..

Wednesday, March 12, 2008

Persoalan Asal Usul PAS: PENUBUHAN IL-IHYA ASSYARIFF el-GUNUNG el-SEMANGGOL


elhias: Pengetua Pertama el-Maktab Perilmuan Ihya As-Syarif. el-Ustaz Abu-Baker el Bakir


Pada hari ini dalam tahun 1934, Maahat Il-Ihya Assyariff telah ditubuhkan di Gunung Semanggol dalam daerah Krian, Perak. Penubuhannya ini, lahir daripada cita-cita untuk mendirikan sebuah madrasah yang lebih maju di masa itu supaya dapat membentuk umat Islam yang kuat anutannya dan lebih berdikari.

Penubuhan Madrasah Il-Ihya diusahakan secara kerjasama dengan tunggak Fi Sabilillah2. lanya adalah selari dengan perkembangan fahaman 'Islah' Islam yang meresapi para pelajar madrasah-madrasah pada masa itu. Kaum Islah atau dikenal dengan Kaum Muda ini telah berusaha mendirikan madrasah-madrasah untuk menyalurkan fahaman yang diperkembangkan dari Timur Tengah itu.

Ustaz Abu-Bakar AI-Bakir (Pengetua yang pertama), Ustaz Abdul Rahman, Penghulu Haji Abdul Manaf dan Ketua-ketua Kampung serta pihak masjid di daerah tersebut telah memainkan peranan yang penting di dalam usaha menubuhkan madrasah Il-Ihya Assyarif ini.


elhias2: Ini adalah Bendera Jepang bagi yang buta-warna

Bangunan asal madrasah ini ialah sebuah bangunan kedai empat pintu, dua tingkat yang telah diubahsuaikan. Madrasah ini dengan persetujuan ramai, telah diberi nama IL-Ihya Assyariff yang bererti 'menghidupkan' kemuliaan. Pada peringkat awalnya madrasah ini menjadi tempat untuk memajukan pelajaran terutamanya di kalangan anak-anak tempatan.

IL-Ihya telah menjadi tempat yang penuh dengan pengaruh Kaum Muda. Kaum Muda telah dapat menyedarkan orang ramai akan betapa pentingnya pendidikan kepada generasi muda. Golongan ini diangap sebagai pelopor dalam pendidikan umat Melayu dan perjuangan kebangsaan. Di dalam meneruskan perjuangan Kaum Muda, IL-Ihya telah juga mencampuri golongan yang anti penjajah, yang progresif dan puak yang dikatakan kiri.


elhias3 : Dr. PAS iaitu El-Burhanuddin El-Helmy

Dengan itu di samping menjalankan pendidikan, IL-Ihya telah turut serta memperjuangkan soal politik, agama dan ekonomi. Perjuangan tersebut disalurkan melalui badan-badan yang tertubuh hasil daripada kerjasama yang rapat dengan PKMM di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin. Di antara badan-badan tersebut ialah MATA, PEREMAS, LEPIR dan PARTI HIZBUL MUSLIMIN.

IL-Ihya merupakan sekolah agama rakyat yang berjaya dalam melaksanakan pendidikan dan menjadi tapak perjuangan Kaum Muda yang terus hidup berjuang sehinggalah ke zaman selepas tamat Perang Dunia Kedua. Il-Ihya adalah pusat pergerakan golongan dari pendidikan agama dan arab.

sumber: e-Arkib Negara

Labels: , ,

3 Comments:

Blogger the indie story said...

artikel ni dasat beb! bule bikin tuen es rastom tak senang duduk.

satu penghormatan buat menteri besar baru negeri kayangan al bunian Tuen el hakim kuaci bunga.

8:42 PM  
Blogger the indie story said...

ciiis...last skali baru terperasan...=> sumber:arkib negara. hehehe

pujian ditarik kembali.

errr..apapun aku tetap tabik spring diatas keberanian ko memperjuangkan hak2 org melayu yg tertindas selama ini.

tQ

8:46 PM  
Blogger Mak Su said...

kena kenyit byk2 kali masa tgk bendera tu

9:06 PM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker