..

Saturday, July 11, 2009

Pertikaian: Perkahwinan Mereka yang Celaka Lagi Mencelakakan


elhias: Jika perasan cantik, kecantikan itu amat cilaka lagi mencilakan. Begitu juga pasangan lelaki. Tiada satupun advantage dan kebaikan yang diberikan oleh pasangan di-raja ini. Hanya sesuatu yang menyusahkan. Jadi, buat apa kahwin ???

Biasanya perkahwinan selalu dikaitkan dengan kenikmatan dan seri hidup juga boleh mendatangkan kebaikan bagi sesiapa yang mendirikannya. Tetapi bagi aku, perkahwinan antara Tengku Temenggung Kelantan dengan gadis Indon Manohara sesuatu yang celaka lagi mencelakakan.

Kecelakaan kasus perkahwinan ini bukan sahaja mencelakan antara kedua2 belah pihak tetapi kecelakaan itu merebak sehingga kepada rakyat antara kedua2 buah negara.

Sementalahan pula, bagi aku, Manohara adalah seorang gadis yang terlebih baja dan mudah-subur maka sedikit makanan yang dimakan oleh beliau kelak akan mengembangkan tubuh badannya. Tengku Fakhry pula adalah bujang terlajak.

Menurut salah seorang rakan aku expat. di Indon, dia terpaksa menyembunyikan identiti sebenar - iaitu tidak mengaku warganegara Malaysia, sebaliknya mengaku warganegara Singapura atau Brunei bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.


Di medan-maya, warga Indon juga menjadi cemuhan dan ejekan oleh warga negara Malaysia.

Jadi, aku tidak nampak sebarang keberkatan mahupun kebaikan perkahwinan antara Tengku Fakhry dengan Manohara. Malah ia telah mendatangkan keburukan dan kemerbahayaan antara rakyat kedua-dua negara yang terlibat.

Oleh itu, buat apa mereka berdua berkahwin jika ia sesuatu yang menyusahkan ???

Mereka (orang besar dan ternama) sedap-sedap berkahwin, rakyat marhein yang tidak kena-mengena jadi mangsa.

KAMU BERDUA INI MENYUSAHKAN!!!!!

Labels: , ,

..

Tuesday, July 24, 2007

Pertikaian Itu Ini : Begitu Begini




Setelah peperangan tamat, maka soldadu-soldadu yang tewas itupun pulanglah ke pangkalan dengan perasaan yang bercampur-campur. Kebanyakan dari mereka merasa sungguh gundah-gulana, tertekan dan kemaluan-kemaluan mereka kelihatan tumbuh membesar lagi menjalar.

Secara logiknya, diharapkan perasaan malu tersebut hendaklah senantiasa tersengkang, mencengkam dan menjadi igauan masing-masing. Biasanya mereka yang mempunyai kemaluan yang besar lagi cacat ini, haruslah mempunyai sifat-segan silu sesuai dengan keadaan yang mereka hadapi sekarang ini.

Sepatutnya, mereka harus merasakan bahawa hendak keluar ke pekan pun payah. Oleh itu tidak perlulah berbuat sesuka hati kerna prestasi peperangan yang lepas-lepas itu bukanlah antara yang terbagus sebaliknya adalah antara yang paling tidak bagus dan memalukan.

Oleh itu, haruslah beringat-ingat ya!

Tidak perlu dihuraikan dengan panjang lebar lagi keadaan pegawai-pegawai yang mentadbir. Mereka pun begitu juga. Harus menahan malu dengan perasaan hina-dina yang amat sangat. Tidak guna bercakap panjang apatahlagi untuk menunjukkan siapa yang bagus kerna telahpun terbukti bahawa semuanya tidak bagus. Sejarah dapat menunjukkan bahawa indeks mereka hanyalah MACAM-BAGOS dengan mendapat ganjaran yang sungguh lumayan tetapi isinya hampa. Semuanya boleh berhenti sekarang.

Semasa sesi latihan peperangan diadakan, (biasanya di luar negeri) ke manakah pegawai-pegawai yang mempunyai reputasi tinggi ini berada? Turut serta merasai azab, keperitan berjuang atau tersandar di dalam kubu-kubu mewah lagi empuk atau pergi menghabiskan duit batalion untuk menambah kebesaran tembolok? Itulah yang menjadi tanda tanya.

Untuk peperangan di masa akan datang, tidak perlu mengundang bala tentera dari luar untuk datang menyerang sebaliknya panggil sahaja tentera-tentera kecil dari estet-estet Felda mahupun kebun-kebun getah di Sungai Royan untuk test-power sendiri. Uji sendiri ketahanan soldadu-soldadu negara dengan pihak samseng-samseng jalanan. Barulah tahu sama ada bertemu buku dengan ruas. Jika kalah, harta khazanah negara tetap dimiliki bersama.

Labels: ,

Online Users
eXTReMe Tracker