..

Saturday, July 11, 2009

Pertikaian: Perkahwinan Mereka yang Celaka Lagi Mencelakakan


elhias: Jika perasan cantik, kecantikan itu amat cilaka lagi mencilakan. Begitu juga pasangan lelaki. Tiada satupun advantage dan kebaikan yang diberikan oleh pasangan di-raja ini. Hanya sesuatu yang menyusahkan. Jadi, buat apa kahwin ???

Biasanya perkahwinan selalu dikaitkan dengan kenikmatan dan seri hidup juga boleh mendatangkan kebaikan bagi sesiapa yang mendirikannya. Tetapi bagi aku, perkahwinan antara Tengku Temenggung Kelantan dengan gadis Indon Manohara sesuatu yang celaka lagi mencelakakan.

Kecelakaan kasus perkahwinan ini bukan sahaja mencelakan antara kedua2 belah pihak tetapi kecelakaan itu merebak sehingga kepada rakyat antara kedua2 buah negara.

Sementalahan pula, bagi aku, Manohara adalah seorang gadis yang terlebih baja dan mudah-subur maka sedikit makanan yang dimakan oleh beliau kelak akan mengembangkan tubuh badannya. Tengku Fakhry pula adalah bujang terlajak.

Menurut salah seorang rakan aku expat. di Indon, dia terpaksa menyembunyikan identiti sebenar - iaitu tidak mengaku warganegara Malaysia, sebaliknya mengaku warganegara Singapura atau Brunei bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.


Di medan-maya, warga Indon juga menjadi cemuhan dan ejekan oleh warga negara Malaysia.

Jadi, aku tidak nampak sebarang keberkatan mahupun kebaikan perkahwinan antara Tengku Fakhry dengan Manohara. Malah ia telah mendatangkan keburukan dan kemerbahayaan antara rakyat kedua-dua negara yang terlibat.

Oleh itu, buat apa mereka berdua berkahwin jika ia sesuatu yang menyusahkan ???

Mereka (orang besar dan ternama) sedap-sedap berkahwin, rakyat marhein yang tidak kena-mengena jadi mangsa.

KAMU BERDUA INI MENYUSAHKAN!!!!!

Labels: , ,

1 Comments:

Blogger rastom said...

Bersedap sedap dahulu, susah kemudian. Masih tengah kamceng dulu TT bawa dia merata rata, nun aku pun nampak di atas Cameron Highlands tu dulu.

3:10 AM  

Post a Comment

<< Home

Online Users
eXTReMe Tracker