..

Monday, September 21, 2009

Permasalahan Tarian Pendet: CiA Dalang disebaliknya ???


elhias: kan sudah jelas bahawa tarian ini sudah semestinya dari Bali kerna ada unsur2 Hindu di situ.


Kebodohan warga Indon yg lapar nampak amat ketara kerana dengan lantangnya enggan menerima penjelasan Malaysia mengenai isu tarian pendet.

kan sudah jelas bahawa pihak Malaysia tidak pernah mengatakan bahawa tarian tersebut berasal dari Malaysia. dan itu adalah kesilapan pihak Discovery kerna tidak melakukan homework betul-betul sebelum memaklumkan dalam rancangan mereka.

Apa-apapun nampaknya suatu strategi jangka panjang pihak CIA dan dalang yang menggalakkan peperangan demi penjualan senjata sudah berhasil. Percakaran antara dua buah negara serumpun semakin tercalar setelah isu Ambalat diperhebatkan oleh mereka.

Sebenarnya amat payah utk Pihak Discovery yang sangat berpengalaman dalam menerbitkan sesuatu artikel membuat silap. Terutama sekali tentang kedudukan tarian Pendet yang memang sudah jelas bahawa ia berasal dari Indonesia.

Seumur hidup aku, Malaysia adalah sebuah negara yang dari dulu sangat tidak popular di media barat. Nama Malaysia amat jarang2 berkumandang. Jika sesuatu perkara itu berasal dari Malaysia, ia amat jarang2 mendapat liputan dan pengesahan daripada media barat. Contohnya, permainan sepakraga yang sangat popular di Malaysia tetapi sedikitpun tidak dinyatakan dalam ensaiklopedia mereka sebaliknya Thailand yang mendapat pengiktirafan mutlak dlm hal ini.

Kejatuhan ekonomi kapitalis nampaknya tidak mematikan idea para pendokongnya untuk melakukan perancangan yang lebih dahsyat lagi. Sentimen anti sesebuah negara dimainkan sebaik-baiknya.

Selalunya orang yang lapar mudah menerima cabaran ini. Lose for nothing.

Oleh itu Ganyang Malaysia !!!

hehe..

Labels: ,

..

Wednesday, September 24, 2008

Pertikaian: Hasil output persidangan Minyak Petrol Se-Malaysia


elhias: bijaknyer ruper sambil N-G-A-N-G-A


Output Hasil persidangan Minyak tersebut amat mengecewakan.
Penurunan Harga Petrol pada kadar 10sen amat tidak munasabah. Ia boleh dipertikaikan.

Bukan setakat para-Pembangkang, Malahan suratkhabar lidah khas-para-pencachai juga mengakui bahawa penurunan hanya 10 sen itu tidak dapat menurunkan kadar inflasi yang semakin tinggi di negara kita.

sumber: utusan meloya - Minyak turun 10 sen lagi

Sungguh TEPAT kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam debatnya menentang Menteri Penerangan yang akalnya seperti penolong kerani-cop setem bahawa

"Siapa Ajar bahawa Menaikkan Harga Minyak Boleh Menurunkan Inflasi ???? " -Anwar.

Jika didengar kembali debat tersebut, maka hampir keseluruhan fakta Anwar Ibrahim adalah betul dan sudahpun menjadi kenyataaan dan ada beberapa orang kenamaan dalam kerajaan telah menggunakan hujjah Anwar tersebut kononnya sebagai pandangan peribadi sendiri (curik la tu)

dan...

Sesungguhnya aku amat kecewa bahawa Negara tercinta Malaysia sekarang diperintah oleh
1. Sang Baghal yang menjadikan
2. Sang Kaldai sebagai penasihat.


Sambil dipantau oleh


3. Sang Lembu juga si-otak-kerbau.


Nampaknya sungguh Aman Malaysia apabila diperintah oleh ketiga-tiga jenis binatang tersebut.

Ingat balik kata-kata Menteri Penerangan yang taraf pemikirannya seperti penolong kerani yang tak lulus SPM tersebut bahawa

"Kenaikan Harga Minyak di Malaysia tidak mengapa. Kerana Rakyat Malaysia Semua sudah cukup makan "

Bagus ulangi balik kata-kata itu pada rancangan slot Bersamamu di TV3 yang diulang-ulang setiap minggu.

Bagus punya otak!

Labels: , ,

..

Monday, August 04, 2008

Permasalahan Negara: PakLah Yang entah hapa-hapa


elhias: Khairy, menantu-Babah, tersenyum girang bila terpandang mertua a.k.a. babah kesayangannya yang memberi sepenuh kebahagian dan kasih-sayang terhadapnya. (hehe) Tak sia-sia perjuangan dan pengorbanan selama ini

nota: semasa aku menulis 'elhias' di atas, entah mengapa aku rasa seperti hendak muntah hijau dan agak meluat sangat. Kemungkinan aku sedang mengandung sekarang ini.


Semasa di sebuah restoran pagi tadi, Hairan juga apabila mendapati PM Malaysia terlau beria-ria sgt menyebelahi rakyat tentang isu Jejantas MRR2 yang kelihatan semakin retak (jika tidak menanti belah). Kenyataan PM Malaysia dibaca seolah-olah terlalu berjuang untuk rakyat sehingga hendak menubuhkan suatu siasatan tribunal khas bagi menyiasat keretakan MRR2 tersebut.

Boleh dikatakan aku hampir2 terkentut2 apabila terbaca statement yg mafhumnya spt di bawah:

PM Malaysia sangat risau dan concern kerana Rakyat amat marah dengan isu-keretakan jejantas MRR2 tersebut yang boleh mendatangkan kemerbahayaan kepada semua pihak

hehe.

Sejak bila pula Pak-lah ambik peduli tentang kemarahan rakyat ini ? Takkan lah pula isu keselamatan rakyat pun turut hendak dipolitikkan sempena By-Election di Pmtg Pauh ? Mengapa PM Malaysia tidak ambik peduli pula tentang kemarahan rakyat kerna isu-minyak petrol naik-mendadak dan tidak turun2 walhal Singapura sudah 6 kali menurunkan harga petrol mereka kerana harga pasaran petrol dunia sedang merudum sekarang.

Lain-lain Isu yang boleh membuatkan seseorang itu berasa pelik adalah

1. PM Malaysia terkejut dgn tarikh cadangan perletakan Jawatan DS Rafidah Aziz sebagai ketua Wanita.
2. PM Malaysia sedang sedaya upaya memerangi rasuah, penyelewengan dan politik-wang.

dan...

Sedang isu memerangi penyelewengan dan politi-wang oleh Paklah berkumandang di media-perdana, TIBA-TIBA Seorang veteran UMNO Dato' Mazlan Harun datang tampil ke hadapan membuat report BPR dan polis untuk membuat pendakwaan bahawa Pak Lah terlibat dengan suatu penyelewengan.

dan ZZZZZZZZZUUUUUUUPPP... WAYAR PUTUS.

hehehe..

Labels: , ,

..

Permasalahan Negara: Jenayah Tahap Pencacai Semakin Amat Membimbangkan


elhias: apa punya haprak dan low-class pencuri di malaysia ni. kunci-mangga pun nak disapu ke? Siap tubuhkan sindeket lagi. TAKZIAH

Diakui, dengan kenaikan kos tambang bas serta pengangkutan lain di negara kita akan menambahkan lagi darjah kemisikinan dan indeks kemelaratan di bumi Malaysia ini.

Impak dan efek terhadap kenaikan itu aku akui akan terus-menerus menekan keseluruhan rakyat Malaysia khususnya bangsa-Melayu yang rata-ratanya miskin (jika nampak kaya-pun, sbnrnya hanya berhutang pakai kad-kredit/bank. Usah perasan la kamu...).

Syukurlah rata-rata bangsa Melayu banyak-tidak-mengeluh dan meredhoi segala2nya yang berlaku kerana bangsa Melayu ini sudah ditakdirkan sebagai bangsa yang kurang-mendesak pihak yang berwajib serta alpa.

Sebenarnya bukannya apa, alternatif pengangkutan awam untuk kemdudahan rakyat tidak banyak bezanya daripada dahulu, iaitu rakyat marhaen tidak mempunyai banyak pilihan yang selesa. Pengangkutan awam spt bas ekspress untuk ke seluruh pelusuk negara sebenarnya masih kurang. Penggunaan kapal-terbang pula melibatkan kos yang mahal serta tidak praktikal. Keretapi pula, adalah tidak menyeluruh dan terhad terutama musim perayaan. Teksi, pula langsung mencekik darah.


Akibat daripada kesempitan hidup itulah, tidak mustahil pelbagai cabang jenayah terutama jenayah mencuri semakin berleluasa di Malaysia.

Kadang-kadang jenayah mencuri ini melibatkan kes pencurian yang tidak masuk akal yang sangat rendah nilai moralnya sehingga kecurian pada tahap-pencacai seperti

1. Kecurian kemudahan masyarakat spt papan-papan tanda dan besi divider jalan
2. Kecurian kabel-kabel telekomunikasi TELEKOM
3. Kecurian meter kepala paip di bandar-bandar besar
4. Kecurian mangga2 kunci padlock di serata negeri selangor, WP-KL, Johor, Perak dan Pulau-Pinang
5. kecurian komponen2 kereta lama
6. Kecurian suratkhabar2 lama yang diletakkan di garaj kereta
7. kes pecah rumah warga miskin yang melibatkan hanya kecurian pakaian, bingkai cermin-mata dan handset.
8. Kes kecurian dawai-dawai berpagar dan kawat-berduri
9. Kecurian air melalui tapping kepada meter
10. Kecurian letrik

dan banyak lagi.

dan seterusnya kos kehidupan yang tinggi juga aku rasa akan menyebabkan staf bertaraf rendah/ dan pegawai-berkolar biru lambat untuk mereka bertemu jodoh yang diidamkan bagi proses perkahwinan terutama lelaki.

Malangnya, akibat daripada itu maka tidak hairanlah jika kes-kes pheodophile iaitu kegiatan seks terkutuk yang melibatkan kanak-kanak perempuan sungguh berleluasa sekarang.

Aku yakin ia akan bertambah lagi dari masa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa ke semasa......

Labels: ,

..

Monday, June 09, 2008

Permasalahan Isu Negara : Apabila Kerajaan Melatah

a
elhias: macam bagooossssssssssssssss


hehe...

Semasa harga petrol sedang naik ini, bukan hanya rakyat yang melatah, kerajaan pun turut melatah.
Di sini aku hanya ingin concentrate mengenai cara melatah pak2 menteri, pemimpin2 dan para bijak pandai pentadbir undang2 negara.

hehe..

Nampak gayanya berbagai2 tawaran oleh kerajaan dan pemimpin2 kita yang kononnya sangat prihatin utk meringankan beban rakyat.

Antaranya, pihak kerajaan cuba bertegas utk merendahkan harga beras, memberi subsidi2 minyak, mengawal harga tiket tambang bas, memantau harga barangan runcit dipasar dan usul untuk memotong Insuran kenderaan dan cukai jalan.

Kadang2 aku terfikir, buat apalah kerajaan sebok sangat nak menurunkan kadar itu dan ini. Kalau dah sebok-sgt naikkan minyak buat apa nak turunkan harga benda2 yang lain ??? Kalau dah naik tu naiklah.. buat apa nak susah-susah turunkan yang lain.
Kalau dah semua nak diturunkan, kalau macam itu, Buat apa pula naikkan minyak???? Baik stay saja pada harga yang lama. tongong!!

kdg2 kerajaan malaysia ni boleh disamakan sebagai seorang budak yang memesan teh ais di sebuah restoran yg berbunyi macam ini:

"Bang! saya nak teh ais tapi tak yah bubuh ais boleh?"

Labels: , ,

..

Persoalan Dahulu Dahala: Phuket Dahulunya Milik Kita Jugak ke? Lawakla

Sumber Berita Hairan (Lihat Perenggan ke-5)

Tak tahulah aku, setelah kegagalan Malaysia ke atas batu-Putih, entah hapa2 yang dimerabankan oleh Menteri Luar el-Malaysia lagi.

Baru2 ini semasa suatu press-conference, Menteri Luar anak kepada El-Yatim itu sempat mengatakan bahawa Pulau-Phuket itu pun pernah dimiliki oleh Melayu.. (klik sumber di atas).

entahlah..susah nak percaya la.

Yang aku tau Phuket itu dulunya adalah direbut antara golongan Syaitan dari Thailand dan puak2 Iblis dari Burma.

AKAN...TETAPI

jika benar la kata2 beliau entah berapa banyak laa agaknya koleksi kegagalan bangsa kita yang berkepala leper ini.

hehe...

Gambar Peta di bawah menunjukkan Phuket (yg dulu kononnya suatu Milik Tanah Melayu kata Menteri kita la...) Yang peliknya pulau Batu Putih yg tak sampai 20KM dari pantai Johor tak pernahpun kita claim sbg hak kita inikan pula Phuket yg terang2 telahpun dikelilingi oleh Pulau2 Siam.

aku pun tak dpt hendak bezakan antara Bahan Jenaka atau Lawak kali ini yg dikeluarkan oleh beliau.

Labels: ,

..

Monday, May 26, 2008

Permasalahan Negara: Pulau Yang Terlepas


elhias: Gadis comel Lampai yang bernama Seri

he..he..

Hanya 1 orang saja faham. 3 orang masih belum faham maksudnya erti tajuk entri aku sebelum ini iaitu Permasalahan Cinta: Cinta Yang Terlepas.

Yang Faham itu telah mengusulkan supaya tajuk entri itu ditukar kepada
Permasalahan Kerajaan Malaysia: Pulau-Batu Putih Yang Terlepas.

hehe..
Yang faham itupun terfaham apabila hint telah diberikan. Iaitu tarikh dan masa entri itu diterbitkan iaitu bersamaan selepas beberapa jam pengumuman resmi dari Media kerajaan tentang ICJ mengumumkan bahawa Pulau Batu Putih dimiliki oleh Jiran yang setahun jagung lebih muda dari Malaysia.

Yang masih lagi degil buat2 tak faham itu, aku dah tak boleh nak kata apa dah... memang agaknya org2 itu semua tergolong dalam golongan iMNO-TOTOK. (sori yer..hehe..)


Memang layak aku gambarkan seperti berikut:

Farid == Lelaki berWajah hodoh dan gampang iaitu gambaran kerajaan Malaysia yang sentiasa terlepas dan rugi dari dulu, kini dan selama-lamanya (Mungkin Pulau Pisang dan Wilayah Persekutuan Iskandar pula selepas ini)

Seri/Gadis comel Lampai = Pulau Batu Putih

Hashim = Singapura (tukang kebas). Kerja dia ni memang mengebas. Kalau lambat sikit, habis menatang alah ni sapu.

===========
Walau-apapun itu tidak penting.
Yang Sudah tu sudahlah.....

Yang penting sekarang ini adalah

KEMPEN MAKAN UBI KELEDEK iMNO

errr... sebelum pergi terimalah sekerat pantun ini

PULAU PANDAN JAUH KE-TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH
PULAU YANG BAIK TERLEPAS JUGA

Labels: ,

..

Sunday, April 27, 2008

Permasalahan Pemakanan Sedunia: Sekadar Luahan


elhias: Tsukuba, Jepun, pusat pengeluar gandum di situ
Artikel dan Gambar, ihsan dari Kansas-Asia sini <-------- sila klik


Melalui Blog TYT Dr. El restumi, tentang krisis harga makanan dunia yang semakin melonjak dan hubungkaitnya dengan negara kita Malaysia, ingin aku meluahkan sesuatu.

Aku berpendapat bahawa negara yang beriklim sejuk/kering seperti Korea dan Jepun sudah tentu mempunyai kelebihan yang jauh berbanding dengan negara yang mempunyai iklim khatulistiwa panas dan lembab. Ini adalah kerana

di negara Jepun, Korea, sesetengah tempat di Amerika

1. Padi dapat ditanam dengan suburnya
2. Gandum dapat ditanam dengan suburnya
3. bijirin2 lain pun dapat ditanam dgn suburnya spt oat, barli, sekoi, jagung dan pulut


Berbanding dengan negara kita Malaysia, walau seluas manapun tanah yang diperuntukkan untuk pertanian, namun gandum (makanan nabi-nabi) masih gagal ditanam secara meluas untuk dikomersilkan.


Pentingnya gandum, bagi aku, kerana ia adalah makanan penebat dan ibu-segala makanan. Ingin aku beritahu sesuatu iaitu, perut manusia sejak azali lagi lebih mesra-gandum daripada nasi.

dari segi psikologi, nasi telah diadaptasikan ke dalam jiwa manusia setelah mereka bertubi-tubi diajar oleh penjaga mereka semasa mereka kecil.

==============


Beruntunglah Korea Selatan dan Jepun, kerna mereka memiliki teknologi yang sangat tinggi untuk memperluaskan lagi penanaman mereka sehingga padi dan gandum boleh ditanam sekurang2nya 3 kali setahun di situ.

Sudah semestinya mereka bisa mengurangkan pergantungan mereka daripada mengimport bahan makanan dari negara2 luar.


Seronoknya mereka kerna dapat meminimumkan impak dan kesan dari kenaikan harga makanan sedunia.

Di Malaysia ni tak tahulah...hal-hal pertanian ini rasa-rasanya main-main sahaja. Banyak juga sawah bendang di Melaka, Sabak-Bernam/Tanjong Karang dibiarkan lalang yang tumbuh menghijau.

Bak kata pepatah

Sengsaralah jika tidak berbudi pada tanah dan ingkar pada resmi-kehidupan manusia yang senantiasa memertabatkan pertanian yang telahpun digalakkan oleh agama kita.


ntahlah...


elhias 2: Petani Melayu, buatlah sesuatu..!!!

Labels: ,

..

Friday, April 18, 2008

Persoalan: Ex-Gratia yang Membelit Diri Si-Pemberi ?


elhias: Ada seperti yang tidak kena pada gambar ini. Bukannya motif yang terselindung di sebalik gimik politik, tetapi seseorang itu amat kelihatan seperti JALUT. Mahadinya di mana ?

tepat tgh semalam, pengumuman oleh kerajaan persekutuan untuk pembayaran ex-gratia terhadap bekas-mekas hakim-makim oleh kerajaan persekutuan di atas keterlanjuran seorang dewa-mahasritongga-malayalam telahpun melengkapkan suatu episod penghinaan dan penurunan darjah kebesaran satu-persatu ke-atas dewa-laut yang menjadi pujaan tersebut.

episod telanjang demi telanjang ini kelihatan semakin tidak sudah.

Penganugerahan pingat sepatutnya di buat ke atas SHA di atas buku-ciptaan mautnya yang berjudul Talkin Untuk iMNO-ke-3.

Kemudian barulah boleh dibaca talkin untuk dirinya sendiri secara berulang-ulang pula selepas itu.

hmmmmmmmm... (menghela nafas panjang)

...
...
...
...
...
...
...


bertafakkur sejenak.

Labels: ,

..

Wednesday, April 02, 2008

Permasalahan UMNO: Pemimpin Lanun Tiada Kredibiliti

Dalam media arus perdana, kelihatan Menteri Besar Terengganu Baru seolah-olah seperti seseorang yang mempunyai kredibiliti yang amat tinggi. Seolah2 seperti taraf cendekiawan, Para solihin2 dan seperti-bagoossss

Tetapi

perangai dan budi-bicara mereka yang sebenarnya boleh dilihat melalui media-Alternatif

Di sini kita boleh buat perbandingan antara klip2 (Youtube) video di bawah:


elhias1: Ini adalah klip video Media ARUS PERDANA. Ahmad Said (MB Terengganu) sedang khusyuk sembahyang. Kelihatan seperti seorang pengamal-Islam yang syumul. Pengikut2 iMNO sudah tentu melabelkan Ahmad Said ini seperti Alim-Ulama bertaraf wali.




elhias2: Ini adalah klip video alternatif . Beginilah budibicara dan perangai sebenar Ahmad Saidi. Dahulu, kini dan selama-lamanya. hehe..





====================
Lain2 Video Politician-BN di yang sungguh menarik hati


elhias3 : Dato' Nozula(ADUN-BN) dengan Penerajang hikmatnya di dalam Dewan Undangan Negeri






=======================

Aku tidak faham langsung apa yang diperkatakan oleh ADUN-PAS ini. Tetapi video ini terlalu kelakar bagi aku terutama apabila ADUN-UMNO gagal menjawab dan telah memberi respon yang entah ke benda.


elhias4: hehehe....ado nork tanyo lagi ?

Labels: , ,

..

Tuesday, March 18, 2008

Permasalahan Negara: "Kitchen Kabinet Baruah"

http://www.northernmillwork.com/kitchen_cabinets/custom/glazed_linen_kitchen_cabinets_1.jpg
elhias: kitchen kabinet yang telah diwar-warkan sebelum pilihanraya.

hehe.. Hari ini 18Mac 2008, jam 12 tgh. Aku berasa sungguh kagum.

Malaysia sekarang telah mempunyai kitchen KABINET baru...!!!
Kabinet baru atau Kabinet baruaaaa ???

Labels: ,

..

Monday, March 10, 2008

Permasalahan Penyokong Pembangkang: Takkan nak Jadi Banal kot...



elhias: Yo!!!! Teruskan Memerintah!!! kah..kah.kah..

hmm...

Entahlah.. setelah terbaca blog-blog sesetengah penyokong pembangkang yang telah menobatkan diri mereka sebagai SUPER-bijak, dari pemerhatian aku, ada banyak tidak kenanya dari kena.

Mengapa pula hendak masuk campur dalam urusan dalaman parti politik seteru, sehingga ada mengusulkan & MENDESAK supaya Pak Lah dan Captain-KJ letak jawatan. Ada yang seperti seolah2 akan bertindak menulis kenyataan dan menghebahkannya kepada orang ramai melalui internet sehingga mungkin tembus ke server kementerian-kementerian untuk memaksa perletakan jawatan PM tercinta.

Tak faham aku.

Perbuatan ini amat merbahaya kepada parti pembangkang itu sendiri. Jika tiba-tiba Paklah menerima saranan ini, dan pengganti PakLah adalah seseorang yang jauh lebih baik daripada Paklah dari segi permainan politiknya, maka aku kira Pembangkang boleh dikategorikan sebagai "DEADMAN WALKING". Mati sebelum tiba ajalnya.


Buat waktu ini, kedudukan pembangkang tiada ku lihat sebagai suatu kedudukan yang kukuh. Mereka masih lagi keletihan tercungap-cungap. Efektifnya sesebuah parti dalam kerajaan adalah dalam jangka masa 10-tahun sebelum ia menjadi lebih matang. Maknanya di sini pembangkang perlukan lebih dari 5 tahun lagi untuk terus bertapak di sesebuah negeri untuk perform sebaik yang mungkin bagi memikat hati rakyat.

Aku puji masyarakat cina dari kalangan pengundi DAP. Mereka sa0lah2 tiada menghiraukan apa yang berlaku kepada parti seteru mereka. "Nak mampos, mamposlah. The hell with you!!" Lagi bodoh kerajaan persekutuan lagi bagos advantage buat mereka Biar rakyat meluat dan menyampah kpd seteru mereka. Ada 'modal' untuk dijadikan bahan kempen.

Aku fikir biarlah BN tercari2 formula mereka sendiri untuk mengubati kudis dan pekong yang semakin membusuk.

Biarkan sahaja kerajaan 3-beranak itu mentadbir dengan kedunguan, kelemahan sehingga kudis tadi bernanah dan seterusnya berulat sehingga apabila tidak diperlukan lagi, kepala mereka terus dipancung termasuk segala kabinet-kabinetnya. Maknanya di sini, Kebarangkalian parti mereka untuk terus keluar drpd barisan kerajaan bagi penggal pilihanraya akan datang dan seterusnya akan menjadi realiti.

Liability parti kerajaan adalah advantage buat parti pembangkang.

*Sekadar pandangan peribadi

Labels: , ,

..

Monday, January 21, 2008

Permasalahan Negara: To Debunk Debunkum



elhias: Yennadei... yennagele... arecheke...aaaa dusyum! dusyum! rojak wonnek!!!

he...he..he..

sumber: Klik saya!Link
Sebab mabuk maka apa yang berlaku adalah halal. Kerna apa yang dilakukan termasuk apa yang diluahkan adalah di bawah sedar. Tidak sengaja. Boleh Tutup dan dibuang kes. Jika ini berlaku, maka kesemua rakyat yg masih-waras-berfikir akan terpinga2 termasuk lebai malang yang kali entah ke berapa "miss" makan kenduri.

Jika dilihat dari atas kemungkinan satu advantage bagi parti yang melabelkan parti mereka adalah parti Islam untuk melupuskan ke-semua kilang-kilang arak yang terang-terang mendatangkan terlalu banyak keburukan daripada kebaikan dalam manifesto pilihanraya mereka nanti.

Apa yang aku khuatirkan nanti adalah sesiapa yang terogol dan melakukan perkara sumbang juga boleh terlepas kerana alasan yang diberikan adalah "tiadak-sedar" kerana mabuk. Sudah terang lagikan bersuluh. Terlalu banyak "ding-dong" dalam kes high-profil ini yang masih menjadi siasatan-Di-Raja.

Apa-apapun rata-rata bangsa Melayu masih lagi menadah karpet merah untuk seteru mereka bangsa-cina dengan mengatakan bahawa undang-undang-zaman unta tiada boleh dipakai. Kerana negara Malaysia ini dihuni oleh pelbagai kaum. Toleransi beb!

Ingin aku persoalkan di sini. Jika bangsa cina itu memerintah. Adakah toleransi mereka juga sebegitu rupa? Lihat saja kawan kita di Singapura. Untuk perdengarkan azan dan meraikan sembelihan korban terang-terangan pun tiada boleh. Sebaliknya mereka pula disembelih!

he..he.he..

Labels: ,

..

Sunday, January 13, 2008

Pertikaian Pengiktirafan Islam: Tidak Terujakah kita ?


elhias: Tidur dalam jaga pun..tup..tup.. dah sampai ke Spain.? Baru semalam melawat Soeharto kan? suuuppp...sana zuuuppppp sini.... sah! Memang Pak Lah ni Perdana Menteri merangkap seluruh Asia. Korang kena respek ni..lu apa adaaa ????? air liur jugaa kalu..


Sumber-Sila Klik-Saya


Alhamdulillah..

syukran! jazilan di atas kemurahan usaha murni kerajaan-Sepanyol yang telahpun memertabatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berjaya.

Sebelum ini George W. Bush telahpun lama mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah daulah Islamiyah yang syumul.

Bukannya senang nak diiktiraf sebagai negara Islam berjaya ni .

Iran yang hampir-hampir mempunyai senjata nuklear dan hampir 100-peratus bilangan penduduknya beragama Islam pun masih gagal memperolehi gelaran tersebut.
Sebaliknya dianggap sebagai negara terrorist.


Nampaknya Malaysia kali ini menang mudah gelaran tersebut dengan penuh bergaya sekali.

Tip-top. no sweat.


errr...


Kita perlu mengumpul beberapa pengiktirafan sebagai Kerajaan Islam yang syumul daripada beberapa buah negara/ Pakatan lagi.

antaranya ialah:

1. Pengiktirafan daulah Islam drpd Pakatan NATO
2. Anugerah Islam-Jitu daripada gabungan kerajaan British dan Peranchis
3. Anugerah Muslim sejati daripada Kerajaan Persekutuan Rusian (Federation of Russia)
4. Anugerah Islam-Keislaman daripada Kerajaan China dan Mongolia
6. Pingat Jasa Kebaktian Islam drpd Negara2 Anggota Kesatuan Eropah (EU)
7. Pingat Kegemilangan Hadhari Moslem-Angkasa drpd Kerajaan Burma
8. Pingat Ahli Mangku Negara Islam daripada Pergerakan Tamil Eelam berpusat di Colombo
9. Anugerah Islamiyah daripada King Bhumiphol Adulyadej of Thailand
10. Penganugerahan Islam Tertinggi daripada Sir Lord-Mountbatten dan Viceroy yang pemakamannya di India.

Apabila kita telah cukup kumpul 12 mata maka dengan ini kita (negara Malaysia) akan diisytiharkan sbg negara yang bakal tersenarai dalam lingkungan negara-negara elit Islam seperti tersenarainya 12 negara induk yang mempunyai ke-Islamannya yang tertinggi di seluruh dunia.

Cuma satu jer lagi...

Jika kita dapat satu lagi bintang pengiktirafan sebagai Negara Suci Islam daripada

1. Kerajaan Zionist-Israel, berpaksikan judas-Talmudian,

zzzaasssss!!

maka memang sah!!! Malaysia akan terus dinobatkan sebagai negara para2 wali, dan Islam syumul oleh dunia. Khususnya dunia barat.

Akan terkembang kuncuplah hidung-hidung pesek pemimpin2 negara yang kita hormati nanti.


Maka, dengan itu, tidak berterima kasihkah kita ?



elhias 2: Majunya galaxy-ber-empayar. Menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah yang meliputi 7 lapis petala langit dan 7 lapis petala bumi

Labels: , , ,

..

Wednesday, January 09, 2008

Permasalahan Rakyat: Retorika segalanya di angkasa



elhias: Kedua2 gambar tiada kena mengena. Hanya Hiasan saja.

dlm dunia ada 2. iaitu:
1. kerajaan meng-angkasa-kan bangsa
2. kerajaan meng-angkasa-kan keadilan undang2.

logik diri mengatakan bahawa kedua2 agaknya tiadalah dapat dijalankan serentak.

sebab itulah semasa kerajaan berpeluh2 ketiak semasa hendak meng-angkasa-kan bangsa tiba2 terlupa bagaimana hendak meng-angkasa-kan undang2 di bumi. contoh senang jer..hal-ehwal pemakanan dan pengguna.

seringkali di negara ini terlalu byk kes-kes shortage atau kekurangan barang makanan secara tiba2 mendadak dan kadang-kala tiadalah logik di akal.

a. contoh kekurangan ayam semasa raya
b. kekurangan gula
c. kekurangan minyak sawit.
d. berbagai lagi.

yang peliknya tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas pihak-yang terlibat dan bertanggungjawab. Mustahil si-pelaku masalah tersebut tiada dapat dikesan.

sedangkan kita nampak kerajaan beria-ria dan bersungguh-benar untuk menggagalkan sebarang demonstrasi jalanan oleh pihak pembangkang sehingga ada seorang-dua penunjuk perasaan ditembak dengan peluru hidup di Terengganu sehingga darah merah memancut-mancut dan membuak-buak dihadapan mata. nasib baik x mati he.he..he.

selalu sangat kerajaan menyebut bahawa demonstrasi jalanan menyusahkan rakyat sebab mengakibatkan traffic-jam dan kesesakan lalulintas.

Padahal yang terlibat dengan masalah kesesakan lalulintas bukannya keseluruhan rakyat-satu negara. hanya sikit saja rakyat yg terlibat.

Tapi masalah kekurangan barang-makanan dan kenaikan harga mendadak barang makanan yang menyusahkan rakyat satu-negara nampaknya seperti diambil ringan sahaja.

kan elok kalau si-penyeludup dan penyorok barangan itu ditembak dgn senapang gajah jer.. depan orang ramai. senang crita.! bagi pengajaran kat manusia yang lainnya. he.he.he.

Ini tidak...
si-pelaku dan si-pesalah lepas macam itu sahaja. Mcam dah berpakat.

Tak kedengaran ura2 nak jatuhkan hukuman berat telus di depan rakyat. Maka sebab tu aku katakan macam lakonan meraih-undi kesian untuk pilihanraya umum jer. masing2 nak jadi hero.



=============
hurmmm....
hahaha..
Pelik juga terdengar sesetengah khabar yang mengatakan bahawa Pak-Lah terlalu kerap ke luar negara. dalam sebulan dua.

Kadang2 timbul pertanyaan dalam hati.
Paklah ni Perdana Menteri Malaysia ker Perdana Menteri Asia ?

---------------------

Susah juga! kalau kerajaan yg berfikiran terlalu angkasa ni...

he.he.


angkasa-angkasalah segala srigalanya..

Labels: , ,

..

Sunday, January 06, 2008

Pertikaian Permasalahan Negara: Oh Petrol! Oh Minyak Sawit!


elhias: nak muntah dengar pasal masalah minyak masak. macam masalah petrol pulak.

he..he.

Pelikkan? sekarang adalah tahun baru 2008. Harga minyak se-tong di pasaran global adalah 100 US Dollar. meningkat mendadak.

Tapi harga petrol di Malaysia terus kekal. Tidak naik.

Jangan perasan. Sebenarnya Pilihanraya Belum lagi. he..he.e.

sorry aku tiada berminat untuk bercerita pasal petroleum sebab ia bukan makanan aku.
Nak cerita sikit pasal minyak masak. Sebab pagi tadi ternampak satu-tong minyak masak kat gerai-simpang.

=============

entahler...

sifat negatif aku kadangkala menyangkal dan agak kurang percaya dengan kewujudan permasalahan kekurangan bekalan minyak masak berjenis sawit. Rasa-rasa masalah ini diwujudkan atas sebab-sebab tertentu. Sebab2 politik bangkali, fikirku.

Ada sesetengah pihak dalam hal ini, cuba menjadi hero. Dalang pun dia. Aku mengesyaki sahaja.

Ada persamaan juga dengan kes kenaikan TOL di Subang Jaya tidak lama dahulu. Kenaikan itu menjadikan bayaran tol naik daripada RM 1/= kepada RM 1.50/=. Ramai protest. Tiba2 ada jagoan bergelar mamak menurunkan kembali bayaran tersebut. Ia kekal kepada RM 1/=.

Mamak tadi tiba2 menjadi pendekar dan disanjung tinggi. Padahal kemungkinan sykt dia yang mengusulkan kenaikan sebelum itu.

Dia yang menaikkan dan dia juga menurunkan. Demi untuk menjadi hero.

Dalam kes minyak masak pun begitu juga. Sudah pasti badan dan organisasi yang berjaya menyelesaikan masalah kekurangan minyak masak ini akan bergelar hero dan disanjung tinggi. Sudah semestinya organisasi tersebut adalah pihak berkuasa dan berwajib.

Lagi kredit untuk pihak yang berwajib yang sudah pasti di-war-warkan di media massa jika masalah itu dapat diselesaikan. pilihanraya makin hampir.

he.he.he.

Bukannya apa, pada malam ini, tiba2 aku terfikir bahawa minyak masak berlandaskan sawit bukannya suatu kegunaan global untuk seantero dunia. he..he.

Tidak layak.

Tidak layak ia disamakan dengan petroleum.

ada juga pihak menangguk di air yang keruh menggunakan ke-populariti permasalahan petroleum untuk disabitkan dengan masalah kekurangan minyak masak semata2 utk mencipta nama dan menaikkan populariti golongan mereka yang agak menurun (agaknya)

syabas!! ramai tertipu.

kalau betul. sorry la yer.. minta maaf. aku pun x tahu.
makan saja aku tahu.

he..he.he.

Labels: , , ,

..

Wednesday, December 05, 2007

Permasalahan Negara: Hikayat Penghipokritan Sang Politikus Demi Pilihanraya


elhias: Bosan...apa pandang2?!!! kang! aku gegeettt!!!


Sumber bermaklumat Teppe-Elekk klik saya!!!


Entah Jin-Islam berbangsa Arab mana yang merasuk, tiba-tiba Anak-Toyol mengesyorkan supaya penjawat awam hendaklah mengamalkan prinsip 6M ke dalam diri masing2. (dimulai dgn 2M kemudian, disusuli pula dgn 3M dan 4M).

Kalau nak ikutkan, byk sangat formula untuk penjawat awam daripada motto "kepimpinan melalui tauladan" sehinggala ke hari ini.


Kali ni, tergeliat lidah aku nak menyebutnya.

1. Musyaratah,
2. Muraqobah,
3. Muhasabah,
4. Mu‘aqobah,
5. Mu‘atabah
6. Mujahadah

(elok ditambah 2 lagi iaitu Mughollazah dan Mutawassitah)

Sekali imbas memanglah bunyinya macam bagus. (bagi pakcik-pakcik yang sudah 25 tahun pencen)

Entah apa relevannya tiba2 peristilahan Arab pulak nak digunakan. Mungkin agak Islamik kot.
Maklumlah Selangor ini adalah negeri yang paling Islam sekali dalam banyak2 negeri.

Tempat maksiat pun tidak ada. Syabas!!! sebab kali ini, toyol kita lebih bersikap ke-Arab-Araban dan lebih wara', lebih alim, lebih ulama' dan lebih Islam daripada rakan2 sejawat yang lain.

Tapi lama-kelamaan, ......

nampak sangat penjawat awam ini adalah golongan yang paling tidak berguna sekali dalam kerajaan. Kesalahan mereka senang dilihat. Kesilapan mereka selalu ditegur.

Mungkin betul. Aku tidak nafikan.

Tetapi, Sebaliknya ahli2 politik yang berkuasa di Malaysia ini agak bernasib baik kerana kekebalan mereka dalam apa jua aspek.

Maka sebab itulah mereka tidak perlu mengamalkan apa-apa prinsip.

Ke ma'asuman ahli-ahli politik-yang berkuasa di Malaysia tercetus apabila parti mereka menang-besar dalam setiap pilihanraya.

Hadiahkanlah seberapa banyak batang penyapu kepada pegawai kerajaan. Mereka tetap menerima dengan rela-hati.

Tapi kadang-kadang, yang ditakuti, penyapu tersebut bakal digunakan untuk menyapu bersih politikus dan tikus-tikus politik yang cakap-tak-serupa-bikin.

Paling tidakpun, sekurang-kurangnya ia boleh digunakan untuk mengetuk si-toyol itu.

chiiiiiiiittttttttttttttt!!!!!! Poraahhhh!!!!

Labels: , , ,

..

Wednesday, November 28, 2007

Permasalahan Negara: Berleluasanya Konflik Antara Kaum



elhias: Konflik. TAR. antara Bapa Kemerdekaan dan Bapa Pengkhianat Bangsa. Azab yang pedih bagi sesiapa yang mengkhianati agama dan bangsa. Rakyat yang memilih pemimpin yang bodoh pun turut sama terheret dengan azab ini.

~wallahualam



Duduk tak duduk, hak kedaulatan bangsa Melayu masih terus tergugat. melalui tuntutan Hindraf.

klik saya untuk maklumat.


Walaupun pelbagai tanggapan yang dibuat, sehingga ada yang menyatakan bahawa hal tersebut adalah suatu konspirasi antara pihak kerajaan dan kesatuan-India. Bagiku pula, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang sepi dan ringan.

Konflik perkauman sebenarnya adalah sesuatu yang sangat sukar ditangani. Untuk mencapai tahap kepuasanhati bagi semua pihak juga bukanlah suatu yang mudah. (Malah mustahil). Di mana-mana dalam dunia ini pun konflik perkauman masih lagi berleluasa. Cuma antara formal dengan tidak formal sahaja.

Dulu Apharteid dijalankan secara formal di Afrika Selatan. Kini tidak lagi. Namun begitu aku masih berasa sangsi lagi dengan ketelusan dan keikhlasan hati bangsa kulit putih di situ. Paling tidakpun ada antara bangsa kulit putih yang merasa meloya bila melihat orang berkulithitam sedang lena dalam gerabak keretapi berkelas-1

Di Malaysia ini lain pula halnya. Krisis warna kulit hampir-hampir tidak berlaku. Cuma pertelagahan ethnik mengenai hak masing-masing. Yang paling penting sekali di sini adalah untuk mendapatkan hak sama rata antara semua kaum. Terutama sekali adalah dalam bidang politik dan ekonomi.

Dalam hal ini, apa yang dilihat adalah, hak ketuanan bangsa Melayu telah lama terhakis dan diinjak-injak. Kadang-kadang bukanlah hendak diperkatakan bahawa bangsa lain yang menumpang di Malaysia ini terlalu bijak, tetapi sebenarnya lebih kepada kebodohan bangsa kita sendiri terutama pada barisan pemimpin. (yang selalu kelihatan seolah-olah terlalu pandai)


Perkara yang telah berlalu tiada gunanya untuk diungkitkan kembali. Beginilah, aku hanya beri pendapat resolusi tentang perkara itu.

Sebagai bangsa yang telah lama mempertahankan Tanah Melayu ini, sepatutnya Bangsa Melayu harus dan wajib menitikberatkan satu perkara saja, untuk menjamin hak ketuanan bangsa Melayu untuk selama-lamanya.


Satu-satunya perkara itu adalah:

Mempertahankan 70% keluasan tanah yang atas nama Hak bangsa Melayu. Baik dibayar dengan darah sekalipun.

Aku tidak nampak, apa-apa advantage pun dari segi ekonomi jika bangsa lain menguasai segala-gala bidang tetapi se-inchi tanah orang Melayupun mereka tidak boleh usik. I

Itu hak orang Melayu. Paling tidakpun, agama pun dapat dipertahankan dengan mempertahankan hak ini.

Tinggallah bangsa-bangsa itu di pangsapuri-pangsapuri mewah, terawang-awangan, mahupun di angkasa, dan jangan sekali-kali menjejaki kaki ke tanah.

Dan itulah tugas yang paling perit sekali untuk barisan pemimpin selagi itulah yang dinamakan sebagai bangsa yang masih mempunyai kuasa.

Labels: , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker