..

Monday, August 11, 2008

permasalahan bangsa: Lahanatnya Perjuangan Demi Melayu itu




Apa ?????

Perjuangan demi survival bangsa Melayu ??? Mana ada perjuangan demi Melayu?? Tak akan menjadi jika perjuangan demi Melayu.

Tak ada roh. Tak ada 'feel' Jika berjuang hanya kerana Melayu. Karut-marut sungguh perjuangan demi Melayu itu.

Perjuangan demi keunggulan Melayu selalunya akan terbabas.
Mula-mula betul. Tiba di pertengahan persimpangan, tiada guidelines yang khusus, Si pejuang akan tergelincir jugak akhirnya. Sesat. Si-pejuang akan menjadi manusia keparat.

Mula-mula perjuangan demi bangsa.
Kemudian perjuangan demi serumpun.
Kemudian perjuangan demi sekelompok.
Kemudian perjuangan demi sebulu
Kemudian perjuangan demi se-kroni
Kemudian perjuangan demi se-keluarga
Kemudian perjuangan demi tembolok sendiri
Kemudian perjuangan demi untuk mendapat burit-burit dan pantat-pantat berair segar gadis dan wanita idaman

mata menjadi kuyu dengan kesedapan yang sangat bangsat itu. air liur nikmat meleleh.
Muka datuk itu menjadi hodoh ya amat. Biji mata hitam terpesorok ke atas. Soket mata jadi longgar. Nafas tercungap2.

------------------------------





Selalu aku bayangkan seorang pejuang Melayu itu bersongkok tinggi. Berkumis tebal. hidung pesek dengan muka kemelayuan fesyen bulat kekotak.
Telinga yang lebar, tebal dan capang.

Bibir Melayu kehitam-hitaman yang tebal. Dahi yang luas. dan ketinggian sederhana menghampiri pendek.

Wap nafas mulut yang agak busuk tetapi petah berkata-kata. Petah memberi kata-kata semangat. demi Bangsa kita. Demi anak-anak kita.. demi perjuangan ibu pertiwi kononnya.
darah merah kita mengalir mempertahankan nusa dan bangsa.

Bangsa Melayu di luar dengan tegar bersorak memberi kata perangsang kepada si pejuang bangsa Melayu. Si pejuang Melayu sangat bangga dimertabatkan pada kedudukan yang paling tinggi.

Si pejuang Melayu menggosok-gosok perut yang semakin membuncit, berlemak tersenyum bangga. Dengan penuh pesona.

Apabila api lampu di hadapan rostrum terpadam, pentas dikemas. Manusia-manusia penyokong bangsa lenyap dari pandangan.



Maka pulanglah si-pejuang bangsa ke hotel mewah, balik ke tempat pembaringannya. Pintu bilik terkuak, kelihatan tubuh-tubuh munggil gadis rupawan mengangkang di atas ranjang katil dengan kemaluan basah bergetah. Aroma kegadisan dan wanita menyerlah. Minta dibelai yang bukan percuma. Lima belas minit berlalu maka terdengarlah keriut spring katil senada seirama dengan bunyi nafas dan suara manusia-manusia di atasnya. Botol-botol arak terpelanting dek olakan tilam empuk katil yang menganjal ganas.

.... demi bangsa....

Melayu juga ketinggalan


elhias: hinanya mengampu.....muncung busok orang tua panjang sejengkal

Labels: , ,

..

Saturday, March 01, 2008

Permasalahan 'Keagongan' Pemikiran Melayu: Antara Sarkastik dan Skeptikal


elhias: tak taulah aku, kenapa penyokong2 sebuah kelab suka sangat menunjukkan punggung masing2 ke arah kelab lawannya semasa hari penamaan calon. Adakah mereka fikir bahawa mereka saja dianugerahi oleh tuhan dengan anggota badan yang agak sulit itu ?


Isu Mengumpat
----------------
Dalam suatu majlis keramaian di Putrajaya baru2 ini, terdengar borak2 Melayu-muda yang mengecam Hj Hadi mengenai 'fatwa' membolehkan orang Islam mengumpat. Nampaknya bangsa2 Melayu di sini terus telan dan hadam dgn isu yang diterbitkan oleh institusi berita tersebut tanpa mempunyai gerak hati dan usul-periksa bagi menyiasat serta menyelidiki hal tersebut. Apakah yang diertikan sebagai istilah mengumpat oleh Haji Hadi dalam hal itu, aku pun tidak tahu sama ada mereka (Melayu-Muda di sekitar Putrajaya) faham atau tidak.

Tetapi yang nyatanya bangsa-bangsa Melayu kita menganggap perbuatan mengumpat tersebut samalah dengan perbuatan memfitnah, mengejek dan menghina peribadi seseorang sembrono. Contoh: cara mengumpat seseorang suri-rumah ke atas suri-rumah yang lainnya.

Walaupun di kawasan Putrajaya ini, mempunyai talian servis internet yang berkeupayaan agak tinggi dan stabil, namun penggunaan tersebut bagi tujuan melakukan penyelidikan dan analisis bagi berita2 yang keluar di dada2 akhbar mungkin di tahap paling rendah atau sifar. Begitulah persepsi aku apabila mendengar buah-fikiran staf muda tersebut apabila mengeluarkan pendapat dikhalayak umum.


Staf muda-belia di Putrajaya
------------------------------------------------
Kelihatan Agak ramai juga golongan staf muda-mudi di Putrajaya ini. Mereka kesemuanya dalam lingkungan umur 21 - 22 tahun (walaupun ada antara mereka yang mula bekerja 2 tahun lepas). dan mereka juga telahpun mempunyai lampu hijau untuk mengundi.

Apabila aku bertanya kepada mereka apakah yang dimaksudkan dengan "PILIHANRAYA YANG TELUS? "

7 dari 11 orang menjawab:

"Pilihanraya yang telus itu maknanya pada tahun ini, SPR akan menggunakan peti-undi yang diperbuat daripada kaca yang lut-sinar dan lut-cahaya nampak dari luar dan transparent".

Begitulah bunyi jawapan mereka yang sunguh2 kedengaran agak meyakinkan dan confident.


O**k B***l?
----------------
Aku tertarik dengan suatu istilah baru diterbitkan oleh seorang rakan blogger ke atas rakan blogger yang lain mengenai persepsi beliau ke atas fenomena pemikiran yang semakin menjadi trend di kalangan anak-anak muda Melayu sekarang ini, yang jelas agak lemah dan cetek dalam rentak pemikirannnya. Mana beliau dapat istilah tersebut, aku kurang prihatin pula. Tetapi aku hanya mensifatkan bahawa istilah tersebut mempunyai sa-dikit persamaan dengan istilah yang agak terkenal iaitu 'lurus' dan 'bendul'. Apa yang terbuku dalam sanubari beliau yang sebenarnya pada ketika itu, aku pun tidak tahu. Tiadalah jua aku mahu sama-ertikan perkataan 'banal' tersebut dengan dungu kerna bunyinya agak melampau jua.

Oleh kerna yang menerima perkataan tersebut adalah seseorang yang berbangsa Melayu, maka seharusnya si-penerima itu harus percaya bahawa perkataan itu amat cocok dengan dirinya. Dan tiadalah jua aku harapkan agar si-penerima tadi mahu mengkaji sedalam-dalamnya mengapakah perkataan tersebut harus ditujukan ke atasnya. dan si-penerima tadi bagiku, mungkin sangat berpuas-hati dan amat-bersyukur dengan anugerah perkataan tersebut ke atas dirinya.


Suatu mitos British dan Belanda
--------------------------------
Oleh kerna persepsi aku mengenai pemikiran rata2 bangsa Melayu ini masih di tahap 1-dimensi (atau lebih bawah dari itu) maka sukacita di maklumkan bahawa untuk menakhluki tanah Melayu pada suatu waktu dahulu, tiadalah sesusah yang dijangkakan. Cukuplah pegawai-pegawai Inggeris atau kapten-kapten pelayaran Belanda mencanang-canangkan maksud meletakkan pasukan-pasukan tentera di bawah panji-panji kuasa militer mereka di sini adalah untuk 'memajukan' dan memberi perlindungan ke atas Tanah Melayu daripada serangan (musuh?).

Maka sesungguhnya dgn itu, para pembesar Melayupun, terus terangguk-angguk tanda setuju dan membenarkan pendudukan itu. Walhal terang-terangan pendudukan itu mempunyai maksud 'penjajahan'.

Untuk berperang dengan Bangsa Melayu pula dikala itu pun tiada susahnya. Dengan syarat, musuh, hendaklah berterus-terang seterang-terang yang mungkin. Jika tidak, Melayu tiadakan faham.

Mereka (para penjajah) mungkin berkata kepada para pembesar Melayu spt dialog ringkas di bawah:

Kapten Belanda:
"Kedatangan kami ke tanah-Melayu adalah untuk membunuh, menghancurkan, merogol dan memusnahkan hak-hak orang-orang Melayu termasuk Sultan kalian. Kami datang membawa bala-tentera yang ramai."

Pembesar Melayu akan segera menjawab:
" kalau tuan bisa menjual, hamba bisa membeli. Kami akan menunggu kedatangan tuan di sepanjang pantai melaka ini. Kesemua pendekar2 negeri kami akan ditempatkan dan berkubu di situ jua.

Kapten Belanda:
"Baiklah. Pastikan pendekar2 kamu semua berada di tempat yang dinyatakan. dan janganlah ada yang berkeliaran di tempat lain jika mereka berani"

Pembesar Melayu membalas:
"Baiklah sukacita permintaan tuan tertunai sudah"

Pada tarikh peperangan yang telah dimaksudkan itu, Ya! memang benar KESEMUA pendekar Melayu telahpun berkubu disepanjang tepi pantai spt yang dimaksudkan.

Tiada seorangpun pendekar dan pahlawan Melayu yang berada di tempat lain ketika serangan baru bermula itu.

Maka bergembiralah kesemua soldadu Belanda dari jauh yang membawa senjata-api seperti senapang berpeluru penabur dan meriam-besi dengan peluru meriam sebesar 3-kali ganda saiz kepala-sultan.

Peperangan pun Tamat. Tanpa Perlu diberitahu kemenangan Beroleh di Pihak yang Mana


500 - 600 tahun kemudian.............


Kebijaksanaan tentera Belanda tersebut tersingkap sudah.

Mereka tidak membunuh kesemua saki-baki pendekar dan pahlawan Melayu yang masih hidup dan yang menyerah diri.

Saki-baki pendekar Melayu yang masih hidup tadi diberi peluang utk meneruskan hidup dan dibenarkan membiak dan beranak-pinak oleh penjajah Belanda. Kepada yang tidak mampu, diberi sponsor pula oleh pihak Belanda.

mengapa mereka dibenarkan hidup dan membiak ?
Pelik bukan? he.he.

Labels: , , , ,

..

Thursday, November 29, 2007

Persoalan Mentaliti: Rancangan Televisyen Mencerminkan Tahap Pemikiran Rakyat Pada Keseluruhannya ?




Akal yang tajam, terhasil apabila seseorang individu itu mempunyai daya-pemikiran logik yang tinggi. Apabila individu tersebut memiliki daya pemikiran-logik yang tinggi, maka beliau dapat menganalisis sesuatu di dalam dunia ini, kemudian dikembangkan menjadi idea-idea yang bernas untuk diumpukkan ke dalam kitab yang disebut sebagai 'buku-ilmu'. Seterusnya buku ilmu tersebut akan disebarkan kepada umat manusia yang lain bagi memanfaatkan pengetahuan tersebut.

Ahli-ahli fikir Islam pada era kebangkitan Islam yang pertama, telah banyak menyumbangkan ketamaddunan ilmu tidak kira baik dari segi filusuf, tassauf mahupun sains. Begitu juga dengan tamaddun barat, yang juga banyak melahirkan cendekiawan2 yang mempunyai daya fikiran logik yang tajam sehingga kajian ilmiah mereka dalam bidang sains moden masih dijadikan bahan rujukan sehingga ke hari ini.

Tidak kiralah, tamaddun tersebut berasal dari mana, yang pentingnya adalah, segala formula, theorem, analisa dan rumusan yang dibuat adalah datangnya dari individu2 yang mempunyai daya pemikiran logik yang tinggi.

Di negara kita, pelbagai cara yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memantapkan pemikiran bangsa Melayu ke arah daya pemikiran logik yang tinggi. Di mana ia bisa melenturkan bangsa Melayu ke arah suatu bangsa yang berilmu pengetahuan. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan saluran media informasi perdana.

Sebab itulah di kaca2 TV kita, stesen2 penyiaran berlumba-lumba memaparkan telenovela-telenovela tidak kira baik dari Filipina, Thailand, Venezuela, Amerika Latin mahupun Indonesia. (juga telenovela2 dari Malaysia---apa kurangnya ?) Termasuklah impian-impian Bollywood juga kisah2 realiti spt Akademia berfantasi. Semuanya adalah usaha kerajaan untuk memantapkan pemikiran anak-anak muda Melayu ke arah daya-pemikiran logik yang tinggi.

SYABAS KERAJAAN............ TERIMA KASIH KERAJAAN!!!!

Hasil dan impak adalah seperti yang kita lihat sekarang. Agak ramai di kalangan kita yang berpuas hati nampaknya.

Lihat lah ketuanya siapa ?

nota: aku masih teringat lagi suatu lagu untuk BN apabila setiap kali menang dalam pilihanraya. lagu itu seperti ini.

Barisan....
Barisan....
Barisan Telah Berjaya...

Bagi sesiapa yang mempunyai alahan pada telinga sudah pasti akan merasai kesakitan apabila mendengar lagu ini. Bingit. he..he.he.

Labels: , , ,

..

Thursday, November 08, 2007

Persoalan Takdir dan Bangsa: Ada Apa Pada Kebijaksanaan Akal dan Logik Pemikiran Bangsa Melayu ?




hurrmmm....baiklah.

Oleh kerna masih ada lagi yg tidak percaya bahawa disebabkan kerna terlalu kurang consume 'susu' maka mengakibatkan bangsa2 rumpun Melayu, dan bangsa2 sekufu dengannya spt bangsa rumpun polynesia, Nusantara, Myanmar, filipina terdedah kepada salahlaku spt gejala penyelewengan/rasuah, maka aku tidak boleh berkata apa-apa lagi. Tertutuplah hati...terkunci mati...

...
...
...

errr... beginilah yer... (sambil meletakkan cermin mata di atas meja. api rokok dinyalakan...)

kita berbalik kepada perkara yang bersangkut-paut dengan persoalan 'TAKDIR'. Suatu tajuk yang tidak asing lagi dengan aku dan theme blog aku ini.....he..he..he.. (tajuk fovorite)

ya! takdir juga memainkan peranan yang penting dalam menentu-sahkan kebijaksanaan sesuatu bangsa itu.

1. ada bangsa yang ditakdirkan semulajadi bijak secara 'default'
2. ada bangsa yang ditakdirkan semulajadi sederhana-bijak secara 'default'
3. ada bangsa yang ditakdirkan semulajadi kurang-bijak secara 'default'
4. ada bangsa yang ditakdirkan semulajadi bodoh secara 'defaul't
5. ada bangsa yang ditakdirkan semulajadi dungu secara 'default;

Pentakdiran kebijaksanaan sesuatu bangsa itu adalah merujuk kepada peranan yang dimainkan oleh sesuatu bangsa itu dalam dunia. Jika semakin banyak pengaruh-peranan yang dimainkan dalam dunia, maka semakin banyaklah kebijaksanaan yang ditakdirkan oleh tuhan untuk sesuatu bangsa itu. Maka sebab itulah ada peristilahan yang berbunyi :

1. bangsa pilihan-tuhan
2. dan sebagainya

Berbalik pada bangsa kita, yang menjadi persoalannya adalah:
a. Apakah peranan bangsa Melayu kita ini dalam mencorakkan dunia pada hari ini? semalam? dan hari esok ?
b. Apakah penampakan kejayaan2 bangsa Melayu ini yang mencorakkan dunia pada hari ini? semalam? dan hari esok?

siapa boleh jawab?

Dari sudut itu kita telahpun tahu bahawa peranan bangsa kita yang dianugerahkan oleh tuhan pada tahap yang mana.

1. samada bangsa kita tergolong dalam golongan bangsa-pilihan
2. atau
3. bangsa “sipi-sipi”, yakni dalam peristilahan paras-tinggi iaitu "bangsa-kerak" suatu teknik peristilahan yang membawa erti maksud bangsa yang kurang dipedulikan. (kenyataan ni agak perit. aku tahu)

· Peristilahan “kerak” digunakan di sini adalah merujuk kepada suatu bangsa yang dijadikan oleh Allah SWT hanya untuk memenuhi kuota dan ditempatkan di suatu sudut dunia yang agak terpencil tetapi ditakdirkan tiada mempunyai apa-apa peranan yang signifikan dalam mencorak ketamaddunan dan peradaban dunia secara global

· Sesuai dan “converge!!!” dengan maksud firmat Allah SWT bahawa dijadikan manusia ini terdiri daripada berbagai-bagai bangsa supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain dan tolong-menolong.

Lihat juga kasus tentang peranan bangsa aborigines, orang-asli dll llagi. atau bangsa terpinggir yang boleh disama ertikan dengan istilah "bangsa-melukut di tepi gantang"

Walaupun bangsa kita ini hanyalah sebagai kerak, tetapi janganlah takut. Dunia hanyalah perhiasan. Kebijaksanaan, kecantikan bangsa-lain dalam dunia hanyalah sementara dan bukanlah suatu ukuran kejayaan diakhirat. itu adalah janji Allah SWT. (kenyataan perit)

Walaubagaimanpuan suka aku pertikaikan akan hal ini kernanya kita masih lagi bernafas di dunia ini, dan diberi kelonggaran untuk memikirkan segala-galanya. Dan itu tidaklah menjadi satu kesalahan dari sudut ilmiah.

Berbalik pada soal kebijaksanaan itu, pada aku, kebijaksanaan adalah berteraskan "logik-akal".

a. Logik akal adalah sebenarnya amat penting dalam pembentukan sahsiah pembudayaan dan pemantapan pemikiran sesuatu bangsa itu.
b. Logik akal adalah segala-galanya untuk menentukan kejayaan seseorang itu di dalam dunia (BUKAN-AKHIRAT)
c. Logik akal juga melahirkan kemahiran-kemahiran manusia di dunia ini yang bersumberkan ilham dan inspirasi
d. Logik akal juga membentuk corak daya pemikiran seseorang dan mencetuskan daya kreativiti individu

Bagi aku, logik-akal juga dapat membezakan antara perbuatan baik dan buruk. Mana yang patut dilakukan dan mana yang tidak, bagi kebaikan bersama.

Kita kaitkan pula berkenaan dengan permasalahan penyelewengan dengan logik-akal.

Theoritically, negara2 maju dan bangsa kulit-putih, sangat kurang mengamalkan penyelewengan (walaupun dalam sesetengah kes memang ada. itu sudah lumrah manusia).
Ini adalah kerana kekuatan logik-pemikiran mereka yang mengatakan bahawa penyelewengan sudah semestinya tidak baik dan merugikan bangsa.

Yang peritnya, 'term' logik-pemikiran sebegitu amat kurang pada bangsa kita ini. Justeru itu, ia mencerminkan tahap pemikiran kita dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.

Oleh kerana disebabkan PEMIKIRAN-LOGIK-BANGSA kita tidak kuat, sebab itulah para pemimpin kita terdedah dan agak cenderung untuk melakukan pengkhianatan, penyelewengan, korupsi yang terang-terangan pasti merugikan bangsa sendiri. Apa yang difikirkan adalah keseronokan dan kepuasan diri sendiri tanpa merujuk kepada natijah, akibah yang bakal sedikit-demi-sedikit menghancurkan anak-bangsa.

Bangsa2 pilihan-tuhan yang lainnya, walaupun rata-rata mereka amat kurang dan sangat jahil dari segi-akhlaknya, tetapi morality mereka sebenarnya amat tinggi.

Mereka mungkin tidak dapat hidayah daripada Allah, tetapi kejayaan yang mereka kecapi sekarang ini adalah datangnya daripada pemikiran mereka yang bernas dan bergandingan selari dengan peradaban-moral yang tinggi.

dan itulah sebenarnya lahir daripada istilah atau term yg disebut 'LOGIK-AKAL'

Logik akal sesuatu bangsa itu boleh diukur melalui ilmu-pengetahuan duniawi yang dapat dikuasai oleh mereka. Contohnya ilmu Hisab, fizik, Matematika, trigonometri dan beberapa cabang atau juzuk ilmu-ilmu lain yang berteraskan sains dan kalkulas.

Ilmu kalkulas, suatu cabang dalam Matematika berteraskan logic akal. Kita boleh ukur juga tahap kemampuan bangsa kita dalam menguasai cabang dan bidang kalkulas ini dan dimanakan bangsa kita dapat memanfaatkan perkara-perkara tersebut. dari situ kita telahpun tahu tahap kemampuan dan logik-pemikiran bangsa kita pada tahap yang mana.

Dari segi trigonometri, Pernah tak dalam diam-diam bangsa kita terfikir mengapakah satu bulatan itu diukur sebagai 360-darjah. Tidak 1000-darjah mahupun 100-darjah?

Dan di manakah para saintis Melayu, memanfaatkan teori2 kalkulus dan matematik tersebut untuk melakukan penciptaan-penciptaan yang baru ?

Sebagai kesimpulannya, kita berbalik pada penggunaan susu untuk memantapkan fungsi logik akal dalam otak sebagaimana yang aku maksudkan selama ini.

Sesungguhnya setiap takdir tuhan itu adalah berdasarkan cause and effect. Susu tadi adalah 'cause' atau 'penyebab'. Effectnya pula adalah fungsi otak yang mantap, serta logik-akal yang cemerlang.
Sama lah juga dengan ayat seperti di bawah

1. Nurin belajar 24 jam sehari semalam. Sebab itulah dia lulus 100 A dalam peperiksaannya.

dalam konteks ini,
belajar = itu adalah cause (penyebab)
lulus 100 A = itu adalah effect (akibah)

dan "takdir" di sini adalah pemberian sifat rajin yang membolehkan Nurin sentiasa mempunyai daya, minat dan gerak hati untuk cekal belajar 24 jam sehari-semalam.

Jika bangsa Melayu itu masih lagi berdolak-dalik untuk minum susu (seperti faktor ketidak-serasian dengan pelbagai jenis-susu), maka sahih dan SAH!!! ternyata memang Allah dah gelapkan hati kita semua dan mahu menjadikan bangsa-kita hanya bangsa pinggiran atau bangsa kerak sahaja. Ditambah lagi susu-segar sangat susah dicari dan bertambah mehol/mahal sekarang ini. (bukannya susu kotak, atau susu tin atau susu pekat manis F&N minuman orang2 hulu di kampung2)

Dah ditakdirkan begitu....dan begitulah adanya(keh..keh..keh.)

akhir kalam.....wassalammu…

Labels: , , , ,

..

Friday, August 31, 2007

Persoalan Bangsa Melayu: Pengecut, Penakut, or tiada 3D Melayu itu ?




Merdeka...Merdeka...Merdeka...

Seperti biasa ucapan2 retorik itu sering berkumandang di TV tak henti-henti dan tak putus-putus.

Aku bukannya apa... sebenarnya aku masih merenung jauh tentang perjuangan suatu bangsa yang dipanggil sebagai Gerakan Pembebasan Melayu-Pattanni (PULO) yang tidak putus-putus dan tidak henti-henti berjuang untuk memerdekakan tanahair mereka walaupun pada hakikat yang sebenar perjuangan tersebut seperti tiada reaksi dan tiada mendapat sambutan daripada orang-orang Melayu di sebelah Malaysia.

Dalam hal ini, kelihatan pemimpin korup Melayu kelihatan seperti buat2 bodoh sahaja. Perjuangan Palestine yang mempunyai 2 pecahan iaitu Arab-kristian digembar-gemburkan walaupun perjuangan tersebut telahpun dapat sambutan di seluruh dunia. Tetapi perjuangan 100 percent Melayu-Islam Pattani hanya dipandang sepi sebelah mata sahaja oleh bangsa Melayu itu sendiri.

Sebab itulah terdapat terma dan proverb dari orang Melayu sendiri yang berbunyi
Kera di hutan di susui. Anak di sisi mati kelaparan.

dan kebetulan he..he.he.. aku tidak mahu gunakan istilah kera untuk refer kepada bangsa sendiri kerana sesungguhnya aku tidak mengakui bahawa kera ini adalah Bangsa Melayu. Buruk benorlah pulak bunyinya. kera tu maknanya bangsa lain la kot hehehe...



Terma yang biasa aku gunakan terhadap bangsa Melayu adalah Ketidakwujudan pemikiran 3-Dimensi di kalangan bangsa Melayu dalam menangani sebarang tekanan dan permasalahan. Ya!!! sesungguhnya aku, kau, dan mereka tidak mempunyai daya keintelektualan 3D ini dalam menangani sebarang masalah. Sebab itulah bangsa-bangsa lain di bumi Malaysia ini (contoh budak-bangsat bernama Namewee) berani pijak semua kepala Melayu yang ada dalam bentuk simbolik di internet.

Aku pelik sungguh dengan orang Melayu. Jika media antarabangsa melabelkan sebagai perjuangan Pattani adalah tidak sah dan sebagai anasir terrorism sedunia, dengan sebulat suara orang-orang Melayu di Malaysia pun kelihatan terima bulat-bulat pertuduhan tersebut dengan tanpa usul-periksa. Ini betul-betul terjadi di kalangan muda-mudi Melayu dewasa ini. Kadang-kadang orang Melayu ini kelihatan geli sungguh mendengar perjuangan orang Melayu pattani tersebut.

Akibatnya, aku tidak pernah nampak sebarang bentuk research yang serius di kalangan yang dikatakan sebagai intelek Melayu mahupun orang2 Melayu yang berkuasa juga media-media mainstream Bangsa Melayu untuk memartabatkan perjuangan Bangsa-Melayu-Islam Pattani itu sendiri. Sungguh memalukan. Apa yang aku nampak adalah persengkokolan pihak berkuasa kita yang bekerjasama dengan pihak berkuasa Siam untuk membanteras perjuangan Melayu Pattani itu sendiri. Amat menyedihkan sekali senario yang terjadi sekarang.




Itulah hakikat sebenar bangsa Melayu kita. Yang selalu menggembar-gemburkan menyayangi bangsa dan cintakan tanahair. Realiti atau retorika? Yang mana sebagai pilihan ?

Aku begitu pelik dengan bangsa-bangsa Melayu termasuk pemimpin2 Melayu itu sendiri. Mereka sangat berkuasa. Tetapi dalam hal ini, kelihatan mereka sa-olah2 tiada kuasa. Atau mereka tiada idea untuk berbuat sesuatu untuk menolong bangsa sendiri?

Dari segi retorik, selalu sangat orang Melayu melabelkan bahawa mereka adalah suatu bangsa yang bijak. Dan yang paling dahsyatnya sehingga tergamak ada di kalangan mereka yang melabelkan Polis dan pihak Intelligent Bukit Aman di Malaysia sebagai suatu badan kepolisian yang paling terbaik di dunia.

Pengukuran dari segi apa? Aku pun tidak tahu. Puas aku mencari di internet pengukuran skala mana yang digunakan untuk anugerah syok-sendiri tersebut. Masih lagi belum ku temui. Yang ada hanyalah cakap-cakap kosong dan gembur-gembur di forum-forum yang boleh disangsikan pada tahap tertinggi duniawi kerana tanpa sources dan references antara sesama Melayu itu sendiri. Mungkin itu adalah bentuk baru "pillow-talk" pada alaf baru dengan menggunakan ledakan teknologi informasi bermaklumat.

Pada hemat aku, perjuangan Melayu-Pattani tersebut adalah suatu perjuangan yang sah. perjuangan suci murni tersebut sepatutnya mendapat sambutan dan doa restu di kalangan bangsa Melayu di sini dan bukannya cacian juga makian bahkan gelian.

Jika dinilai dari sudut sejarah keempat2 wilayah selatan Siam seperti
1. Pattani
2. Narathiwat
3. Songkhla
4. Yala
5. Satun (tak termasuk yg ni)

adalah tergolong dalam pemerintahan Kesultanan raja-raja Melayu-wiyuun el-pattani dahulu.

Oleh yang demikian,

Jika tidak percaya, sila buat kajian terperinci. Bukti-bukti sahih memang terlalu banyak.
(korang bilang, korang bijak sangat)




Jika bangsa Melayu ini mentaati raja dan negara seperti termaktub dalam perlembagaan, Inilah masanya untuk mendaulatkan semula kesultanan Melayu Pattani.

Apakah kita merasa takut dengan kepolisian dunia itu atau kita tiada mempunyai sebarang daya keintelektualan 3-Dimensi untuk membongkar dan memartabatkan perjuangan dan segala-galanya? he..he.he...

Tiada gunanya mengaku diri sendiri sebagai Suku Bangsa Bugis yang berani. Tetapi dalam hal ini kelihatan seperti kecut dan penakut.

Tiada gunanya mengaku diri sebagai suku Jawa-ponorogo yang cekal dan tabah. Tetapi dalam hal ini kelihatan seperti bangsa-Jawa yang tidak mempunyai telur/teloq. Kalau adapun, teloq kecut lagi kecik dan kurang-berfungsi masuk dalam.

Yang ralatnya terdapat sesetengah suku kaum Jawa (terutama Jawa ponorogo) di Malaysia ini yang perasan bagus dan terlampau taksub dengan suku kaum sendiri sehingga memperkecilkan kaum-kaum dan rumpun2 Melayu yang lain di kedai-kedai kopi. Dan bagi aku, inilah salah satu punca fakapnya!!!

Padahal kejahatan bangsa Jawa seperti memakan rasuah baik di Jawa Timur mahupun Jawa barat di Jawa, Indonesia (dalam institusi kerajaan itu sendiripun) tiada bedanya dengan kejahatan rumpun2 lain di Nusantara ini.

Oleh itu, jika tiada tindakan yang diambil, maka tiada bezanya kesemua rumpun Melayu di Nusantara ini. Kalau pengecut, tu pengecut juga. Kalau jahat tu, jahat juga. Kalau buruk tu, buruk juga termasuk Jawa Ponorogo itu sendiri.

AKU BERI AMARAN DI SINI BAHAWA TIADA MANA2 SUKU dalam Rumpun Nusantara ini yang lebih baik dari suku yang lagi satu. Bagi aku, kita semua adalah sama. Yang dinilai adalah keimanan dan bukan rumpun mahupun bangsa itu sendiri.

contoh, Jangan katakan bahawa suku Banjar itu jauh lebih hebat daripada Jawa. dan janganlah cakap orang-asli Mehmeri tu lebih bagus dari orang Melayu!!! Jangan!

sekian, terima kasih. wasalam.

nota: Seperti biasa, elhakim adalah cuma pemerhati sahaja. dan tiada mengambil apa-apa jua bahagian dalam deskripsi artikel dalam blog ini he...he..he..

Labels: , , , , ,

Online Users
eXTReMe Tracker