..

Wednesday, June 13, 2007

Persoalan Masyarakat: Apahal Beb? Masalah Rambut Rontok?



Bahagian Majlis Fatwa dan Alim Ulamak Mazhab-Melayu-Global/Universal bertaraf Antarabangsa telahpun berijtihad bahawa sebagai alternatif bagi wanita Melayu-Islam Semalaysia daripada bertudung adalah dengan membotakkan dan bercukur licin kepala, kata Imam yang merangkap sebagai Mufti Majlis Mazhab Melayu- Islam-Global, cawangan Asia-Pasifik, Sheikh El-Imam El-Yasmin El-Ahmad El-Malaysiani.

Ijtihad terbaru itu adalah sempena pelancaran pengaragan Kitab suci terbaru mazhab itu yang bertajuk "Mualaf" yang mungkin memakan masa selama 6 bulan bermula daripada tarikh pelancaran itu.

Kitab terbaru "Mualaf" yang mungkin mempunyai agenda yang tersirat, juga maksud-maksud tertentu pasti sekali lagi akan dinobatkan sebagai suatu kitab yang terbaik yang mewakili cawangan Asia Pasifik untuk satu penggal lagi, menurut suatu kenyataan yang masih diragui akan kesahihannya.

Walaubagaimanapun bagi pihak penulis, usaha yang dijalankan oleh pihak Mazhab Melayu-Islam-Global itu adalah satu usaha yang tidak boleh dipandang remeh kerna kegigihan yang dijalankan oleh puak-puak Islam Globalisasi itu bakal membawa pengikut-pengikut ajaran Islam lain ke satu dimensi baru.

Sekian,

Maksud Gambar Hiasan di bawah:

Kadang2 penulis bertanya, adakah aktor hollywood, Tommy Lee Jones mempunyai pertalian dengan pengikut-setia aliran baru Mazhab Islam-Global-Melayu (Gambar di atas) seperti wajah yang seiras ataupun kualiti-kualiti yang sekufu dengannya?



Labels: , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker