..

Thursday, October 30, 2008

ekuiti 30%: apa silapnya umno? (Suatu persoalan)


elhias: sekadar hiasan. Tiada menggambarkan pecahan kek ekonomi pun.

Kegagalan mengurus-tadbir kekebalan hak Melayu 30% ekuiti tersebut selama hampir 40 tahun itulah kesilapan UMNO yang paling besar setakat ini sehingga dijadikan 'modal' bukan saja daripada pihak musuh, malah suatu ugutan dalam komponen BN itu sendiri.

sifir kegagalan yang digunapakai selama ini, aku anggap seperti berikut

Diberi peruntukan 30 % ekuiti utk bangsa Melayu. dalam 30% tersebut,

a. 95% bahagian (peluang) untuk pemimpin (kronism) yang memerintah (dlm UMNO)
b. baki 5% lagi utk bangsa Melayu.

Dalam konteks ini, pemimpin Melayu lupa bahawa ratio pemimpin dengan rakyat Melayu adalah 1 : 10,000
iaitu setiap 10,000 rakyat Melayu, seorangnya adalah pemimpin. Bukan sebaliknya.

TETAPI pengagihan 30 peratus ekuiti (peluang) dlm syarikat-syarikat senaraian awam selama ini lebih tertumpu kepada pemimpin-Melayu. Bukannya rakyat Melayu yang menjadi majoriti.

dan yang paling perit sekali adalah kerajaan dan UMNO selama ini terlalu mengwar-warkan 5% tersebut sehingga ia sering dijadikan modal asas bahawa Kerajaan selama ini mementingkan hak Melayu dan bumiputra.

Hasilnya, jika kita tengok, tiada negeri yang majoriti rakyat Melayu dapat menandingi negeri yang mempunyai non-bumis dari segi sosio-ekonomi, kemajuan ekonomi dan pembangunan.

Lihat saja negeri2 yang majoritinya adalah Melayu /peribumi dan ia adalah negeri2 yang termiskin iaitu
1. Sabah
2. Terengganu
3. Pahang
4. Perlis

Apa yang peliknya setelah kegagalan itu, pemimpin UMNO pula tiba-tiba menerima suatu usul supaya DEB/Ekuiti 30% untuk bangsa Melayu ditarik balik secara berperingkat.

ibarat

TAKUTKAN NYAMUK, KELAMBU HABIS DI BAKAR.

Walaupun ada yang tak kena dengan peribahasa itu, tetapi hakikatnya begitulah.

hehe..

dan lebih pelik lagi tiba2 PAS pula yang mempertahankannya...(walaupun Muhyiddin tiba2 menyampuk)

Labels: , ,

..

Saturday, October 25, 2008

Permasalahan: Kangar dan Impian seorang UNWANTED


elhias 1: muka disebelah badawi tu muka siapa ha ???




elihias 2: Kangar di ambang perayaan

Semasa 1o hari di Kangar, Perlis aku buat-buat tersentak apabila terlihat banner gambar muka unwanted-guy lebih 'gah' dibandingkan dengan gambar Menteri Besar negeri itu sendiri.

Aku hampir2 mengatakan bahawa beliau masih lagi seorang MB Perlis.

malam itu, aku berkata2 sendiri di dalam hati.

Mungkin Beliau masih lagi mempunyai harapan untuk memegang jawatan itu.

atau

fikiran beliau sudah rusak atau sudah gila meroyan.

haha.!

dan yang paling aku hairan sekali adalah kata-kata beliau dalam TV3 sebaik sahaja gagal untuk memperoleh kembali jawatan lama...

beliau berkata...

"la ni.... saya pun tiada rumah sendiri... saya menumpang rumah kakak saya....."
haiwan2 di rumah rasmi saya tinggalkan dulu di rumah kawan-kawan saya..

Selama lebih 10 tahun jadi MB besar rumah pun tak terbeli? manyak hairan. hehe..




elhias 3: dahulunya Looking Good dan TOP'S. Tapi towkey dia kalah berjudi. THE STORE ambil alih hehe..


elhias 4: tempat biasa aku mengeluarkan uang..hehe...

Labels: ,

..

Thursday, October 02, 2008

Paklah Strikes Back: Siapa Yang Bodoh Kali Ini? (suatu Persoalan)






Sesiapapun akan mengerti.

Mengapa tiba2 terlalu ramai manusia yang mempertikaikan kewibawaan Paklah sebagai PM Malaysia. Usul dan pendapat bagi mempercepat perletakan jawatan paklah kedengaran di sana sini seperti langau2 yang menghurung.

Mereka melihat bahawa Paklah bukanlah seorang genius. Apatah lagi seorang decision maker yang bagus. Pendek kata, keputusan yang dibuat oleh Paklah and the team bukan sahaja kurang-tepat, malah meletakkan Malaysia ini dalam keadaan yang merbahaya tanpa mempunyai risk-management yang sepatutnya.

Dalam pada itu, tanggapan orang-ramai terhadap kebodohan Paklah makin menjadi-jadi, apatah lagi dengan isu kenaikan harga petrol, bahanapi dan kejatuhan Pulau Batu Putih yang membuatkan keyakinan rakyat terhadap daya kepimpinan beliau semakin kabur dan terhakis.

Bagi aku, untuk menyalahkan seratus-peratus dan memperbodoh-bodohkan Paklah seorang dalam hal ini adalah kurang-patut. Paklah tidak berdiri dengan sendirinya di sini. Malah di belakang Paklah terdapat berjuta-juta lagi manusia yang sanggup menjadi 'tukang-kipas' yang setia (terutama sang-Melayu kot? Entah...).

Oleh itu, janganlah dihukum akan kebodohan Paklah seorang tetapi hendaklah mengukur 'Berapa-lama rakyat di Malaysia berjaya diperintah oleh seseorang yang bodoh'

Jika 7 tahun, Maknanya telah 7 tahun rakyat Malaysia membiarkan diri dan bertahan dengan diperintah oleh seseorang yang bodoh dan lemah.

Maknanya di sini, Paklah telah berjaya memperbodoh-bodohkan dan melemah-lemahkan rakyat Malaysia selama 7 tahun.

Oleh itu siapa yang bodoh ? Dan siapa yang lemah ?

__________________

Berlainan sekali dengan tradisi negara2 Maju yang mana otak pemikiran rakyat mereka berada di suatu tahap dimensa yang amat berlainan sekali berbanding dengan rakyat negara kita.

Isu perletakan jawatan bagi seorang pemerintah khususnya presiden dan perdana menteri bukanlah suatu perkara yang asing bagi mereka.

Jika tersilap, presiden mereka tidak berlengah-lengah dan tidak-segan silu meletakkan jawatan. Ini adalah bertujuan Bagi menghalang 'further damage' bagi keseluruhan parti yang memerintah mahupun situasi dalam negara.

Di situ kelihatan seolah-olah rakyat amat berkuasa dan berjaya menekan pemerintah agar bersedia untuk melakukan apa langkah yang sepatutnya walaupun kesilapan presiden dan perdana menteri agak kecil.

Labels: , ,

Online Users
eXTReMe Tracker