..

Thursday, June 28, 2007

Pertikaian Keadilan: Mahkamah Digital Malaysia yang Empuk?



Gambar di atas: Eric Chia sangat bersyukur kerana mahkamah di Malaysia sangat telus dan adil. Jerung berleluasa. Habislah kamu bilis!!!

TanSri Eric Chia dibebaskan!!! Begitulah meletupnya Headlines di dada2 akhbar mainstream.
Telahan dan tekaan yang aku buat benar-benar belaka walaupun aku ini bukannya Nostradamus.

77 Juta wang rakyat lesap begitu sahaja. Tanpa Bukti dan Pendakwaraya gagal membuktikan kesahihan apa yang di dakwa dan ini bermaksud bahawa Kes tersebut Tidak Kuat.

PELIK BINTI ANEH!!!

Jika Kes tidak Kuat, mengapa semasa hendak pilihanraya tahun 2004 dahulu, Pendakwaraya berani mendakwa Eric Chia?

he.he..he.

PELIK BIN AJAIB!!!

Mungkin toyol yang melakukan pecah amanah dan penyelewangan tersebut sehingga tiada bukti2 yang nyata. 77 juta bukan jumlah yang sa-dikit beb!
=================

Aku SERU kepada semua pegawai-pegawai kerajaan, tokoh-tokoh korporat, baik yang berjawatan kecil mahupun besar agar kamu semua dibolehkan untuk memakan rasuah serta melakukan penyelewangan dan pecah amanah sebanya mungkin.

MAKANLAH RASUAH BANYAK-BANYAK. PALING MINIMAPUN RM 15 JUTA

Makanlah Rasuah dan lakukanlah pecah amanah dengan jumlah yang banyak dan janganlah melakukan penyelewangan dengan jumlah yang sedikit kerna jika kamu tertangkap nescaya adalah menjadi kewajipan sang-pemerintah untuk melepaskan kalian.

Hiduplah kamu semua dengan aman tenteram berserta wang-wang rasuah dan pecah amanah itu. Maka akan aman makmurlah diri kamu dengan wang-wang ihsan rakyat tersebut.

Hidup el-Rasuah. hidup el-pecah amanah. Hidup mahkamah kangaroo.
Hidup Malaysia.


he..he.he..

Labels: , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker