..

Saturday, March 01, 2008

Permasalahan 'Keagongan' Pemikiran Melayu: Antara Sarkastik dan Skeptikal


elhias: tak taulah aku, kenapa penyokong2 sebuah kelab suka sangat menunjukkan punggung masing2 ke arah kelab lawannya semasa hari penamaan calon. Adakah mereka fikir bahawa mereka saja dianugerahi oleh tuhan dengan anggota badan yang agak sulit itu ?


Isu Mengumpat
----------------
Dalam suatu majlis keramaian di Putrajaya baru2 ini, terdengar borak2 Melayu-muda yang mengecam Hj Hadi mengenai 'fatwa' membolehkan orang Islam mengumpat. Nampaknya bangsa2 Melayu di sini terus telan dan hadam dgn isu yang diterbitkan oleh institusi berita tersebut tanpa mempunyai gerak hati dan usul-periksa bagi menyiasat serta menyelidiki hal tersebut. Apakah yang diertikan sebagai istilah mengumpat oleh Haji Hadi dalam hal itu, aku pun tidak tahu sama ada mereka (Melayu-Muda di sekitar Putrajaya) faham atau tidak.

Tetapi yang nyatanya bangsa-bangsa Melayu kita menganggap perbuatan mengumpat tersebut samalah dengan perbuatan memfitnah, mengejek dan menghina peribadi seseorang sembrono. Contoh: cara mengumpat seseorang suri-rumah ke atas suri-rumah yang lainnya.

Walaupun di kawasan Putrajaya ini, mempunyai talian servis internet yang berkeupayaan agak tinggi dan stabil, namun penggunaan tersebut bagi tujuan melakukan penyelidikan dan analisis bagi berita2 yang keluar di dada2 akhbar mungkin di tahap paling rendah atau sifar. Begitulah persepsi aku apabila mendengar buah-fikiran staf muda tersebut apabila mengeluarkan pendapat dikhalayak umum.


Staf muda-belia di Putrajaya
------------------------------------------------
Kelihatan Agak ramai juga golongan staf muda-mudi di Putrajaya ini. Mereka kesemuanya dalam lingkungan umur 21 - 22 tahun (walaupun ada antara mereka yang mula bekerja 2 tahun lepas). dan mereka juga telahpun mempunyai lampu hijau untuk mengundi.

Apabila aku bertanya kepada mereka apakah yang dimaksudkan dengan "PILIHANRAYA YANG TELUS? "

7 dari 11 orang menjawab:

"Pilihanraya yang telus itu maknanya pada tahun ini, SPR akan menggunakan peti-undi yang diperbuat daripada kaca yang lut-sinar dan lut-cahaya nampak dari luar dan transparent".

Begitulah bunyi jawapan mereka yang sunguh2 kedengaran agak meyakinkan dan confident.


O**k B***l?
----------------
Aku tertarik dengan suatu istilah baru diterbitkan oleh seorang rakan blogger ke atas rakan blogger yang lain mengenai persepsi beliau ke atas fenomena pemikiran yang semakin menjadi trend di kalangan anak-anak muda Melayu sekarang ini, yang jelas agak lemah dan cetek dalam rentak pemikirannnya. Mana beliau dapat istilah tersebut, aku kurang prihatin pula. Tetapi aku hanya mensifatkan bahawa istilah tersebut mempunyai sa-dikit persamaan dengan istilah yang agak terkenal iaitu 'lurus' dan 'bendul'. Apa yang terbuku dalam sanubari beliau yang sebenarnya pada ketika itu, aku pun tidak tahu. Tiadalah jua aku mahu sama-ertikan perkataan 'banal' tersebut dengan dungu kerna bunyinya agak melampau jua.

Oleh kerna yang menerima perkataan tersebut adalah seseorang yang berbangsa Melayu, maka seharusnya si-penerima itu harus percaya bahawa perkataan itu amat cocok dengan dirinya. Dan tiadalah jua aku harapkan agar si-penerima tadi mahu mengkaji sedalam-dalamnya mengapakah perkataan tersebut harus ditujukan ke atasnya. dan si-penerima tadi bagiku, mungkin sangat berpuas-hati dan amat-bersyukur dengan anugerah perkataan tersebut ke atas dirinya.


Suatu mitos British dan Belanda
--------------------------------
Oleh kerna persepsi aku mengenai pemikiran rata2 bangsa Melayu ini masih di tahap 1-dimensi (atau lebih bawah dari itu) maka sukacita di maklumkan bahawa untuk menakhluki tanah Melayu pada suatu waktu dahulu, tiadalah sesusah yang dijangkakan. Cukuplah pegawai-pegawai Inggeris atau kapten-kapten pelayaran Belanda mencanang-canangkan maksud meletakkan pasukan-pasukan tentera di bawah panji-panji kuasa militer mereka di sini adalah untuk 'memajukan' dan memberi perlindungan ke atas Tanah Melayu daripada serangan (musuh?).

Maka sesungguhnya dgn itu, para pembesar Melayupun, terus terangguk-angguk tanda setuju dan membenarkan pendudukan itu. Walhal terang-terangan pendudukan itu mempunyai maksud 'penjajahan'.

Untuk berperang dengan Bangsa Melayu pula dikala itu pun tiada susahnya. Dengan syarat, musuh, hendaklah berterus-terang seterang-terang yang mungkin. Jika tidak, Melayu tiadakan faham.

Mereka (para penjajah) mungkin berkata kepada para pembesar Melayu spt dialog ringkas di bawah:

Kapten Belanda:
"Kedatangan kami ke tanah-Melayu adalah untuk membunuh, menghancurkan, merogol dan memusnahkan hak-hak orang-orang Melayu termasuk Sultan kalian. Kami datang membawa bala-tentera yang ramai."

Pembesar Melayu akan segera menjawab:
" kalau tuan bisa menjual, hamba bisa membeli. Kami akan menunggu kedatangan tuan di sepanjang pantai melaka ini. Kesemua pendekar2 negeri kami akan ditempatkan dan berkubu di situ jua.

Kapten Belanda:
"Baiklah. Pastikan pendekar2 kamu semua berada di tempat yang dinyatakan. dan janganlah ada yang berkeliaran di tempat lain jika mereka berani"

Pembesar Melayu membalas:
"Baiklah sukacita permintaan tuan tertunai sudah"

Pada tarikh peperangan yang telah dimaksudkan itu, Ya! memang benar KESEMUA pendekar Melayu telahpun berkubu disepanjang tepi pantai spt yang dimaksudkan.

Tiada seorangpun pendekar dan pahlawan Melayu yang berada di tempat lain ketika serangan baru bermula itu.

Maka bergembiralah kesemua soldadu Belanda dari jauh yang membawa senjata-api seperti senapang berpeluru penabur dan meriam-besi dengan peluru meriam sebesar 3-kali ganda saiz kepala-sultan.

Peperangan pun Tamat. Tanpa Perlu diberitahu kemenangan Beroleh di Pihak yang Mana


500 - 600 tahun kemudian.............


Kebijaksanaan tentera Belanda tersebut tersingkap sudah.

Mereka tidak membunuh kesemua saki-baki pendekar dan pahlawan Melayu yang masih hidup dan yang menyerah diri.

Saki-baki pendekar Melayu yang masih hidup tadi diberi peluang utk meneruskan hidup dan dibenarkan membiak dan beranak-pinak oleh penjajah Belanda. Kepada yang tidak mampu, diberi sponsor pula oleh pihak Belanda.

mengapa mereka dibenarkan hidup dan membiak ?
Pelik bukan? he.he.

Labels: , , , ,

14 Comments:

Blogger Taichee~@! said...

Bagus entry ni. Aku suka.

8:47 AM  
Blogger the indie story said...

Salam Tok Siak el-Hakim wal Putra Jayayi.

Aku sememangnya dari dulu kurang berkenan, malah pernah menjadi tahap bebulu tak terhingga kepada aksi kurang ajar dan macam sekolah sama itu Pemuda Gerak Gempur UMNO semasa mengundi.

Mereka bersikap terlalu biadap, berlagak seperti samseng kongsi gelap dan keras terhadap rakyat dihari penamaan calon dan pembuangan undi.

Aku hanya menyuarakan pandangan sebagai rakyat biasa yang tidak menjadi ahli kepada mana2 pertubuhan parti politik.

Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam hal ini.

9:25 PM  
Blogger the indie story said...

ralat :

*macam sekolah = macam tak sekolah.

9:26 PM  
Blogger Elhakim said...

Miss Taichee,
TQ.

tuan elmoderator,
mungkin mereka tergolong dalam golongan berkepala banal.

7:19 AM  
Blogger bash said...

kalau memberikan hujah berlawanan pun dikira sebagai bebal, tak tahu la pula istilah apa yang bakal dicipta jika bulat2 menerima idea seseorang.

Maksudnya tamat sudah la perbincangan dan komunikasi dua pihak.

2:09 AM  
Blogger Elhakim said...

el-bashirah chand-meredil terreterk...

he.he...pelik

macam mana kau boleh dapat cari blog aku.

dalam juzuk arithmatik,
aku tidak tahu jika
1+1 = 2 pun boleh diperdebatkan.

hehe..

4:42 AM  
Blogger rastom said...

Tuan El Hakim al chandragupta muzzafaruddin al haj!


Hujah mestilah lawan hujah. Dalam tiap hujah kita ada *terselit* indicator sejauh mana fakta atau auta, sedalam mana analisis dan petunjuk kematangan. Selamat berhujah!

5:11 AM  
Blogger Elhakim said...

tn elrastom De- Alburque,

yerrrrrrrrrr... tu dia...

he.he.

mari berhujah.

6:17 AM  
Blogger bash said...

hi bye

5:06 PM  
Blogger Elhakim said...

el-bashirah chand meredil terrertterrk..

he.he..

aik? dah bye..?
he.he.
aku faham...

oklah..
oleh kerna kau memperoleh A1 dlm semua subjek, maka
ada satu tempat yg sesuai untuk kau berdebat iaitu di

http://www.malaysia-today.net/2008/

he.he..he..

pertahankan parti BN-l itu daripada dikecam hujjah2 lawan.!!! walaupun parti kau menang 100-peratus dlm pilihanraya kali ini.

hehe..

6:11 PM  
Blogger bash said...

e'eleh...ye la tu..tak abis2 mengutuk org.

konon tak suka org mengumpat org lain...tp dalam blog dia pun lebih kurang gak..mcm mana tuu tuan hakim???

beside's, whats the point to talk about problems, issue and dispute whereas you already admitted conquered under His fate.

Sepatutnya awk lebih berlapang dada dan minda sebab mmg apa yang berlaku dah ditakdirkan. What will be will be. so...

9:59 PM  
Blogger Elhakim said...

beside's, whats the point to talk about problems, issue and dispute whereas you already admitted conquered under His fate

he..he..

aku menulis ini juga takdir.

hehe...

dan sebab aku berlapang dada lah aku menulis.

kalau tak,

aku tidooo

hehe...

10:46 PM  
Blogger bash said...

bila nak tulis pasal takdir plak? takkan tak nak post komen pasal ni? best jugak nie...pasal banal dah tulis dah, kali nie pasal aper plak ek?

maklum la menulis juga takdir...kalu nak extra publisiti sy sedia membantu dengan menguploadkan dalam bernama.com...sy ikhlas nak tolong

11:18 PM  
Blogger Elhakim said...

hehe..

kalau aku ada ide.

12:02 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker