..

Monday, March 10, 2008

Permasalahan Penyokong Pembangkang: Takkan nak Jadi Banal kot...



elhias: Yo!!!! Teruskan Memerintah!!! kah..kah.kah..

hmm...

Entahlah.. setelah terbaca blog-blog sesetengah penyokong pembangkang yang telah menobatkan diri mereka sebagai SUPER-bijak, dari pemerhatian aku, ada banyak tidak kenanya dari kena.

Mengapa pula hendak masuk campur dalam urusan dalaman parti politik seteru, sehingga ada mengusulkan & MENDESAK supaya Pak Lah dan Captain-KJ letak jawatan. Ada yang seperti seolah2 akan bertindak menulis kenyataan dan menghebahkannya kepada orang ramai melalui internet sehingga mungkin tembus ke server kementerian-kementerian untuk memaksa perletakan jawatan PM tercinta.

Tak faham aku.

Perbuatan ini amat merbahaya kepada parti pembangkang itu sendiri. Jika tiba-tiba Paklah menerima saranan ini, dan pengganti PakLah adalah seseorang yang jauh lebih baik daripada Paklah dari segi permainan politiknya, maka aku kira Pembangkang boleh dikategorikan sebagai "DEADMAN WALKING". Mati sebelum tiba ajalnya.


Buat waktu ini, kedudukan pembangkang tiada ku lihat sebagai suatu kedudukan yang kukuh. Mereka masih lagi keletihan tercungap-cungap. Efektifnya sesebuah parti dalam kerajaan adalah dalam jangka masa 10-tahun sebelum ia menjadi lebih matang. Maknanya di sini pembangkang perlukan lebih dari 5 tahun lagi untuk terus bertapak di sesebuah negeri untuk perform sebaik yang mungkin bagi memikat hati rakyat.

Aku puji masyarakat cina dari kalangan pengundi DAP. Mereka sa0lah2 tiada menghiraukan apa yang berlaku kepada parti seteru mereka. "Nak mampos, mamposlah. The hell with you!!" Lagi bodoh kerajaan persekutuan lagi bagos advantage buat mereka Biar rakyat meluat dan menyampah kpd seteru mereka. Ada 'modal' untuk dijadikan bahan kempen.

Aku fikir biarlah BN tercari2 formula mereka sendiri untuk mengubati kudis dan pekong yang semakin membusuk.

Biarkan sahaja kerajaan 3-beranak itu mentadbir dengan kedunguan, kelemahan sehingga kudis tadi bernanah dan seterusnya berulat sehingga apabila tidak diperlukan lagi, kepala mereka terus dipancung termasuk segala kabinet-kabinetnya. Maknanya di sini, Kebarangkalian parti mereka untuk terus keluar drpd barisan kerajaan bagi penggal pilihanraya akan datang dan seterusnya akan menjadi realiti.

Liability parti kerajaan adalah advantage buat parti pembangkang.

*Sekadar pandangan peribadi

Labels: , ,

7 Comments:

Blogger the indie story said...

Assalamualaikum Menteri Besar el Hakim.

Firstly, aku mintak maap kat ko sebab lambat bagi feeback tentang megapixel foto yg ko tanyakan tu hari.

Untuk maklumamn ko aku tersangat sangat sangat saaangggggggggat laa busybody! Sandri mau ingat la...keputusan p/raya tu haa..

Untuk informasi ko, foto2 yg selalu aku upload itu bersize "MEDIUM" tanpa diubah sikit pun size nya.

Kamera aku boleh bikin 3 size. "S,M DAN LARGE SIZE"

jadi takder masalah ko nak ukur saiznya guna photoshop.

Kebanyakkan foto aku Natural. Aku masih sedang belajar lagi teknik2 penggunaan kamera secara teknikal. Penat otak laa...

Equipment no. 2, ada duit sapa2 boleh beli kamera harga ribuan ringgit. Bagi aku yg paling penting kreativiti dan bakat yg Allah swt anugerahkan kepada kita.

Kreativiti tidak boleh dibeli...jadi pandai2lah menggunakannya.

Sebab tu kadangkala dalam masa aku melakukan kerja2 kreatif aku, dah banyak kali aku terjumpa mamat2 poyooo giler yg berlagak, guna kamera ribuan ringgit...tapi ambik gambar sebijik cam pondan tua.

So, aku tak pernah rasa inferiority complex...sebab aku tahu aku 10 kali lebih handal dari mamat2 poyo anak orang kaya tuh. No hal...sebab aku sedar diri.

Aku tak cakap besar beb, tapi ko sandri bole nilai drp foto2 yang telah aku upload kat blog aku. Aku buat kerana Allah. Berapa sen sangat aku dapat...upload foto2 tu. Baik aku pi jual kat suratkahabar laaamaa. (confirm tak keluar).

Blog aku tu satu wadah perjuangan aku menentang hegemoni kealaihan minda dan kejahilan akhlak. Sama-sama kita berjuang menentang kemungkaran.

Aku repeat..1) kreativiti .Nombor dua baru equipment stok gempaQ. Kalau tak jadilah ko cam....mamat2 poyo cam yg aku cakapkan tadi tuh.

Err,...lagi satu jangan ko nak memandai-mandai ambik foto aku tanpa izin. Aku saman ko nanti!...pakai lawyer zulkifli nordin. Bangkrap ko nanti...hahahahaa....gurau beb!

8:44 AM  
Blogger Elhakim said...

elmoderator,

sorry arr..

aku dah jual foto2 ko tu kat media-asing...

Esok aku nak tempah Merc dan Bmw sebijik..

sorry arr.. kira halal no..

9:11 AM  
Blogger the indie story said...

tuen el hakim aku nak tanya ko aar. apsal setipa kali aku nak masuk blog ko, macam kuar tanda amaran???

eer,,,apa ada orang mengadu kat google ke pasal blog nih?

ko tak takut ke el hakim menteri besar pulau kapas?

hehehe

10:58 AM  
Blogger rastom said...

Tuvan El Hakim Tauke Tembakau Cap Nanas!

Dasar yang kau anuti sebijik persis dasar para failasuf agung bermula dari Plato, Socrates hinggalah ke Aristotle. Kerana sesungguhnya dengan menganuti dasar tidak masuk campor inilah maka aku telah berjaya memenangkan suara rakyat pada pilihanraya baru baru ini...dengan cara yang cukup efektif lagi mujarab adanya. Tip yang boleh dipelajari tetapi jangan selalu diamalkan ialah dengan membiarkan wajah terhensem Zam sentiasa ke layar perak setiap hari disamping audio yang bertaraf bitrate tertinggi ke udara . Mujarab bukan? hehehehe....jangan ditegur, puji dan puji lagiiiiiii

11:13 AM  
Blogger Elhakim said...

elmoderator,
soalan tu jgn ko tanya. Ada "pejuang" melayu yang tak suka melayu dihina dan dicaci oleh melayu lain di sini.

he..he.

kalau dia lihat melayu tu makan taik, dia tetap akan berkata melayu tu makan daging.

Melayu baginya untouchable. suatu juzuk suci abadi.
kalau bodoh, tetap dia kata melayu tu pandai.

dgn adanya warning, ia membantu pembaca2 baru untuk mengetahui apa yang sebenarnya terjadi dalam blog itu.

Mungkin itu kot hikmahnya. Ramai juga yang protes. Entah apa bisanya tulisan aku, aku pun tak tahu.

Bagi aku tulisan aku hanya karangan budak-darjah satu sahaja...

bukan dari bacaan tapi lebih daripada pengamatan cetek.

kah.kah.kah

==========
Eltuan elrastom Al-Langkawiyun

he.he..

really make sense..!!!

kalau muka zam maidin tu keudara tiap2 kali, aku pun tak tahan.
Aku rela melihat mangkok tandas aku daripada melihat dan menghayati dia berkempen.

11:53 AM  
Blogger bash said...

Elhakim..Jangan jadi Nostradamus, menilik hari esok dan mengrelatifkan kebenaran.(bak kata abg mat)

sekadar pandangan universal..

1:46 AM  
Blogger Elhakim said...

elbashirah,

bukan mahu jadi nostradamus, tetapi cuma latihan Matematik secara constant.

4-tahun lepas, 1+1 = 2.

5 tahun akan datang, 1+1 juga menghasilkan 2.

ngerti ?

hehehehe...

8:25 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker