..

Friday, December 07, 2007

Permasalahan Sosiologi Bangsa: Pengaruh Hindustanism dan Keling-nigm dalam Masyarakat Kita



elhias: Salah satu contoh impak Hindustanism yang masih menghantui Melayu

Kita mudah teruja.

memang tidak dapat disangkal bahawa bangsa melayu ini agak mudah teruja dengan perkara yg remeh temeh atau perkara tempel-tempelan pada setiap yang berlaku di sekeliling kita. Tidak kira dari segi apa. Walaubagaimanapun aku lebih tertarik dengan keterujaan thdp tipu-daya dan gimik, 'goodies' dlm politik (politics, tips and tricks and its goodies)

Sebagai contohnya,

1. Penglibatan seorang menteri-besar dalam peperiksaan PMR/UPSR dengan mengambil kertas mudah Bahasa Arab tahap satu/fundamental/Elementary. (Kemudian berbangga setelah lulus dgn cemerlang dan dihebohkan dalam media perdana)
2. Seseorang yang berpangkat dato' , Tun, Tan Sri, menghadiahkan sehelai kain pelikat murah thdp sekeluarga fakir lagi miskin seminggu sebelum pilihanraya.
3. Seseorang menteri yang mencuba mesin bajak sawah dan menunggang basikal di kepanasan yang terik untuk turut bersama rakyat di kedai2 kopi yang kononnya
tata-tanda persahabatan ikhlas nan kekal sementalahan pilihanraya bakal tiba.
4. Seseorang PM yang pernah dahulu mensifatkan bahawa dirinya hanyalah sebagai 'alat' kesenangan rakyat. Jika alat tersebut sudah rosak dan tidak mampu beroperasi, maka rakyat boleh buang-terus alat tersebut
5. Penganugerahan penyapu
5. Dan berbagai lagi perkara2 temeh (takkan nak tulis semua. )

Di sini ada 3.

a. Mengikut persepsi manusia-normal, hal2 yang tertera seperti itu adalah suatu yang lumrah. Tetanda kewujudan usaha seseorang untuk memenangi hati rakyat. Suatu usaha murni nan gigih (kononnya)

b. Mengikut persepsi manusia-separa-normal (Agresif). hal2 yang tertera seperti di atas adalah suatu perilaku taktik yang membosankan. Kelak membimbangkan.

Apakah tiada perkara lain yang jauh lebih baik untuk dilakukan bagi kebaikan bersama? Apakah rasionalnya mengambil kertas elementary bahasa Arab bagi seseorang yang berpangkat menteri besaq?


c. Mengikut persepsi manusia-tidak-normal (negative thinker, pessimistic mcm aku la), cheh! BULLSHIT!!


======================

Kemungkinan besar segala-galanya itu ada pertalian dengan pengaruh2 dalam babak2 filem Tamil dan Hindustan.
Dalam filem hindustan/tamil, terdapat babak-babak yang menyentuh perasaan seperti

1. seekor anjing memberi makanan kepada budak kecil ( budak kecil itu dtgnya dari spesies manusia)
2. Penterimaan-kasih daripada seseorang kepada bapak-gajah setelah gajah tersebut membantu beliau dalam segala-galanya.
3. Segala doa' cepat dimakbulkan oleh tuhan-monyet dalam beberapa minit setelah do'a tersebut dikemukakan di kuil-kuil hindu
4. Banyak lagi hal yang kecil-kecilan yang mempunyai pengaruh sentimental terhadap bangsa Melayu

pakcik dan makcik di kalangan Melayu dengan mudahnya menitiskan air-mata apabila hati mereka tersentuh dan teruja dengan babak2 tersebut. Seterusnya ia berkemungkinan sa-dikit sebanyak memberi impak ke atas anak2 kecil dan remaja mereka yang menonton bersama. Maka segala-galanya mereka akan cepat berterima kasih.

Elhamdulilah.

~Tamat

nota:
Yang paling tidak tahannya, konsep-awta (auta-kelingnigm) memainkan peranan di sini apabila seorang MB berucap mengenai formula 6M yang harus diterapkan ke atas kakitangan dan anak-anak buahnya. Di situ, kelihatan semacam semangat 'MACAM BAGOS' jelas terpampang.

Beliau secara tidak langsung sedang "mencuba sedaya-upaya" mempamerkan bahawa segala tindak-tanduknya dan segala intipati apa yang diucapkan dari segi ke-BAGOSannya, adalah berkadar terus.

Bagi individu yang berjiwa super-sensitif boleh menggelupur di dalam dewan dengan percubaan beliau itu

Labels: ,

..

Friday, October 26, 2007

Permasalahan Permainan Psikologi: Mengungkap Kelemahan Sendiri dan Adakah kita Tergolong dalam Golongan Perasan ?




Terdapat sesetengah dari kita merasa marah apabila kebobrokan kita ditegur, dianalisis dan dipertonjolkan secara umum. Kalau boleh segala keburukan dalam diri kita hendaklah jangan diungkapkan, jangan dipertikaikan dan jangan diketahui. Dalam sesetengah permainan politik, taktik sebegini adalah menjadi suatu perkara lumrah.

Perasaan syok sendiri, dan terperasan-bagus, bukanlah suatu perkara baru, malah ia telahpun menjadi suatu adat-istiadat dan suatu kemestian bagi seseorang itu yang di dalam mindanya mahu bercita-cita tinggi.

Bercita-cita tinggi itu bagus. Tetapi hendaklah kena pada tempatnya. Dan jika boleh janganlah membuat orang lain terasa meluat dan kadang-kala terasa sa-dikit jengkel dan tidak senang hati. Perlu diingat bahawasa-nya, perasaan manusia itu bersifat 'fluctuate' dan kadang-kadang bersifat fragile, lekas-tersentuh dan marah. Lama-kelamaan kadangkala, pasti menimbulkan kebencian. Dalam kes ini, amat bernasib baik, keseluruhan manusia itu bukannya terdiri daripada spesies yang dipanggil sebagai 'mind-reader.'

===================================

Untuk menjadi suatu bangsa yang gagah, bangsa tersebut hendaklah mengenali kelemahannya terlebih dahulu. Sudah ditakdirkan bahawa tidak semua bangsa itu dijadikan tuhan sempurna. Memang terdapat cacat-celanya dan loopholes di sana-sini. Segala kelemahan dan cacat cela tersebut hendaklah dikenali. Maka, dari situlah dibuat strategi untuk mengatasi kelemahan dan menutupi kecacatan tersebut.

Perkara ini boleh diandaikan sebagai seorang manusia yang hendak mengenakan diri mereka dengan pakaian perisai ketenteraan. Sebelum itu, pakar hendaklah meneliti 'spot' atau kawasan mana pada anatomi tubuh manusia yang vulnerable dan mempunyai kelemahan. dan sesungguhnya pada kawasan yang lemah itulah sepatutnya diawasi dengan perisai untuk dilindungi daripada kecederaan. Apabila kawasan lemah itu telah dilindungi, barulah manusia itu mendapat peluang untuk menjadi individu yang gagah.

dan.. yang pentingnya bukannya melulu syok-sendiri dan mengatakan dan memuji diri sendiri sangat bagus (self-promote), tanpa berkesudahan sambil mengenepikan kelemahan diri yang tampak sangat nyata di mata manusia lain.

heee gelii!

lagu di bawah ini mungkin boleh mengubati penyakit perasan yang malampaui. Silahkan tuk mendengarnya ya?.






nota: Seperti biasa, artikel ini tiada perkaitan dengan Elhakim.

Labels: , , ,

..

Friday, September 28, 2007

Permasalahan Psikologi: Antara Mentaliti, Minda dan Pengamal-Korupsi




Di saat kelaparan dan kehausan yang tidak seberapa dan tidak mencabar ini, aku ingin merungkai persoalan mengapa manusia mengamalkan korupsi, penyelewangan dan rasuah.

korupsi sebenarnya hasil daripada gabungan kelima-lima entiti seperti di bawah

1. kekurangan latarbelakang ke-igamaan,
2. kekurangan Tahap pendidikan dan kesedaran sivik
3. Pergaulan sosial yang tidak sinkroni
4. Masalah psikologi
5. Permasalahan Ekonomi dan desakan hidup

Jika kelima-lima itu bercantum, maka yang terhasil adalah berpunca daripada minda manusia atau dengan perkataan yang lebih sedap lagi adalah "mentality"

he...he...he...

Mentaliti yang menghasilkan masalah-masalah yang disebutkan seperti di atas adalah berpunca daripada minda yang mempunyai masalah gangguan saraf yang dipanggil masalah neuron-otak. Otak yang mempunyai masalah tersebut sebenarnya kurang menghasilkan sel-sel otak yang berupa jirim-jirim putih yang membawa oksigen ke dalam otak. Akibatnya otak tersebut menjadi bebal-berfikir dan lesu daripada idea2 dan pendapat2 yang bernas. Justeru dan akibatnya, suatu pemikiran yang kurang-cerdik, dangkal dan amat-tidak-kreatif terhasil. Yang ada hanyalah perawakan yang garang, tegas dan menunjukkan kuasa semata2 sahaja yang ada tanpa kewujudan penyelesaian yang mujarab dan kreatif.



Dengan wujudnya pemikiran-yang-tidak kreatif tersebut, pemilik otak tersebut terus-terusan terhalang daripada berfikir bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti, taraf-hidup dan jati-diri masing-masing melalui saluran yang valid dan sah. Sebaliknya mereka lebih asyik menumpukan bagaimana untuk memperoleh wang/pangkat dan kesenangan hidup dengan mudah tanpa memikirkan implikasi dan impak kepada agama, masyarakat dan negara. Tidak kira, sama ada mereka jadi anjing sekalipun mereka tetap sanggup, asalkan mereka menerima imbuhan dan habuan baik dari segi material mahupun dari segi logical. Sesungguhnya manusia-manusia ini adalah tergolong dalam golongan mereka yang mempunyai jawatan-jawatan yang agak tinggi dalam sesuatu jabatan.

================

Seseorang yang mempunyai pangkat-darjah kebesaran yang salah satunya adalah seperti berikut (Namanya dan gelarannya dirahsiakan)
1. dato',
2. Dato'-Seri mahupun
3. Tan-Sri

pernah mencabar pihak media/wartawan supaya jika beliau benar-benar disabitkan dengan rasuah, sila kemukakan bukti-bukti termasuk harta kekayaan yang beliau (yg disyaki) ada.


he...he..he..

Sebab itulah aku sering menggelar orang yang berpangkat memakan rasuah adalah golongan mereka yang-bebal.

he..he..he..

Mereka (si-bebal) itu sebenarnya tidak tahu bahawa rasuah pada asasnya adalah datang dalam dua bentuk. Iaitu
1. Rasuah-senang-nampak. iaitu rasuah dalam bentuk harta-kekayaan wang ringgit/material
2. Rasuah-susah-nampak

Contoh rasuah-susah-nampak adalah seperti berikut:
a. rasuah seks
b. rasuah penyambungan kontrak
c. rasuah kenaikan pangkat
d. rasuah jaminan-kehormatan dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat
e. pelbagai-kemudahan, kesenangan itu dan ini. contohnya, kemudahan/kelebihan dalam mendapatkan sesuatu keperluan (miscellaneous) yg jarang2 ada pada orang lain.

dan sememangnya rasuah-yang-kurang-nampak ini terdapat sebahagiannya amatlah payah dan mustahil untuk dibuktikan kerana terdapat pemuafakatan dan kerjasama dalam semua pihak yang terlibat (pihak yang mengamalkan korupsi).

he..he...he..

Begitulah senangnya golongan2 bebal dan si-pemakan rasuah memperbodoh-bodohkan orang-ramai. he..he.he.. dan yang aku peliknya bangsa yang senang untuk diperbodoh-bodohkan adalah bangsa kita elmelayu. Persoalannya adakah jirim putih yang membawa oksigen ke dalam otak elmelayu agak kurang berbanding dengan jirim-putih bangsa pembina tamaddun seperti orang2 Eropah, dan Timur Tengah ? Itulah yang menjadi kekeliruan dan persoalan sekarang ini.

Jika memang kurang, maka aku anggap ia adalah sebahagian daripada takdir.... nak buat macam mana.... dah ditakdirkan bangsa kita se-demikian rupa...

sob...sob..sob..
isk..isk..isk

===============


gambar el-hias 1: Otak manusia normal berkeadaan seperti ini. Terdapat banyak bilik-bilik, lok-lok, kekili yang dipanggil "geliga"



gambar el-hias 2: Gambaran rupa-bentuk struktur otak bangsa kita terutama para pemimpin kita yang mengamalkan korupsi termasuk semua unit jawatan yang bergelar "Ketua" pada unit-beruniform. OOOO TAK ngaku yer??? serious nak muntah bila tengok gambar ni.

Labels: , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker