..

Wednesday, September 24, 2008

Pertikaian: Hasil output persidangan Minyak Petrol Se-Malaysia


elhias: bijaknyer ruper sambil N-G-A-N-G-A


Output Hasil persidangan Minyak tersebut amat mengecewakan.
Penurunan Harga Petrol pada kadar 10sen amat tidak munasabah. Ia boleh dipertikaikan.

Bukan setakat para-Pembangkang, Malahan suratkhabar lidah khas-para-pencachai juga mengakui bahawa penurunan hanya 10 sen itu tidak dapat menurunkan kadar inflasi yang semakin tinggi di negara kita.

sumber: utusan meloya - Minyak turun 10 sen lagi

Sungguh TEPAT kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam debatnya menentang Menteri Penerangan yang akalnya seperti penolong kerani-cop setem bahawa

"Siapa Ajar bahawa Menaikkan Harga Minyak Boleh Menurunkan Inflasi ???? " -Anwar.

Jika didengar kembali debat tersebut, maka hampir keseluruhan fakta Anwar Ibrahim adalah betul dan sudahpun menjadi kenyataaan dan ada beberapa orang kenamaan dalam kerajaan telah menggunakan hujjah Anwar tersebut kononnya sebagai pandangan peribadi sendiri (curik la tu)

dan...

Sesungguhnya aku amat kecewa bahawa Negara tercinta Malaysia sekarang diperintah oleh
1. Sang Baghal yang menjadikan
2. Sang Kaldai sebagai penasihat.


Sambil dipantau oleh


3. Sang Lembu juga si-otak-kerbau.


Nampaknya sungguh Aman Malaysia apabila diperintah oleh ketiga-tiga jenis binatang tersebut.

Ingat balik kata-kata Menteri Penerangan yang taraf pemikirannya seperti penolong kerani yang tak lulus SPM tersebut bahawa

"Kenaikan Harga Minyak di Malaysia tidak mengapa. Kerana Rakyat Malaysia Semua sudah cukup makan "

Bagus ulangi balik kata-kata itu pada rancangan slot Bersamamu di TV3 yang diulang-ulang setiap minggu.

Bagus punya otak!

Labels: , ,

..

Tuesday, September 23, 2008

Permasalahan: Menunggu

Buat masa ini aku masih tertunggu output dan result daripada hasil persidangan minyak tersebut.

hehe...

Labels:

..

Persoalan Semasa: Kebangkitan Anwar Ibrahim Sebagai PM-6 Hanya Menunggu Masa



..dan..

ALLAH SWT Hanya Berfirman Kun Fa Ya Kun....

itu sudah Takdir...

Labels: ,

..

Monday, September 22, 2008

Permasalahan Melayu: Tengkarahnya Suatu Pertubuhan




Masih lagi bercerita tentang Melayu.

Melayu kita ini bukan sahaja suka dengar tentang persetubuhan malah suka juga dengan pertubuhan-pertubuhan.

Terkejut aku apabila terdengar berita baru-baru ini terdapat lagi suatu pertubuhan yang mendokong untuk mempertahankan hak-hak Melayu yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sila klik sini.

Untuk apa pertubuhan Pertahankan Hak Melayu itu ditubuhkan ? aku pun tidak tahu. Untuk memahaminya juga aku sudah tidak larat.

Kali ini, bontot siapa pula diletakkan di bawah pengawasan pertubuhan yang baru lahir ini ? tuhan saja mengerti selain manusia yang menubuhkannya.

Mengapa bangsa Melayu ini sentiasa melayukan diri ? Jangan bertanya pada aku. Lihat saja terma yang berbunyi "PERTUBUHAN PERTAHAN HAK MELAYU". Maksud frasa itu pun telah menjelaskan segala-galanya. Maka bangsa kita ini secara otomatik memang diberi hak untuk "melayu" sambil dipertahankan lagi "hak" itu...

dan presidennya adalah Datuk Ibrahim Ali, namanya itu agak tidak asing bagiku.

hehe...

------------------------

Jangan ditanya tentang mengapa Paklah acapkali gagal menjalankan amanahnya dengan baik. Rasa2 semua manusia di Malaysia ini sudahpun maklum akan hal itu kecuali orang asli dan sakai.

Apabila diajukan suatu soalan, paklah kadang2 tidak menjawab. Kadang2 tidak mendengar. Apabila seseorang mengajukan soalan kepadanya, beliau tidak segera menjawab. Sebaliknya beliau akan menyoal balik si-penyoal itu.

Itulah masalah apabila negara kita ditadbir oleh manusia yang kurang mendengar dan tidak suka disoal.





Labels: , ,

..

Wednesday, September 17, 2008

Persoalan Pemimpin: Apalah Ertinya Sebuah Blog....



elhias: Blog dan laman web peribadi adalah suatu keperluan bagi seorang ahli-politik. Bukan lagi suatu kehendak. gambar: contoh aneka-rupa laman web dan blog yang berwarna-warni menggamit hati pembaca dalam era komunikasi digital.



Terbaca Suatu sindiran terhadap laman maya Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih condong kepada suatu laman web daripada suatu laman blog. Sindiran itu memberi maksud yang empunya blog tersebut tidak bersedia untuk berkongsi komen pengunjung yang mungkin disebabkan sesuatu yang agak payah diungkapkan.

Aku amat faham dengan senario seorang ahli politik memerintah yang mempunyai jawatan yang tinggi dalam kerajaan. Bagi mereka, blog bukannya suatu wadah bagi mereka untuk menerima teguran mahupun untuk melahirkan cetusan apa yang mereka perjuangkan.

Bagi mereka sebagai seseorang yang memegang tampuk pemerintahan atau jawatan tinggi, melahirkan idea secara berhadapan melalui ucapan di media massa sudah cukup untuk meraih populariti. Apakah gunanya blog jika audiencenya di kalangan mereka yang tidak nampak.

Boleh jadi juga seseorang ahli politik yang berjawatan tinggi tersebut sentiasa sibuk dikelilingi oleh kawan-kawan dan sahabat-handai yang sangat ramai. Maka kemungkinan besar ahli politik itu tadi merasa amat 'secure' dan mereka menyalurkan idea mereka secara langsung, terus-menerus kepada audience yang sentiasa akan terhangguk-hangguk.

Blog dan laman web bagi mereka tidaklah menjadi medium utama bagi penyampaian mesej. Maklumat yang berkehendakkan anggukan tidak sampai kepada mereka. Maka, oleh yang demikian, laman web dan blog tadi bolehlah diabaikan.

Contoh paling tipikal, apabila Yang Berhormat Menteri dan ahli2 politik utama dapat belanja para penyokongnya memakan buah durian yang dibeli 10 bakul secara borong. Dikupas beramai-ramai dan memakannya sampai habis, sambil berbual-bual sudah cukup untuk meredakan keresahan YB itu tadi daripada kehilangan para penyokongnya selama 2-bulan.

Labels: , ,

..

Tuesday, September 16, 2008

Persoalan Negara : 16 Sept. Tumbangnya Sebuah Empayar Sekangkang Kera ?




Hari ini, tanggal 16 Sept 2008,

Takziah buat Barisan Nasional khususnya UMNO

Secara teknikalnya kerajaan Malaysia iaitu Barisan Nasional telahpun tersembam ke tanah.

Tetapi mereka masih lagi menggunakan hikmat Ular Sawa sehingga ke hari ini.

Ibarat Kepala sang Ular telahpun remuk dan hancur.
Cuma badan ular sahaja yang tidak berhenti-henti mengeliat dan menghancurkan sesiapa sahaja yang menghalang jalanannya.

Takziah buat UMNO...

Labels: , ,

..

Thursday, September 11, 2008

Permasalahan Paklah: Strategi Yang Membelit Diri Sendiri ?


elhias: Inilah ketua bagi kelas yang belajar bertani di taiwan dalam bulan posa ini. hehe...


Adalah menjadi suatu lumrah bahawa setiap pelaburan berkehendakkan hasilnya.

Kedengaran suatu kedunguan apabila sebuah parti yang memerintah berusaha untuk menidakkan ahli MPnya daripada melompat ke parti lawan dengan menggesa separuh daripada jumlah keseluruhan ahli perlimennya pergi ke Taiwan pada suatu tarikh yang panjang semasa dalam bulan puasa ini dengan alasan hanya utk membuat lawatan sambil belajar dalam agriculture/pertanian.

Bagi mereka yang mempercayai tentang lawatan sambil belajar itu, tidakkah mereka terfikir tiadakah lagi hari-hari lain selepas hariraya aidilfitri bagi melakukan lawatan sambil belajar tersebut ? yang peliknya tidakkan pembelajaran itu sesuai untuk diajar kepada usahawan2 agriculture yang berpotensi. Mengapa ahli politik pula yg dikerah untuk belajar bertani?

itulah ajaibnya dalam pemerintah Paklah kita ini. Mcm2 boleh berlaku.

Aku cuba bersifat positif dalam hal ini.

Jika benarlah penghantaran lawatan sambil belajar itu betul2 suatu niat ikhlas oleh PM kita dalam memajukan industri pertanian dan bukannya sebab-sebab politik maka hendaklah kita pandang juga hasilnya.

Ini adalah suatu pelaburan yang bukan kecil kosnya kerna melibatkan anak murid yang berjawatan menteri dan ahli parlimen. Sudah tentu mereka tergolong dalam kategori petani2 yang bijak, berkarisma tinggi dan berwibawa hehehe...

Jangan tulis panjang-panjang. Cukuplah. Membazir tenaga sahaja.

Hanya dua sahaja yang aku pinta bagi hasil pelaburan dgn kos yang amat tinggi itu.
iaitu:

1. Harga Beras hendaklah turun dalam jangkamasa setahun ini (pemindahan teknologi penanaman padi)
2. Harga Ayam hendaklah turun dalam jangkamasa setahun ini (memperkenalkan ayam berteknologi tinggi dgn kos ternak rendah)

TETAPI

Jika SEGALA-GALANYA masih MAHAL juga, sahlah bahawa cara paklah dan menteri kabinetnya berfikir adalah GOOD FOR NOTHING!!!

Untuk apa diadakan sesi lawatan sambil belajar dengan cara tergesa2 ini, aku pun tiada tahu.

Jangan dikatakan sbg strategi membelit diri sendiri sudahlah!

hehe..

Labels: ,

..

Friday, September 05, 2008

Permasalahan Kerajaan: Mentaliti Anak2 kecil Bermain dengan Isu ?


elhias: tanyalah Nostradamus pada 16 Sept ini. Dia pun tidak tahu. hehe..


Bila terbaca suatu forum, aku dapati kerajaan dan penyokong2nya kelihatan seperti keanak-anakan apabila membincangkan isu 16 September 2008 ini. Kelihatan bagi mereka tarikh tersebut seolah-olah suatu tarikh keramat bagi pihak pembangkang. Terdapat juga penyokong kerajaan menggunakan tarikh tersebut sebagai jerat yang membelit sendiri diri pihak pembangkang.

hehe...

Bagi aku pula tarikh tersebut sebenarnya hanyalah suatu janji yang belum lagi pasti. Terserahlah pada kudrat dan iradat tuhan yang maha esa. Takdir.

Ia masih lagi belum pasti. Mengapa hendak diperbesar-besarkan sehingga terdapat ahli2 parlimen kerajaan yang bakal di bawa keluar negara kerna takut menyeberang ke parti pihak pembangkang.

aneh sungguh tindakan kerajaan seolah2 terlalu takut sementelahan tindakan itu boleh disifatkan sebagai merugikan kerna ia bakal menghabiskan wang rakyat juga.

Perjanjian pertukaran kerajaan pada 16 Sept 2008 ini hanyalah suatu keazaman DSAI. Tetapi tiada guaranteenya ia betul2 terjadi.

Bagi aku, Ia boleh dilihat sebagai suatu tekad keazaman ahli-ahli sukan Malaysia yang pada mulanya bertekad berazam untuk memperolehi banyak pingat emas pada sukan olimpik. Berapi-api pada mulanya. Jika tidak dapat, tidak mengapalah.

That is not the end of the world. hehe...Macamlah sudah tiada hari lagi selepas 16 September ini.

Aku rasalah. Kerajaan dan media harus matang dalam bermain isu ini. Janganlah mengadu domba seperti anak kecil.

Rakyat lain meluat.



Labels: , ,

..

Thursday, September 04, 2008

Permasalahan Hidup: Oh Pemimpin Usahlah Berniaga!!!





sumber2 dari pihak yang boleh dipercayai setengah masak menyatakan bahawa pertukaran kerajaan adalah hampir pasti dgn kebenaran DYMM Seri Paduka yang dipertuan Agong.

=========
Pada pandangan aku,

Formula untuk membuatkan rakyat sayang kepada pemimpin dan kerajaan bagi aku tidak susah. Tetapi cuma amat liat untuk dilaksanakan kerna nafsu nafsi.

Formula itu adalah,

Pemimpin usahlah berniaga.

pentadbiran adalah pentadbiran
perniagaan adalah perniagaan.

Janganlah ada manusia yang mencampuradukkan antara kedua2nya.

Menjadi seorang pemimpin bukanlah suatu yang mudah.
Menjadi seorang pemimpin pada asasnya tidak menjanjikan kemewahan.

Jika seseorang pemimpin itu takutkan kesusahan dan mendambakan kemewahan, maka beliau tidak layak menjadi seorang pemimpin.
Oleh itu, jangan jadi pemimpin.

Fokus bagi tugas seorang pemimpin adalah untuk menyenangkan rakyat.
Bukannya untuk mengenyangkan diri sendiri.

Aku seru sekali lagi.

Oh! Pemimpin, Usahlah Berniaga!!!!

Labels:

Online Users
eXTReMe Tracker