..

Thursday, April 28, 2011

persoalan bangsa: ada apa pada ketuanan?

jenuh dah aku memikirkan, mengapa melayu masih sensitip lagi tentang persoalan hak-hak keistimewaan melayu dan hak ketuanan mereka padahal hak tersebut, tiada sa-dikitpun merubah sosio-ekonomi mereka sejak 20 tahun dahulu. apa yg kulihat dgn mata kepala aku sendiri, yg miskin tetap miskin. malah makin papa kedana dengan hutang yg paling byk.

yang peliknya, yang paling sensitif sekali ttg hak ini, bukannya melayu di bandar,  tetapi melayu2 berkepala leper yang duduk di kampung, yg tinggal dlm kemiskinan, paling tidakpun yg tinggal dlm kesederhanaan yg mana mereka yg cukup-cukup makan sahaja.

apabila dirungkai kembali, minda dan pemikiran mereka, hak-hak keistimewaan melayu pada mereka bukannya
memajukan prasarana kemudahan utk bumiputera, bukannya mengembalikan ekuiti 30% utk bumiputera, bukannya menetapkan kekebalan tanah pusaka nenek moyang mereka drpd dirampas-paksa tanpa hak utk pembangunan,  bukannya memberikan pendidikan percuma utk anak2 peribumi dan bumiputera dan lain2 lagi.

sa-sunggohnya tiadalah mereka gusar akan kehilanngan hak seperti itu.

apa yg mereka takut tentang kehilangan hak ini, sebenarnya adalah...

mereka takut jika mereka tidak dpt RM50/=, kain pelekat sehelai dan beras se-kampit ketika hendak mengundi.

bagi mereka, itu sahajalah harga hak ketuanan melayu dlm hati ikhlas mereka.

dan 'hak keistimewaan dan hak ketuanan' itu pasti lenyap apabila parti alternatif memerintah.

Apabila melayu itu bodoh, maka mereka dengan mudah diratah-ratah oleh manusia seperti ini.


















elhias: "depa (org2 melayu) tatau..kita sedang pakat bina empayar sesama kita.  skg ni anak Tan-Razak. lepas tu Hishammuddin anak hussein,   lepas ni anak aku pulak si mukhriz botak. sorilah dollah you got no son. and  i hate your in-law"

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker