels: ,

..

Permasalahan: Ketidakcekapan Public Transport Malaysia Suatu Konspirasy



elhias: Ketidakcekapan Public Transport Suatu Konspirasy Jahat
Tangan2 Ghaib dalam Kerajaan Malaysia


Secara amnya kita telah melihat bahawa petrol merupakan suatu sumber pendapatan Malaysia yang mutlak. Kebergantungan rakyat Malaysia pada komoditi ini tiadalah boleh disangkal lagi. Dalam akhbar baru-baru ini, kita telahpun melihat bahawa keuntungan yang dicatatkan oleh PETRONAS adalah pada paras tertinggi dan keuntungan ini akan sentiasa mendaki dari setahun ke setahun.

Ironisnya, sehingga sekarang, tiada seorangpun rakyat profesional di negara ini boleh mengakui bahawa Malaysia mempunyai jaringan sistem pengangkutan awam yang serba cekap dan canggih yang menghubungkan antara luar-bandar, sub-bandar dan bandar.

Dengan keuntungan yang berlipat ganda yang diperolehi melalui PETRONAS pada setiap tahun, saya tidak nampak mengapa tahap keefisienan dan tahap efektif pengangkutan awam ini tidak dapat dipertingkatkan sejajar dengan pertambahan bilangan penduduk di seluruh Malaysia dari setahun ke setahun.

Saya beri contohnya, perhatikan sistem pengangkutan awam di seluruh Malaysia yang kelihatan agak tidak boleh diharap. Begitu juga dengan kawasan berhampiran dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Dalam hal ini, kita boleh lihat bahawa kebergantungan terhadap sistem pengangkutan awam terlalu kurang dan Kebolehpercayaannya juga boleh dipertikaikan.

Oleh yang demikian, sehingga sekarang, kerajaan masih gagal menyediakan prasarana tersebut dengan kebolehpercayaan dan kecekapan yang tinggi kepada rakyat walaupun ianya telahpun dijanjikan lebih drpd 5 tahun dahulu.

Penantian ini bagi saya kelihatan seperti tiada kesudahannya.

Berlainan pula dengan pembuatan kereta tempatan yang kita lihat ianya semakin bertambah permintaannya dari masa ke semasa akibat daripada kegagalan pihak kerajaan bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang efektif lagi efisien kepada rakyat marhein.

Akibat daripada itu, keuntungan yang diperolehi oleh pihak kerajaan Malaysia AKAN SENTIASA berlipat ganda. Sementelahan itu, rakyat Malaysia yang berpendapatan kecil dan sederhana terpaksa membayar kos yang amat tinggi yang dapat memberi keuntungan kepada pihak kerajaan secara mutlak dengan:

1. Pembelian kereta nasional secara terpaksa
2. Penggunaan sumber bahanapi petrol kepada pemilikan kereta persendirian yang semakin bertambah (Juga secara terpaksa akibat penggunaan NGV tidak dipertingkatkan)

Sebagai kesimpulannya, saya melihat keadaan ini seolah-olah suatu konspirasi jahat yang disengajakan oleh pihak kerajaan Malaysia yang dikuasai secara tidak langsung oleh tangan-tangan ghaib bagi melindungi kepentingan peribadi mereka.

Labels:

..

Tuesday, November 25, 2008

Persoalan 3Line, PEKIDA, Perkid atau Pen-Kid ?


elhias: hehe... kuatnyerr Melayu... hehe..



Tiba-tiba...

Kedengaranlah beberapa pertubuhan Melayu berpencak-silat di tengah2 gelanggang negara yang lazimnya pada dahulunya aku pun tidak pernah dengar akan kewujudan pertubuhan2 ini. (kalau dengar pun aku buat2 tak dengar)

pertubuhan yang aku maksudkan ini adalah 3-line atau lazimnya ia dipanggil sebagai PEKIDA atau NGO-PERKID (???).

Semasa penghapusan kuota bumiputera dan digantikan dengan sistem dimerit tak ada pula pertubuhan ini mengaum.

Begitu juga dengan isu kontrak sosial yang sering dipertikaikan oleh cina MCA di era 90an dahulu.

Semasa Melayu pulau pinang merintih tersepit pada tahun 2001 dan 2002 dahulu pun pertubuhan ini jarang-jarang kedengaran.

Apatah lagi isu-Bahasa Melayu di sekolah dan IPTA dipermain-mainkan begitu juga dengan Malay-Reserved Land yang boleh dipajak kepada industri2 demi kemajuan. Pun pertubuhan PEKIDA ini tidak memainkan peranannya...

Apabila rakan2 berbangsa Melayu menyebut kemasyhuran dan keunggulan pertubuhan PEKIDA dalam memperjuangkan HAK-HAK AGAMA dan HAK-HAK MELAYU pada masa sekarang ,tiba2 telinga aku hanya kedengaran perkataan 'PENKID' .

ntahlah..hehe..

Labels:

..

Persoalan PTPTN, tol-plus dan pembuat keputusan


elhias: say no to Tak Nak!



hehe..

terkejut juga aku apabila media utama el-negara yang flip flop tiba2 mengwar-warkan PTPTN mengkaji penukaran daripada pinjaman kepada biasiswa.

Entah mengapa tawaran-demi-tawaran agak luarbiasa yang diketengahkan oleh kerajaan sejak akhir2 ini selalu sangat dicanangkan di dada2 akhbar dan media utama. Lazimnya tidak begitu apatah lag jika 'mereka' menang besar.

Bukanlah aku tidak suka dengan tawaran itu, tetapi kadang-kadang isu itu aku takut jadi seperti isu-TOL plus yang hanya akan diberi diskaun 10 percent selepas tengah malam.

Entah siapa yang hendak menikmati kadar diskaun selepas tengah malam itu, aku pun tak tau.

Setahu aku, kebanyakannya, lori korporat dagang sahaja yang banyak berkeliaran di lebuhraya PLUS selepas waktu tengah malam.

Persoalan di sini, Decision-Maker dalam Malaysia ini hendak tolong rakyat atau hendak menolong towkey lori ??

hehe...

Labels:

..

Persoalan Khinzir: Mengapa Jadi serius?

apabila ada orang bertanya mengapa isu babi terlalu diperbesar-besarkan sekarang ini?

aku menjawab :
"kerana isu-buntot telah gagal"

orang itu bertanya lagi.
Apakah jawapan aku itu rasional ?

Aku membalas
"tanya sama itu hud-hud"

kali ini tokey hud-hud itu sendiri berhadapan dengan tuduhan mengikut ajaran sesat.

hehe..

Labels:

..

Permasalahan Persoalan Ringkas

soalan yang mudah dan membuahkan jawapan yang mudah adalah persoalan yg berbunyi:
"Bolehkah banga kita menjadi suatu bangsa yang benar2 berjaya?"



jawapan bagi soalan cepu-emas itu adalah :
"tidak".

mengapa tidak?


"tanya sama itu hud-hud."

tiada bangsa yang lemah mengaku kuat kecuali bangsa kita.
Lihat, apabila tercabar sikit, maka kita akan bersilat ala-ala bunga PROWARIS....

Secara tiba2 pertubuhan yg seakan2 timbul-tenggelam itu mendapat liputan
hehe

ntah apa yang diperjuangkan sebelum ini ntah ??

GPMS?

Labels: ,

..

Friday, November 21, 2008

Permasalahan Calon: Calon Yang Bermasalah

Baru sebentar tadi aku terdengar sesuatu yang tidak diduga. Percakaran antara 2 calon Ketua wanita Umno. Siapa sangka air yang tenang tiada buaya. Hikayat sumpah seranah berjalan seperti biasa. Siapa tertipu siapa yang menipu tiada menjadi soal. Anggap kita pukul sama rata. Tradisi mereka barangkali.

Perihal Timbalan Perdana Menteri yang bakal menjadi PM pada suatu hari nanti jua masih menjadi tandatanya.

Tiadalah aku mempertikaikan kebolehan beliau. Kes Razak Baginda kelihatan sesuatu yang agak luar biasa.

Sesunggunya "Dia" tiada kena mengena dengan El-Tun-Tuya.. (???) Berbelas tanda soal kemungkinan di situ.

Lain benar bunyinya itu. Hanya yang faham sahaja dapat menangkap maksud isi hatiku.

hehe...


elhias: evolusinya suatu ilusi. SILA KLIK IMEJ UTK PAPARAN YANG LEBIH JELAS. hehe...

Labels: ,

..

Friday, November 07, 2008

Artis sebagai Suami : Mengapa Cari Yang Lain ? (Suatu Persoalan Kemanusiaan)


elhias 0: Semasa baru berkahwin, semuanya nampak bahagia.

Umumnya aku tiada berapa suka untuk menyingkap permasalahan rumahtangga artis Malaysia. Kerna bagiku, itu tiada penting.

Tetapi kali ini, ku lihat dunia sekarang ini terlalu menitikberatkan perihal masalah artis sehingga diwar-warkan di dada dan muka utama akhbar2 harian.

Maka dengan itu ia sa-dikit sa-banyak turut mengheret pemikiran aku ke dalam dunia mereka.

---------------

Bagi aku, nilai perkahwinan bagi pasangan artis adalah suatu nilai ikatan yang 'rapuh'. Rapuh di sini berarti suatu ikatan yang tidak kukuh tetapi ia hanya suatu nilai ikatan berdasarkan untuk meraih populariti.

Oleh kerna artis adalah suatu komunitas yang terlalu hidup dalam kancah hedonisme maka perasaan cinta antara mereka tiadalah kuat. Kerna mereka sudahpun tahu keburukan tercela pasangan masing-masing (at the 1st place).

Yang wujud bagi melestarikan impian hidup bersama atas dasar cinta sama cinta adalah dengan kewujudan suatu faktor baru iaitu faktor kecantikan.


dan...

Faktor kecantikan inilah yang mewarnai bagi setiap pasangan artis tadi untuk ke gerbang perkahwinan.

----------------------

Apabila usia perkahwinan mereka menjangkau 5 tahun, sesungguhnya perkahwinan yang bersifat kepura-puraan atas dasar kecantikan itu sudah pastinya bisa terlerai dan perasaan cinta yang rapuh itu semakin lama semakin terhakis.

Ini terjadi apabila pasangan wanita artis kelihatan agak berumur, tua dan mengalami kesengsaraan kulit berkedut dan bertompok2 dengan jeragat.

MENGAPA ARTIS LELAKI SUKA CARI YANG LAIN ?

Jawapan yang ada pada aku mudah sahaja. Ini adalah kerna kesilapan Pasangan artis wanita itu sendiri iaitu

1. Rupa-Paras artis wanita itu semakin lama semakin hodoh dan burok.
2. Potongan Badan wanita itu yang semakin kelihatan seperti tong-drum
3. 'Jus' atau lembapan air dalam diri artis wanita itu semakin kering
4. Getah atau Daya-lekitan aura kegadisan pada wanita itu semakin luntur.

Lelaki artis pada umumnya amat mengharapkan agar pasangan wanita mereka sentiasa cergas dan bergaya. Sepertimana yang mereka suka dengan berkonsepkan wanita di sebelah mereka agar sentiasa berkaca-mata hitam sambil mereka berdua-duaan dalam sebuah kereta 'sport' mewah yang laju.

Dan konsep yang diterapkan seperti di atas dapat menjadikan pasangan artis itu kelihatan agak elegant, 'hot' dan sensasi.

Tetapi apabila pasangan artis wanita tadi sudah kerap beranak, maka kecantikan dan aura getah kegadisan tadi sudahpun hilang.

Ini dinamakan sebagai sindrom kehilangan 'jus' atau kehilangan 'getah' bagi wanita-artis.

Akibat daripada kehilangan JUS atau getah ini bagi seseorang wanita, maka kemantapan mereka semasa melakukan seks dan persenggamaan yang hebat turut terjejas dengan teruk.

Wanita yang kehilangan JUS atau GETAH-LEKITAN ini kelihatan TIDAK-PANDAI-MENARI semasa persetubuhan dilakukan. Pergerakan mereka terbatas dan kelihatan agak kaku kerna potongan badan mereka yang agak kelihatan seperti 'tong-dram'.

Apa yang lebih memburukkan keadaan lagi adalah semasa upacara PERSETUBUHAN itu dijalankan, artis wanita tadi masih memikirkan anak-anak mereka daripada memberikan 'JUS atau GETAH' kepada suami mereka.

dan ini menjadikan Rentak persetubuhan mereka kelihatan hambar berbanding semasa mereka baru berkahwin dahulu.

dan amat malang sekali jika wanita dahulu yang tarafnya agak elit kali ini kelihatan sudah tidak elit lagi. dgn penampilan wajah yang agak 'kembang' dan membosankan pihak lelaki.

Seri-wajah, Jus dan aura lekitan bergetah dalam diri wanita itu nampaknya terus pudar dan layu yang mungkin tidak bisa membangkitkan nafsu syahwat suami mereka selama-lamanya.

Maka sebab itulah...

Sang-Suami akan terus mencari gadis-gadis yang mempunyai tahap JUS, GETAH dan daya-lekitan yang amat tinggi di samping mempunyai skil yang hebat iaitu 'PANDAI-MENARI' semasa bersetubuh.

Apa yang menyedapkan sekali ialah, kebanyakan gadis yang pandai 'menari' semasa persetubuhan dilakukan juga amat pandai 'menyanyi'. Antara 'tarian' dan 'nyanyian' semasa persetubuhan itu dilakukan kelihatan amat 'kena' dan sesuai sekali. Dan inilah di namakan sebagai pencapaian tahap orgasme pada tahap tertinggi sekali bagi pasangan yang berkahwin. Tidak dinafikan bahawa inilah fenomena yang amat dicari-cari sekali oleh sang-suami terutama suami di kalangan artis popular.

Tetapi apabila JUS dan getah wanita itu sudah kering, sudah pastinya sang suami akan berpaling. Pendek kata, siapa yang mahu menimba air di telaga yang kering ya tak ? KALDAI pun tak ndak ya dak ?

hehe...

GAMBAR SEBAGAI CONTOH



elhias 1: Gadis yang mempunyai ketumpatan 'JUS dan getah' yang amat tinggi




elhias 2: Wanita yang mempunyai ketumpatan jus-getah dan daya-lekitan yang sederhana




elhias 3: Wanita yang sudah kehabisan 'jus-getah' dan 'daya-lekitannya' pada tahap-sifar '0'.

Labels:

..

Thursday, November 06, 2008

Persoalan Obama: Paksi Kejatuhan Keunggulan Kuasa US? (Suatu Ramalan)


elhias: JOIN DA CLUB!


Entri ini ditulis apabila aku teringat akan seseorang penulis muda yang dikatakan sebagai seorang yang berfahaman Syiah dalam salah sebuah karya novel beliau yang bunyinya lebih kurang spt berikut:


Petanda-petanda Kuasa Amerika akan terhakis (tidak lagi dominan) apabila negara itu diterajui oleh seseorang yang bukannya daripada golongan kulit putih dan ia berpangkal pada tahun 2010.

err...

Bagiku itu hanya sebuah novel. Tetapi buat masa sekarang, umumnya aku ketahui matawang Dolar US sudahpun tidak berapa laku.

hehe.

Labels: , ,

..

Wednesday, November 05, 2008

Kempen Bahasa di Blog Liberal Sosialis (Suatu Pertikaian?)

hehe..

Walaupun aku adalah salah seorang yang mengikuti perkembangan aktivis ini, tetapi kadang2 apa yang ditulis bukannya boleh dipakai sangat.

Seseorang yang berfikiran liberal acapkali mempunyai gaya penulis yang mempunyai 'double-meaning'

Persoalan yang timbul dalam benak aku, adakah si-mamat ini seorang yang serius atau hanya sekadar membalas dendam ?

Terkadang untuk apa diketengahkan ideologi sosialis di khalayak manusia2 yang mempunyai pegangan agama ? Itu aku tiada tahu.

Bukannya apa..aku cuma takut jika kita terlepas daripada mulut rimau, termasuk pula ke dalam mulut buaya.

hehe..

Labels:

..

Tiada Permasalahan: Sketsa Forum





Diumpamakan terdapat suatu forum yang mempunyai.

1. Forumer (user)
2. Mod (Moderator)
3. Admin (Administrator)

1. Forumer adalah seorang yang kurang Hajar
2. Mod berlembut kerna tiada mempunyai apa-apa kuasa kecuali menasihati
3. Admin (Towkey server)

Apa yang bakal terjadi ???

hehe...

Labels:

..

Tuesday, November 04, 2008

Suatu Persoalan: Baguskah Obama Sebagai Presiden ?


elhias: mawi


Jika ada orang yang bertanya pada aku berkenaan soalan tajuk N3 ini, aku akan menjawab.
Tiada apa-apa yang bagusnya dalam konteks Islam tertindas. Masing-masing menjadi budak-suruhan zionist freemason.
Yang tertindas masih lagi umat Islam-Mislam...

Dahulu aku pernah meragui akan potensi Obama utk menjawat jawatan sebagai presiden kerna warna kulitnya yang agak gelap.

Tetapi oleh kerana kebodohan Sarah Paulin dengan skandal boros-borosan ala-ala Imelda Marcos juga kegagapannya tentang pengetahuan am merubah segala-galanya..

Tiada sesekali aku menaruh kepercayaan terhadap manusia separuh Kenya ini.

Labels: ,

..

Windows Vienna Ganti Vista ? (Satu Permasalahan Kronik)


elhias: Pengantaramuka desktop Vienna aka Windows versi 7


entah mengapa... tiba2 aku hampir melenting apabila terbaca satu colum dalam sebuah majalah komputer tentang

1. Windows Vista bakal digantikan dengan Windows Se7en/Vienna (Windows -7) aka codename BlackCombed

Tak habis-habis dengan si bangsat ini nak menyusahkan pengguna.

Bukannya apa, kerja update-mengupdate serta memasang patch mengepatch ini menjadi lebih rumit lagi pada certain softwer apabila platform OS sentiasa bertukar ganti.

Sudahlah harga OS pun menjangkau beratus-ratus rupiah..(hehe...)

Yang amat peritnya pembelian notebook adalah mengikut spesifikasi OS terkini. Pada masa sekarang notebook adalah mengikut spesifikasi Vista.

Maknanya di sini pengguna turut terpaksa untuk membeli Vista jika mereka mahukan peranti mereka beroperasi sepenuhnya.

hehe..

Aku teringat tentang kes seseorang yang kelam kabut apabila notebook yang dibelinya tidak dapat menginstall platform OS Windows versi XP.

Sudah cuba beberapa kali. Rupa-rupanya dia wajib untuk berbuat sesuatu ke atas system BIOSnya terlebih dahulu... kalau tidak sampai bila2 laptop itu tidak dapat digunakan..

hehe..

Akhir kalam, Nampaknya forum internet mengenai sofwer/ perkakasan akan bertambah gamat lagi.

hehe..

sumber:
1. wikipedia
2. sumber pencarian google

Labels: , ,

..

Sunday, November 02, 2008

Kerajaan Memperbodohkan Rakyat ? (Suatu Persoalan)


elhias: Aku tidak suka melabelkan individu itu seorang yang bodoh tetapi serata ceruk blog politik tanahair melabelkan muka di atas sebagai pak-pandir. Jangan salahkan aku. Bukan aku yang cakap.

Apabila minyak mentah dunia naik dengan tinggi.
Harga petrol di Malaysia pun turut naik dengan tingginya.
Alasan yang diberi adalah Malaysia turut menampung kenaikan kos tersebut (walaupun Malaysia pengeluar minyak)

Apabila minyak mentah dunia turun mendadak.
Harga petrol di Malaysia tidak dapat turun mendadak.
Kerana, dikhuatiri towkey2 stesen pump minyak rugi.

Entah...

Aku pun tak tahu, entah apa advantage Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak.

Harga Naik pun rakyat susah. Harga Turun pun rakyat susah. hehe...

================

Semasa Harga minyak berebut-rebut turun, termasuk harga barangan jualan di beberapa pasaraya utama,

tiba2 tup..tup..tup...

tambang pengangkutan di Malaysia pula naik. Atas dasar apa naik? aku pun tak tahu. Yang terdengar adalah kos penyelenggaraan yang naik.

macam mana dia naik? aku pun tak tahu. Chain-Reaction disebabkan penurunan harga petrol-diesel di Malaysia tiada kesan kah ?

Rata2 rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan awam adalah rakyat-Miskin.
Rata2 rakyat Miskin adalah berbangsa Melayu.
Rata2 pengguna pengangkutan awam juga adalah berbangsa Melayu.

Sudahlah pengangkutan awam di Malaysia ini tidak cekap, malah mahal pula.
Orang Melayu juga yang menanggung sengsara akibat itu..

hehe.. lantak kau la.. dah memang bodo... hehe..

Labels: ,

Online Users
eXTReMe Tracker