..

Wednesday, March 21, 2007

Permasalahan Aku: LINUX is very SUX





Argh!! Bila install linux dalam PC, memang sesuatu yang telah diduga akan muncul. Pengguna linux akan menggelising, resah kerna Linux pasti tidak membuahkan hasil yang diharap-harapkan. Ada-ada saja peranti/perkakasan mahupun perisian yang gagal berfungsi.

1. Tiada soundlah...(kena download itu dan ini)

2. Keyboard kadang2 detect. Kadang2 tak detect
3. Kegagalan untuk menggunakan perisian GNU yang lain seperti SAVi, NS-2 dll. Mesti Tcl/Tk belum diinstall. Jadinya pengguna2 Linux pastinya akan kecewa dan cuba tercari-cari perisian2 lain yang dapat membantu utk mengatasi masalah ini. Pendek kata berpeluhlah ketiak selama 3 - 5 hari utk menggodek sana menggodek sini. Tidak kira apa juga jenis atau linux flavour. Baik mandrake, suse mahupun redhat juga fedora core. pasti ada saja yang tak kena. ATAU apa jua versi... pasti ada masalah. Yang fakapnya jika terdapat linux yang tidak kenal sambungan Serial-ATA. Habis... menggelabahlah si-penginstallnya.

--------------------


Maka sebab itulah Microsoft masih lagi menang. Sebab ia tak menyusahkan. Boleh dikatakan hampir 90peratus MS-Windows akan kenal peranti dan hardware yang digunakan. Tanpa end-user mengharapkan mana-mana third-party software membantunya.


---------------------


Aku sangat mengharap agar ada sesiapa yang mengeluarkan operating-system seperti windows tetapi ia adalah FREE-License seperti Unix (free domain under GNU)


---------------------
Kalau tidak,

hidup pirated windows XP!!!

hidup pirated windows XP!!!
hidup pirated windows XP!!! (utk PC-persendirian)

Labels:

..

Thursday, March 08, 2007

Persoalan Aku: Isu Iran, Neocons dan zionist




Semasa termenung di dalam tandas , selalu sangat aku termenung dan memikirkan mengapa si-bahalol American-Neocons berhajat sangat memperbesar-besarkan rhetorik mereka untuk menyerang Iran lantas memperhebatkan propaganda-propaganda mereka. Tetapi tak serang-serang juga.

Untuk catitan ini, aku membariskan satu-persatu sebab musababnya. Agar salah satu drpdnya menjadi kenyataan kelak. Walaubagaimanapun ini hanya logik aku sahaja daripada pembacaan di internet.

Sebab musabab itu adalah:

1. Malu kerna kekalahan di tangan insurgents di Iraq. Askar US pula sekarang in menjadi mangsa
2. Malu kerna tidak berjaya menghapuskan saki-baki taliban(remnant) di Afghanistan. Malah Taliban semakin berkuasa dari hari ke hari. (he..he.he.)
3. Tekanan demi tekanan daripada pihak lawan dan kongress yg dikuasai oleh parti Demokrat (lebih kurang 2 x 5 )
4. Mencari dolak-dalik untuk meminta dunia menyokong mereka apabila Iran diserang
5. Untuk menaikkan kembali imej Amerika yang semakin terhakis kesan daripada penjajahan di Iraq dan Afghanistan
6. Sedang mencuba sedaya upaya agar kekalahan kali ini tidak boleh di samakan dengan kekalahan di Vietnam yang masih lagi menghantui mereka. At least mereka cuba menjajah satu lagi negara umat Islam.
7. Mahu terus membuktikan bahawa mereka masih lagi mempunyai daya 'threaten' atau 'sengatan berbisa' terhadap mana-mana negara yang dilabelkan sebagai 'degil'
8. Arahan daripada Zionist/Israel yang meramalkan bahawa kemungkinan Iran adalah kuasa besar Islam yang sebenarnya yang mengakibatkan kesengsaraan Israel pada waktu2 mendatang. (wallahualam)
8. atau memang sebagai TAKDIR (cause and consequence). Ini adalah punca kejatuhan sebuah empayar sepertimana yang dijanjikan oleh tuhan melalui putaran roda-alam.


Mengikut perkiraan aku, pihak zionist hanya dapat berkuasa di negara Israel sekarang ini adalah tidak lama. Lebih kurang sama lamanya dengan pihak Salib menduduki Jerusalem pada kurun ke 9 dan 10. Yang mana ia hanya mengambil kurang daripada 100 tahun.

Aku meneka bahawa Israel akan terlepas daripada genggaman zionist/Yahudi mungkin dalam 202x atau paling tidak 203x (setelah 1948 + 89 tahun).
nota: 1948 terbentuknya negara Yahudi,
89 adalah jumlah tahun pihak Kristian Salib mengusai Jerusalem pada masa dahulu.

Senario Urutan pendudukan Manusia di Tanah Israel (Jerusalem) dalam benakku adalah begini:
==============================================================

0. (Agama Allah-Islam) Jerusalem pada asalnya ditadbir oleh Bani Israel. Lihat Nabi Daud, Nabi Sulaiman dll.

1. (Kafir) Jerusalem adalah di bawah kerajaan Rumawi (Rom-Barat. Ibu kotanya adalah di Rom-Itali) semasa Rasul Isa (AS) lahir.

2. (Nasrani/Kristian) Sebelum kedatangan Islam, Jerusalem adalah di bawah jajahan Rom Timur (Byzantine). Ibu kotanya adalah di Constatinople (Turki)

3. (Islam) Semasa Empayar Islam berkembang, Jerusalem telah jatuh ke tangan orang-orang Islam yang diketuai oleh Panglima Abu Ubaidah Al-Jarrah. Pada masa itu Sayidina Umar menjadi Khalifah.

4. (Kafir-Kristian/Nasrani) Jerusalem jatuh kembali ke tangan puak Kristian-Salib di atas arahan Pope Urban II dan dibantu oleh tentera-tentera Knight Templars dari Perancis. Era Freemasons telah terbit.

5. (Islam) Jerusalem kembali semula ke tangan Islam di bawah Panglima Islam yang bergelar Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dari dinasti Ayyubiyyah, Damsyk.

6. (Kafir-Yahudi) Jerusalem telah dirampas secara haram oleh British daripada Arab Palestine dan diberi kepada Yahudi dan Zionist. perdana Menteri Israel pada masa itu adalah David ben Gurion. David telah dibantu oleh Moshe Sharett dan Haim Weizman

7. InsyaAllah Jerusalam akan kembali semula ke tangan Orang Islam.

Dipendekkan rentetan dan urutan senario di atas kita akan dapati Jerusalem telah di jajah oleh
1. Agama Allah - Nabi Daud
2. Kafir Romawi- Rom Barat
3. Kafir Nasrani - Rom Timur
4. Agama Allah - Umar Khattab
5. Kafir Nasrani - Pope Urban II
6. Agama Allah - Salahuddin Al-Ayyubi
7. Kafir Yahudi - David Ben Gurion
8. ???????????????? <------- Yang pastinya adalah Islam kembali

Kesimpulan
------------
Oleh kerana Tanah Jerusalem itu sentiasa menjadi perhatian dunia dan apa-apa yang terjadi pada Tanah tersebut mencerminkan pergolakan dunia maka tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa sesiapa yang menakhluki Jerusalem adalah mereka yang mengusai dunia dan yang paling berpengaruh.

Lihat sendiri political milestones di tanah Jerusalem yang telah aku tulis sebentar tadi. Sungguh hebat ke atas sesiapa yang dapat menakhluki Tanah Jerusalem ini.

----------------------------- imiginasi -----------------
Kadang-kadang aku selalu membuat andaian bahawa Jerusalem ini diibaratkan sebagai gadis dan bidadari yang sangat cantik yang sangat mempesonakan yang sering menjadi rebutan sang-sang kumbang dan pahlawan yang hebat.

Kulitnya mulus.. putih gebu, bertubuh langsing, alis lentik, pipi cerah kemerah-merahan bak epal, bibir halus menawan , hidung mancung, gigi putih mutiara, rambut halus hitam keperang-perangan dan beralun. Leher jinjang.... warna mata hazel, kehitam-hitaman dan berbau harum semerbak haruman-wanita indah kurniaan tuhan.

tiba-tiba wajah hodoh tua-kutuk Ariel Sharon muncul.....lalu menghancurkan segala khayalan melodi indahku....

Aku terus buat apa yang patut dan segera tinggalkan tandas itu...

Esok ku sambung semula.

Labels:

..

Tuesday, March 06, 2007

Senjata Paling Ampuh Sang Pemerintah




Pegawai kolar-putih - kakitangan Awam tersenyum bahagia kerana KENAIKAN habuan bulanan yang melampaui RM 700 - RM 2000 sebulan (tambahan drpd gaji asal) bagi gred 4o-something ke atas dan yang bekerja lebih daripada 5 tahun. (maaf aku tidak melakukan kiraan)

Suatu muslihat dan satu kempen yang mungkin juga suatu senjata yang paling ampuh untuk parti pemerintah untuk terus memerintah.

...dan akhirnya tuntutan CUEPACS berjaya juga. Tahniah.

lepas tu... orang kampung jua merintih...

he..he..he...
..

Sunday, March 04, 2007

Persoalan Kecil Politik: Antara Gimmick, Propaganda dan Pilihanraya




errr...

Maka Shahadan..Arakian..... setelah pilihanraya semakin hampir maka canang dan nobat dipuku bertalu-talu juga adanya...

Maka sementelahan itu...berpusu-pusu manusia dari ceruk rantau di beri satu berita yang meyakinkan agar orang-orang yang separa penting itu akan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan di atas kes-kes rasuah dan salah laku.

Maka terbitlah di dada2 akhbar kes keterlibatan orang-orang politik yang memakan rasuah itu dan ini yang menggambarkan bahawa betapa telus dan adilnya kerajaan yang memerintah sekarang ini...

Maka tertipulah lagi manusia-manusia yang berlabel layu itu buat kesekian kalinya di mana kegagalan itu akan terus mewarnai kehidupan masing-masing....

Lihat kes Perwaja-steel Al-Eric Al-Chia yang masih tertunggak ke hari ini. Aku meramalkan El-Eric Chia itu sudah masuk kubur, Namun kes-kes itu masih belum lagi selesei-selesei.

Saddam yang banyak kes itu pun dah selesai jika ada determination walaupun berada dalam mahkamah separa-kangaroo. Jika tak ada kepentingan TERUSSS JALAN. Yang masalahnya jika terlalu banyak hanky-panky dalam barisan pemerintah... maka rahsyia terus menjadi rahsyia...

Walaubagaimanapun aku percaya... Jika si-dia sudah tiada kepentingan lagi... Maka segera terus dicantas manusia yg tidak berkepentingan itu.....................tapi kena tunggu la "JIKA SI-DIA SUDAH TIADA KEPENTINGAN LAGI"

Pendek kata....Apabila dekat dengan pilihanraya... maka Ketelusan pihak kerajaan mengadili individu2 dalam kerajaan yang buat salah bagai sebuah pesta...
Maka banyaklah scape-goat, black-sheep dan aka kambing-hitam akan dipanggil utk diberi keterangan juga sebagai saksi

Beberapa nama akan disebut sebagai pemberi dan penerima rasuah. Dan siasatan demi siasatan akan dilakukan sebagai post-mortem.

Selepas pilihanraya tamat....dan parti-parti itu masih lagi menang maka.........


TAPPPPPPPPPPP!!!!!



Tiada lagi...
individu rahsuah yang dipanggil. segala kegiatan mahkamah pengadilan akan berhenti.

tiada lagi mereka kelihatan berjuang untuk rakyat...


Semuanya jadi sedia kala. Seolah2 tiada apa2 yang berlaku sebelum ini. Tapi yag pastinya...mana yang perlu naik akan terus naik. (harga)

nota: Aku berharap supaya apa yang aku tulis ini tidak benar. Tapi yang pasti...harapan hanya tinggal harapan..
he..he.he.

Online Users
eXTReMe Tracker