..

Sunday, November 25, 2007

Persoalan Tentang Qiamat: Mehdi dan Nabi Isa Turun ke Bumi ?




Imam Muktabar ahlus-Sunnah Jamaah telah menetapkan bahawa mempercayai akan Imam Mahdi turun ke bumi sebagai penyelamat kepada Ummah hukumnya adalah tidak wajib. Hanya puak Syiah sahaja yang wajib mempercayai tentang itu dengan kedatangan "Imam ke-12 " tersebut.

Namun begitu terdapat banyak sumber2 hadith seperti hadith-hassan yang mengatakan akan kebenaran tentang kedatangan Imam Mehdi dalam bentuk individu atau 'dzat'.

Walaupun begitu ada juga sesetengah cendekiawan yang bersifat neutral yang menafikan tentang perihal kedatangan Imam-Mehdi dalam bentuk individu atau dzat tersebut. Mereka mentafsirkan bahawa hadith tersebut menqiaskan tentang kedatangan Mahdi dalam bentuk dzat.





Sesungguhnya bagi mereka, sebenarnya Imam Mahdi adalah suatu bentuk 'sistem' di mana pada masa akan datang, sebelum Kiamat berlaku, sistem kuffar akan bertukar kepada sistem Islamiyah, setelah ummat Islam kembali ke pangkal jalan dan bangkit semula.

Jika begitu, apakah yang dikatakan sebagai Imam Mehdi dan Rasul Isa tersebut ?

Yang membingungkan aku adalah seperti ada terlintas dalam fikiranku bahawa Imam Mehdi dan Nabi Isa (AS) tersebut adalah 2- lambang keagungan yang pasti berlaku semasa dunia hampir di ambang Qiamat.

Nabi Isa tersebut adalah lambang kepada puak Kristian yang bakal kembali kepada ajaran yang sebenar.

Manakalah Imam Mehdi pula adalah lambang kepada ummat Islam yang juga telah kembali ke pangkuan jalan setelah kebangkitan Islam tiba.

Yang mana maksudnya bahawa,

Kedua-dua pihak tersebut akan bersatu-padu mengalahkan puak-zionist atau Yahudi yang sedang mengamalkan sistem dajjal

wallahualam.

Aku hanya mencatit apa yang terlintas di fikiran aku sahaja.





nota: sebenarnya penulis amat gembira jika "messiah" atau al-masih yang sebenar-benar tiba dalam bentuk dzat atau individu daripada hanya sebuah sistem yang diperakui oleh Allah SWT.

Labels: , , ,

5 Comments:

Blogger Taichee~@! said...

memang dunia dah nak kiamat banget!
Aku takut. Aku takut. Tapi aku still evil...oh...

6:16 PM  
Blogger Mak Su said...

gambar lion of the desert

10:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

Mengikut hukum akal logika (yang tak berapa digemari oleh sesetengah saudara kita) tiada yang mampu menyatukan umat setelah Muhammad. Itu salah satu kelebihan beliau. Ahl Sunnah kata tidak wajib dan bukan satu rukun. Ertinya apa? Maka dalam skema Ahl Sunnah umat Islam akan terus berpecah belah sehingga hari kiamat. Akan hancur tidak akan bersatu kerana tiada lagi personaliti atau zat yang menyatukan mereka. Jika ada yang membantah dengan pandangan saya silakan beri hujah. Maka kesuudahan umat Islam mengikut skema ini amat fatalistik - bad ending. Finale yang pesimis dan negatif.

Sebaliknya Syiah merukunkan wajib percaya dengan happy ending bila Imam muncul menyatukan( bukan membawa risalah baru) di akhir zaman. Ada unsur motivasional, positif. Kita selalu jadi murung dan boring jika terpaksa melalui cerita yang berakhir dengan kegagalan. Sedangkan didalam al Quran pun sebut la tahzan, apa masalahnya untuk munculnya Imam di akhir zaman?

6:37 PM  
Blogger Elhakim said...

tun elrastom Al-Ghafiri,

sbnrnya tiada hujjah nak mengatakan bahawa ummat islam ini akan sentiasa bersatu pada setiap zaman.

fitrah manusia yg condong pada berpecah belah kerana berlainan pendapat telahpun ditakdir oleh Allah swt.

sbb itulah tuhan tidak boleh dipersekutukan dalam hal ini.

Jika tuhan pun mempunyai pesaingnya maka akan terjadilah perpecahan hukum-alam yg maha dahsyat dalam mayapada ini.

itulah perbezaan paling ketara antara sang-pencipta dan makhluk.

maka dgn ini, berpecah belahlah ummat Islam sehingga menjadi 73 golongan....

begitulah adanya...

he.he.he.

11:49 PM  
Blogger Elhakim said...

taichee wal MAK-SU


macam mana tau gambar lion of desert?

pernah tengok ?

11:50 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker