..

Monday, September 17, 2007

Permasalahan Dewan Bahasa: Bahasa dan Usaha Peristilahan dan Memertabatkan Semula




Kerna aku ni terlalu bengap sangat sehingga susah hendak faham segala sesuatu mengenai bahasa dan perkataan, aku pergi meniliti sebuah kitab yang tebal yang dinamakan sebagai Kamus Dewan Bahasa Melayu - Bahasa Melayu di salah sebuah perpustakaan bergerak di sini.

Aku membelek-belek lembaran kamus yang bercetak perkataan2 Melayu di situ sambil menyumpah-nyumpah.

Aku mendapati bahawa terlalu banyak perkataan-perkataan Melayu yang sangat-sangat jarang dan kemungkinan besar tidak pernah ku temui.

dan Sesungguhnya tersangatlah berat dan tebal kamus itu.

Yang menjadi persoalan bagiku, sebenarnya perkataan Bahasa Melayu ini agak banyak dan kaya, tetapi masih lagi meminjam perkataan-perkataan dan peristilahan asing untuk menampung dan mengemaskini penggunaannya.

atau dalam ertikata lain yakni bahasa Melayu itu seakan-akan tiada pernah mati dan sering diperkembangkan dengan meminjam perkataan-serta istilah2 Bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Arab, Pakistan, India dan banyak lagi...

sehingga "roti" pun bukan daripada perkataan asli bahasa Melayu. Apatah lagi perkataan2 dan bahasa2 bombastik---jargon seperti

kognitif, relatif, tentatif, superlatif, deskriptif, dll...

Jika dilihat dari sudut lain, Bahasa Melayu ini sudah sangat pudar serinya dek terlalu banyak pinjam-pinjaman...

Takut juga bukan saja tanah melayu tergadai, Bahasa Melayu pun tergadai juga.. he..he.he.

Timbul juga suatu persoalan yang tak seberapa dalam hati aku ini iaitu.. mengapa tiada sebarang usaha dewasa ini untuk menjadikan perkataan-perkataan yang tidak digunakan di dalam kamus tersebut dibuat peristilahan-semula di mana sesetengahnya dulu berjaya diperkenalkan oleh sesetengah bekas pemimpin yang agak nyata dan praktikal juga dalam mengejar impian dan cita-citanya...

Anugerah memperkenalkan semula perkataan separa-pupus di bibir Melayu seperti
1. ceria,
2. anggun
3. dan canggih
pada tahun 1990 membuatkan daya merealisasikan memertabatkan bahasa Melayu ke tahap yang sebenar-benarnya Bahasa Kebangsaan hampir terlaksana....
dengan menjadikan bibir-bibir Melayu itu sangat akrab menyebut perkataan2 tersebut.

(bukannya perkataan GLOKAL (global+lokal). yang agak aneh dan sumbang kerana asalnya adalah gabungan dua perkataan asing. Siapa yang tergamak mengaku memperkenalkan/mencipta perkataan itu ? Sebagai bakal pemimpin, sudah habis dicarikah maksud seerti dalam Kamus Dewan tersebut bagi menghadkan kebanjiran perkataan asing untuk dipinjamkan kepada Bahasa Melayu ?)


===================
Timbul juga persoalan dalam hati terkadang, merangka ayat dalam BM ini mengambil masa yang agak lama semasa di zaman persekolah dahulu.

Ayat seperti di bawah ini kalau boleh mesti dielakkan kerna ditakuti menjadi cemuhan guru yang fanatik dalam penggunaan Bahasa Melayu walaupun dari segi konteks ayat seperti subjek dan predikatnya tidak menyalahi nahu serta tatabahasa itu sendiri.

1. Mereka mereka alat menenun tersebut (salah)

sehingga aku sanggup tukar kepada

1. Mereka mencipta alat menenun tersebut (betul. lega)

Adakah Bahasa Melayu ini miskin, atau kaya? bagiku itu adalah subjektif. Realitinya kena tanya pakar bahasa untuk mereka tentukan.

Bukan saja takdir, kadang-kadang ketololan dan kebangangan aku mengejar erti segala-galanya.

he...he..

Labels: , , , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker