..

Sunday, May 03, 2009

Checkmate Buat Pembangkang? (Suatu Persoalan)




Dalam situasi terkini pihak kerajaan persekutuan yang diterajui oleh UMNO meraih simpati pengundi, pihak pembangkang haruslah berhati-hati. Sa-dikit kesilapan yang dilakukan, bakal membawa padah pada PRU-13 yang bakal diadakan nanti.

Nampaknya pihak kerajaan BN telahpun melancarkan sisa-sisa 'peluru' yang masih lagi tersimpan dlm simpanannya bagi menutup ketidakseimbangan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh dasar mereka terhadap kaum bukan Bumiputra di negara ini. Justeru itu, hak2 Melayu akan terhakis lagi satu-persatu.

Umumnya, bangsa Melayu dalam hal ini agak payah . Kerana janji DEB dimansuhkan adalah pada tahun 1990. Tetapi ia telah dilanjutkan sehingga kini (???) untuk extra time. Kiranya masa kecederaan lah tu.

Apa yang kulihat, dalam hal ini, BN yang diterajui oleh UMNO seolah2 telah mendapat 'kredit' kerana telah berjaya mempertahankan dengan melengah-lengahkan penghapusan dasar itu. (walaupun status dasar itu masih dipersoalkan tentang tahap keadilannya ke atas keseluruhan bangsa Melayu)


Apa-apapun jua, masa menentukan segala-galanya. Pihak pembangkang haruslah bersepakat dan janganlah mengeruhkan suasana sehingga ia menjadi bola-tanggung pula kepada pihak BN.

Jika pihak kerajaan BN terus-terusan mengamalkan kaedah 'pintu-terbuka', yang menguntungkan kaum bukan-bumiputra, pembangkang berbangsa Melayu tidak boleh berbuat apa-apa. Tunggu saja kesilapan yang bakal dilakukan oleh pihak kerajaan BN jika ada.

Akhir kalam, aku merasakan bahawa manusia yang cenderung sengaja membuat kesalahan, akan sentiasa sengaja melakukan kesalahan untuk kesekian kalinya.

wallahuaklam.

Labels: , ,

..

Thursday, April 30, 2009

Politik Negara: Kebercelaruan yang Tak Sudah (Suatu Permasalahan)




Blog ini kelihatan sepi bukanlah disebabkan aku terlalu sebok dan sebagainya. Blog ini kelihatan sepi adalah disebabkan senario politik tanahair yang semakin mencurigakan yang menyebabkan aku tergamam tidak sudah.

Aku rasakan baru saja pegawai-pegawai Melayu menghadirkan diri ke seminar-seminar dan simposium-simposium bagi membincangkan Hak Ketuanan Melayu semakin terhakis.

tup. tup. tup.

tiba-tiba orang yang bertanggungjawab mengwar-warkan Hak Keistimewaan Melayu terhakis dengan resminya menghakis satu lagi hak keistimewaan Melayu iaitu ekuiti 30% perkhidmatan awam dibuka utk semua kaum.

Jadinya berpuluh-puluh seminar dan tunjuk perasaan oleh sesetengah golongan termasuk puak ultra-Melayu berhaluan kanan untuk apa ? Aku pun tidak tahu.

sia-sia bagi aku.

Satu lagi senario politik yang membuat aku terkejut besar adalah suatu statement daripada seseorang yang sangat familiar bagi aku yang berbunyi

".....Orang PAS dah jadi macam orang UMNO dah..."

hehe..

hmmm entahlah..



Labels: ,

..

Friday, April 03, 2009

Persoalan Kerajaan: Ikhlas atau Tidak ?




Pembebasan 13 orang tahanan ISA dan penarikan balik KDN ke atas larangan penerbitan Harakah dan Suara keadilan terus menjadi persoalan. Adakah ini sebagai suatu projek "Mee Segera" setelah projek mee segera yang konvensional pre-pilihanraya dikatakan tidak mampu bagi mengelakkan pembaziran kononnya.

Keikhlasan itu patut dikaji.

Setelah ditahan tanpa pembicaraan dengan tempoh penahanan tanpa had tiba-tiba sebelum PRK, kesemua 13 banduan ISA dibebaskan. Atas kapasiti apa mereka ditahan, siapa orangnya? Terus jadi tandatanya.

Begitu juga beberapa larangan ke atas permit akhbar pembangkang seperti Harakah dan suara keadilan yang dijadualkan tempoh larangan selama 3-bulan, tiba-tiba sebaik sahaja sebelum PRK 7 April 2009 ini, ditarik balik.


Awak yang menetapkan harga
Awak sendiri yang membeli
Melayu bodoh mengaku pandai sahaja yang percaya 'keikhlasan' ini.

Labels: ,

..

Thursday, March 19, 2009

Mengungguli Manusia-Manusia Suci dalam iMNO


elhias: Beginilah gambaran dewa-dewa suci tuhan iMNO yang kebal daripada segala pertuduhan dan pendakwaan. Di-bogelkan Boleh. Di-dakwa Jangan.



Sehingga ke hari ini, tiada satupun pendakwaan kes berprofil tinggi ke atas mana2 menteri yang berjawatan tinggi dalam UMNO yang melakukan sebarang penyelewengan dan pecah amanah sepanjang kerjaya mereka.

Maka dengan ini, tahulah bahawa menteri2 dalam UMNO ini adalah maksum, kebal, syumul dan untouchable.

3 minggu lepas terlalu heboh berita tentang salahlaku Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid yang berkorban-lembu dgn menggunakan wang rakyat. Sehingga beliau berkali2 disyorkan supaya letak jawatan oleh Wali-Untouchable kita iaitu Sir Dato' sri Khir Toyo.

Tiba2 apabila giliran penyelewengan dan salahlaku SirKhir Toyo pula didedahkan, dgn kes pembelian apartment secara haram di Mekah, tiba-tiba media massa negara yang SYUMUL dan TELUS lagi penyebar fikiran rakyat, terus blackout, sunyi sepi...

diam membisu seribu bahasa.

...
...
...




maka tahulah saya bahawa...

menteri-menteri iMNO ini adalah wali-wali keramat yang untouchable. Mungkin juga mereka tidak-bernafsu persis makhluk yang syumul lagi maksum....

putih seperti kain yang putih...


maka SPRM dan BPR haramlah ke atas manusia-manusia syumul lagi maksum tadi...


alhamdulillah... kenyang...

Labels:

..

Saturday, February 07, 2009

Wajah2 Politik Malaysia



wajah hipokrasi senario politik Malaysia.

Gambar kiri di atas, jika lihat dari jarak dekat, ia bengis dan marah.
Jika dilihat dari jarak jauh (anjak diri anda 4 kaki ke-belakangan), wajah seorang wanita yang dalam ketenangan.

Begitu juga gambar di sebelah kanan.

Dekat lain.
Jauh lain.

Sifat2 manusia juga.

Labels:

..

Saturday, November 29, 2008

Permasalahan: Pengkhianatan dan Teori Konspirasi Ala Malaysia (Yang Menyusahkan Rakyat Sendiri)


elhias: sekadar elhias sahaja


Tiadala aku mengerti bahawa mengapa mereka masih berasa sangsi dengan teori yang mengatakan bahawa kegagalan menaiktaraf kecekapan perngangkutan awam di negara ini adalah suatu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia dan boleh jadi juga suatu konspirasi jahat oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan diri mereka sahaja.

Penghuraian aku tentang kasus ini amat mudah. Iaitu Jika public-transport di Malaysia ini dimajukan maka yang memperolehi keuntungan hanya satu-pihak sahaja iaitu

1. Syarikat public-transport Malaysia sdn bhd.


TETAPI

Jika public-transport TIDAK diusahakan bersungguh2 maka yang memperolehi keuntungan adalah tiga-pihak yang berkait-rapat. Iaitu

1. Pengusaha Otomobil Nasional (termasuk wakil penjual, pengedar/dan pihak finance, bank insuran)
2. Pengusaha yang terlibat dengan Petrol (Petronas dan pengusaha stesen-minyak tempatan)
3. Syarikat Konsesi TOL.

Aku namakan ketiga-tiga entiti di atas adalah suatu group kroni yang berpakat di mana jelas pemerolehan keuntungan mereka pada tahun ini adalah berlipat-lipat kali ganda dengan isu kenaikan TOL dan kenaikan harga PETROL juga kenaikan insuran kenderaan yang boleh dibuat sesuka hati oleh pihak pembuat-policy (flip-flop decision maker).

Nah! hasilnya adalah kemelaratan rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana terpaksa menanggung hutang-piutang hampir seluruh hidup.

------------------

Sebenarnya aku tidak nampak mengapa perlunya setiap manusia yang bekerja di Malaysia ini mesti memerlukan sesebuah kenderaan. Sehingga ia hampir tidak logik apabila jika terdapat 3 orang yang bekerja dalam sesebuah rumah maka terdapat 3-motokar yang wajib utk seisi rumah tersebut akibat kegagalan public transport di Malaysia.

Yang peliknya kerajaan selalu menyuruh supaya rakyat Malaysia jangan membazir terutama di zaman kenaikan harga minyak dunia baru2 ini. Suruhan itu termasuk menggalakkan supaya rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Tetapi dalam masa yang sama, pengangkutan awam di Malaysia ini adalah sesuatu yang tidak boleh diharap.

Aku juga tidak nampak mengapa perlunya setiap rakyat di Malaysia ini wajib membeli kenderaan. Kerana terdapat sesetengah warganegara di negara2 maju yang mempunyai pekerjaan yang stabil tiada mempunyai kenderaan persendirian langsung. Kenderaan persendirian seperti kereta dan motor bagi mereka adalah sesuatu yang optional. Kerna apa? Kerana public transport mereka amat maju, efisien dan amat efektif.

Kerajaan selau menegah rakyat supaya jangan membuat perbandingan dengan negara2 maju dari segi public transportnya kerana Malaysia bukanlah sebuah negara yang setanding dengan mereka.

TETAPI yang peliknya kerajaan Malaysia selalu membuat perbandingan dengan negara yang BUKAN-PENGELUAR minyak apabila kerajaan bertegas utk menaikkan harga petrol tempatan.

Di sini sudah maklum bahawa Malaysia amat gemar membuat analisis terhadap negara yang bukan dalam kelas mereka. dan ini saya namakan sebagai kesilapan mental dalam menilaikan sesuatu atau dalam bahasa mudahnya adalah 'PENYALAHGUNAAN-STATISTIK PERBANDINGAN oleh MEREKA yang TIDAK MEMPUNYAI COMMON-SENSE'.

Sepatutnya persoalan membuat kebajikan utk menyediakan prasarana kemudahan bagi rakyat tidak sepatutnya kerajaan kita membuat perbandingan dengan mana-mana negara. Kerajaan kita sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kita. Jika kerajaan terus-terusan berdolak dalik dengan membuat perbandingan, maka sampai bila-bila pun permasalahan itu tidak akan selesai. Sebagai contohnya:

Kerajaan Zimbabwe gagal menyediakan kemudahan pengangkutan yang efisien bagi rakyatnya. Oleh itu, kerajaan Malaysia tiada mempunyai sebab utk turut sama bersusah-payah menyediakan kemudahan tersebut kepada rakyatnya juga.

Labels: ,

..

Friday, November 21, 2008

Permasalahan Calon: Calon Yang Bermasalah

Baru sebentar tadi aku terdengar sesuatu yang tidak diduga. Percakaran antara 2 calon Ketua wanita Umno. Siapa sangka air yang tenang tiada buaya. Hikayat sumpah seranah berjalan seperti biasa. Siapa tertipu siapa yang menipu tiada menjadi soal. Anggap kita pukul sama rata. Tradisi mereka barangkali.

Perihal Timbalan Perdana Menteri yang bakal menjadi PM pada suatu hari nanti jua masih menjadi tandatanya.

Tiadalah aku mempertikaikan kebolehan beliau. Kes Razak Baginda kelihatan sesuatu yang agak luar biasa.

Sesunggunya "Dia" tiada kena mengena dengan El-Tun-Tuya.. (???) Berbelas tanda soal kemungkinan di situ.

Lain benar bunyinya itu. Hanya yang faham sahaja dapat menangkap maksud isi hatiku.

hehe...


elhias: evolusinya suatu ilusi. SILA KLIK IMEJ UTK PAPARAN YANG LEBIH JELAS. hehe...

Labels: ,

..

Monday, September 22, 2008

Permasalahan Melayu: Tengkarahnya Suatu Pertubuhan




Masih lagi bercerita tentang Melayu.

Melayu kita ini bukan sahaja suka dengar tentang persetubuhan malah suka juga dengan pertubuhan-pertubuhan.

Terkejut aku apabila terdengar berita baru-baru ini terdapat lagi suatu pertubuhan yang mendokong untuk mempertahankan hak-hak Melayu yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sila klik sini.

Untuk apa pertubuhan Pertahankan Hak Melayu itu ditubuhkan ? aku pun tidak tahu. Untuk memahaminya juga aku sudah tidak larat.

Kali ini, bontot siapa pula diletakkan di bawah pengawasan pertubuhan yang baru lahir ini ? tuhan saja mengerti selain manusia yang menubuhkannya.

Mengapa bangsa Melayu ini sentiasa melayukan diri ? Jangan bertanya pada aku. Lihat saja terma yang berbunyi "PERTUBUHAN PERTAHAN HAK MELAYU". Maksud frasa itu pun telah menjelaskan segala-galanya. Maka bangsa kita ini secara otomatik memang diberi hak untuk "melayu" sambil dipertahankan lagi "hak" itu...

dan presidennya adalah Datuk Ibrahim Ali, namanya itu agak tidak asing bagiku.

hehe...

------------------------

Jangan ditanya tentang mengapa Paklah acapkali gagal menjalankan amanahnya dengan baik. Rasa2 semua manusia di Malaysia ini sudahpun maklum akan hal itu kecuali orang asli dan sakai.

Apabila diajukan suatu soalan, paklah kadang2 tidak menjawab. Kadang2 tidak mendengar. Apabila seseorang mengajukan soalan kepadanya, beliau tidak segera menjawab. Sebaliknya beliau akan menyoal balik si-penyoal itu.

Itulah masalah apabila negara kita ditadbir oleh manusia yang kurang mendengar dan tidak suka disoal.





Labels: , ,

..

Thursday, September 11, 2008

Permasalahan Paklah: Strategi Yang Membelit Diri Sendiri ?


elhias: Inilah ketua bagi kelas yang belajar bertani di taiwan dalam bulan posa ini. hehe...


Adalah menjadi suatu lumrah bahawa setiap pelaburan berkehendakkan hasilnya.

Kedengaran suatu kedunguan apabila sebuah parti yang memerintah berusaha untuk menidakkan ahli MPnya daripada melompat ke parti lawan dengan menggesa separuh daripada jumlah keseluruhan ahli perlimennya pergi ke Taiwan pada suatu tarikh yang panjang semasa dalam bulan puasa ini dengan alasan hanya utk membuat lawatan sambil belajar dalam agriculture/pertanian.

Bagi mereka yang mempercayai tentang lawatan sambil belajar itu, tidakkah mereka terfikir tiadakah lagi hari-hari lain selepas hariraya aidilfitri bagi melakukan lawatan sambil belajar tersebut ? yang peliknya tidakkan pembelajaran itu sesuai untuk diajar kepada usahawan2 agriculture yang berpotensi. Mengapa ahli politik pula yg dikerah untuk belajar bertani?

itulah ajaibnya dalam pemerintah Paklah kita ini. Mcm2 boleh berlaku.

Aku cuba bersifat positif dalam hal ini.

Jika benarlah penghantaran lawatan sambil belajar itu betul2 suatu niat ikhlas oleh PM kita dalam memajukan industri pertanian dan bukannya sebab-sebab politik maka hendaklah kita pandang juga hasilnya.

Ini adalah suatu pelaburan yang bukan kecil kosnya kerna melibatkan anak murid yang berjawatan menteri dan ahli parlimen. Sudah tentu mereka tergolong dalam kategori petani2 yang bijak, berkarisma tinggi dan berwibawa hehehe...

Jangan tulis panjang-panjang. Cukuplah. Membazir tenaga sahaja.

Hanya dua sahaja yang aku pinta bagi hasil pelaburan dgn kos yang amat tinggi itu.
iaitu:

1. Harga Beras hendaklah turun dalam jangkamasa setahun ini (pemindahan teknologi penanaman padi)
2. Harga Ayam hendaklah turun dalam jangkamasa setahun ini (memperkenalkan ayam berteknologi tinggi dgn kos ternak rendah)

TETAPI

Jika SEGALA-GALANYA masih MAHAL juga, sahlah bahawa cara paklah dan menteri kabinetnya berfikir adalah GOOD FOR NOTHING!!!

Untuk apa diadakan sesi lawatan sambil belajar dengan cara tergesa2 ini, aku pun tiada tahu.

Jangan dikatakan sbg strategi membelit diri sendiri sudahlah!

hehe..

Labels: ,

..

Thursday, September 04, 2008

Permasalahan Hidup: Oh Pemimpin Usahlah Berniaga!!!





sumber2 dari pihak yang boleh dipercayai setengah masak menyatakan bahawa pertukaran kerajaan adalah hampir pasti dgn kebenaran DYMM Seri Paduka yang dipertuan Agong.

=========
Pada pandangan aku,

Formula untuk membuatkan rakyat sayang kepada pemimpin dan kerajaan bagi aku tidak susah. Tetapi cuma amat liat untuk dilaksanakan kerna nafsu nafsi.

Formula itu adalah,

Pemimpin usahlah berniaga.

pentadbiran adalah pentadbiran
perniagaan adalah perniagaan.

Janganlah ada manusia yang mencampuradukkan antara kedua2nya.

Menjadi seorang pemimpin bukanlah suatu yang mudah.
Menjadi seorang pemimpin pada asasnya tidak menjanjikan kemewahan.

Jika seseorang pemimpin itu takutkan kesusahan dan mendambakan kemewahan, maka beliau tidak layak menjadi seorang pemimpin.
Oleh itu, jangan jadi pemimpin.

Fokus bagi tugas seorang pemimpin adalah untuk menyenangkan rakyat.
Bukannya untuk mengenyangkan diri sendiri.

Aku seru sekali lagi.

Oh! Pemimpin, Usahlah Berniaga!!!!

Labels:

..

Thursday, August 28, 2008

Permasalahan Aku: Di ambang bajet Negara



Lihat gambar betul-betul.

Ada yang mengatakan bahawa itulah Perdana Menteri Malaysia. yang lain-lain adalah menteri-menteri pembantunya.

ada juga yang mengatakan bahawa itu adalah ketua kerajaan Malaysia. Bersama-sama pengiring-pengiringnya.

ntahlah..

aku akui aku mempunyai masalah untuk nampak itu semua.

Yang aku lihat hanyalah sekumpulan badut, yang sedang berlakon memegang pisang dalam bentuk simbolik.

Lihat betul-betul wajah dua orang yang dikiri kanannya. Badut kan?

haha!

p/s: persoalannya di manakah badut yang berambut putih itu?

Labels: ,

..

Saturday, August 02, 2008

Pertikaian: Perbuatan Sumpah dan Natijah Persepsi


elhias: Apa tunjuk-tunjuk orang ni pak sheikh ??

Apabila terbaca artikel2 daripada media-arus perdana dan media-pembangkang, dalam konteks penggunaan bahasa, saya dapati bahawa memang benar terdapat terlalu banyak istilah Bahasa Melayu yang diceduk terus daripada Bahasa Arab contoh:

1. el-muzakarah
2. el-muhabalah
3. el-muqabalah
4. el-fitnatul

Media arus perdana negara kita adalah media yang diselia penuh oleh kerajaan. Maka sudah semestinya gunapakai istilah ceduk-cedukan ini mempunyai maksud yang tertentu walaupun pada asalnya telah lama popular dan digunapakai secara meluas oleh media parti pembangkang.

Aku berpendapat bahawa istilah penggunaan bahasa-ceduk-cedukan oleh media perdana adalah suatu gimik suara kerajaan yang seolah-olah berusaha untuk memantapkan kesyumulan agama Islam bersama pembangkang. Ini adalah bertujuan supaya mengembalikan sokongan bangsa Melayu terhadap parti yang hampir hendak karam itu.

Isu Sumpah-Bersumpah el-Muhabalah
---------------------------------------

Dalam isu ini, rakyat Malaysia boleh terbahagi kepada 2 iaitu

1. Pertama, Golongan yang gemar bersumpah-sumpah. Bagi aku golongan ini telahpun memertabatkan sumpah-bersumpah itu pada tahap tertinggi duniawi. Apabila telah bersumpah, maka golongan itu akan terlepas segala dosa dan tuduhan kesalahan ke atas mereka. Sumpah itu kelihatan seolah-olah suatu mekanisme penghapus dosa juga sebagai indicator supaya suatu tuduhan ke atas seseorang itu boleh terlucut hanya dengan bersumpah sahaja.

2. Kedua, Golongan yang faham apa itu sumpah. Golongan ini tidak gemar mempermainkan sumpah dan hanya menggunakan sumpah sebagai suatu jalan terakhir. Jika seseorang itu telahpun mempunyai "alibi" yang ramai, tidak kira samada para-penyokong, mahupun dari kalangan kaum keluarga, maka baginya tiada gunanya bersumpah, kerana tuduhan yang dilemparkan ke atasnya seolah2 tiada logik. Sementelahan lagi ALLAH SWT amat membenci manusia yang gemar bersumpah walaupun pada perkara yang benar. dan Sumpah ini bukannya boleh dibuat seperti permainan yang boleh digunakan sewenang-wenangnya.


Dalam kes Najib-Eltantuya, Najib dan isterinya telahpun bersumpah. Akibat dari persumpahan ini, maka kes tersebut dan tuduhan ke-atasnya kelihatan terpadam.

Begitu juga dengan si-Saiful (jambu ?) yang bersumpah telah diliwat. Akibat daripada persumpahan ini, maka liwat tersebut tersebut telahpun mempunyai kes yang bakal di bawa ke mahkamah dalam masa terdekat ini.

Dalam kes liwat DSAI, DSAI belum lagi bersumah. aku tiada tahu apakah akan terjadi jika DSAI turut bersumpah bahawa beliau (taraf atuk) tidak meliwat. Agaknya apakah kes tersebut akan dibatalkan ? mungkin hehe..

Apa-apapun guna untuk tidak turut bersumpah atau bermuhabalah oleh Anwar bagiku adalah suatu langkah yang bijak. Kerana, dalam hal ini, beliau tidak turut terjerat dengan golongan
yang mensyariatkan bahawa sumpah adalah suatu mekanisme pelepas dosa yang boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk melarikan diri dari tuduhan.

Kini telah nyata bahawa dunia telahpun terbalik. Hanya jauhari yang mengenal manikamnya. dan memang benar bahawa akhir zaman ini fitnah terjadi dengan berleluasa. dan tidak mustahil bahawa pembawa fitnah kelihatan seperti golongan kebenaran dan berani pula bersumpah sewenangnya2 di atas perbuatan mesum mereka.


wallahualam.

Labels: , , ,

..

Tuesday, June 24, 2008

Permasalahan Negara: Paklah dan Labu-labunya

hehe..
entah haper-haper paklah...

buat itu tak kena.
buat ini tak kena.

usul itu kontroversi
usul itu masih dibincangkan.
last-last, usul itu ditarik balik.

gaji-2-bulan dan rebet yang hentah ke haper-haper.

rebet aku tak nampak apa2 kebaikan pun.
Yang aku nampak saolah2 rakyat beratur panjang untuk meminta sedekah.



Aku tak nampak apa2 situasi win-win di zaman paklah ni.
semakin melingkup ada lah..

hehe

petrol juga kasi turun brader...

Labels: , ,

..

Monday, May 26, 2008

Permasalahan Negara: Pulau Yang Terlepas


elhias: Gadis comel Lampai yang bernama Seri

he..he..

Hanya 1 orang saja faham. 3 orang masih belum faham maksudnya erti tajuk entri aku sebelum ini iaitu Permasalahan Cinta: Cinta Yang Terlepas.

Yang Faham itu telah mengusulkan supaya tajuk entri itu ditukar kepada
Permasalahan Kerajaan Malaysia: Pulau-Batu Putih Yang Terlepas.

hehe..
Yang faham itupun terfaham apabila hint telah diberikan. Iaitu tarikh dan masa entri itu diterbitkan iaitu bersamaan selepas beberapa jam pengumuman resmi dari Media kerajaan tentang ICJ mengumumkan bahawa Pulau Batu Putih dimiliki oleh Jiran yang setahun jagung lebih muda dari Malaysia.

Yang masih lagi degil buat2 tak faham itu, aku dah tak boleh nak kata apa dah... memang agaknya org2 itu semua tergolong dalam golongan iMNO-TOTOK. (sori yer..hehe..)


Memang layak aku gambarkan seperti berikut:

Farid == Lelaki berWajah hodoh dan gampang iaitu gambaran kerajaan Malaysia yang sentiasa terlepas dan rugi dari dulu, kini dan selama-lamanya (Mungkin Pulau Pisang dan Wilayah Persekutuan Iskandar pula selepas ini)

Seri/Gadis comel Lampai = Pulau Batu Putih

Hashim = Singapura (tukang kebas). Kerja dia ni memang mengebas. Kalau lambat sikit, habis menatang alah ni sapu.

===========
Walau-apapun itu tidak penting.
Yang Sudah tu sudahlah.....

Yang penting sekarang ini adalah

KEMPEN MAKAN UBI KELEDEK iMNO

errr... sebelum pergi terimalah sekerat pantun ini

PULAU PANDAN JAUH KE-TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH
PULAU YANG BAIK TERLEPAS JUGA

Labels: ,

..

Tuesday, May 20, 2008

Permasalahan Melayu: Kuman di Sebarang Nampak


Sangat tertarik apabila terbaca suatu keratan akhbar yang dirahsiakan jenamanya, tentang sesuatu yang terkeluar daripada minda anak kepada mantan PM-Semalaysia iaitu el-Dato' el-Mukhriz (JKK) yang bunyinya adalah spt yang berikut:

"Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA;

Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti;"

...
...
...

Persoalan demi persoalan yang seharusnya timbul dalam benak penyokong kuat Tun Mat-Tahir adalah

"SEJAK BILA PULA TUN-MATTAHIR MENGAMALKAN DEMOKRASI MENYELURUH DALAM SISTEM PEMERINTAHANNYA SEMASA BELIAU BERKUASA???"

ya itulah yang sepatutnya menjadi teras persoalan bagi die-hard fan kepada TUN-MATTAHIR. Bukannya mengkritik dan menyuruh orang lain meletak jawatan secara sembrono tanpa melihat kepada diri sendiri.

walau apa pun yang pentingnya...

"KEMPEN MAKAN UBI KELEDEK DAN UBI KAYU iMNO!!!!!!!"

Labels: , ,

..

Monday, May 19, 2008

Persoalan Pemimpin: Pemimpin iMNO boleh diPenjarakan ?


elhias: Logikkah jika Mat-Tahir dipenjara begini oleh junta elhadhari?? Tak logiiikkkkkk...


Hari ini melakar suatu sejarah.............................
...

...

...

Begitu mudah untuk membuat telahan mengapa si-Mat-Tahir tiba2 mengeluarkan dirinya daripada kepompong tahi. Ramai manusia2 Playsafe membuat spekulasi bahawa terkeluarnya Mat-Tahir daripada sarang tahik iMNO kerana ketidakpuasan hati beliau thdp el-Hadhari kerna menyebabkan penyusutan sokongan ke atas iMNO dlm PRU-12 Mac lalu. Bagi aku itu adalah spekulasi tak-bermutu. spekulasi terlalu menjaga vontot.

Aku ada spekulasi aku sendiri. Mengikut logik fikiran aku, yang sebenarnya si-Mat-Tahir ini takut dipenjara kerna kesalahan lalu. Lagipun si-Mat Tahir telahpun tahu bahawa imam-Hadhari dan balachi-balachinya sedang berusaha untuk mencari kambing hitam sebanyak mana yang boleh agar kekuatan sarang-tahik mereka pulih kembali. Buat masa ini, Mat-Tahir adalah mangsa yang paling mungil. Vulnerable dan helpless. Perisainya lesap entah ke mana. dan lagipun keceluparan mulutnya mungkin jua mengancam keselamatan junta el-hadhari.
hehehe...


TV3 ada menayangkan muka si-Mat Tahir jam 8 malam tadi mengenai dirinya yang dah keluar daripada iMNO. Banyak juga ketidakpuasan hati yang diluahkan oleh beliau. Tetapi apabila disebut 'penjara' aku dapat merasakan bahawa hatinya agak 'sebak' dan 'sayu'.

Dari segi logik, memanglah amat sukar untuk memenjarakan si-Mat-Tahir ini. Memandangkan jasa2 beliau kepada partai el-Tahik. Kemungkinan sandiwara juga di situ. ntahlah. Aku x berani berkata apa2.

Walaubagaimanapun, jika Mat-Tahir dipenjarakan juga, hanya satu saja pesanku. Kemungkinan aku akan pergi dahulu dari dunia ini daripada si-Mat-Tahir, kerna memandangkan usia si-Mat-Tahir ini masih muda, panjang dan liat.

Hanya satu sahaja Pesanku kepada Mat-Tahir , jika beliau dipenjarakan kelak ............


iaitu...

iaitu..


iaitu


iaitu..


iaitu..


iaitu


iaitu



iaitu


iaitu


iaitu



iaitu



JANGAN BUANG NASIKKKK!!!!!!

(sebab beras mahal)

Sokonglah kempen makan ubi keledek iMNO

hehehe....

Labels: , , ,

..

Permasalahan Utusan-Online Yang OFFLINE


elhias : Suatu logo yang memuatkan suara2 iblis terutamanya dalam kolumn politik.

Sehingga pukul 11 Malam pada waktu ini. Aku lihat Utusan Malaysia Online tidak menampakkan apa-apa berita yang releven mengenai terkeluarnya Tun Mat-Tahir daripada keahlian parti najis iaitu iMNO.

Yang terdapat dalam Utusan-Online pada waktu ini adalah

1. Bang-Mat nak Kawin 4
2. Harga beras naik cecah siling
3. Peserta Kongress di bawa untuk melawat tempat menarik di KL.
4. KES Langgar Lari orang Asli
5. Petisyen Pilihanraya di Terengganu dan Pendakwaan ke atas penyokong Pembangkang
dan lain2 lagi termasuk Korban taufan Nargis

SEMUA BERITA DAH BASI

tak tahulah NTAH apa relevannya diletakkan sebagai ONLINE di situ. sa-olah2 OFFLINE sahaja.
Elok ditukar sahaja kepada UTUSAN-OFFLINE.

Yang pastinya aku tak nampak apa2 relevannya motto PENYEBAR FIKIRAN RAKYAT.
Elok ditukar sahaja PENYEBAR FITNAH utk RAKYAT.

Yang pastinya Utusan-Online ini terbukti cepat di-update apabila pembangkang2 di serang bertubi2. Seperti kes IR. Nizar (MB-Perak) dan kes si-kafir Karpal Singh yang mulutnya tidak terkawal itu.

el-marhum!

Labels:

..

Friday, May 16, 2008

Persoalan Pemimpin: Pengesyoran Mat-Tahir bakal di dakwa??? hahaha... janganlah buat lawak



Berita yg dipetik daripada akhbar cabok Star Online mengenai isu pengesyoran agar MatTahir dibicarakan mengenai kes-Lingam bukanlah suatu yang mengejutkan. Sesungguhnya ini bagi aku adalah suatu peluru penyelamat bagi junta Hadhari untuk mengaburi mata rakyat.

Dalam iMNO, Kalkulasi dan ALGORITHMS nyer senang boleh diagak. Jika terdapat mana-mana orang tua yang tak sehaluan dengan arus-perdana, maka ia bolehlah dijadikan sebagai kayu-api, iaitu sebagai alat untuk dikorbankan bagi menaikkan semula kredibiliti parti yang hampir2 tiada.

Terlalu amat sukar bagi aku untuk mengwar-warkan kehebatan MatTahir dan menyanjungi jasa-jasanya kerna kesilapan2 teknikalnya yang lalu, diatas beberapa sebab.

Sebab utamanya adalah penghinaan ke atas Al-Quran yang pernah dilabelkannya sebagai undang-undang di zaman unta. Dan kemudian, statement tersebut tidak pernahpun ditarik balik dan beliau seterusnya mengulangi dan mengulanginya lagi semasa beliau di puncak kuasa.

Bangsa2 kafir pun terlalu banyak mempersoalkan tentang kesucian Al-Quran. Tetapi bagi aku, itu tidak sama jika orang Islam itu sendiri yang mempersoalkannya. Apatah lagi jika orang Islam itu sendiri yang menghinanya.

Bukanlah di sini aku bertindak lebih berkuasa dari Allah SWT kerana telah menjatuhkan hukum. Tidak sesekali. Ini adalah suatu pandangan peribadi aku sendiri.

Apa yang aku lihat, Mahathir bukanlah hero kepada bangsa Melayu tetapi hanyalah suatu entiti yang telah mempermain-mainkan kebodohan bangsa-bangsa Melayu itu sendiri.

Kali ini biar beliau pula menjadi alat untuk dipermain-mainkan walaupun itu hanya sandiwara junta-el-hadhari. Aku akan tunggu dan lihat.

Kegagalan minda Melayu adalah apabila mereka gagal untuk menegur ketua semasa berada di puncak kuasa. Apabila ketua mereka sudah hilang kuasa, barulah mereka berani mengambil tindakan susulan.

"Sekarang ini mode-pembersihan" katanya.

Mode pembersihan yang dilakukan oleh kerajaan skg ini tidak ubah seperti suatu najis yang bertindak untuk membersihkan suatu najis yang lain.

Boleh jua diumpamakan sebagai Najis bertaraf Mughollazah Tahap-pertama sedang membersihkan Najis Mughollazah Tahap pertama-Yang Kian kering.


Yang aku takutnya Najis tersebut bertaut semulaaa....(kerna lakonan itu)

dan bangsa Melayu tertipu lagi...

hehehe...




elhias: Aku pelik. Aku sudah tidak bisa untuk membedakan antara gambar yang di atas dengan yg di bawah. tolong pak!

Labels: , ,

..

Friday, May 09, 2008

Persoalan Politik Negara: Dah Tak Ada Orang Lain Lagi ker ?


elhias: Orang Kuat el-hadhari ni "Hj Nakasone"... Semua kena respek. Tabik respek!!! Jangan tak respek!!!!


dalam beberapa hari ini sempat juga aku menonton beberapa slot berita2 el-perdana dari siaran2 langsung daripada bilik2 berita TV SeMalaysia..

hehe.. bukannya apa... sepatutnya aku tidak perlu menulis apa-apa pun tentang ini...

pada kali ini aku cuma abadikan beberapa persoalan dalam hati aku di dalam blog yang serba canggih ini. hehe..

tentang...

seorang mamat yang agak vogue pada zaman 80an dulu tu...
siapa lagi...kalau tak lain, tak bukan...

el-haji el-nakhaie el haji Ahmad el-nakasone..

============

pelik juga... dalam 5 -7 kali aku menonton slot buletin utama, dalam byk tu jugalah aku ternampak..... mesti ada kelibat Haji Nakhaie el Nakasone ini di belakang Perdana Menteri kita yang sentiasa meni'mati Nikmat dunia ini...

Mengapa tiba2 pengarah Yadim atau bekas menteri yang tak berportfolio ini pula dipilih oleh PM kita untuk mengiringi beliau ke mana2 saja beliau pergi sejak tamatnya PRU-12?

tak ada orang lain lagi ker ??

Yang paling peliknya, semasa PM kita ingin menyatakan sesuatu berkenaan dengan kenaikan harga beras, kelibat si Nakasone ini ada-ada saja...(di belakang PM pulak tu)

begitu juga pada lain2 masa...

Haji Nakasone ini seolah2 akan sentiasa wujud di mana-mana sahaja jika lain-lain menteri kabinet BN berucap...

pelik betul... confiusss aku dibuatnya...



hint:

Untuk melumpuhkan Islam, selalunya pihak orientalist menggunakan pendekatan Islam itu sendiri. Contohnya, memesongkan dan memecahbelahkan ummat Islam dengan tarikat2 songsang, serta ayat-ayat Al-Quran yang telah disalah tafsir.

Untuk melumpuhkan PAS, .....................................???

hehe..

wallahualam...

Labels: ,

..

Tuesday, May 06, 2008

Persoalan The Clown: Mana Janjimu ?




Semalam tidak semena2 clown-negara, mengklasifikasikan bahawa kerajaan negeri Selangor ini gagal disebabkan kegagalan untuk menurunkan kadar cukai pada sesetengah perkara sepertimana termaktub dalam manifestos pembangkang pada PRU yang lalu.

Aku tidak menyalahkan pihak clown, jika kerajaan selangor dengan sengaja tidak menunaikan janji2 mereka sebelum PRU tersebut sedangkan mereka mampu berbuat demikian.

Maknanya di sini, ukuran kejayaan sesebuah kerajaan yang memerintah bagi pihak the-clown adalah dengan menjanjikan kenaikan harga barangan (dalam menifesto) dan mereka merealisasikan janji2 itu setelah menang dalam PRU.

Syabas! Bagus sungguh idea the clown tersebut. Mana dia belajar aku pun tak tau. Kerajaan yang berusia tidak sampaipun 2-bulan dengan resminya dicop sebagai sebuah kerajaan yang gagal.

Hanya satu sahaja kena ingat,

kadang2 sebab-musabab orangramai beralih-arah utk tidak mengundi kita bukan disebabkan janji2 pihak itu untuk menurunkan harga itu dan ini.

Mungkin orangramai itu dah jemu dengan latarbelakang kita yang kerap mengamalkan korupsi dan budaya gangsterisme.

hehe.. wallahualam

Labels: ,

Online Users
eXTReMe Tracker