..

Monday, July 30, 2007

Permasalahan Non-Dominan: Maleh den nak Pikir



Orang-orang dahulu selalu berkata bahawa pokok yang terlebih baja selalunya memudaratkan pokok itu sendiri. Manusia yang terlebih makan selalunya lebih bengap dan kurang produktif berbanding dengan manusia yang cara makannya ala-kadar sahaja. Kadang-kadang senario yang ditafsirkan di atas boleh di samakan dengan senario yang terjadi di negara sendiri.

Di sini aku berasa terpanggil untuk menceritakan suatu cerita yang mungkin tidak pernah aku ceritakan pada orang lain. Perihal ceritaku adalah begini.

Semasa di sekolah berasrama dahulu, aku mempunyai seorang kawan (yang tidak rapat). Aku gelarkan kawan aku itu di sini sebagai "Zuriy" (mungkin bukan nama sebenar). Susuk tubuh Zuriy adalah seperti berikut:

1. Kepala yang tirus, mengecil dan meruncing ke atas
2. Torso, Tummy, buntut yang agak besar
3. dada yang menguncup tetapi berisi
4. Kaki yang kecil tetapi menebal
6. pipi dan bibir yang menebal dan agak membengkak kerna kegemukan (agaknya)
7. warna kulit yang kecerahan juga memakai kaca mata

Ibu-bapa Zuriy terlalu sayangkan anak mereka. Setiap minggu, waktu lawatan, selalu sahaja Zuriy dihadiahkan dengan pelbagai /variasi makanan yang berminyak sehingga berperiuk-periuk dan bertupperware. Sehingga kelelahan Zuriy membasuh tupperware2 tersebut pada waktu malam untuk dipulangkan kepada mama dan papa kesayangannya pada minggu hadapan.

Pakaian Zuriy adalah jenis yang berjenama dan agak mahal. Zuriy memakai bedak yang agak familiar baunya. Tiada orang yang memakai bedak itu kecuali Zuriy sahaja.

Oleh kerana Zuriy mempunyai banyak makanan dalam simpanan lockernya, Zuriy mempunyai banyak rakan karib. Sehingga seorang teman yang bernama Zerul-Ahzi selalu sahaja mendapat perhatian Zuriy untuk diberi makanan. Sehingga pada pandangan aku, bahawa Zerul-Ahzi (seorang gangster) kelihatan seperti beruk-simpanan Zuriy sahaja lagaknya.

Pada hemat aku, Zuriy adalah seorang budak yang berhemah tinggi, berdisplin, berpakaian kemas. Mempunyai raut wajah yang konfident dan agak intelek (walaupun agak cacat di mataku kerna terlebih makanan). Ada sesuatu yang tidak berapa enak mengenai Zuriy ini, kerna beliau selalu mendapat markah yang rendah pada setiap kali peperiksaan bulanan mahupun tahunan.

Begitulah kisah peribadi sulit yang terpaksa aku ceritakan di sini. Maaf jika kisah peribadi aku ini agak melalut kerana kadang-kadang aku menulis dengan tiada henti akibat perasaan ammarah yang meluap-luap. Itulah kelemahan yang ada pada aku sebenarnya. maafkan aku.

dan............

Sehinggakan aku terfikir, sebuah lagu Saleem-Iklim mempunyai lirik yang ada kena mengena dengan situasi di Malaysia dan mungkin juga ada kena-mengena dengan si-Zuriy, anak kesayangan papa dan mamanya.

Keratan lirik tersebut berbunyi seperti berikut

....Ku semai budi
ku siram kasih
sejati

Harapkan subur murni
rupanya
tak menjadi..........

...

...

...

Di negara2 miskin yang serba kekurangan dan ditindas, kemungkinan besar boleh dikatakan bahawa kejayaan seseorang bukan disebabkan tidur dan makan yang cukup, tetapi lebih kepada persediaan rohani dan semangat juang yang kental serta keikhlasan hati.

Mungkin ini tiada pada bangsa-bangsa yang non-dominan.

Entahlah.

Labels: , , ,

..

Tuesday, July 24, 2007

Pertikaian Itu Ini : Begitu Begini




Setelah peperangan tamat, maka soldadu-soldadu yang tewas itupun pulanglah ke pangkalan dengan perasaan yang bercampur-campur. Kebanyakan dari mereka merasa sungguh gundah-gulana, tertekan dan kemaluan-kemaluan mereka kelihatan tumbuh membesar lagi menjalar.

Secara logiknya, diharapkan perasaan malu tersebut hendaklah senantiasa tersengkang, mencengkam dan menjadi igauan masing-masing. Biasanya mereka yang mempunyai kemaluan yang besar lagi cacat ini, haruslah mempunyai sifat-segan silu sesuai dengan keadaan yang mereka hadapi sekarang ini.

Sepatutnya, mereka harus merasakan bahawa hendak keluar ke pekan pun payah. Oleh itu tidak perlulah berbuat sesuka hati kerna prestasi peperangan yang lepas-lepas itu bukanlah antara yang terbagus sebaliknya adalah antara yang paling tidak bagus dan memalukan.

Oleh itu, haruslah beringat-ingat ya!

Tidak perlu dihuraikan dengan panjang lebar lagi keadaan pegawai-pegawai yang mentadbir. Mereka pun begitu juga. Harus menahan malu dengan perasaan hina-dina yang amat sangat. Tidak guna bercakap panjang apatahlagi untuk menunjukkan siapa yang bagus kerna telahpun terbukti bahawa semuanya tidak bagus. Sejarah dapat menunjukkan bahawa indeks mereka hanyalah MACAM-BAGOS dengan mendapat ganjaran yang sungguh lumayan tetapi isinya hampa. Semuanya boleh berhenti sekarang.

Semasa sesi latihan peperangan diadakan, (biasanya di luar negeri) ke manakah pegawai-pegawai yang mempunyai reputasi tinggi ini berada? Turut serta merasai azab, keperitan berjuang atau tersandar di dalam kubu-kubu mewah lagi empuk atau pergi menghabiskan duit batalion untuk menambah kebesaran tembolok? Itulah yang menjadi tanda tanya.

Untuk peperangan di masa akan datang, tidak perlu mengundang bala tentera dari luar untuk datang menyerang sebaliknya panggil sahaja tentera-tentera kecil dari estet-estet Felda mahupun kebun-kebun getah di Sungai Royan untuk test-power sendiri. Uji sendiri ketahanan soldadu-soldadu negara dengan pihak samseng-samseng jalanan. Barulah tahu sama ada bertemu buku dengan ruas. Jika kalah, harta khazanah negara tetap dimiliki bersama.

Labels: ,

..

Sunday, July 22, 2007

Permasalahan Cinta: Cinta dan Kegagalannya




Pada suatu hampir senja, di sebuah pantai yang tenang. Yang cetek airnya. Yang ombaknya sayup-sayup kedengaran. Sekumpulan budak lelaki datang mendekatiku dan menanya aku tentang perihal kecantikan wanita yang menyebabkan pria boleh terpikat.

"Di manakah terletaknya kecantikan seseorang wanita? "

Seperti biasa aku menjawab, "kecantikan itu hanyalah terletak pada paras rupa dan bukan terletak pada sifat mereka yakni di hati. Yang di hati, padaku cumalah keindahan."

Budak pertama, menyoal kembali padaku, "berapa lama kecantikan seseorang wanita itu dapat dipertahankan?"

Aku menjawab, "Ia tidak lama, cuma seketika. Paling lama pun dalam 10 - 17 tahun. Kecantikan itu secara fitrahnya bermula pada umur 16 tahun."

Budak pertama mengangguk lemah. Tanda bersetuju.

Tiba-tiba budak kedua mencelah dan menyoalku, "berapa lama seseorang pria itu boleh menahan perasaan kecewa akibat kegagalan cinta mereka?".




Aku menjawab, "err...pun tidak lama juga, sekitar 1 - 2 tahun. Paling lama pun tidak lebih daripada 17 tahun mengikut kecantikan rupa-paras dan wajah wanita yang mengecewakan mereka. Semakin cantik dan jelita wajah wanita tersebut, semakin lama pria tersebut menangisi pemergian cinta mereka. Dan ia sudah semestinya suatu yang amat pedih. Dan tiada yang lebih menyiksa dari cinta yang tidak sampai."

Dan ini bagiku juga suatu fakta yang harus kalian semua tahu. Api rokok sudahpun dinyalakan. Kemudian aku menghembuskan asap perlahan-lahan ke arah udara.

Tiba-tiba budak ketiga bersuara, "betapa pula halnya jika seseorang pria yang meratapi pemergian cinta pada keseluruhan hayatnya?"

Sesungguhnya padaku ini adalah suatu soalan yang agak sukar dijawab. Kemungkinan budak ini mahu mendugaku. Walaubagaimanapun aku terpaksa menjawab walaupun dengan nada yang agak lemah. Soalan ini barangkali sudahpun memerangkapku.

"Jika begitu halnya terjadi, maka pria tersebut tidak sesekali meratapi cinta yang pergi semata-mata kerna dek kecantikan kerna kecantikan itu mungkin bersifat sementara. Dan aku lebih percaya bahawa pria tadi lebih meratapi pemergian cinta mereka kerna keindahan pada wanita tersebut telah hilang dan terlepas daripada jangkauannya. dan itu adalah tergolong dalam sebab-sebab yang nyata."

Kemudian keempat-empat budak tadi tersenyum padaku seolah-olah bersetuju. Setelah itu, mereka semua bergerak, berpaling dan mula menjauhi untuk meninggalkanku.

Pada masa itu, aku terkial-kial ke-saorangan sambil menyedut asap daripada sisa-sisa rokok yang tinggal. Sejurus itu aku pun mula menghampiri keretaku. dan malam pun melabuhkan tirainya. Hatiku berdetik dan mulutku berkata2 sendirian "Mengapa harus aku jawab soalan2 itu tadi dengan nada kesal"

Labels: , , , ,

..

Friday, July 20, 2007

Permasalahan FAM: ....dan Si Manusia itu terus bergelora untuk bertakhta Akhirnya



Sumber yang menyakitkan hati
======================
1. Siapa Bakal pengganti timbalan presiden FAM <--- Sila klik

Sumber yang LEBIH menyakitkan hati
=============================
1. FAM tidak Patuh Pelan Persiapan <----- sila klik


Para2 ulamak pernah menegaskan bahawa perasaan Tamak dan Haloba itu datangnya drpd iblis, jin dan syaitan. Jiwa kehaprakan Kesyaitanan bersarang subur di sanubari manusia yang tidak pernah erti puas dan berhenti. Jiwa-jiwa Iblis itu berputik dari perasaan ingin tahu dengan mencuba sesuatu yang baru walhal seseorang itu tahu bahawa rezeki yang sa-dikit itu haruslah diagih-agihkan supaya taraf ekonomi kehidupan manusia di bumi Malaysia ini haruslah adil dan seimbang.

Kita mesti menilai seseorang itu jika mereka seolah-olah menawarkan diri mereka untuk berkhidmat dalam sesuatu organisasi. Kompilasi pertanyaan2 yang harus diambil kira sebelum seseorang itu menjawat jawatan tersebut adalah seperti yang berikut:

1. For-sure Baguskah si-bangsat ini menerajui jawatan itu?
a. apakah beliau betul2 berkelayakan?
b. Adakah jawatan tersebut mempunyai kadar elaun yang tinggi? atau pengaruh yang tinggi?
b. Jika jawatan yang dipohon adalah tinggi, apakah faedah yang bakal diperolehi oleh si-bangsat tersebut selain daripada wang. Adakah kerna kepentingan politik? kerna Nama? mahupun memperkuatkan pengaruh?
c. Apakah jawatan yang lebih besar yang telah disandang olehnya selain daripada jawatan yang dipohon itu?
d. Bagaimanakah si-bangsat itu boleh mengadili segala tugas-tugasnya sedangkan tugas utamanya pun kurang perfect. Bagaimana dengan soal pemerintahan dan keselesaan para pengundi dan rakyat jelata di negeri tersebut?
e. Apa yang membuatkan si-bangsat itu terfikir bahawa dengan penglibatannya dalam FAM, maka mutu persembahan bolasepak dan prestasi bolasepak negara melonjak sedangkan manusia-manusia seangkatan dengan si-bangsat itu pun telahpun tewas sebelum masuk tahun ke-5 lagi.
f: Adakah terdapat sesiapa yang lebih layak lagi selain daripada si-bangsat itu.? Contohnya bekas-bekas jaguh sukan itu sendiri?
g. Apakah yang membuatkan si-bangsat itu berasa bagus? Adakah publisiti murahan beliau sebelum ini? atau ... kekuatan outspokennya? atau.. jagohan mengampu boss terkini? jagoh politik kampong sekangkang kera??? atau lain-lain?
h. Kelayakan si-bangsat ini dalam arena persukanan-negara bagaimana? di tahap mana? Pernah mewakili bolasepak negara ke persada antarabangsa pada 70an dulu?
i. Adakah beliau betul-betul bagus atau tergolong dalam golongan MACAM-BAGUS?

Jika ditanya pada si-bangsat itu mahupun pada balaci2 atau pengikut2nya sudah tentu mereka mensifatkan tamak dan haloba itu adalah suatu sifat terpuji yang diberi istilah baru iaitu sifat positif dan PRO-AKTIF ataupun self-promote. dan ia adalah satu perkembangan yang sehat. Di mana itu adalah sifat semulajadi hak individu seseorang manusia yang patut disembah dan dihormati.

Kepala Hotak!

Tutup cerita.

warning: Walaubagaimanapun jika si-bangsat itu memang bagus dengan mempunyai wawasan serta pandangan yang positif untuk memajukan bolasepak negara, maka alhamdulillah itu sudah cukup baik. Semoga berjaya kelak!!! he..he..he.. akan aku tengok nanti! Buktikan pandangan negatif aku tidak betul wahai si-bangsat. Kita kasi beliau peluang pertama.

================

Salah satu sifat luar-biasa yang ada pada bangsa kita yang hampir tidak wujud pada bangsa yang maju adalah mempunyai penyakit kulit muka sangat tebal. Jika dilihat pada sudut akademik, ketebalan pada kulit muka adalah berkadar terus dengan prestasi buruk pemerintahan dan pentadbiran.

y = mc(kuasa dua)

Semakin hampeh, semakin haprak prestasi mentadbir, semakin kukuh ujub dan bongkak seseorang itu daripada melepaskan jawatannya seolah-olah jawatan mereka tidak boleh diganggu-gugat. Hak mereka yang mutlak. Padahal di negara-negara maju seperti di Korea Selatan, Taiwan, mahupun UK, gejala perletakan jawatan tersebut adalah perkara lumrah jika seseorang itu gagal untuk mengatasi masalah tersebut. Ini adalah penting demi maruah dan juga masa hadapan organisasi mahupun syarikat itu sendiri. Maka soal syok-sendiri, one-man-show dalam perkara ini tidak timbul.

Yang aku peliknya bangsa-bangsa dominan dan Maju tersebut kelihatan cukup sedar dan cukup bertimbang rasa bahawa beliau memang tidak layak lagi untuk menjawat jawatan tersebut. Dan jawatan tersebut harus dikosongkan dan penggantian harus dilakukan dengan mencari calon yang berkelayakan dan LEBIH sesuai.


Itulah perbezaan antara bangsa yang melayukan diri dengan bangsa yang mengembang.
Agaknya lah...


Wahai..Melayu!!!...
Mengapa mesti orang politik yang mentadbir sukan kamu?


sekian, terima kasih.

Labels: , , , , ,

..

Tuesday, July 17, 2007

Persoalan Di-Raja: Adilkah Beta?



Rujuk Utusan Malaysia <---- sila klik

"SAYA BUKAN PENGECUT!"

Begitulah kata2 yang terhambur daripada mulut Tuanku. Dengan perasaan tenang dan separa-confident baginda berbicara demikian di tengah2 kemelut dilemma pasukan bola sepak negara yang semakin mengecewakan. Tiada siapa yang berani protest dan buka mulut ketika itu kerna taraf di-raja beliau yang seakan2 tidak mampu digugat oleh sesiapa.

"Saya BUKAN pengecut!"

Begitulah sekali lagi ulang tayang percakapan bekas Ke-Bawah DYMM Seri Paduka baginda yang dipertuan Agong-Semalaysia pada era 80an dahulu.

Secara akademiknya, Pengecut adalah berasal daripada kata-sifat iaitu KECUT.

Di sini, apakah yang dimaksudkan oleh baginda dengan perkataan kecut tersebut?

Adakah baginda tidak kecut dan tidak pernah merasa kecut?

Adakah baginda yang sedang mengalami proses penuaan ini merasakan kulit-kulit baginda kembali menegang terutama di bahagian muka?

atau

Adakah anakanda baginda iaitu tengku mahkota Pahang yang melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden FAM dilihat sebagai suatu perbuatan PENGECUT?

Adakah perletakan jawatan Khairy Jamaluddin jagoan politik Se-Malaysia dalam organisasi FAM dilihat sebagai suatu perbuatan PENGECUT oleh baginda?

Adakah perletakan jawatan Setiausaha agon FAM juga dilihat sebagai suatu tindakan dayus dan pengecut oleh baginda?

seribu persoalan lagi sedang bermain2 dalam benak aku.

===========================

Mari Kita tinjau dan nilai dari sudut lain pula,

Dalam soal akidah, zalim memberi suatu pengertian yang luas. Tetapi konsep ringkasnya tetap ada.

Pengertian zalim, secara ringkas membawa maksud iaitu MELETAKKAN SESUATU ITU PADA BUKAN TEMPATNYA. Bagaimana pula jika kita melantik seseorang yang bukan pakar atau ahli dalam bidang tersebut sebagai pemimpin? Adakah kita menzalimi diri sendiri?

Bagaimana pula tiba2 seseorang yang bukan ahli dan bukan pakar dalam bidang tersebut tiba-tiba menawarkan diri dan berkeras untuk menjadi pemimpin dalam bidang tersebut? Adakah beliau boleh diklasifikasikan sebagai seorang pemimpin yang zalim?

Itulah yang membuatkan rakyat jelata tertanya-tanya.

Diberi persoalan pada kita tentang pengajian kenegaraan dan perlembagaan negara,

Apakah fungsi-tugas resmi Sultan/Raja/Yang dipertuan Agong ini?

Jika dilihat dari sudut perlembagaan, Tugas resmi Raja/Sultan sangat berkaitan rapat dengan:

1. Menjaga adat-istiadat dan hal-ehwal bangsa Melayu
2. Sultan/Raja dan Agong Sebagai ketua Agama Islam

Sebagai Ketua Agama Islam dan Penjaga adat-istiadat bangsa Melayu, peranan raja/sultan boleh dilihat ke atas:

Bagaimana kedudukan hal-ehwal bangsa Melayu dan adat istiadat bangsa Melayu kita? Adakah bangsa Melayu kita mencerminkan sesuatu dan yang sepatutnya dan tertakhluk di bawah klausa syarat sebagai bangsa yang dinamakan Melayu?

Di sini, kita boleh melihat akhlak dan moral muda-mudi bangsa Melayu kita.

Bagaimana pula tentang kedudukan Agama Islam di Malaysia ini? Bagaimanakah kes murtad bangsa Melayu yang semakin berleluasa serta penghakisan nilai-nilai murni Islam di negara ini?

Sebagai KETUA kepada Agama Islam, Apakah peranan serta tanggungjawab baginda dalam hal ini? Selama ini, apakah reaksi serta komen mahupun kepekaan majlis raja-raja terhadap masalah dan penyakit masyarakat yang melanda umat Islam di negara ini?

Kadang-kadang aku merasakan bahawa alangkah eloknya jika awal-awal lagi Baginda Sultan Ahmad tiba2 melaungkan

"SAYA BUKAN PENGECUT" --- ke atas isu murtad yg berleluasa seperti kes Lina Joy serta juga cabaran dan cercaan orang-orang kafir terhadap hukum2 igama El-Islam ini.

"SAYA BUKAN PENGECUT" --- tindakan dan reaksi baginda ke atas kerosakan akhlak muda-mudi bangsa Melayu

Maka dengan ini, baginda Sultan Ahmad telahpun meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya.

==========================

Kesimpulannya,

Berbalik kita pada persoalan pokok, jika seseorang raja atau sultan itu TELAHPUN GAGAL dalam tugas resmi baginda untuk menjadi sebagai Ketua kepada Agama Islam mahupun sebagai penjaga adat-istiadat bangsa yang baik lagi berjaya,

Maka kegagalan tersebut juga mempunyai potensi ke atas tugas-tugas sampingan keduniaan yang lain. Itu adalah sesuatu yang maha tidak mustahil.

:P

sekian, terima kasih.

wallahualam

Labels: , , , , ,

..

Tuesday, July 10, 2007

Permasalahan Sukan: Melayu Tidak Perlu dan Memang Tidak Reti Bersukan


Ruangan Sukan hari ini: MALAYSIA DIBELASAH OLEH PASUKAN CHINA 1 - 5
Ruangan Sukan hari ini: MALAYSIA DIBELESAH OLEH UZBEK 0 - 5
Sumber: utusan Malaysia ruangan sukan <----sila klik!!!

Aku nasihatkan pada semua bangsaku iaitu bangsa Melayu supaya berhenti sahaja daripada bercita-cita untuk mencapai sesuatu yang perlu dibanggakan dalam arena SUKAN pada peringkat antarabangsa.

Sudah! sudah. cukup-cukuplah tu. Cukuplah menghabiskan wang dan duit rakyat untuk kerja yang sia sia kerna MEMBAZIR ITU ADALAH TUNANG KEPADA SYAITAAAANNNN...
(lagipun pilihanraya kelihatannya sudah hampir. pasti banyak wang yang mahu digunakan)
Lagipun sukan-sukan yang tak membuahkan hasil , melalaikan serta melekakan adalah berdosa besar... tak baik...

Amat logik sekali wang lebihan budget untuk membangunkan sukan negara khususnya sukan yang dimonopoli oleh bangsa Melayu seperti sukan bolasepak, takraw dicurahkan kepada kenaikan gaji kakitangan awam yang rata-rata juga bangsa Melayu. Kenaikan 90 peratus!!!!!

Ini adalah kerana, yang mentadbir negara dan penampakan hasil yang berkesan dan bekerja keras adalah kakitangan awam-Melayu dan bukannya ahli sukan bangsa Melayu. Oleh itu bubarkan dan hapuskan sahaja persatuan-persatuan bola sepak negara mahupun bola sepak negeri yang tidak menjanjikan apa-apa makna. Tetapi bagi malu, ia suatu yang sudah pasti!!!

Turap jalan dan robohkan mana-mana stadium bolasepak yang tidak membuahkan apa-apa hasil. Baik dirikan dan bangunkan kelab-kelab komputer percuma ihsan rakyat. Mahupun kelab2 buku dan perpustakaan awam. Mahupun prasarana-prasarana percuma untuk rakyat seperti klinik bagi merawat diabetis atau rehabiliation center untuk manusia-manusia perokok yang semakin tenat dan berleluasa ini.

Mungkin rancangan TV slot program "BERSAMAMU" akan tiada selepas ini.

kah..kah..kah..


Sudah beribu kali aku katakan bahawa Bangsa Melayu memang suatu bangsa yang tidak boleh bersukan. badan dan struktur tulang lelaki Melayu kelihatan agak cacat, hodoh, buruk, kuali berbanding dengan bangsa2 dominan kulit putih, mahupun Bangsa kulit gelap iaitu Nigger atau Negro. Jelmaan struktur badan/anatomi bangsa Melayu bukanlah suatu Jelmaan struktur yang lengkap. (telah aku nyatakan pada entri-entri aku yang panjang berjela-jela yang lepas)

Jika kita berjalan di bandar2 cuba perhatikan badan2 lelaki Melayu. Amat sukar untuk mencari badan lelaki Melayu yang perkasa. Boleh dibuat kesimpulan bahawa badan lelaki Melayu secara amnya terbagi kepada 2 kategori sahaja iaitu
1. struktur badan kurus melidi
2. struktur badan memboyak lembik
(Amaran: aku tidak dikategorikan pada mana-manapun, kerana tiada kena mengena dengan aku)

Aku sudah perhatikan perkara ini, sejak aku dibangku sekolah mahupun di meja universiti lagi bahawa bangsa Melayu memang punah, haprak dan tidak ada 'luck' di dalam sukan yang memerlukan kekuatan fizikal mahupun mental.

Currently, di universiti, bangsa Melayu agak sibuk memperagakan jersi2 bolasepak ke kelas2, Mereka juga aktif memperagakan beg-beg sukan seperti donay, UMBRO, Adidas, Puma, Nike dan banyaak lagi. Tetapi outputnya adalah haprak at the highest order. Memang dasar Hampeh!!!

di Universiti, terlalu acapkali kedengaran losers dan si-malang yang berkata seperti di bawah:

"Brader sport itu duduk kat kolej itu. Brader sport ini duduk kaat kolej ini. "

Pada hemat aku, Dengar saja mereka ini bersukan Hockey konon. Bersukan bola sepak konon. Minat pada Manchester United konon. Minat pada kelab Liverpool konon. Minat pada Kelab-kelab jutaan Malaysian ringgit mahupun bilion rupiah konon.

