..

Saturday, July 11, 2009

Pertikaian: Perkahwinan Mereka yang Celaka Lagi Mencelakakan


elhias: Jika perasan cantik, kecantikan itu amat cilaka lagi mencilakan. Begitu juga pasangan lelaki. Tiada satupun advantage dan kebaikan yang diberikan oleh pasangan di-raja ini. Hanya sesuatu yang menyusahkan. Jadi, buat apa kahwin ???

Biasanya perkahwinan selalu dikaitkan dengan kenikmatan dan seri hidup juga boleh mendatangkan kebaikan bagi sesiapa yang mendirikannya. Tetapi bagi aku, perkahwinan antara Tengku Temenggung Kelantan dengan gadis Indon Manohara sesuatu yang celaka lagi mencelakakan.

Kecelakaan kasus perkahwinan ini bukan sahaja mencelakan antara kedua2 belah pihak tetapi kecelakaan itu merebak sehingga kepada rakyat antara kedua2 buah negara.

Sementalahan pula, bagi aku, Manohara adalah seorang gadis yang terlebih baja dan mudah-subur maka sedikit makanan yang dimakan oleh beliau kelak akan mengembangkan tubuh badannya. Tengku Fakhry pula adalah bujang terlajak.

Menurut salah seorang rakan aku expat. di Indon, dia terpaksa menyembunyikan identiti sebenar - iaitu tidak mengaku warganegara Malaysia, sebaliknya mengaku warganegara Singapura atau Brunei bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.


Di medan-maya, warga Indon juga menjadi cemuhan dan ejekan oleh warga negara Malaysia.

Jadi, aku tidak nampak sebarang keberkatan mahupun kebaikan perkahwinan antara Tengku Fakhry dengan Manohara. Malah ia telah mendatangkan keburukan dan kemerbahayaan antara rakyat kedua-dua negara yang terlibat.

Oleh itu, buat apa mereka berdua berkahwin jika ia sesuatu yang menyusahkan ???

Mereka (orang besar dan ternama) sedap-sedap berkahwin, rakyat marhein yang tidak kena-mengena jadi mangsa.

KAMU BERDUA INI MENYUSAHKAN!!!!!

Labels: , ,

..

Thursday, January 17, 2008

Persoalan Kabur Fikiran: Rabunkah Aku ?


elhias: Ni bukan Wardina yg ni adalah scarlett ortiz, pelakon mistress hermanaz dari venezuela


Bolasepak Lagi

==========

he.he.he..

Aku buat2 terkejut pagi tadi apabila dalam MALAYSIA HARI INI/MHI di TV3, seorang hostnya tiba2 mengeluarkan kenyataan bahawa

Pasukan bolasepak Malaysia telah jatuh dari anak-tangga 159 ke anak-tangga 164 dalam senarai ranking FIFA dunia.

Yang sebenarnya di sini aku tidak tertarik langsung dengan kenyataan itu tetapi apa yang lebih menarik perhatian aku adalah tentang salah seorang host MHI/SPM yang bergelar Wardinia. Pada aku bunyinya sedap macam roti Gardenia. Bertudung kuning macam tembikai kuning. Manis. Ranum. he.he.. (aku x cakap)

Berbalik pada cerita bolasepak tadi.

oleh kerana aku adalah seorang yang negatif. Ingin aku isytiharkan pada kalian semua yang TER-SUDI membaca blog aku yg tidak seberapa ini bahawa

Pasukan bolasepak Malaysia bukanlah sebenarnya terletak pada anak tangga ke 164. Tetapi adalah pada anak tangga ker 201 ( Jika betul jumlah ke-semua negara dalam dunia ini adalah 200).

Kenapa?

Sebab negara2 yang lain itu adalah negara yang tercorot dari segi ekonomi yg tiada menjanjikan sponsorship mahupun kelengkapan persada. Miskin. Haprak. Peperangan sana-sini.

Jika mereka diberi peluang sama-rata dengan Malaysia, adalah tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa mereka mungkin jauh lebih bagus daripada pemain2 kita.

Termasuk negara GREENLAND dan ANTARTICA. (Cuma sang-eskimo itu tiada padang rumput hijau untuk bermain.)

Yang paling gampang binti cipannya di sini adalah apabila kedua-dua personaliti TV3 tadi menyatakan bahawa tiada satupun antara mereka yang meminati sukan bolasepak ini padahal tidak silap aku, dahulunya semasa sesuatu temasya/tournament bolasepak, selalu sangat mereka mengatakan

GO MALAYSIA GO!
MALAYSIA BOLEH.!!
dan ENTAH APA kejadahnya.

Akibat kecorotan dan kebesaran kemaluan pemain2 bolasepak negara itu (seperti dipam-pam), maka mereka pun mula berpaling dan menjauhkan diri dan menafikan segala2nya.

A BUNCH OF HYPOCRITES !!!!! at the highest order!!!!

Walaubagaimanapun aku amat respek dengan si-AZEEL, kerana walau secorot mana sekalipun pasukan Malaysia ini, beliau tetap berada di hadapan saf di stadium2 bolasepak. Mungkin untuk menilai mutu bolasepak-wanita barangkali...

he..he.

elhias 2: Ini bukan Scarlett Ortiz. Tapi Wardina of Malaysia



elhias 3: yg ni pulak bukan Scarlett Ortiz, mahupun Wardina. Si busuk mana ntah. aku pun tak tau. Tanyalah penjaga dia.


Bercakap Mengeluarkan Pendapat

========================

Hal dan perkara ini telah lama aku perhatikan. Apa yang aku nampak, jika secara candid, spontan seorang reporter pick any Malays atau seseorang Melayu secara rawak/random bagi sesuatu sampel untuk memberikan pendapat atau keterangan samada mengenai

kenaikan minyak, kenaikan rating-jenayah, kes-penculikan, hal2 demokrasi, kenaikan harga-barang dan lain lain lagi untuk dipaparkan di Televisyen dalam slot berita,

maka AGAK-RAMAI daripada orang Melayu tadi ternyata amat gugup, tiada boleh beri pendapat yang bernas, tidak lancar percakapannya, tersekat-sekat, mengah, terdiam, lembab-bercakap dan tidak reti memberikan pendapat. Ada yang kaku dan senyum-senyum kambing sahaja. Ada yang mulutnya terkatup rapat (mulot busuk sgt kot?)

Apa yang selalu aku dengar adalah seperti berikut:

uu ark..u uh uh... huh..hmm aaaa ... a...

bla..bla..macam. macam..bla....bla.. biasa la kan?.... bla..bla..biasa la kan..?

bla..bla.. biasa la kan? biasa la kan?

mmm..... arg...... uh... arh... aaaaa..... mmmmh. arguhh... mmm...

macam err,...macamm.. macam... macamm.

errr... err. macam macam.. macam.. macam..macam... macamm... macam...macam...

macam tu la kan ? macam tu la kan? kan ? kan ?

I rasa la kan... macam...macam..macam...

betul tak ?.... ar....arr.... betul tak ?? kan ? arr ugh..arr..ugg..

Dan jika nak dibandingkan dengan bangsa lain, ternyata ada antara mereka lebih jauh advanced dari segi mengeluarkan pendapat. Kadang-kadang si-Hindu estet lebih sedap memberi keterangan dan lebih berkesan dalam menggunakan ayat BM secara spontan dalam TV berbanding dengan orang Melayu yang dipilih secara rawak di bandar2 besar.

Adakah orang Melayu sendiri gagal dalam menguasai bahasa ibunda sendiri?
Adakah orang Melayu lemah dari segi memberikan pendapat ?
Adakah lembab berfikir? kurang membaca? kurang cakap ? segan ? penyakit angin-ahmar-senggugut?

Apa-apapun dalam sejarah Islam sudah tertera... orang yang petah dalam percakapannya adalah seseorang yang bijak. Orang yang pandai berpidato orang yang bijak. Orang yang suka berdebat, berani mematahkan cakap lawan dan idea diterima oleh orangramai adalah orang bijak.

aku tak pandai berpidato kot. sebb tu tak bijak. he.he.he..

Sudah tiba masanya untuk para pengkaji psikologi dan pakar-bedah-otak untuk membedah otak2 Melayu kita dan membuat kajian untuk dibandingkan dengan otak bangsa lain yang terlalu pandai dan sangat lancar percakapannya terutama bangsa Caucasian, Arab, Hindustan, Hindu-estet dll lagi.

Aku harap ada seorang pembaca kita tampil ke hadapan untuk dijadikan bahan-eksperimen untuk dibedah otaknya. Daripada otak itu, boleh diambil airnya untuk diukur tahap bacaan pHnya. Sama ada terlebih sifat ke-asidan ataupun alkali.

walauapapun jua...di mana kita berada, ujikaji itu tidak termasuk aku.

he.he.he..

Labels: , ,

..

Sunday, January 13, 2008

Pertikaian Pengiktirafan Islam: Tidak Terujakah kita ?


elhias: Tidur dalam jaga pun..tup..tup.. dah sampai ke Spain.? Baru semalam melawat Soeharto kan? suuuppp...sana zuuuppppp sini.... sah! Memang Pak Lah ni Perdana Menteri merangkap seluruh Asia. Korang kena respek ni..lu apa adaaa ????? air liur jugaa kalu..


Sumber-Sila Klik-Saya


Alhamdulillah..

syukran! jazilan di atas kemurahan usaha murni kerajaan-Sepanyol yang telahpun memertabatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berjaya.

Sebelum ini George W. Bush telahpun lama mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah daulah Islamiyah yang syumul.

Bukannya senang nak diiktiraf sebagai negara Islam berjaya ni .

Iran yang hampir-hampir mempunyai senjata nuklear dan hampir 100-peratus bilangan penduduknya beragama Islam pun masih gagal memperolehi gelaran tersebut.
Sebaliknya dianggap sebagai negara terrorist.


Nampaknya Malaysia kali ini menang mudah gelaran tersebut dengan penuh bergaya sekali.

Tip-top. no sweat.


errr...


Kita perlu mengumpul beberapa pengiktirafan sebagai Kerajaan Islam yang syumul daripada beberapa buah negara/ Pakatan lagi.

antaranya ialah:

1. Pengiktirafan daulah Islam drpd Pakatan NATO
2. Anugerah Islam-Jitu daripada gabungan kerajaan British dan Peranchis
3. Anugerah Muslim sejati daripada Kerajaan Persekutuan Rusian (Federation of Russia)
4. Anugerah Islam-Keislaman daripada Kerajaan China dan Mongolia
6. Pingat Jasa Kebaktian Islam drpd Negara2 Anggota Kesatuan Eropah (EU)
7. Pingat Kegemilangan Hadhari Moslem-Angkasa drpd Kerajaan Burma
8. Pingat Ahli Mangku Negara Islam daripada Pergerakan Tamil Eelam berpusat di Colombo
9. Anugerah Islamiyah daripada King Bhumiphol Adulyadej of Thailand
10. Penganugerahan Islam Tertinggi daripada Sir Lord-Mountbatten dan Viceroy yang pemakamannya di India.

Apabila kita telah cukup kumpul 12 mata maka dengan ini kita (negara Malaysia) akan diisytiharkan sbg negara yang bakal tersenarai dalam lingkungan negara-negara elit Islam seperti tersenarainya 12 negara induk yang mempunyai ke-Islamannya yang tertinggi di seluruh dunia.

Cuma satu jer lagi...

Jika kita dapat satu lagi bintang pengiktirafan sebagai Negara Suci Islam daripada

1. Kerajaan Zionist-Israel, berpaksikan judas-Talmudian,

zzzaasssss!!

maka memang sah!!! Malaysia akan terus dinobatkan sebagai negara para2 wali, dan Islam syumul oleh dunia. Khususnya dunia barat.

Akan terkembang kuncuplah hidung-hidung pesek pemimpin2 negara yang kita hormati nanti.


Maka, dengan itu, tidak berterima kasihkah kita ?



elhias 2: Majunya galaxy-ber-empayar. Menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah yang meliputi 7 lapis petala langit dan 7 lapis petala bumi

Labels: , , ,

..

Monday, December 10, 2007

Pertikaian Elhakim: Suatu Renungan Abadi Bhg (1)




Sambil menghembuskan asap rokok, fikiran aku melayang jauh. Melayang menerpa ke arah suatu keadaan lama-lama. Keadaan yg klasik. Klasik yg membawa erti Melayu tipikal.

Ada suatu perkara yang segera dilakukan apabila seseorang itu dilantik sebagai wakil rakyat atau jawatan tinggi. Apakah perkara itu?

perkara itu adalah:

Untuk memperoleh "jaminan" kekayaan seumur hidup


Dan ini sebenarnya adalah satu perkara normal. Bagi kalangan sesiapa yg telah dilantik, perlantikan ini dianggap sebagai satu 'token' atau suatu peluang mereka untuk menikmati segala-galanya.

Mengapakah khususnya bangsa Melayu yang dilantik, maka terlalu cepat mereka melakukan penyelewengan?

Terlalu banyak faktornya. Soalan ini sebenarnya soalan abstrak. soalan cepu emas. dan soalan ini agak subjektif.

Aku lebih suka menghuraikan sesuatu itu dari sudut psikologi. atau mengikut perasaan, perkiraan dan pemikiran aku sendiri daripada menjawab berlandaskan akademik. Dalam akademik semuanya payah. Setiap sesuatu itu mesti berlandaskan sumber dan fakta yang memerlukan referensi di sana sini. source? aku jemu.

Orang tidak akan mempercayai apa yang aku fikirkan ini. Lantaklah.

Bangsa Melayu dijadikan oleh Allah SWT dengan terlalu banyak cacat celanya. Rupa parasnya yang kurang. Daya-logik-akal yg kurang, Mental abilitinya juga kurang. Daya-ingatan yg kurang, Gerak hati dan kesungguhnannya juga kurang. Fokus-daya penumpuannya pun kurang. dan ini mengakibatkan keprihatinannya, kepekaan terhadap segala sesuatu juga kurang. Apa-pun semuanya kurang dan hanya di takuk mediocore (itupun kalau bernasib baik)

Oleh kerna disebabkan kekurangan2 itulah maka bangsa Melayu terpaksa melampiaskan kehidupan mereka dengan hiburan yang melampau-lampau. Kerna ketidak-mampuan dan kegagalan akal dan minda mereka untuk berfikir tentang perkara yang payah dan susah-susah. Terutama dalam bidang Akademik, saintifik, dan Teknologi.

Buat apa? membebankan minda sahaja kata mereka. Banyak-banyakkan rehat (relax) dan bertenang. Baik baca Mangga daripada Scientific-American. (aku la tu..)

Allah SWT mempunyai sebab-dan musabab tertentu mengapa dijadikan bangsa Melayu sedemikian rupa. Kerna itu menunjukkan sifat ketuhanannya. Dia mempunyai daya memilih, kehendak-mutlak, kudrat dan iradatNya. Mengapa dipilihnya rasul-Isa dari kalangan Bani-Israel sebagai utusanNya ? Mengapa dipilih Rasul Muhammad sebagai kekasihNya? Mengapa Tidak dipilih Rajoo atau Ah-Kiow sahaja?? Tiada siapa yang mempunyai jawapan.

Manusia seperti kita pun mempunyai daya ketentuan untuk memilih secara tersendiri.
contoh:
mengapa aku suka warna biru dan tidak warna putih?
Mengapa si-Rastom lebih berminat thdp wanita yg berkulit cerah daripada yg hitam-legam?
Mengapa si-Azeel amat gemar membincangkan ttg hal percintaan drpd membincangkan hal yg lain ?
Mengapa sesetengah daripada kita terfikir untuk melancong ke Eropah daripada melancong ke negara-negara Asia ?
Mengapa dan mengapa?

Tidakkah manusia itu juga suka memilih? Tidakkah manusia itu juga memiliki sa-dikit sifat tuhan? Kerna apa? Bukankah manusia ini datang dari tuhannya ?

(he..he.)
Bersambung...

Labels: , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker