..

Sunday, October 25, 2009

Suatu Pertikaian: Defisit dan Retorik Bangkai

entahlah..

sblum itu,

1. Ekonomi Malaysia semakin meningkat dgn pentadbiran baru Najib
2. Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi Serantau
3. Ekonomi Malaysia Pulih dgn Sekelip Mata.
4. Ekonomi Malaysia dijamin terus mantap dgn pertambahan pelaburan
5. Ransangan Ekonomi Malaysia mengagumkan

tup..tup.tup.

Bila tang Belanjawan jer, terus defisit...

sbb itulah penjawat awam mendapat bonus 5-bulan.

kah.kah.kah

kharrrkk ptuiiii !!

Tercetusnya tulisan ini, bukannya pasal bonus. Tetapi pasal ke mana perginya hak dan duit rakyat?

Bila tang bina mega projek, Malaysia tak pernah kalah dengan negara maju.
Bila tang benefit rakyat, kerajaan terus declare ekonomi Malaysia ni, baik sikit drpd Uganda.

Labels:

..

Sunday, November 02, 2008

Kerajaan Memperbodohkan Rakyat ? (Suatu Persoalan)


elhias: Aku tidak suka melabelkan individu itu seorang yang bodoh tetapi serata ceruk blog politik tanahair melabelkan muka di atas sebagai pak-pandir. Jangan salahkan aku. Bukan aku yang cakap.

Apabila minyak mentah dunia naik dengan tinggi.
Harga petrol di Malaysia pun turut naik dengan tingginya.
Alasan yang diberi adalah Malaysia turut menampung kenaikan kos tersebut (walaupun Malaysia pengeluar minyak)

Apabila minyak mentah dunia turun mendadak.
Harga petrol di Malaysia tidak dapat turun mendadak.
Kerana, dikhuatiri towkey2 stesen pump minyak rugi.

Entah...

Aku pun tak tahu, entah apa advantage Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak.

Harga Naik pun rakyat susah. Harga Turun pun rakyat susah. hehe...

================

Semasa Harga minyak berebut-rebut turun, termasuk harga barangan jualan di beberapa pasaraya utama,

tiba2 tup..tup..tup...

tambang pengangkutan di Malaysia pula naik. Atas dasar apa naik? aku pun tak tahu. Yang terdengar adalah kos penyelenggaraan yang naik.

macam mana dia naik? aku pun tak tahu. Chain-Reaction disebabkan penurunan harga petrol-diesel di Malaysia tiada kesan kah ?

Rata2 rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan awam adalah rakyat-Miskin.
Rata2 rakyat Miskin adalah berbangsa Melayu.
Rata2 pengguna pengangkutan awam juga adalah berbangsa Melayu.

Sudahlah pengangkutan awam di Malaysia ini tidak cekap, malah mahal pula.
Orang Melayu juga yang menanggung sengsara akibat itu..

hehe.. lantak kau la.. dah memang bodo... hehe..

Labels: ,

..

Thursday, October 30, 2008

ekuiti 30%: apa silapnya umno? (Suatu persoalan)


elhias: sekadar hiasan. Tiada menggambarkan pecahan kek ekonomi pun.

Kegagalan mengurus-tadbir kekebalan hak Melayu 30% ekuiti tersebut selama hampir 40 tahun itulah kesilapan UMNO yang paling besar setakat ini sehingga dijadikan 'modal' bukan saja daripada pihak musuh, malah suatu ugutan dalam komponen BN itu sendiri.

sifir kegagalan yang digunapakai selama ini, aku anggap seperti berikut

Diberi peruntukan 30 % ekuiti utk bangsa Melayu. dalam 30% tersebut,

a. 95% bahagian (peluang) untuk pemimpin (kronism) yang memerintah (dlm UMNO)
b. baki 5% lagi utk bangsa Melayu.

Dalam konteks ini, pemimpin Melayu lupa bahawa ratio pemimpin dengan rakyat Melayu adalah 1 : 10,000
iaitu setiap 10,000 rakyat Melayu, seorangnya adalah pemimpin. Bukan sebaliknya.

TETAPI pengagihan 30 peratus ekuiti (peluang) dlm syarikat-syarikat senaraian awam selama ini lebih tertumpu kepada pemimpin-Melayu. Bukannya rakyat Melayu yang menjadi majoriti.

dan yang paling perit sekali adalah kerajaan dan UMNO selama ini terlalu mengwar-warkan 5% tersebut sehingga ia sering dijadikan modal asas bahawa Kerajaan selama ini mementingkan hak Melayu dan bumiputra.

Hasilnya, jika kita tengok, tiada negeri yang majoriti rakyat Melayu dapat menandingi negeri yang mempunyai non-bumis dari segi sosio-ekonomi, kemajuan ekonomi dan pembangunan.

Lihat saja negeri2 yang majoritinya adalah Melayu /peribumi dan ia adalah negeri2 yang termiskin iaitu
1. Sabah
2. Terengganu
3. Pahang
4. Perlis

Apa yang peliknya setelah kegagalan itu, pemimpin UMNO pula tiba-tiba menerima suatu usul supaya DEB/Ekuiti 30% untuk bangsa Melayu ditarik balik secara berperingkat.

ibarat

TAKUTKAN NYAMUK, KELAMBU HABIS DI BAKAR.

Walaupun ada yang tak kena dengan peribahasa itu, tetapi hakikatnya begitulah.

hehe..

dan lebih pelik lagi tiba2 PAS pula yang mempertahankannya...(walaupun Muhyiddin tiba2 menyampuk)

Labels: , ,

..

Wednesday, September 24, 2008

Pertikaian: Hasil output persidangan Minyak Petrol Se-Malaysia


elhias: bijaknyer ruper sambil N-G-A-N-G-A


Output Hasil persidangan Minyak tersebut amat mengecewakan.
Penurunan Harga Petrol pada kadar 10sen amat tidak munasabah. Ia boleh dipertikaikan.

Bukan setakat para-Pembangkang, Malahan suratkhabar lidah khas-para-pencachai juga mengakui bahawa penurunan hanya 10 sen itu tidak dapat menurunkan kadar inflasi yang semakin tinggi di negara kita.

sumber: utusan meloya - Minyak turun 10 sen lagi

Sungguh TEPAT kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam debatnya menentang Menteri Penerangan yang akalnya seperti penolong kerani-cop setem bahawa

"Siapa Ajar bahawa Menaikkan Harga Minyak Boleh Menurunkan Inflasi ???? " -Anwar.

Jika didengar kembali debat tersebut, maka hampir keseluruhan fakta Anwar Ibrahim adalah betul dan sudahpun menjadi kenyataaan dan ada beberapa orang kenamaan dalam kerajaan telah menggunakan hujjah Anwar tersebut kononnya sebagai pandangan peribadi sendiri (curik la tu)

dan...

Sesungguhnya aku amat kecewa bahawa Negara tercinta Malaysia sekarang diperintah oleh
1. Sang Baghal yang menjadikan
2. Sang Kaldai sebagai penasihat.


Sambil dipantau oleh


3. Sang Lembu juga si-otak-kerbau.


Nampaknya sungguh Aman Malaysia apabila diperintah oleh ketiga-tiga jenis binatang tersebut.

Ingat balik kata-kata Menteri Penerangan yang taraf pemikirannya seperti penolong kerani yang tak lulus SPM tersebut bahawa

"Kenaikan Harga Minyak di Malaysia tidak mengapa. Kerana Rakyat Malaysia Semua sudah cukup makan "

Bagus ulangi balik kata-kata itu pada rancangan slot Bersamamu di TV3 yang diulang-ulang setiap minggu.

Bagus punya otak!

Labels: , ,

..

Wednesday, October 31, 2007

Pertikaian Ekonomi Kukuh: ntah kukuh ntah tak




he..he...

saban hari berita nasional yg menyatakan ekonomi negara semakin kukuh tidak putus2 berkumandang. Dalam minggu ni dah 20 kali dengar.

yang peliknya kenaikan itu dan ini juga berlaku. ntah apa yang kukuh aku pun tak tahu.

teringat masa outstation kat kelantan dulu, terdengar perbualan staff2 berbunyi:
palo korokmu!!!

budak2 dispatch terengganu yg cabul mulut kat lobby hotel:
brek mork mung!!!

staf kerajaan sistem maklumat dari Melaka menyebut:
lahabau!!! penipu bosaa!!!

keling roti:
chitt!!! poooorahh!!! tarabaca punya worang!!

dan baru-baru ini seorang boss semasa sarapan sambil membelek-belek Utusan-free, Berita Ekonomi mengeluh besar:
"KEPALA HANGGUK !!!!"

source:Utusan se-Malaysia <------- klik saya

Labels: ,

Online Users
eXTReMe Tracker