..

Tuesday, August 12, 2008

Persoalan Ketuhanan: Kewujudan Manusia-Monyet dalam Perspektif Islam


elhias 1: Gambaran Manusia Pre-Sejarah Sebelum Rasul Adam AS.

Pernah seseorang datang kepadaku dan bertanyakan tentang peristiwa kejadian manusia yang seakan-akan monyet yang hidupnya semasa zaman pra-sejarah.
Soalnya kepadaku adakah ia wujud atau tidak ?
Aku Menjawab, Ya. Manusia monyet itu memang wujud. Mengapa tidak ? Mengapakah kau tiada mengerti ?

Kebanyakan para ulamak Islam acapkali menidakkan kehadiran manusia-manusia monyet tersebut dan menganggap bahawa teori manusia monyet tersebut adalah teori sesat kerna selari dengan teori evolusi Darwin yang juga mendapat bantahan daripada pihak gereja.

Aku juga tiada menolak pendapat ulamak tersebut kerana bagiku pendapat ulamak itu benar dan teori Darwin itu memang sesat.

Cuma perbezaannya apa yang aku fikir adalah amat berlainan sekali dengan cara para ulama' berfikir terutama dalam konteks ruang dan masa bagi kejadian makhluk itu.

Biasanya Ulama' berfikir bahawa teori manusia-monyet itu bersangkut paut dengan susur galur asal-kejadian manusia. Manakala bagi aku tidak.

Bahawasanya di sini tidak sesekali aku menghubungkaitkan kejadian manusia itu berasal daripada monyet atau manusia-monyet ini.

TETAPI

Hipotesis aku mengatakan bahawa manusia monyet itu wujud tetapi kewujudan mereka bukanlah sebagai nenek-moyang versi manusia seperti kita. Bahkan versi kita ini memang berasal daripada ADAM AS sepertimana telah termaktub dalam Al-Quran.

Manusia monyet yang aku maksudkan adalah sejenis spesies manusia yang rupabentuknya seakan-akan monyet yang hidup sebelum kewujudan Nabi Adam AS lagi.

Antara kedua-dua versi manusia itu iaitu manusia-monyet dan manusia seperti kita ini adalah tiada kena-mengena.

Hakikatnya aku membayangkan bahawa sebelum Rasul Adam AS itu wujud, dunia kita telahpun ditadbir oleh manusia-monyet tersebut.

Maknanya di sini, pada masa itu, maya pada ini mempunyai tamaddun yang terdiri daripada tamaddun manusia-monyet.


elhias 2: Aku tiada tahu. Teori gampang ini di ambil dari mana.


Evolusi manusia monyet ini juga berperingkat-peringkat dan ALLAH SWT sering menukarganti jenis manusia monyet ini dari satu versi kepada suatu versi yang lain. Sesuai dengan sifat ALLAH SWT, iaitu sifat berkehendak (Iradat).

Samada manusia monyet ini mempunyai akal atau tidak, tiadalah aku pasti. Tetapi aku hanya beranggappan bahawa manusia monyet ini mempunyai akal yang kurang daripada manusia. Tetapi kehidupan sosial mereka adalah sangat mirip dengan keadaan perantaraan iaitu antara separa-binatang dan separa-manusia.

Kemungkinan besar kaum manusia monyet ini juga diseru oleh ALLAH SWT agar beriman kepadaNya. Punca kenapa manusia-monyet ini lenyap dan pupus dimuka bumi ini adalah kerana keingkaran mereka terhadap ALLAH SWT dan sering berbuat kerosakan di muka bumi ini sesuai dengan Firman ALLAH SWT yang mafhumnya:

Apabila sesuatu kaum itu ingkar dan menolak sesuatu kebenaran serta sering melakukan kerosakan, maka Allah akan melaknatinya, menghancurkan dan melenyapkannya dan menggantikannya dengan bangsa yang baharu.
dalam konteks ayat tersebut, ramai antara Ulamak yang memaksudkan kaum tersebut adalah terdiri drpd kaum spt Tsamud, kaum A'ad, kaum Sodom, kaum Nuh (banjir), kaum Atlantis dan Pompeii. Tetapi bagi aku, ayat tersebut mungkin memberi pengertian dan maksud yang lebih luas lagi supaya manusia dapat berfikir bahawa kuasa Allah SWT itu tiada terbatas. Bersesuaian dengan firman Allah SWT yang berbunyi

"Sesungguhnya Ilmu Allah itu tidak terbatas dan Allah mengetahui apa yang samar-samar bagi kita (tiada ketahui)"

Hujjah paling kuat sekali yang membuatkan aku terfikir akan kewujudan manusia-monyet ini sesuai dgn Firman ALLAH SWT yang mafhumNya:

"Dan apabila Allah SWT menyatakan hendak menjadikan manusia daripada tanah, maka para Malaikat berkata, Tidakkah dengan kejadian manusia, dunia akan rusak dan bakal diwarnai dengan pertumpahan darah ???.

Nah! Di sini jelas seolah-olah para Malaikat yang merupakan Kerajaan Allah, telahpun mengetahui akan sifat-sifat manusia itu yang mungkin mempunyai persamaan dengan versi manusia yang terdahulu daripadanya yang juga gemar dengan peperangan dan berkecenderungan melakukan pertumpahan darah dan kerosakan di dunia ini.

Kemusnahan Manusia Monyet
----------------------------------

Pakar arkeologi dan saintis mentafsirkan bahawa iklim dunia pada zaman dahulu berubah-ubah begitu juga dengan kedudukan peta geografi. Sebab itulah wujudnya era seperti zaman
pra cambrian, paleothic, zaman ais-batu, zaman mamalia, zaman reptilia dan berbagai jenis zaman lagi di mana kesemua zaman tersebut adalah zaman sebelum kejadian versi manusia daripada ADAM AS.

dan pada masa itulah beberapa versi manusia monyet itu menetap dan tinggal di muka bumi ini. dan pada setiap akhir era/zaman apabila manusia monyet itu enggan beriman kepada ALLAH SWT dan peperangan, kemusnahan sering terjadi di sana sini, maka ALLAH SWT bertindak memusnah dan menghapuskan manusia monyet tersebut dan menggantikan mereka dengan versi manusia monyet yang baru dengan fenomena alam seperti pertukaran musim dan berlakunya perubahan iklim dan suhu di bumi ini yang menyebabkan kemusnahan besar-besaran alam di waktu itu.

Yang mana ini semua adalah sebagai malapetaka dan petunjuk daripada Allah kepada manusia yang beriman seperti kita bahawa Allah bukan sahaja bersifat Penyayang (The Merciful) bahkan Allah juga mempunyai sifat Pemusnah (The Destructor). Maka Berwaspadalah!

Kesimpulannya di sini, Islam tiada pernah menolak teori sains. Bahkan sains juga tiada pernah menolak Islam. Hanya manusialah jua yang tiada mengerti.

Wallahualam

Labels: ,

..

Friday, February 29, 2008

Persoalan Global: Siapa Menang ?


elhias 1: Kali ini menyaksikan pra-juara-menanti (Mc Cain) vs Mr. Barrack Obama

Jika ada sesiapa menyuruh aku teka siapa bakal menjadi presiden AS selepas Bush? Tanpa berfikir panjang lagi, aku akan menjawab, the other 'chimpanzee' lagi iaitu drpd partai yang sama dalam kepompong Bush.

Maknanya di sini, bukan aku menidakkan kredibiliti Barrack, atau harapan rakyat berbilang bangsa di AS, tetapi senario, permainan dan politiking antarabangsa seolah-olah tiada jua membenarkan selain daripada kultus-kultus konservatif bagi menerajui AS bagi melunaskan tuntutan2 puak mereka yang masih tertangguh.

Abad atau dekad ini, aku melihat sebagai suatu jangkamasa yang lebih memihak kepada mereka dan tiadalah jua sesiapa yang mengetahui bilakah jangkamasa itu akan beralih kepada pihak lawan. Dari aspek nilai2 persejarahan, jika dikaji dalam2, senario keagungan politik di zaman roman juga mengambil suatu jangka waktu yang agak lama sebelum mereka jatuh diganyang oleh seteru mereka. Apatah lagi, kegemilangan empayar-rom moden kini yang berkiblat di Amerika Utara dan Barat Eropah yang baru berumur tidak lebih daripada 200 tahun. (Sedangkan Empayar Rom Barat memerlukan masa lebih daripada 500 tahun baru mereka tumbang).


elhias 2: gajah lawan kaldai. hehe.. secara amnya siapa menang?


Yang paling ketaranya adalah, parti Republikanlah yang aku lihat sebagai sebuah parti yang mendokong cita2 seperti zaman perluasan-kuasa empayar Rom. Yakni selepas 50 tahun kemangkatan Yejus mereka. Walaubagaimanapun, peluang untuk parti demokrat untuk memerintah kali ini mungkin agak tipis. Jika parti Demokrat menang sekalipun, sudah pasti parti tersebut harus jua mendokong cita-cita para pamalu-kapitalis, imperialis untuk menjamin survival mereka semasa mereka memegang kuasa.

Polisi, agenda dan doktrin mereka , tetapkan sama. Tetapi hanyalah pertukaran pucuk pimpinan yang berlainan parti. Itu saja.

==============================

he.he..

Bagaimana Mr. Barrack boleh menewaskan Mrs. Clinton? he.he.. Aku akan menjawab, itu hanya gimmick politik sahaja. Untuk mengangkat ke-agongan Amerika sebagai suatu negara yang bergelar jaguh-demokratik. Maknanya di sini, siapa-siapa saja boleh memerintah Amerika. Tiada mengira asal keturunan, etcnicity dan warna kulit. Kecuali jangan sampai perbezaan ideologi (spt komunis dan Islam sahaja) pula yang memerintah.

Walaubagaimanapun, di sini seolah-olah ada suatu kuasa yang mengangkat agar Obama berjaya menentang Clinton. Supaya apabila pemilihan presiden nanti, kelihatan suatu drama yang agak kontras. Iaitu Obama vs McCain. Hitam vs Putih.


elhias 3: Dari political-gimmick, aku melihat Mc Cain seperti juara-menanti, Sir- Evander-Holyfield menunggu kedatangan Mike Tyson dalam gelanggang gusti di suatu waktu dahulu yang akhirnya kemenangan berpihak keseluruhannya ke atas Holyfield. Walaubgaimanapun kemenangan itu tidak glamour dan popular.



Di situlah kita akan tahu jua, the true-color dan isi hati sebenar keseluruhan penduduk Amerika tentang siapakah yang mereka julang sebagai peneraju mereka nanti. Sudah pastilah pemalu-pemalu neo-con dan pihat2 kultus konservatif menggunakan (by all means) kudrat yang mereka ada untuk menjamin keutuhan dan kepompong mereka daripada pecah.

Misi Afghanistan dan Iraq masih jauh dari tamat.

Walaubagaimanapun jika tekaan aku meleset. Anggap ia sebagai 'immature-prediction' atau suatu congakan dari suatu sudut pemikiran-negatif yang tidak-sehat.

Yang akupun berharap agar tekaan aku itu adalah tidak benar. kerna mempunyai pemikiran yang negatif, bukanlah jua satu keseronokan yang abadi.

he.he.he.

sekian, terima kasih.

Labels: , ,

..

Wednesday, January 16, 2008

Persoalan Dunia: Wajarkah Menyerang Iran?





Sudah puas aku tunggu2 apakah kesudahan episod pertelagahan antara Iran dan US dalam perkembangan ketenteraan mereka di Timur Tengah.

Bermula dengan kecaman tentera US terhadap IRAN yang mengatakan terdapat pengawal pantai Iran yang bertindak untuk mengebom kapal laut mereka.

Sehingga sekarang permasalahan tentang pertuduhan demi pertuduhan tentera US terhadap aktiviti2 melatih pejuang2 Iraq oleh tentera Iran masih lagi terjadi.

persaluran wang dan senjata dari Iran ke Iraq, yang itulah yang menjadi tandatanya bagiku. Sudah semestinya tentera US mempunyai satelit untuk memantau aktiviti2 tersebut tetapi satelit itu nampaknya kurang berfungsi dlm memberi gambaran yang sebenar.

Jika ada sudah tentu gambar aktiviti2 itu akan diletakkan di dada2 akhbar resmi US.

Mungkin ia hanya helah, untuk US mengumpul mata dan point sebelum mereka bertindak ke atas Iran sepertimana yang terjadi ke atas Iraq dahulu.

Bagi aku pula,

Permasalahan US kali ini agak payah kerana Iran adalah negara yang kurang mempunyai musuh luaran. Jika adapun, Israel. Itupun Israel sedang dikekang pergerakannya oleh militan Hezbollah.

Musuh dalaman Iran juga agak kurang. Pemberontakan puak Kurdish-iran dan puak penentang dalaman pun seolah-olah tidak berfungsi dengan baiknya.

Kali ini advantage bagi Iran kerana mempunyai masa untuk membangunkan ketentaraan mereka. Rakyat mereka juga jauh lebih ramai daripada Iraq di samping kedudukan strategik dan mempunyai geografi yang luas.


Walaubagaimanapun hari-hari sebelum tentera US melakukan serangan ke atas Iran MUNGKIN BOLEH dikira bermula pada hari ini. (itupun jika ada peluang terjadi)

1. Headline 1

Labels: , , ,

..

Tuesday, January 01, 2008

Persoalan Antarabangsa: Osama Bin Laden Mati diBunuh ?


elhias: wawancara mengenai pembunuhan Bin Laden antara David Frost dan Arwah el-Bhutto

Lebih 2 Bulan yang lalu, satu wawancara di adakan antara Arwah el-Bhutto dan David Frost.

Salah satu pernyataan daripada el-Bhutto semasa wawancara tersebut adalah tentang pembongkaran pembunuhan Osama Bin Laden yang menjadi kegemparan umat manusia di tangan seorang pengganas antarabangsa iaitu shaykh Omer (bukan Mullah Omar of Taliban). Pembunuhan itu terjadi pada Dec 2001.

Omer adalah seorang perisik Pakistan yang bergerak bebas dalam lingkungan inner circle of Pakistani Police, Puak Taliban dan Al-Qaeda. Omer juga dikatakan sebagai manusia yang bertanggungjawab membunuh pemberita majalah antarabangsa yang berketurunan Yahudi iaitu David Pearl dari Amerika Syarikat. (wartawan disembelih dalam video)


Motif dan sebab-musabab pembunuhan tiadalah aku ketahui. dan terdapat banyak tanda tanya dan misteri di sebalik pembunuhan itu. Adakah Omer telah digunakan oleh CIA untuk mengotori imej Islam ? Adakah pembunuhan el-Bhutto mempunyai kaitan dengan pembongkaran pembunuhan El-Osama bin Laden ?

Aku sangat keliru sebenarnya. Ada sesiapa yang mahu menyatakan teorinya sendiri ?

jika sudi, silakan ya.

Apa-apapun clip atau footage video ini agak kurang popular dan diharamkan untuk diulangtayang dalam mainstream news/berita.

wallahua'lam

he..he.he.

Labels: , , ,

..

Friday, December 28, 2007

Persoalan Antarabangsa: Hidup dan Matinya "Seorang Lagi" Bhutto Sesuatu yang Menyusahkan Ummah?


elhias (dlm kenangan): el-arwah memikirkan Barang Yang lepas jangan dikenang. Kali ni, memang tidak boleh dikenang.

he..he...

Aku mensifatkan bahawa Kematian el-butoh bukannya suatu perbuatan kejam daripada pihak pro-taliban atau Al-Qaeda (Al-Qaeda sebenarnya tiada wujud hanya polemik dan propaganda US sahaja) sebaliknya aku menyalahkan El-Butoh dan keluarga mereka sendiri.

Itulah kesilapan El-Butoh yang telah aku perhatikan sejak dahulu lagi. Dari dulu lagi aku telah merasai kesilapan El-Butoh semasa beliau terlalu tamak untuk berkempen-semula setelah beliau dibuang kerana pentadbiran beliau yang dahulunya penuh dengan manipulasi dan korupsi Sila lihat dalam entri ku yang lepas yang bertajuk "Barang yang telah dibuang jangan dikenang."

Kematian El-Butoh tiada juga disukai dan disenangi oleh aku kerna bagiku kematian beliau juga pasti menyusahkan masyarakat Islam di Pakistan itu sendiri. Kehidupan El-Butoh pernah menyusahkan rakyat Pakistan pada ketika dahulu dan kali ini kematian El-Butoh juga menyusahkan dan kemungkinan mengundang kemusnahan ummat Islam di Pakistan itu sendiri.

El-Butoh bagiku, tiada lebih hanyalah sebagai alat yang dimanipulasikan oleh pihak Barat dan zionis Amerika setelah monyet-simpanan mereka iaitu Ex-General Pervez Musharaff dianggap tiada boleh berbuat apa2 untuk mengekang aktiviti2 militan Pro-Taliban di sempadan Pakistan dan Afghanistan.

Sesungguhnya sikap berpaling-tadah el-Butoh terhadap pro-taliban haruslah jangan dipandang ringan sementalahan beliau tiada memperoleh apa-apa back-up atau sokongan daripada pihak kerajaan semasa berkempen bagi menumpaskan si-monyet, Pervez Musharaff yang "baru belajar" bertatih untuk menjadi seorang diktator Pakistan yang digeruni.

Dalam hal ini, nampak sangat beliau memang diperkudakan oleh Pihak Barat. Sesungguhnya kebodohan beliau (w/p cerdik) memang tidak dapat dimaafkan oleh masyarakat Islam. Kematian beliau sebenarnya telah lama dirancang.

Terdapat 3 Kemungkinan besar di sini iaitu:

1. Kematian beliau didalangi oleh pihak zionis dan neocon. Prinsip yang digunakan oleh mereka (pihak zionis dan barat) adalah 'divide and conquer'. Perpecahan dan pertelagahan ummat Islam di situ dilihat sebagai aset bagi syarat kemasukan suara barat di situ. Lebih2 lagi pertelagahan ke atas pembunuhan seorang wanita yang menyuarakan kebebasan dan memperjuangkan demokrasi ala-barat.


2. Pembunuhan yang didalangi oleh Musharaf sendiri yang tidak senang dengan populariti el-butoh yang agak 'naik-mendadak' dan mungkin dapat menggugat kedudukan beliau sebagai presiden seumur hidup Pakistan. Dihapuskan terus el-butoh kerana sememangnya Musharaf dalam kapasiti yang agak terdesak, cemas dan sakit hati pada masa itu. Untuk melepaskan diri, militan pro-Islam dan pro-Taliban pula yang disalahkan oleh beliau. Yang sebenarnya kepopulariti el-Butoh adalah hasil daripada provokasi media-massa pihak barat yang sengaja mengwar-warkan elButoh. El-Butoh sebenarnya tiadalah hebat sangat. Nampaknya umpan atau 'pawn' mereka dah pun mengena. Pembunuhan tersebut dilihat sebagai kesilapan langkah yang diambil oleh Musharaf. he..he..

3. Pembunuhan yang didalangi oleh pro-Taliban sendiri.
Secara peribadi, terlalu sukar bagiku untuk mempercayai kemungkinan ini. Sungguh tiada mungkin.

Selalunya sikap pro-Taliban ini agak gentlemen. Mereka akan terus mengaku bertanggungjawab jika pembunuhan tersebut memang didalangi oleh mereka sendiri. Jika tiada sebarang pengakuan dibuat, maka amat berat bagiku untuk mempercayai tuduhan2 pihak barat ke atas militan yang pro kepada perjuangan Islam ini. Apa2 pun yang peliknya belumpun 6 jam pembunuhan itu berlalu dan belum ada apa2 siasatan rapi dijalankan, pihak media antarabangsa seperti FOXnews, CNN telahpun mengesahkan bahawa Taliban yang merancang pembunuhan ini. Yang peliknya jika tentera2 Amerika di Iraq diserang dan dibunuh oleh puak Insurgent, bukan main susah lagi mereka mengeluarkan sebarang kenyataan. Tunggu sehingga siasatan penuh dijalankan barulah kenyataan dikeluarkan. Kadang2 sehingga 3 hari barulah serangan yang didalangi oleh pihak insurgent Iraq disahkan oleh pihak media Amerika.

Itupun banyak yang disangkal dengan mengatakan bahawa kematian tentera Amerika di Iraq adalah disebabkan technical-failure, friendly-fire, accident dan sebagainya.


===============


Dari segi sejarah, Pihak Barat telah lama memerhatikan potensi ketenteraan Pakistan yang telah lama mempunyai loji/reaktor nuklear mereka sendiri. Mereka (pihak zionis dan Barat) amat berharap agar kepimpinan Pakistan hendaklah terus di bawah jari telunjuk Barat dan sebarang kepimpinan yang lemah haruslah disingkirkan daripada Pakistan bagi mengelakkan senjata pemusnah besar itu jatuh ke tangan pihak radikal yang pro-Taliban.

Apa yang ditakuti adalah, serkap jarang dan kejahilan pihak barat yang amat gusar dan takut dengan bayang-bayang sendiri, jika Pakistan dapat membantu Iran dalam membangunkan teknologi nuklear di Iran demi agama Islam itu sendiri (walaupun setakat ini belum ada pembuktian yang kukuh tentang persepakatan antara Pakistan dan Iran bagi kerjasama teknologi nuklear dalam bidang ketenteraan. Hanya tuduhan liar yang tidak berasas sahaja).

Sesungguhnya, kali ini aku melihat pihak Barat sedang cuba mengKARZAIkan Pakistan setelah Hamid-Karzai di Afghanistan telahpun di-baghal-kan sebelum tumbangnya Taliban di Afghanistan sejak tahun Dec 2001 lagi. Kedua-dua ungka dan baghal itu nampaknya memang sengaja mengundang zionis untuk bertakhta di negara mereka. Kerugian dan kemusnahan nampaknya pasti ditanggung oleh ummat Islam yang tiada berdosa.

Jerat dan umpan maut zionis, neocon-Amerika sudahpun mengena. Sungguh cilaka nasib ummat Islam di Pakistan pada kali ini di atas kejahilan dan kebodohan pemimpin dan sesetengah pembangkang mereka sendiri.

=============

Apalah salahnya jika Puan el-Butoh duduk diam-diam di negara2 sejuk sambil menikmati pemandangan yang indah2 di sana sambil menjadi isteri, babu-kepada suami dan ibu yang baik. Be a nice housewife and mom. Kuch-kuch Hota hai...Kan lebih elok?

Biarkanlah saja si-Nawaz Sharif dengan syok-sendiri beliau untuk mengetuai kempen pilihanraya Januari 2008 ini.

Secara peribadi, Sungguh elok dan afdal bagiku jika Pakistan hanya terbagi kepada dua sahaja iaitu,

1. Pervez Musharaf dengan sifat keanjingan yang tunduk kepada Amerika
2. pro-Taliban

Maka pergolakan tidaklah sekompleks mana. Hendak bersatu, itu tiada mungkin. Sementara itu konflik antara Sunnah dan Syiah masih lagi belum reda di Pakistan.

...
...
...

hmmmmm....Nasik pun dah jadi bubur. Silap2 jadi air.

Nampaknya pergolakan peperangan, rusuhan ( death, chaos and mayhem) TIDAK DAPAT DI ELAKKAN lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

sila lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

he.he.he...



hint 1
===

1. Sebarang spekulasi daripada pihak Barat tentang siapa yang mendalangi pembunuhan benazir Buttho jangan dipercayai. Itu hanyalah propaganda Barat sahaja yang cuba-sedaya upaya untuk mengotori imej Islam di mata dunia. Apa yang Barat hendak, adalah kebolehan untuk campurtangan sepenuhnya dalam urusan dan pentadbiran sulit Pakistan dan menjadikan Pakistan seperti Afghanistan yang dipimpin oleh si-boneka Karzai (dayus)




Apa-apapun jika Benazir masih seorang Muslimah, terimalah Al-Fatihah. Sesungguhnya Allah S.W.T jualah maha pengampun dan Maha Pembalas. Amiinnn....ya rabbal Alamin..

Labels: , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker