Persoalan Bangsa Melayu: Pengecut, Penakut, or tiada 3D Melayu itu ?
Merdeka...Merdeka...Merdeka...
Aku bukannya apa... sebenarnya aku masih merenung jauh tentang perjuangan suatu bangsa yang dipanggil sebagai Gerakan Pembebasan Melayu-Pattanni (PULO) yang tidak putus-putus dan tidak henti-henti berjuang untuk memerdekakan tanahair mereka walaupun pada hakikat yang sebenar perjuangan tersebut seperti tiada reaksi dan tiada mendapat sambutan daripada orang-orang Melayu di sebelah Malaysia.
Dalam hal ini, kelihatan pemimpin korup Melayu kelihatan seperti buat2 bodoh sahaja. Perjuangan Palestine yang mempunyai 2 pecahan iaitu Arab-kristian digembar-gemburkan walaupun perjuangan tersebut telahpun dapat sambutan di seluruh dunia. Tetapi perjuangan 100 percent Melayu-Islam Pattani hanya dipandang sepi sebelah mata sahaja oleh bangsa Melayu itu sendiri.
Sebab itulah terdapat terma dan proverb dari orang Melayu sendiri yang berbunyi
Kera di hutan di susui. Anak di sisi mati kelaparan.
dan kebetulan he..he.he.. aku tidak mahu gunakan istilah kera untuk refer kepada bangsa sendiri kerana sesungguhnya aku tidak mengakui bahawa kera ini adalah Bangsa Melayu. Buruk benorlah pulak bunyinya. kera tu maknanya bangsa lain la kot hehehe...
Terma yang biasa aku gunakan terhadap bangsa Melayu adalah Ketidakwujudan pemikiran 3-Dimensi di kalangan bangsa Melayu dalam menangani sebarang tekanan dan permasalahan. Ya!!! sesungguhnya aku, kau, dan mereka tidak mempunyai daya keintelektualan 3D ini dalam menangani sebarang masalah. Sebab itulah bangsa-bangsa lain di bumi Malaysia ini (contoh budak-bangsat bernama Namewee) berani pijak semua kepala Melayu yang ada dalam bentuk simbolik di internet.
Aku pelik sungguh dengan orang Melayu. Jika media antarabangsa melabelkan sebagai perjuangan Pattani adalah tidak sah dan sebagai anasir terrorism sedunia, dengan sebulat suara orang-orang Melayu di Malaysia pun kelihatan terima bulat-bulat pertuduhan tersebut dengan tanpa usul-periksa. Ini betul-betul terjadi di kalangan muda-mudi Melayu dewasa ini. Kadang-kadang orang Melayu ini kelihatan geli sungguh mendengar perjuangan orang Melayu pattani tersebut.
Akibatnya, aku tidak pernah nampak sebarang bentuk research yang serius di kalangan yang dikatakan sebagai intelek Melayu mahupun orang2 Melayu yang berkuasa juga media-media mainstream Bangsa Melayu untuk memartabatkan perjuangan Bangsa-Melayu-Islam Pattani itu sendiri. Sungguh memalukan. Apa yang aku nampak adalah persengkokolan pihak berkuasa kita yang bekerjasama dengan pihak berkuasa Siam untuk membanteras perjuangan Melayu Pattani itu sendiri. Amat menyedihkan sekali senario yang terjadi sekarang.
Itulah hakikat sebenar bangsa Melayu kita. Yang selalu menggembar-gemburkan menyayangi bangsa dan cintakan tanahair. Realiti atau retorika? Yang mana sebagai pilihan ?
Aku begitu pelik dengan bangsa-bangsa Melayu termasuk pemimpin2 Melayu itu sendiri. Mereka sangat berkuasa. Tetapi dalam hal ini, kelihatan mereka sa-olah2 tiada kuasa. Atau mereka tiada idea untuk berbuat sesuatu untuk menolong bangsa sendiri?
Dari segi retorik, selalu sangat orang Melayu melabelkan bahawa mereka adalah suatu bangsa yang bijak. Dan yang paling dahsyatnya sehingga tergamak ada di kalangan mereka yang melabelkan Polis dan pihak Intelligent Bukit Aman di Malaysia sebagai suatu badan kepolisian yang paling terbaik di dunia.
Pengukuran dari segi apa? Aku pun tidak tahu. Puas aku mencari di internet pengukuran skala mana yang digunakan untuk anugerah syok-sendiri tersebut. Masih lagi belum ku temui. Yang ada hanyalah cakap-cakap kosong dan gembur-gembur di forum-forum yang boleh disangsikan pada tahap tertinggi duniawi kerana tanpa sources dan references antara sesama Melayu itu sendiri. Mungkin itu adalah bentuk baru "pillow-talk" pada alaf baru dengan menggunakan ledakan teknologi informasi bermaklumat.
Pada hemat aku, perjuangan Melayu-Pattani tersebut adalah suatu perjuangan yang sah. perjuangan suci murni tersebut sepatutnya mendapat sambutan dan doa restu di kalangan bangsa Melayu di sini dan bukannya cacian juga makian bahkan gelian.
Jika dinilai dari sudut sejarah keempat2 wilayah selatan Siam seperti
1. Pattani
2. Narathiwat
3. Songkhla
4. Yala
5. Satun (tak termasuk yg ni)
adalah tergolong dalam pemerintahan Kesultanan raja-raja Melayu-wiyuun el-pattani dahulu.
Oleh yang demikian,
Jika tidak percaya, sila buat kajian terperinci. Bukti-bukti sahih memang terlalu banyak.
(korang bilang, korang bijak sangat)
Jika bangsa Melayu ini mentaati raja dan negara seperti termaktub dalam perlembagaan, Inilah masanya untuk mendaulatkan semula kesultanan Melayu Pattani.
Apakah kita merasa takut dengan kepolisian dunia itu atau kita tiada mempunyai sebarang daya keintelektualan 3-Dimensi untuk membongkar dan memartabatkan perjuangan dan segala-galanya? he..he.he...
Tiada gunanya mengaku diri sendiri sebagai Suku Bangsa Bugis yang berani. Tetapi dalam hal ini kelihatan seperti kecut dan penakut.
Tiada gunanya mengaku diri sebagai suku Jawa-ponorogo yang cekal dan tabah. Tetapi dalam hal ini kelihatan seperti bangsa-Jawa yang tidak mempunyai telur/teloq. Kalau adapun, teloq kecut lagi kecik dan kurang-berfungsi masuk dalam.
Yang ralatnya terdapat sesetengah suku kaum Jawa (terutama Jawa ponorogo) di Malaysia ini yang perasan bagus dan terlampau taksub dengan suku kaum sendiri sehingga memperkecilkan kaum-kaum dan rumpun2 Melayu yang lain di kedai-kedai kopi. Dan bagi aku, inilah salah satu punca fakapnya!!!
Padahal kejahatan bangsa Jawa seperti memakan rasuah baik di Jawa Timur mahupun Jawa barat di Jawa, Indonesia (dalam institusi kerajaan itu sendiripun) tiada bedanya dengan kejahatan rumpun2 lain di Nusantara ini.
Oleh itu, jika tiada tindakan yang diambil, maka tiada bezanya kesemua rumpun Melayu di Nusantara ini. Kalau pengecut, tu pengecut juga. Kalau jahat tu, jahat juga. Kalau buruk tu, buruk juga termasuk Jawa Ponorogo itu sendiri.
AKU BERI AMARAN DI SINI BAHAWA TIADA MANA2 SUKU dalam Rumpun Nusantara ini yang lebih baik dari suku yang lagi satu. Bagi aku, kita semua adalah sama. Yang dinilai adalah keimanan dan bukan rumpun mahupun bangsa itu sendiri.
contoh, Jangan katakan bahawa suku Banjar itu jauh lebih hebat daripada Jawa. dan janganlah cakap orang-asli Mehmeri tu lebih bagus dari orang Melayu!!! Jangan!
sekian, terima kasih. wasalam.
nota: Seperti biasa, elhakim adalah cuma pemerhati sahaja. dan tiada mengambil apa-apa jua bahagian dalam deskripsi artikel dalam blog ini he...he..he..
Labels: 3-Dimensi, melayu, Pattani, pemikiran, persoalan, persoalan Melayu