Tetapi........

Bullshit!!!! Ya itu semua bullshit!!! Kepala Tahik semata-mata. Mereka yang pernah aktif sukan dan sport di universiti, kolej mahupun di sekolah adalah hampas-taik. Sport apa yang dia tahu main sebenarnya? Hanya picisan dan hangat-hangat taik ayam barangkali. Main-main bola/taik di tepi longkang.

Dari kejauhan jika terlihat pelajar2 kolej/sekolah mahupun pemain-pemain kebangsaan yang sedang bermain, berebut bola, mahupun hoki di tengah padang, sebenarnya bukanlah bermain dengan permainan tersebut. Tetapi mereka hanya bermain dan berebut dengan najis dan tahi mereka sendiri. Paling tidakpun mungkin mereka bermain dengan bontot masing-masing. Begitulah adanya dan begitulah layaknya.


Yang paling sedihnya Mereka hanya gagah sesama sendiri sahaja....

Mereka hanya MACAM-BAGUS. Pada hakikatnya Tidak. dan tergolonglah mereka dalam golongan perasan MACAM-BAGUS TAPI TAK BAGUS. Suatu Brand Hipokrit pada level tertinggi dunia.

Itulah suatu cengkerang dan tipikal bangsaku...

Apa boleh buek...??? he..he.he..

khaarrkkkkkk ptuuuuiiiiiii!!!!!!!!
khaarrkkkkkk ptuuuuiiiiiii!!!!!!!!
khaarrkkkkkk ptuuuuiiiiiii!!!!!!!! (kahak ijau keluau)
kah..kah..kah...

:PPPPP
uweeekkk!!!!

Jangan salahkan aku. sebab aku tak bersalah. Anggap saja itu adalah suatu cerminan realiti.

sekian, terima kasih.

warning: Bersukan hanya untuk menyihatkan basan sahaja boleh diterima. Bukan untuk ke persada dunia yang menelan jutaan ringgit wang rakyat tetapi hasilnya hampa.

Labels: , , , ,

..

Thursday, July 05, 2007

Persoalan Gempar: Wang Ringgit berucap?




Bangsa Melayu ini kulihat terlalu boros berbelanja. Memang resminya begitu. Membeli perkara yang sama berulang-ulang, mahu kelihatan bergaya, suka bermegah-megah dengan perkara yang kecil dan lagha adalah suatu yang agak sinonim dengan bangsaku ini. Ia kelihatan amat unik dan lain dari bangsa yang lebih kompetitif di Malaysia ini. Bangsa yang lain rata-rata kelihatan agak jarang-jarang berbora-bora mungkin kerana kuasa membeli mereka agak kurang dan mereka sendiri adalah penjual dan peniaga.

Dan...............





Berdekah-dekah aku tergelak dan hampir terkentut-kentut apabila aku ketahui bahawa terdapat sesetengah wang ringgit Malaysia boleh bercakap supaya bangsa kita ini:

1. Simpan duit banyak-banyak, untuk kemudian hari
2. Rajin menabung walaupun seringgit satu hari


Begitulah suatu keajaiban yang wujud, yang ditakdirkan oleh Allah SWT supaya bangsa kita berjimat-cermat. Begitulah sayangnya Allah pada bangsaku ini. Alhamdulillah.

Mungkin bangsa kita tidak dapat berfikir dengan waras kerana kegagalan kelenjar pituari merembeskan hormon berfikir secara rasional tentang keburukan pembaziran, sehingga ALLAH SWT menggunakan kuasanya untuk membolehkan DUIT DAN WANG RINGGIT BERCAKAP dalam bahasa Melayu supaya bangsa Melayu ini mengubah tabiat berbelanja secara jelas.

Almarhum Tuanku Abdul Rahman, DYYM Seri Paduka Baginda YDP Agong Malaysia yang pertama diberi mandat oleh Allah SWT untuk menjalankan amanat itu.
wallahualam........
Allah lah yang mengetahui segala-galanya.



Sila klik saya

Kedengaran agak clumsy, tetapi sebenarnya aku serius. Mungkin takdirnya begitu. Sesungguhnya aku tidak bersalah.

Labels: , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker