..

Tuesday, January 01, 2008

Persoalan Antarabangsa: Osama Bin Laden Mati diBunuh ?


elhias: wawancara mengenai pembunuhan Bin Laden antara David Frost dan Arwah el-Bhutto

Lebih 2 Bulan yang lalu, satu wawancara di adakan antara Arwah el-Bhutto dan David Frost.

Salah satu pernyataan daripada el-Bhutto semasa wawancara tersebut adalah tentang pembongkaran pembunuhan Osama Bin Laden yang menjadi kegemparan umat manusia di tangan seorang pengganas antarabangsa iaitu shaykh Omer (bukan Mullah Omar of Taliban). Pembunuhan itu terjadi pada Dec 2001.

Omer adalah seorang perisik Pakistan yang bergerak bebas dalam lingkungan inner circle of Pakistani Police, Puak Taliban dan Al-Qaeda. Omer juga dikatakan sebagai manusia yang bertanggungjawab membunuh pemberita majalah antarabangsa yang berketurunan Yahudi iaitu David Pearl dari Amerika Syarikat. (wartawan disembelih dalam video)


Motif dan sebab-musabab pembunuhan tiadalah aku ketahui. dan terdapat banyak tanda tanya dan misteri di sebalik pembunuhan itu. Adakah Omer telah digunakan oleh CIA untuk mengotori imej Islam ? Adakah pembunuhan el-Bhutto mempunyai kaitan dengan pembongkaran pembunuhan El-Osama bin Laden ?

Aku sangat keliru sebenarnya. Ada sesiapa yang mahu menyatakan teorinya sendiri ?

jika sudi, silakan ya.

Apa-apapun clip atau footage video ini agak kurang popular dan diharamkan untuk diulangtayang dalam mainstream news/berita.

wallahua'lam

he..he.he.

Labels: , , ,

..

Friday, December 28, 2007

Persoalan Antarabangsa: Hidup dan Matinya "Seorang Lagi" Bhutto Sesuatu yang Menyusahkan Ummah?


elhias (dlm kenangan): el-arwah memikirkan Barang Yang lepas jangan dikenang. Kali ni, memang tidak boleh dikenang.

he..he...

Aku mensifatkan bahawa Kematian el-butoh bukannya suatu perbuatan kejam daripada pihak pro-taliban atau Al-Qaeda (Al-Qaeda sebenarnya tiada wujud hanya polemik dan propaganda US sahaja) sebaliknya aku menyalahkan El-Butoh dan keluarga mereka sendiri.

Itulah kesilapan El-Butoh yang telah aku perhatikan sejak dahulu lagi. Dari dulu lagi aku telah merasai kesilapan El-Butoh semasa beliau terlalu tamak untuk berkempen-semula setelah beliau dibuang kerana pentadbiran beliau yang dahulunya penuh dengan manipulasi dan korupsi Sila lihat dalam entri ku yang lepas yang bertajuk "Barang yang telah dibuang jangan dikenang."

Kematian El-Butoh tiada juga disukai dan disenangi oleh aku kerna bagiku kematian beliau juga pasti menyusahkan masyarakat Islam di Pakistan itu sendiri. Kehidupan El-Butoh pernah menyusahkan rakyat Pakistan pada ketika dahulu dan kali ini kematian El-Butoh juga menyusahkan dan kemungkinan mengundang kemusnahan ummat Islam di Pakistan itu sendiri.

El-Butoh bagiku, tiada lebih hanyalah sebagai alat yang dimanipulasikan oleh pihak Barat dan zionis Amerika setelah monyet-simpanan mereka iaitu Ex-General Pervez Musharaff dianggap tiada boleh berbuat apa2 untuk mengekang aktiviti2 militan Pro-Taliban di sempadan Pakistan dan Afghanistan.

Sesungguhnya sikap berpaling-tadah el-Butoh terhadap pro-taliban haruslah jangan dipandang ringan sementalahan beliau tiada memperoleh apa-apa back-up atau sokongan daripada pihak kerajaan semasa berkempen bagi menumpaskan si-monyet, Pervez Musharaff yang "baru belajar" bertatih untuk menjadi seorang diktator Pakistan yang digeruni.

Dalam hal ini, nampak sangat beliau memang diperkudakan oleh Pihak Barat. Sesungguhnya kebodohan beliau (w/p cerdik) memang tidak dapat dimaafkan oleh masyarakat Islam. Kematian beliau sebenarnya telah lama dirancang.

Terdapat 3 Kemungkinan besar di sini iaitu:

1. Kematian beliau didalangi oleh pihak zionis dan neocon. Prinsip yang digunakan oleh mereka (pihak zionis dan barat) adalah 'divide and conquer'. Perpecahan dan pertelagahan ummat Islam di situ dilihat sebagai aset bagi syarat kemasukan suara barat di situ. Lebih2 lagi pertelagahan ke atas pembunuhan seorang wanita yang menyuarakan kebebasan dan memperjuangkan demokrasi ala-barat.


2. Pembunuhan yang didalangi oleh Musharaf sendiri yang tidak senang dengan populariti el-butoh yang agak 'naik-mendadak' dan mungkin dapat menggugat kedudukan beliau sebagai presiden seumur hidup Pakistan. Dihapuskan terus el-butoh kerana sememangnya Musharaf dalam kapasiti yang agak terdesak, cemas dan sakit hati pada masa itu. Untuk melepaskan diri, militan pro-Islam dan pro-Taliban pula yang disalahkan oleh beliau. Yang sebenarnya kepopulariti el-Butoh adalah hasil daripada provokasi media-massa pihak barat yang sengaja mengwar-warkan elButoh. El-Butoh sebenarnya tiadalah hebat sangat. Nampaknya umpan atau 'pawn' mereka dah pun mengena. Pembunuhan tersebut dilihat sebagai kesilapan langkah yang diambil oleh Musharaf. he..he..

3. Pembunuhan yang didalangi oleh pro-Taliban sendiri.
Secara peribadi, terlalu sukar bagiku untuk mempercayai kemungkinan ini. Sungguh tiada mungkin.

Selalunya sikap pro-Taliban ini agak gentlemen. Mereka akan terus mengaku bertanggungjawab jika pembunuhan tersebut memang didalangi oleh mereka sendiri. Jika tiada sebarang pengakuan dibuat, maka amat berat bagiku untuk mempercayai tuduhan2 pihak barat ke atas militan yang pro kepada perjuangan Islam ini. Apa2 pun yang peliknya belumpun 6 jam pembunuhan itu berlalu dan belum ada apa2 siasatan rapi dijalankan, pihak media antarabangsa seperti FOXnews, CNN telahpun mengesahkan bahawa Taliban yang merancang pembunuhan ini. Yang peliknya jika tentera2 Amerika di Iraq diserang dan dibunuh oleh puak Insurgent, bukan main susah lagi mereka mengeluarkan sebarang kenyataan. Tunggu sehingga siasatan penuh dijalankan barulah kenyataan dikeluarkan. Kadang2 sehingga 3 hari barulah serangan yang didalangi oleh pihak insurgent Iraq disahkan oleh pihak media Amerika.

Itupun banyak yang disangkal dengan mengatakan bahawa kematian tentera Amerika di Iraq adalah disebabkan technical-failure, friendly-fire, accident dan sebagainya.


===============


Dari segi sejarah, Pihak Barat telah lama memerhatikan potensi ketenteraan Pakistan yang telah lama mempunyai loji/reaktor nuklear mereka sendiri. Mereka (pihak zionis dan Barat) amat berharap agar kepimpinan Pakistan hendaklah terus di bawah jari telunjuk Barat dan sebarang kepimpinan yang lemah haruslah disingkirkan daripada Pakistan bagi mengelakkan senjata pemusnah besar itu jatuh ke tangan pihak radikal yang pro-Taliban.

Apa yang ditakuti adalah, serkap jarang dan kejahilan pihak barat yang amat gusar dan takut dengan bayang-bayang sendiri, jika Pakistan dapat membantu Iran dalam membangunkan teknologi nuklear di Iran demi agama Islam itu sendiri (walaupun setakat ini belum ada pembuktian yang kukuh tentang persepakatan antara Pakistan dan Iran bagi kerjasama teknologi nuklear dalam bidang ketenteraan. Hanya tuduhan liar yang tidak berasas sahaja).

Sesungguhnya, kali ini aku melihat pihak Barat sedang cuba mengKARZAIkan Pakistan setelah Hamid-Karzai di Afghanistan telahpun di-baghal-kan sebelum tumbangnya Taliban di Afghanistan sejak tahun Dec 2001 lagi. Kedua-dua ungka dan baghal itu nampaknya memang sengaja mengundang zionis untuk bertakhta di negara mereka. Kerugian dan kemusnahan nampaknya pasti ditanggung oleh ummat Islam yang tiada berdosa.

Jerat dan umpan maut zionis, neocon-Amerika sudahpun mengena. Sungguh cilaka nasib ummat Islam di Pakistan pada kali ini di atas kejahilan dan kebodohan pemimpin dan sesetengah pembangkang mereka sendiri.

=============

Apalah salahnya jika Puan el-Butoh duduk diam-diam di negara2 sejuk sambil menikmati pemandangan yang indah2 di sana sambil menjadi isteri, babu-kepada suami dan ibu yang baik. Be a nice housewife and mom. Kuch-kuch Hota hai...Kan lebih elok?

Biarkanlah saja si-Nawaz Sharif dengan syok-sendiri beliau untuk mengetuai kempen pilihanraya Januari 2008 ini.

Secara peribadi, Sungguh elok dan afdal bagiku jika Pakistan hanya terbagi kepada dua sahaja iaitu,

1. Pervez Musharaf dengan sifat keanjingan yang tunduk kepada Amerika
2. pro-Taliban

Maka pergolakan tidaklah sekompleks mana. Hendak bersatu, itu tiada mungkin. Sementara itu konflik antara Sunnah dan Syiah masih lagi belum reda di Pakistan.

...
...
...

hmmmmm....Nasik pun dah jadi bubur. Silap2 jadi air.

Nampaknya pergolakan peperangan, rusuhan ( death, chaos and mayhem) TIDAK DAPAT DI ELAKKAN lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

sila lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

he.he.he...



hint 1
===

1. Sebarang spekulasi daripada pihak Barat tentang siapa yang mendalangi pembunuhan benazir Buttho jangan dipercayai. Itu hanyalah propaganda Barat sahaja yang cuba-sedaya upaya untuk mengotori imej Islam di mata dunia. Apa yang Barat hendak, adalah kebolehan untuk campurtangan sepenuhnya dalam urusan dan pentadbiran sulit Pakistan dan menjadikan Pakistan seperti Afghanistan yang dipimpin oleh si-boneka Karzai (dayus)




Apa-apapun jika Benazir masih seorang Muslimah, terimalah Al-Fatihah. Sesungguhnya Allah S.W.T jualah maha pengampun dan Maha Pembalas. Amiinnn....ya rabbal Alamin..

Labels: , , , ,

..

Friday, October 19, 2007

Permasalahan Politik Pakistan: Antara kita dan Mereka



Gambar el-hiasan: Dia ni namanya si-Butoh. Jangan salahkan aku jika aku beri nama se-demikian rupa kerana namanya memang begitu sejak azali lagi. Jika kita pekik nama beliau, maka bunyi sebutan vocal antara Benazir-Bhutto dan Benazir-BUTOH tiada bezanya. Kerana kedua-duanya bertaut rapat dan sering memBUTUHKAN antara satu sama lain. Bayangkan semasa letupan di Karachi berlaku, bagaimana body guards lelaki beliau menjerit
"Selamatkan BUTOH kita" "Selamatkan BUTOH kita"

or in Singlish and proper manner

"Save our Bhutto, save our Bhutto "


begitulah gamaknya.

=================

he..he..he..

SUMBER RUJUKAN KLIK SINI

Setiap kali bom dan serangan di tempat awam berlaku, setiap kali itulah pihak barat terus mengaitkannya dengan Al-Qaeda, pihak pelampau Islam dan Islam-Mislam itu sendiri. Jika 1,000,000 juta serangan bom dilakukan, maka 1,000,000 x 100,000,000 kali jugalah pihak2 Islam akan dikaitkan dengan serangna tersebut.

Yang peliknya, polis di Pakistan, mahupun pihak Intel-Pakistan, belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang serangan bom, tetapi pihak nun-jauh di sana iaitu pihak Amerika dan pro-barat juga mainstream-press terus-terusan mengeluarkan kenyataan bahawa yang bertanggungjawab terhadap serangan itu adalah militan Al-Qaeda mahupun pejuang-pejuang Taliban itu sendiri.

Jika dikaji baik-baik, serangan2 bomb itu nampaknya terlalu kerap berlaku terhadap pemerintah2 pro-barat (dari Hamid Karzai sehinggalah ke Al Maliki, Musharaaf dan El-Bhutto ataupun si-BUTOH. Tetapi yang anehnya mereka tetap terlepas dari maut dari cubaan membunuh itu. dan ini aku mengesyaki bahawa

1. Perancangan itu dilakukan sendiri Barat dan Amerika itu sendiri (CIA, Mossad)
2. pro-barat sengaja jadikan pemimpin itu umpan sebagai suatu taktik untuk melabelkan bahawa pergerakan Islam itu sebagai pengganas
3. Sebab itulah mereka tidak bunuh terus pemimpin yang pro-barat itu selagi mereka boleh digunakan dan bakal dijadikan umpan untuk suatu jangka waktu yang maha-panjang.

Kebebalan ini samalah juga yang berlaku di tanahair kita di mana pihak super-bebal PDRM tanpa berlengah-lengah mengeluarkan kenyataan bahawa muka-muka mereka yang disiarkan di dada2 akhbar adalah yang bertanggungjawab melakukan rusuhan walaupun siasatan terperinci masih belum dijalankan. Sehingga kini hal tersebut TERUS SENYAP. Tanpa adanya sebarang perintah mahkamah untuk tindakan susulan juga penyiasatan rapi secara telus dan terbuka bagi mengetahui jawaban siapa yang bertanggungjawab melakukan rusuhan tersebut.

Bagi aku senang sahaja, jika tiada sebarang siasatan adil, telus yang sah, maka mereka yang suka tuduh-menuduh dan membuat kenyataan terlebih dahulu itulah yang sebenarnya dalang dalam melakukan rusuhan di Terengganu tersebut.

Dan seperti biasa, perbicaraan di Malaysia ini sering ditangguhkan untuk "buying-time" bagi pihak pro-kerajaan yang sering berkehendakkan modal untuk memburukkan pihak pembangkang. Dan seperti biasa, tohmahan, hiruk-pikuk politik, pemfitnahan itu akan terus dilakukan oleh pihak-pro-kerajaan untuk memastikan mereka akan terus berkuasa kelak.

Pro-BN nampaknya akan melakukan segala-galanya at "all-costs". Dan seperti biasa jugalah mereka akan menang disebabkan oleh kebodohan dan kemunduran mentaliliti orang Melayu yang rata-rata masih rendah dan mentah dalam arena politik. Baik politik dalaman mahupun politik antarabangsa.

Ini mungkin disebabkan:

1. Saraf synaps, motor-otak bangsa Melayu sangat lembab dan lambat. Jika hendak dibandingkan dengan processor-Intel, boleh dibuat kesimpulan bahawa

a. pemprosesan otak Melayu/daya fikir adalah seperti processor iNTEL 8086 (1977).

b. Sedangkan corak pemikiran bangsa Jepun telahpun melampaui INTEL itonium atau iNTEL Quad-processor

Pada hari raya ke 14xx ini, berbagai peristiwa aneh telah berlaku. dan seperti biasa aku merasakan sangat mengantuk dan malas kerana bukannya apa,

seperti biasa sebab aku orang Melayu.

he..he.he..

Labels: , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker