..

Saturday, March 22, 2008

Permasalahan Pantai Buruk : Keunggulan si-Kepala Najis dan Pencacai iMENO



el-Nyemak : Dulu lambang ini boleh dikatakan sebagai penyelamat golongan Nasionalisme. Tetapi pada hari ini ku lihat lambang ini tidak ubah seperti Lambang yang Mengungguli si-Kepala Najis, dan Pencacai-Pencacai Negara. Chittt!!!! Porah!!!!!



Dalam iMENO, kebangsatan seseorang itu dijulang berdasarkan kebesaran 'kepala-najis' yang sarat dikendung olehnya. Lagi besar kepala najis yg dikendung oleh seseorang itu, maka lagi besarlah tabik hormat yang diberikan kepadanya.

Maka dengan sebab itulah, tidak hairan orangramai memperkatakan bahawa hampir keseluruhan DUN di Terengganu masih menyokong Maha-Tongga Sir Idris Jusoh-II supaya menjadi MB.

Namun begitu, aku mempunyai persepsi aku sendiri.

Layak sungguh aku berkata bahawa Kemenangan iMENO di Terengganu adalah suatu kemenenangan HARAM puak-puak iMENO yang abadi.

Kemungkinan besar, YAB MB Mahatongga, Sir Idris Juson II lah yang mempelopori kemenangan Haram bte Najis iMENO tersebut.

DUN2 iMENO di Terengganu diibaratkan sebagai anak-anak najis. dan ketua mereka si-MAHATONGGA adalah kepala-najis.

Memang sah! anak-anak najis amat takut jika mereka kehilangan kepala dan bapa najis kesayangan mereka. Tiada lagi Monsoon-cup, katanya.

Jika si-kepala najis itu boleh berbahasa "I" dan "You" kepada sultan, ini secara otomatik bahawa si-kepala najis tersebut secara tidak sengaja telahpun mengisytiharkan dirinya setaraf dan kemungkinan jauh lebih atas dari Raja.

Tepat sekali dengan pepatah Melayu yang berbunyi

"Be-Rajakan di-Mata, ber-Sultankan di Hati"

Mengikut suatu fakta, orang yang mempunyai kriteria seperti ini adalah suatu contoh manusia yang selalu membuat khianat

dan

Mengikut suara ghaib dari Alam Roh pendekar-pendekar iMENO yang telah dulu pergi meninggalkan anak-anak najis iMENO,



Si-Pengkhianat ini HARUS DI-BUNUH!!!

Sebab itulah bangsa-bangsa Melayu yang masih khayal menghidu wap-wap kelazatan aroma babi bin khindzir di Melaka masih lagi meratapi pendekar kesayangan mereka.

Hidup Ghafar Baba!!! 3x

dan.. Jadilah mereka anak-anak Najis dan kuli-Pencacai iMENO Dulu, Kini dan Selama-lama-lamanya...............



el-Nyemak: Si-Tongga: Mulut Mau Manisss. Hati Mau Busukkkk!!!! Politikk!!!!

Labels: , , , , ,

..

Wednesday, February 13, 2008

Persoalan Kerajaan Malaysia: Ikhlaskah Kerajaan Kita ?


Elhias: Bangunan LTAT tersergam indah di Kuala Lumpur

Sumber Rujukan: Najib umum dividen LTAT 16 peratus

he..he..

entahlah. Sebenarnya aku tak suka kalau orang lain mengatakan aku tidak patriotik. atau pembelot bangsa mahupun negara. atau seseorang yang dengki mahupun iri-hati.

Bagiku dividen 16% ke atas LTAT dan 7% ke atas pencarum simpanan Lembaga Tabung Haji bukanlah sesuatu yang sa-dikit. Malah banyak jua.

Fenomena ini amatlah jelas semasa demam pilihanraya, harta (yang dikatakan harta-kerajaan) semuanya dilimpahkan ke atas rakyat, demi kesenangan dan kesejahteraan rakyat hakiki (kononnya) dan kebanyakan rakyat-Melayu sebenarnya buta dan gagal menghidu taktik-kotor parti pemerintah.

he..he..

Nampak sangat suatu 'trick' tentang dividen 16% ke atas pencarum LTAT. Sebenarnya apalah sangat jasa kerajaan ke atas pencarum tersebut, kerana keseluruhan bilangan anggota tentera di Malaysia yang diwajibkan mencarum di bawah skim itu berapa kerat sangat. Lagipun gaji anggota tentera Malaysia adalah MAHA-SECIPUT. Maka berapalah sangat (anggota yang bukan-pegawai) mencarum di dalam LTAT tersebut jika nak dibandingkan dengan mereka yang mencarum di bawah KWSP.

Sebenarnya 16, 17, 18 peratus itu hanyalah figure sahaja. Dan tidak mustahil, figure tersebut boleh ditarik balik pada bila2 masa sahaja apabila kerajaan menang besar dalam pilihanraya nanti secara TIDAK-DIRECT atau TIDAK-LANGSUNG melalui kenaikan harga petrol, tol, barangan dll lagi.

Yang aku nampak, he.he..he.. seoalah2 suatu bujukan desperado kerajaan terhadap individu tentera supaya tiada perlu mengundi untuk pilihanraya kali ini, dan sebaliknya hak individu tentera terbabit akan diberi kepada sokongan kerajaan melalui undi pos.

Maknanya di sini, jika terdapat 130 ribu orang anggota tentera maka, 130 ribu orang itulah yang bakal menjadi pengundi-POS yang mana kesemua sekali secara otomatik menyokong parti pemerintah.

Maaf jika aku tersilap, kerana aku terlalu mudah untuk melakukan serkap jarang, sebab bagiku ia seolah-olah suatu permainan dan juga suatu hobi bagi seseorang yang berfikiran negatif spt aku ini. he.he.he.. Sesungguhnya aku ada hak untuk itu.

dan lagi satu...

Apalah kiranya jika 16% tersebut dibuka untuk pencarum seperti aku dan juga kalian semua yang rata-rata adalah kakitangan Awam yang tersohor...
Buka semula suatu skim baru dalam Bank-Rakyat (atau institusi yang seumpamanya itu) utk membolehkan kami semua menerima faedah 16% peratus dengan format terbaru iaitu caruman tanpa-had yang mana suatu skim terdahulu diketahui telahpun ditutup buat selama-lamanya....

ada berani ? ada ikhlas ?
ada mampu ? <----- he..he..he.

Labels: , , , ,

..

Friday, November 02, 2007

Persoalan Minda: Susu Dapat Membenteras Korupsi ? (Teori 1)


elhias: Berbekalkan teknologi yang canggih dan daya keintelektualan yg tinggi, barat telah dapat menghasilkan mutasi gen ke atas seorang lelaki yang dapat menghasilkan susu-tetek (via genetic engineering). Dengan ini kebergantungan hidup dengan lembu dan masalah kekurangan bekalan dapat dikurangkan jika peperangan besar-besaran berlaku.



Ramai juga yang tertanya2 denganku apakah pertalian antara susu dan korupsi? Secara direct, memang ia tiada mempunyai pertalian apa-apa. (he.he.he..) yang sebenarnya korupsi mempunyai perkaitan secara direct dengan mentaliti dan daya pemikiran seseorang itu atau sesuatu bangsa. Bangsa yang mempunyai daya mentaliti dan keintelektualan yang tinggi selalunya jauh sekali untuk terlibat dengan korupsi. Kerana korupsi ini, secara logiknya adalah suatu perbuatan yang difikirkan amat bangsat dan terhina, juga melanggar norma-norma kehidupan manusia di samping boleh dilabelkan sebagai pengkhianat pada level tertinggi duniawi.

Manusia-manusia yang mempunyai keintelektualan yang tinggi, sesungguhnya mempunyai kapasiti pemikiran yang bernas lagi unik berpadu memupuk keanjalan pemikiran mencorak kreatif. Individu yang kreatif adalah tergolong dalam golongan yang cemerlang. Terdapat sesetengah golongan yang cemerlang, ada antara mereka yang berfikiran genius. Mereka yang genius ini selalunya lebih cenderung menumpu dan memikirkan sesuatu yang dapat membantu memudahkan kehidupan manusia-manusia yang lain dengan ciptaan terbaru mereka di samping
memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada bangsa mereka sendiri.




Sesungguhnya kajian saintifik telah membuktikan bahawa susu amat baik bagi pertumbuhan kecerdasan minda dan otak. Justeru itu, secara tidak langsung ia dapat memupuk daya kreativiti yang cemerlang terhadap pertumbuhan minda individu itu. Dan pembangunan masyarakat yg menyeluruh bagi skalar yang lebih besar. Masyarakat yang kreatif adalah amat cemerlang dalam kehidupannya dan secara tidak langsung ia dapat menghindarkan
diri daripada gejala2 yang tidak sihat, contohnya perbuatan menyeleweng dan korupsi. Ini adalah kerana masyarakat yg kreatif tersebut dapat melahirkan idea2 kreatif yang bernas untuk menjamin kecemerlangan hidup mereka. Jika mereka bekerja di sektor2 awam/mahupun swasta, biasanya mereka tidak berfikir untuk kaya atau untung cepat dengan melakukan korupsi. Sebaliknya mereka lebih gemar memikirkan bagaimana untuk melipatgandakan produktiviti.

Terdapat sesetengah dari kita ada mengatakan bahawa, bangsa Melayu pada umur dewasa terutama yang duduk di kawasan luar-bandar terlalu kurang konsum susu berbanding dengan mereka yang duduk di bandar. Ada sesetengah daripada mereka (Melayu) berasa jijik dan malu meminum susu dikhalayak ramai kerana perbuatan itu boleh disamakan dengan perbuatan budak kecil dan tidak matang.

Kalau nak fikir, betul la kot... he..he.he.

masih teringat semasa bersekolah dahulu, remaja2 Melayu sudah tidak minum susu dan jijik dengan perbuatan minum susu. Di asrama, sesiapa yang mempunyai susu dalam almari masing2 akan dilabelkan sebagai budak manja dan berhingus dan seterusnya akan disisihkan daripada komuniti. Dan ada antara mereka (jumlah yang kecil) diejek dan dihina kerana menyimpan dan meminum susu tersebut. Minda remaja2 Melayu tersebut lebih cenderung kepada meminum teh/kopi dan menghisap rokok pada kadar yang banyak supaya kelihatan lebih brutal. Bukannya apa, ini mungkin disebabkan pengaruh Hollywood seperti RAMBO lakonan Sylvester Stallone. (Padahal Rambo mendapatkan susu dan telur dalam kadar yang banyak sehari-harian untuk membentuk muscle dan ototnya)

Untuk membuktikan teori aku itu, mari kita lihat perbandingan negara-negara yang penduduknya mengamalkan tabiat meminum susu dengan negara2 yang kurang mengamalkan tabiat meminum susu dari segi INDEKS KORUPSI Antarabangsa (world CPI index)

sumber 1 Transparency world<---------- sila klik
sumber 2 wikipedia <---------- sila klik



List top 14 negara2 yg kurang mengamalkan korupsi ======================================


1. Finland (industri Tenusu)
2. Denmark (industri Tenusu)
3. New Zealand (industri Tenusu)
4. Sweden
5. Belanda/Switzerland (industri Tenusu)
6. Norway
7. Canada
8. Australia (industri tenusu)
9. United Kingdom
10. Austria
11. German
12. Japan
13. Ireland
14. France

KESIMPULAN
---------------

Daripada list tersebut, dapat dibuat kesimpulan secara tidak langsung bahawa, dengan mengamalkan tabiat meminum susu, ia dapat minimumkan pemikiran ke-arah KORUPSI, dalam masyarakat.

Sudah menjadi suatu fakta bahawa MAJORITI bangsa2 kulit putih hidup mengamalkan meminum susu, tidak kira sama ada pagi, petang dan malam. Yang paling lahanatnya tidak kira yang dewasa mahupun si-tua bangka pun tidak terlepas daripada meminum susu ini pada kadar yang melampau. Itulah yang aku peliknya.

Akibatnya orang kulitputih secara intelektual, kurang berfikir untuk dengki-mendengki sesama sendiri dalam sesuatu negara. Sebaliknya kedengkian dan perbuatan lahanat mereka lebih ditujukan kepada bangsa dan agama yang lain daripada mereka.




Yang menjadi persoalannya, terlalu ramai sebenarnya orang-orang Melayu di kampung2 yang bergantung hidup mereka dengan tembakau berbanding susu. Ini termasuk jua bergantung hidup dengan meminum teh dan kopi-o di mana kesemuanya MUNGKIN meninggalkan impak yang negatif bagi si-peminumnya.

Rasulullah SAW berserta nabi2 yang lain, dengar khabarnya pun menggalakkan ummatnya meminum susu-dan-madu. Walaubagaimanapun aku tidak berjaya untuk provide hadithnya. Sendiri cari laaa.


sekian, terima kasih.




elhias 2: Inilah akibatnya jika kurang meminum susu. sering bercakaran dan dengki mendengki antara satu sama lain. Korupsi dan pertelagahan sesama bangsa menjadi-jadi. Otak tengah gagal berfungsi untuk mengeluarkan hormon daya-berfikir tentang bahayanya penyelewengan dan rasuah serta impak kepada masyarakat khususnya masyarakat Melayu.
lihat: mata bundar kekuningan, berurat-urat memikirkan bagaimana untuk untung cepat tanpa usaha halal. Yang seorang lagi tu sedang bermimpi bagaimana untuk mengampu supaya jawatan dikekalkan sehingga ke hari kiamat. Imej paling kanan adalah idola sembahan bagi mereka yang mengamalkan korupsi dan pengkhianat bangsa.


Nota: 1. Susu dan Elhakim tiada sebarang kena-mengena. Elhakim provide theory. Jika terlihat Elhakim mengamalkan korupsi, itu adalah perkara biasa. Jangan salahkan dia.

2. Sori la Mat, hujjah mengenai Ketua-siasatan jenayah komersial yg difitnah oleh IGP/KPN (akibat police-civil-war) , tidak dapat aku terima kerana kedua-duanya memang towkey korup. (walaupun belum dibuktikan secara scientific). Bagi Ketua Polis Negara, Mungkin boleh rujuk pada bapanya. Keh..keh.keh.

Labels: , , , ,

..

Thursday, October 25, 2007

Permasalahan Bangsa: Antara Melayu, Sejarah, Realiti dan Takdir yang pahit





Pernah aku terbaca tulisan daripada orang Melayu itu sendiri tentang kegagalan, nasib malang, kebuduhan, serta kemalasan bangsa Melayu dalam segenap segi kehidupan. dan berbagai teori diterbitkan tentang punca penyakit dan perkara2 negatif ini berlaku. Bagi aku, kadang-kadang memang ada betulnya teori mereka itu. Kerana penulis-penulis itu menulis melalui pengalaman dan sesungguhnya mereka pun adalah orang2 Melayu juga.

Bangsa Cina juga ada penyakit seperti yang telah dinyatakan, tetapi di Malaysia, mereka tidak boleh dibuat sebagai kayu-ukur, kerana di Malaysia, mereka dilabelkan sebagai "handicapped". Ini bermakna bahawa pada asalnya mereka tiada mempunyai apa-apa advantage semasa nenek-moyang mereka sampai ke tanah-Melayu ini. Melayu pada masa itu dinobatkan sebagai Tuan-Tanah-Kedaung. Dari segi sejarah, bangsa-Melayu yang juga bangsa yang merantau daripada pelusuk Nusantara tetapi yang menjadi advantage bagi kita ialah, nenek-moyang kita telah lama berhijrah dan menetap di tanah Melayu ini. Oleh yang demikian, Melayu sememangnya pada waktu itu mempunyai 'advantage' berbanding dengan bangsa cina-pendatang.

setelah 100 tahun kemerdekaan Malaya, opps silap, maksud aku setelah 50 tahun kemerdekaan Malaysia, jika hendak dibandingkan antara kedua-dua bangsa tersebut, aku dapati kejayaan duniawi sebenarnya lebih mirip jatuh kepada bangsa Cina. Penguasaan mereka terhadap ekonomi jauh lebih tinggi daripada bangsa Melayu itu sendiri. dan sesungguhnya apa yang ditakuti adalah dengan penguasaan terhadap ekonomi ini, maka secara tidak langsung ia boleh menjurus kepada penguasaan mereka dalam bidang politik dan sosial di negara ini.

ada sesetengah teori mengatakan bahawa Melayu itu mundur kerana terlalu dimanjakan dan terlalu banyak disuap dengan wujudnya "HAK-KEISTIMEWAAN-ORANG MELAYU".

Walau apa-apa pun teori yang dibangkitkan, tetapi, sebenarnya aku masih tidak mahu menerima teori yang mengaitkan kemunduran Melayu di Malaysia dengan kewujudan HAK-KEISTIMEWAAN-ORANG MELAYU yang menyebabkan kemunduran bangsa-Melayu itu sendiri.
Ini adalah berlandaskan beberapa fakta mengikut logik fikiran aku.

Pada hakikatnya, Melayu yang merantau, bukan sahaja wujud di Malaysia, tetapi juga wujud di negara2 lain seperti
1. minoriti bangsa Melayu Champa
2. minoriti bangsa Melayu Kemboja
3. minoriti bangsa Melayu selatan Filipina
4. minoriti bangsa Melayu Cape-Town- Afrika Selatan
5. minoriti bangsa Melayu kepulauan Seychelles
6. minoriti bangsa Melayu kepulauan Cocos, Australia
7. minoriti bangsa Melayu di Selatan Thailand dan Singapura
7. minoriti bangsa Melayu di lain-lain tempat pelusuk dunia ini ( malas hendak dinyatakan)


tetapi jika dilihat dan dikaji-betul2 Kewujudan bangsa2 Melayu di tempat2 seperti yang dinyatakan adalah agak malap, un-popular, tiada dirasakan kewujudan mereka, tiada bersinar dan tidak menyerlah langsung dan kelihatan seperti hak-hak mereka seolah-olah dinafikan oleh pihak-pihak yang memerintah.

berbanding dengan masyarakat minoriti kaum cina yang mendapat pengiktirafan di seluruh pelusuk dunia seperti wujudnya China-Town di bandar2 besar pada kedudukan geografi yang amat strategik seperti
1. China-town di SOHO, London
2. China-town di Los-angeles, New York
3. dan banyak lagi di bandar2 Eropah yang lainnya (malas nak sebut)

Maka dengan ini, telah terbukti bahawa teori yang menyatakan kemunduran Melayu adalah disebabkan kerana wujudnya HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU adalah tidak benar dan Palsu belaka. Minoriti bangsa Melayu yang tersebar di seluruh pelusuk dunia tanpa mempunyai HAK-KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU pun nampaknya tidak menyerlah dan gagal bersaing dengan penduduk natif asal negara2 itu. Maka terus-terang aku nyatakan bahawa survival orang-Melayu sebenarnya bukan terletak pada Pelupusan Hak Keistimewaan tersebut.


===============================================

Ramai orang mengatakan bahawa faktor genetik memainkan peranan penting dalam menghasilkan karakter-trait generasi dan baka-baka seterusnya. Jika dalam Bahasa Pengaturcaraan C/C++ mahupun Java, elemen ini dipanggil sebagai "inheritance".
contohnya,

1. Ibu-bapa yang mempunyai IQ yang sangat rendah (below average) amat sukar untuk menghasilkan anak2 yang bijak pandai (cendekiawan)
2. bapa yang berbangsa Eropah selalunya akan memperoleh anak-kacukan yang cantik jika berkahwin dengan wanita Melayu (selalunya la...tak semuanya)
3. keturunan yang baik-baik selalunya menghasilkan generasi yang diberkati (konsep dalam Islam -- mengelakkan anak luar-nikah)

Di sini kita boleh kaitkan faktor genetik tentang persoalan Mengapa Bangsa Melayu itu amat susah hendak menjadi bangsa yang Unggul dan Mendominasikan segala-galanya di tanahair sendiri.

Oleh itu kita boleh relate faktor2 sejarah tentang hal ini. Kita boleh pergi ke bab-bab tentang asal-usul dan susur-galur bangsa Melayu ini, mengapa dan kenapa mereka merantau sehingga mereka sampai ke tanah Melayu ini.

Mengikut suatu fakta sejarah, perkataan Melayu/Malaya itu bermakna "bebas" (dalam bahasa Filipina), mengikut bahasa yang lain pula, Melayu itu bermakna "BEBAS dan MELARIKAN DIRI".

Term Melarikan-diri ini bermaksud melarikan diri kerana faktor kekalahan dan tidak bisa lagi menentang untuk mereka terus kekal wujud di tempat asal mereka. Maka dengan ini, boleh disimpulkan bahawa generasi Melayu yang terdahulu (nenek-moyang bangsa Melayu) yang sampai ke tanah Melayu dan melahirkan generasi sehingga ke hari ini adalah berasal daripada mereka yang telah GAGAL, KALAH, TUMPAS, KECUNDANG, LOSER dan berbagai-bagai lagi.

KALAH (loser) itu bermaksud
1. mereka yang KALAH dalam peperangan dan penentangan
2. mereka yang GAGAL dalam persaingan hidup
3. mereka yang PENAKUT untuk menentang
4. mereka yang DAYUS untuk mempertahankan sesuatu itu sehingga ke titisan darah yang terakhir
5. mereka yang tidak BERANI dalam serba-serbi di tanah air sendiri dan menjadi seorang yang loser seterusnya melarikan diri
6. mereka yang mencari kehidupan yang baru, kerana kehidupan yang lama amat menghimpit dan mereka KALAH untuk melawannya

Mengikut teori fakta-genetik, genetik-genetik yang bersifat kurang-elok akan menghasilkan baka-baka yang kurang-elok juga.

Kita ambil suatu contoh, bahawa pembukaan Melaka juga bertitik-tolak dengan suatu kisah tentang seorang anak-raja Jawa yang bernama Parameswara yang Kalah dan kecundang di tempat asal. Lantas melarikan diri ke Temasik, seterusnya membuka suatu petempatan baru yang dipanggil sebagai Melaka. (ini adalah fakta.)

Begitu juga tentang pelarian-pelarian Bugis yang melarikan diri ke tanah Melayu kerana petempatan-petempatan mereka di sepanjang selat Makasar telah diserang. Lantas mereka melarikan diri dan kebanyakan wira-wira, pahlawan, ketua2 dan prajurit-perajurit yang handal, bijak dan gagah berani ramai yang telah maut sebelum sempat mereka melahirkan baka-baka yang bagus.

Maka yang tinggal adalah mereka yang agak penakut, lemah, lurus-bendul yang mengambil kesempatan untuk mengembara dan berhijrah ke tanah Melayu ini.

============================================


Di sini kita boleh buat perbandingan, siapa lebih berani antara orang2 Melayu di Malaysia, atau penduduk tempat nenek-moyang, asal keturunan2 mereka di Indonesia ? Tidak perlu berfikir panjang, sejarah telah membuktikan bahawa:

1. Indonesia merdeka melalui pertumpahan darah dengan pihak penjajah
2. Malaya merdeka melalui rundingan dengan pihak penjajah (telur tersepit, masuk dalam. segala usul British terus diterima-pakai asalkan Meh-de-ka)

Maka kesimpulannya sebab itulah bangsa Melayu ini agak lemah secara relatif jika dibandingkan dengan pendatang-pendatang yang lain.

Kaum-kaum lain sebagai pendatang (cina dan india) adalah berketurunan mereka yang sebenar-benarnya mencari rezeki, duit, nafkah, harta. Sebab itulah mereka melahirkan keturunan yang berorientasikan mencari wang, wang, duit, duit, harta sehinggalah ke anak-cucu cicit mereka sekarang ini. Keturunan pencari duit akan menghasilkan baka yang gila mencari duit juga.

Kita pula ???? he..he.he... keturnan yang melarikan diri/loser/tumpas/kalah seperti kita, akan sentiasa menghasilkan baka-baka yang suka mengelak, penakut, takut untuk mengeluarkan hujjah, tiada berani tentang kebenaran, sehingga takut memaparkan kebenaran walaupun diblog.
Jika berpolitik, mengambil jalan mudah untuk kaya. ESCAPISM sering berlaku. short-cut sering berlaku tanpa adanya penentangan, perjuangan yang abadi oleh bangsa kita ini. he..he.he.

Akhir kalam, tulisan ini hanyalah andaian dan hipotesis ringkas semata-mata dan belum lagi disahihkan dengan pengkajian-pengkajian bersifat ilmiah mahupun dalam aspek-aspek scientific.

kah..kah..kah... (jangan marah naaa...)
uweeekk!!! :PPPPP

Labels: , , , ,

..

Sunday, October 07, 2007

Persoalan Bangsa Melayu: Tentang Jumlahnya


Maksud Gambar Hiasan: Wajah seorang Arwah. Gaya tulen seorang lelaki berbangsa Melayuwiyuun.

Ramai yang bertanyakan soalan padaku tentang berapakah jumlah bangsa Melayu dalam dunia ini? he...he...he..

Walaubagaimanapun,
Ada yang mengatakan lebih daripada 100 juta.
Ada yang mengatakan keseluruhan bangsa Nusantara (termasuk dalam kepulauan Indonesia dan Filipina) ini adalah bangsa Melayu. Oleh itu jumlahnya adalah melebihi 200 juta.

Apa-apapun, setahu aku, aku belum lagi menjustifikasikan bilangan anggaran bangsa Melayu ini yang sebenarnya. Yang aku tahu, bilangan Bangsa Melayu ini adalah tergolong dalam golongan kelas yang agak sa-dikit.

Walaubagaimanapun aku sangat tertarik dengan suatu artikel keluaran Wikipedia yang menyatakan jumlah anggaran yang sebenarnya tentang jumlah bangsa Melayu ini.

Source Reference : Wikipedia: Malays (Ethnic Group) <---sila klik

Bila difikir-fikir, aku dapat simpulkan bahawa jumlah bangsa kita ini rupa-rupanya lebih sa-dikit daripada jumlah bangsa Yahudi yang bertaburan di muka bumi ini.

Jumlah bangsa Yahudi adalah 18 juta orang
Jumlah bangsa Melayu adalah 24 juta orang


Di sini aku perlu mengakui bahawa sebenarnya bangsa Melayu ini memang mempunyai jumlah seramai 24 juta orang sahaja. (Mengikut bias aku dan telahan aku selama ini) Maka dengan ini, sudah jelas bagiku bahawa sa-benarnya orang Melayu ini bukanlah suatu bangsa yang ramai tetapi sebenarnya adalah tergolong dalam golongan bangsa-bangsa minoriti yang sa-dikit dalam dunia ini. Justeru itu, ia secara tidak langsung telahpun mensahihkan apa jua fakta aku tentang tanggapan aku terhadap bangsa Melayu ini dalam posting dan entri-entri aku yang lepas. he....he.he.. Siapa sebenarnya Melayu ini, Aku mentafsirkan bangsa Melayu adalah seperti berikut:


Sesiapa yang kelihatan seperti datangnya daripada rumpun mongoloid dan polynesia, yang melarikan diri daripada tempat asal mereka khususnya dari kepulauan Nusantara, dan bermastautin tetap
di tanah Melayu, berketurunan Melayu, berbahasa Melayu, dan mengamalkan adat-resam bangsa Melayu itu berserta pantang-larangnya juga kepercayaan dan keigamaannya--(el-Islam) maka orang itu adalah dinamakan sebagai bangsa Melayu. Dan ini termaktub dengan pembuktian jelas yang tertera pada kad-kad pengenalan bagi mereka yang mengakui bahawa mereka adalah bangsa Melayu dan telahpun disahkan memperoleh status bumiputra oleh kerajaan yang memerintah Tanah Melayu ini.

Maknanya di sini, jika seseorang itu mempunyai separuh daripada kualitas di atas maka orang itu boleh disahkan sebagai bangsa Melayu dengan bersyarat

1. wajahnya seseorang itu seperti rumpun mongoloid/polynesia/austronesia

Dan syarat seperti di atas adalah suatu kemestian.

Mengikut seorang pengkaji German, maksud berwajah seperti rumpun mongoloid yang diertikan sebagai Melayu adalah seperti berikut:

Blumenbach writes:

"Malay variety. Tawny-coloured; hair black, soft, curly, thick and plentiful; head moderately narrowed; forehead slightly swelling; nose full, rather wide, as it were diffuse, end thick; mouth large. upper jaw somewhat prominent with the parts of the face when seen in profile, sufficiently prominent and distinct from each other. This last variety includes the islanders of the Pacific Ocean, together with the inhabitants of the Marianne, the Philippine, the Molucca and the Sunda Islands, and of the Malayan peninsula.

I wish to call it the Malay, because the majority of the men of this variety, especially those who inhabit the Indian islands close to the Malacca peninsula, as well as the Sandwich, the Society, and the Friendly Islanders, and also the Malambi of Madagascar down to the inhabitants of Easter Island, use the Malay idiom "


bersambung...

Labels: , , , , ,

..

Thursday, October 04, 2007

Permasalahan Bangsa: Antara Cerdik, bijak memilih, Masa depan yang Kelabu dan TAKDIR




Sesungguhnya kadang2 terasa bersalah pula dalam hati jika aku menyalahkan hanya satu pihak jika sesuatu "onar" dan musibah itu terjadi. Kerna yang aku tahu, setiap masalah yang muncul mesti terdapat "cause and effect" yang terjadi di sebaliknya dalam ruang-lingkup yang dinamakan sebagai TAKDIR. Dan setiap sesuatu kesalahan itu bertaut rapat antara satu sama lain sehingga ia membentuk semakin besar dan ia menjadi semakin jelas dek pandangan mata kita. Untuk menyalahkan TAKDIR, itu tiada mungkin kerana ia bersalahan dengan apa yang dinamakan sebagai konsep iman dan ujian dalam igama itu sendiri.

Kes-kes seperti isu babi di Melaka, insiden berdarah Bt. Burok, Terengganu mahupun kes penculikan-rogol dan bunuh el-Nurin adalah antara sebahagian kecil kes yang diketahui umum.

Seperti isu babi di Melaka,

dalam Islam telahpun menggariskan panduan bagaimana untuk melantik seseorang itu menjadi pemimpin kita dan ia telahpun dijadikan sebagai nas el-naqli dan el-dalil yang terpampang jelas dalam El-Quran El-Qariiimmmm...

1. Janganlah melantik orang-orang Kafir, kufur , jahil (dlm igama) di kalangan kamu sebagai pemimpin-pemimpin kamu"

2. Janganlah melantik orang-orang yang FASIK, munafiq dan kurang beriman di kalangan kamu sebagai pemimpin-pemimpin kamu


3. Janganlah melantik perempuan sebagai pemimpin2 kamu...


he..he.he..

dan ia memang sudah jelas dan senantiasa di baca oleh ummat Islam sehari-harian.
=========================


Maksudnya di sini adalah, kita telahpun tahu bahawa Melaka itu adalah "kubu dan kubur" kuat partai apa. Boleh dikatakan bahawa Melaka adalah "die-Hard 4.0" bagi sesetengah partai politik di negara ini. Sesiapa yang bertanding atas tiket partai tersebut, hatta-waimma, monyet, berok, mawas dan kera sekalipun pasti calon itu akan menang. (bukan aku cakap, semua orang tahu ayat ini. dah jadi ayat common dan ayat lazim dah. free-and public-domain. sejak 1960)

Yang bersalahnya adalah orang-orang Melayu kita juga yang kebanyakannya suka melantik orang yang bukan Islam dan orang-yang-bukan Melayu sebagai pemimpin kita.

Contoh seperti pilihanraya kecil di kawasan seperti Ijok dan beberapa lagi kaw. di Semenanjung Malaysia sudah jelas menggambarkan tentang untung-nasib juga kebijaksanaan (bijak?he..he.) orang2 Melayu itu sendiri.

Yang peliknya calon bukan Melayu yang juga bukan Islam boleh bertakhta sebagai YB juga MP di kawasan Melayu walaupun terdapat calon Melayu yang beragama Islam, yang tahu tentang selok belok agama Islam yang bertanding pada masa tersebut.

he..he..he.. kalau hendak fikir, betapa bijaknya (bijak? he.he.) bangsa kita Melayu.

Sedangkan orang Melayu sendiri pun tidak tahu menjaga kepentingan Islam dan bangsa sendiri, bagaimana pula orang Kafir dan NON-MALAY diharapkan dapat tahu menjaga kepentingan agama Islam, kesensitivian dan maslahat bangsa Melayu kita itu sendiri.

Itulah.. betapa aneh dan peliknya corak pemikiran-ABSTRAK bangsa Melayu ini...
Jika mendalami dan diteliti baik-baik Mungkin corak pemikiran itu menyeru ke arah nawaitu yang berbunyi seperti berikut:

"Sahaja aku mengundi si-kafir ini, si-fulan anak-lelaki keada si-fulan, supaya dapat menjaga hak orang Melayu dan Agama Islam aku ini kerana bla...bla..bla....."

entahlah..

dah terang lagikan bersuluh, lagikan tak nampak?.

Pelik...aneh..hairan, ajaib!!!. betapa "rasional dan logiknya" cara kebanyakan Melayu-Islam di Malaysia berfikir. (he..he..)

dah berbuih dah...

nak kata IQ kita rendah marah...lepas tu merajuk...
nak kata jirim-putih kita kurang dalam otak, protest depan2, melenting konon
nak nasihat cara baik, ikut cakap orang tua2, sombong, tak nak dengar, besar kepala. masing2 dah pandai.
Nak pujuk pelan2, masing-masing dah berbulu atas bawah, besar panjang. tak nak dengar dah.

Bila timbul isu babi ni dan kena pada batang-hidung saudara dan kawan sendiri, haa... baru depa tauuuu...

Antara sifat bijak (bijak? he..he.), tipikal bangsa Melayu kita yang lain adalah

1. Tidak mahu ambil pusing segala yang terjadi disekeliling kita mahupun soal-politik. Mereka terus mentafsirkan bahawa politik itu tidak berguna dan sesuatu yang najis. Tapi bila keadaan tidak menyebelahi mereka, kehidupan mereka tersepit mengharapkan pertolongan, maka pada masa itulah mereka baru sedar betapa pentingnya kuasa dan politik tersebut. (lihat kes penyokong2 El-Anwar Ebrahim)

2. dah terantuk barukan nak terngadah.
3. entah.. malas aku nak tulis
4. entah.. malas aku nak tulis
5. entah... tak dapek den nak nolong haa.........suko ati ekau laaaaaa

wassalam...

Labels: , , , , , ,

..

Monday, September 17, 2007

Permasalahan Dewan Bahasa: Bahasa dan Usaha Peristilahan dan Memertabatkan Semula




Kerna aku ni terlalu bengap sangat sehingga susah hendak faham segala sesuatu mengenai bahasa dan perkataan, aku pergi meniliti sebuah kitab yang tebal yang dinamakan sebagai Kamus Dewan Bahasa Melayu - Bahasa Melayu di salah sebuah perpustakaan bergerak di sini.

Aku membelek-belek lembaran kamus yang bercetak perkataan2 Melayu di situ sambil menyumpah-nyumpah.

Aku mendapati bahawa terlalu banyak perkataan-perkataan Melayu yang sangat-sangat jarang dan kemungkinan besar tidak pernah ku temui.

dan Sesungguhnya tersangatlah berat dan tebal kamus itu.

Yang menjadi persoalan bagiku, sebenarnya perkataan Bahasa Melayu ini agak banyak dan kaya, tetapi masih lagi meminjam perkataan-perkataan dan peristilahan asing untuk menampung dan mengemaskini penggunaannya.

atau dalam ertikata lain yakni bahasa Melayu itu seakan-akan tiada pernah mati dan sering diperkembangkan dengan meminjam perkataan-serta istilah2 Bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Arab, Pakistan, India dan banyak lagi...

sehingga "roti" pun bukan daripada perkataan asli bahasa Melayu. Apatah lagi perkataan2 dan bahasa2 bombastik---jargon seperti

kognitif, relatif, tentatif, superlatif, deskriptif, dll...

Jika dilihat dari sudut lain, Bahasa Melayu ini sudah sangat pudar serinya dek terlalu banyak pinjam-pinjaman...

Takut juga bukan saja tanah melayu tergadai, Bahasa Melayu pun tergadai juga.. he..he.he.

Timbul juga suatu persoalan yang tak seberapa dalam hati aku ini iaitu.. mengapa tiada sebarang usaha dewasa ini untuk menjadikan perkataan-perkataan yang tidak digunakan di dalam kamus tersebut dibuat peristilahan-semula di mana sesetengahnya dulu berjaya diperkenalkan oleh sesetengah bekas pemimpin yang agak nyata dan praktikal juga dalam mengejar impian dan cita-citanya...

Anugerah memperkenalkan semula perkataan separa-pupus di bibir Melayu seperti
1. ceria,
2. anggun
3. dan canggih
pada tahun 1990 membuatkan daya merealisasikan memertabatkan bahasa Melayu ke tahap yang sebenar-benarnya Bahasa Kebangsaan hampir terlaksana....
dengan menjadikan bibir-bibir Melayu itu sangat akrab menyebut perkataan2 tersebut.

(bukannya perkataan GLOKAL (global+lokal). yang agak aneh dan sumbang kerana asalnya adalah gabungan dua perkataan asing. Siapa yang tergamak mengaku memperkenalkan/mencipta perkataan itu ? Sebagai bakal pemimpin, sudah habis dicarikah maksud seerti dalam Kamus Dewan tersebut bagi menghadkan kebanjiran perkataan asing untuk dipinjamkan kepada Bahasa Melayu ?)


===================
Timbul juga persoalan dalam hati terkadang, merangka ayat dalam BM ini mengambil masa yang agak lama semasa di zaman persekolah dahulu.

Ayat seperti di bawah ini kalau boleh mesti dielakkan kerna ditakuti menjadi cemuhan guru yang fanatik dalam penggunaan Bahasa Melayu walaupun dari segi konteks ayat seperti subjek dan predikatnya tidak menyalahi nahu serta tatabahasa itu sendiri.

1. Mereka mereka alat menenun tersebut (salah)

sehingga aku sanggup tukar kepada

1. Mereka mencipta alat menenun tersebut (betul. lega)

Adakah Bahasa Melayu ini miskin, atau kaya? bagiku itu adalah subjektif. Realitinya kena tanya pakar bahasa untuk mereka tentukan.

Bukan saja takdir, kadang-kadang ketololan dan kebangangan aku mengejar erti segala-galanya.

he...he..

Labels: , , , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker