..

Wednesday, March 26, 2008

Pertikaian Kredibiliti : Selamat Tinggal Penghulu


elhias: Tipikal rumah penghulu kampung.

Baru aku faham.

Bukan setakat Melayu-otak-kosong yang menyokong iMNO tanpa memperoleh apa2 habuan lumayan dipanggil bebal. Malah ketua kampung yang dilantik oleh puak2 iMNO di peringkat daerah dan negeri lagi bebal.

Boleh dikatakan hampir 100-peratus penghulu yang dilantik oleh badan2 iMNO ini memang bebal.

Mengapa aku katakan mereka ini bebal ?

Sebab elaun khas yang diberi oleh kerajaan-pusat iMNO dan kerajaan-negeri-iMNO selama ini hanyalah sebanyak RM600/= sahaja.

Sebaliknya tenaga penghulu-bebal tadi diperah seumpama lembu untuk memastikan agar orang-orang kampung akan terus menyokong perjuangan bangsa(T) bertaraf rhetorik ciptaan iMNO.

Sesungguhnya RM600/= itu bagi aku suatu jumlah yang Maha-Sa-dikit. Sedangkan YB2 iMNO memperoleh projek haram dan habuan haram berlipat2 kali ganda banyaknya.

Dahlah penghulu-iMNO tadi dikerah seperti lembu, mereka juga dicaci dan dimaki secara diam-diam oleh penduduk setempat kerna pemilihan calon penghulu yang tak sebati dengan jiwa mereka.

Mengikut sesetengah pendapat jika lebih 40 orang memaki manusia itu, maka salah seorang daripada si-pemaki itu mungkin bermulut masin.

Yang paling ketara bebalnya, di Perak, tiba2 hampir keseluruhan penghulu kampung beramai-ramai tampil ke-hadapan untuk meletak jawatan. Walaupun disisi undang2, jawatan mereka masih sah sehingga 31-Dis tahun ini.

Pelik, Pelik. Nampak sungguh keBEBALAN mereka kali ini seolah2 takut pada bayang sendiri. Kemungkinan besar mereka tahu bahawa mereka memang sentiasa dimaki, dicaci dan tidak disukai orang kampung selama ini.

Habistu? Buat apa kau terima lantikan itu ? Bukankah itu adalah suatu perbuatan yang MAHA-BEBAL ?

Betullah kata orang, bukan hanya pemimpin iMNO sahaja yang BEBAL, malah hampir keseluruhan pengikut2 dan kuli2 iMNO semuanya BEBAL.

Entah lah.. keh! keh! keh!

p/s: RM600 adalah gaji buta. dan RM600 itu jugalah harga untuk disumpah dan diseranah .

Labels: , ,

..

Tuesday, September 18, 2007

Persoalan Kerajaan: Bekerja Lebih Untuk Apa Haa??



sumber sila klik sini

Kes : Indeks Komposit Penyelewangan Rasuah di dalam Negara Malaysia terus menunjukkan peningkatan dan di jangka terus menjadi-jadi setelah suatu badan bebas dunia melakukan analisis berserta laporan yang dibuat berdasarkan fakta dan sumber-sumber sahih.

Ekoran itu, suatu wawancara dilakukan.....antara pihak BBC dan seorang ahli politikus terkenal se-Malaysia.

Suatu wawancara yang maha serious antara TunTanSri-Prof. Diraja-Engku Tungku ElSyed-El-Abrar aka Albar dengan pemberita dan wartawan BBC.

Jawapan yang maha confident adalah pada 2 minit pertama setelah ditanya fasal isu kemurtadan dan adakah Islam adalah sebuah negara Islam oleh pemberita BBC tersebut.

Apabila ditanya mengenai isu korupsi/penyelewangan/el-risuah yang semakin berleluasa di bawah pemerintahan DYMM Tuanku el-Abdullah Haji-Mabrur Badawi, maka kedengaran jawapan seperti berikut:

El-Albar : Kita perlu "bekerja lebih" (do a lot more work)...

he..he.he.
==============

Erti maksud perkataan "bekerja lebih" tersebut, terus-terusan menjadi tanda tanya di dalam benak kepala aku.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "bekerja lebih?"

Banyak sangat yang boleh didifinisikan dengan perkataan "bekerja lebih" ini contohnya....

1. Bekerja lebih untuk melakukan penyelewengan sbg tambahan kepada penyelewangan yang sudah sedia ada sekarang ker?

atau

2. Bekerja lebih untuk memperkayakan tubuh-badan sendiri ker ?

atau

3. Bekerja lebih untuk mempertingkatkan prestasi daya penerimaan rasuah di kalangan ahli-ahli politikus yang berkuasa ker?

atau

4. Bekerja lebih untuk melakukan penutupan-penutupan penipuan-penipuan yang semakin berleluasa ker?

atau

5. Bekerja lebih untuk menjaga reputasi penternak-penternak babi ker...?


he.he.he..

Ya...

10 tahun dahulu pun sudah cakap fasal bekerja lebih ni. Entah sampai bila harus bekerja lebih, tiada siapa yang tahu.

Bekerja lebih tanpa had sudah pastilah seolah2 mengenepikan istilah
dont work hard, but work smart.

Selalunya kalau kita bekerja lebih sudah tentu akan menampakkan hasilnya. Tambah-tambah lagi jika kerajaan bekerja lebih dari segi memantapkan ekonomi.

Aku tidak mahu dengar mana2 pihakpun yang memperkatakan bahawa kerajaan telah sedaya-upaya bertungkus lumus, itu dan ini demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat

Benda2 tu dah didengar 20 tahun dulu dah.

Terkadang terasa agak bingit telinga apabila TV dan Radio berjuta-juta kali menghebahkan fasal hasil usaha pihak kerajaan dalam pertumbuhan ekonomi 6 peratus. itu dan ini...

Yang aku tahu, mana-manapun di sini mengeluh tentang kenaikan harga barang-barang harian.

Sehingga sebijik tapai yang dibungkus dengan daun pisang yang mempunyai 3 ulas ubikayu pun bernilai RM2/=

he...he...

Hasil daripada bekerja lebih kerajaan....

=============
Kepada politikus, bukan senang untuk menjadi pemerintah sebenarnya.
Mengikut Islam kehidupan manusia di dunia ini terbagi kepada 3 iaitu

1. 8 jam untuk dunia
2. 8 jam untuk akhirat
3. 8 jam untuk berehat

jumlah = 24 jam sehari

Yang menjadi persoalannya adakah pemerintah kita memperuntukkan sebenar-benarnya 1/3 daripada hari mereka bersungguh-sungguh bekerja demi kepentingan rakyat???

Tepuk dada tanya sendiri la...

sebab itulah kebanyakan ulama' pada masa dahulu menolak jika mereka dilantik untuk memegang jawatan tinggi....

Bukannya apa... takut tidak amanah

he.he.he.

Labels: , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker