Monday, June 18, 2007

Persoalan Bangsa: Salahkan Tongkat Kerana Gagal ke Seberang?


Salah satu kesilapan besar Bangsa Melayu adalah menyokong memburukkan Dasar Ekonomi Baru dan menidakkan Hak Keistimewaan bangsa Melayu seterusnya melenyapkan Malay Supremacy atau Hak Ketuanan Melayu di Malaysia.

Idea siapakah yang menyatakan bahawa Hak Keistimewaan Melayu itu sebagai tongkat yang melambangkan bahawa Bangsa Melayu itu sebagai satu bangsa yang lemah?

Perhatikan baik-baik pada setiap negara yang wujud di dunia ini. Di Amerika, Britain mahupun negara2 Eropah. Pasti negara tersebut telahpun mempunyai bangsa yang mendominasikan negara tersebut. dan bangsa-bangsa lain sudah pasti dilabelkan sebagai bangsa kelas ke-2 dan ke-3. Yang kerap menjadi mangsa adalah bangsa-bangsa yang berasal dari Asia dan Afrika di situ.

Yang menjadi masalahnya bukanlah DEB atau hak ketuanan Melayu yang melemahkan bangsa Melayu, tetapi tahap kesedaran dalam menggunakan keistimewaan atau 'tongkat' tersebut.

Jika dilihat betul-betul tiada satupun usaha yang serius oleh kerajaan untuk menwar-warkan hak keistimewaan tersebut kepada anak bangsa.

Yang menjadi masalahnya, segala hak keistimewaan itu tidak diberi kepada mereka yang benar-benar layak dan banyak penyelewengan terjadi di situ.

Akibatnya jika tidak membuahkan hasil yang sepatutnya, maka terus saja 'tongkat' itu dipersalahkan dan akan menunggu masa untuk dipatahkan.

Bangsa Melayu di Singapura dilihat bukan main lagi menyeru agar Bangsa Melayu di Malaysia membuang terus tongkat dan segala hak keistimewaan bangsa Melayu. Mereka mengatakan bahawa mereka telahpun berjaya dan menjadi satu bangsa yang gagah dalam persaingan.

benarkah itu?

Lihat sendiri majoriti yang memegang tampuk kuasa di negara tersebut. Banyak mana muka-muka Melayu yang berada di atas? Sedangkan bangsa Melayu telahpun wujud di situ berabad-abad lamanya.

Pendek kata, jika disebut Singapura, wajah siapakah yang muncul dan terbayang di minda?

Apa yang diseru oleh bangsa Melayu di Singapura pada hemat aku, tidak ubah seperti sang tikus membaiki labu atau membantu saudara di seberang menggali kubur sendiri. Ia tidak lebih dari itu.

Oleh itu, saranan untuk menidakkan Hak Ketuanan Melayu harus diketepikan selagi bangsa Melayu itu masih mempunyai saki-baki kuasa.

Akhir kalam, sesungguhnya tiada nilai-nilai assabiyah di sini.

6 comments:

  1. Anonymous8:41 PM

    Tn Elhakimi!

    Modal Ketuanan Melayu dan all things Melayu sudah dihijack oleh penyamun mafia yang kaya raya...hehehe apa lagi modal yang kita ada?

    ReplyDelete
  2. 'mereka' boleh saja jadi penyamun..

    malah jadi pembunuh kalau mereka mahu..kasihan el tan tu ya bukan?

    merekakah yang memegang tongkat, hinggakan berjalan lurus bagaikan malaikat?

    tahniah kepada tuan el ha kim..

    hehe

    ReplyDelete
  3. dear tn el-rastom el-Langkawiyeen

    ada skiiittt lagi... tak banyak.

    he..he..

    maksud aku... kubu terakhir iaitu UiTM dan bekerja di jabatan2 kerajaan.

    kalau semua dah tiada...

    tak tahulah dekat mana aku hendak membawa gendong-buruk-kain-pulas-ikat aku ini.

    he..he..

    ==========

    Tn elzemir..
    Jika hayat el-tan-tu-ya itu masih hidup dan suci-muci,

    akan aku nikahkan kau dengan dia.

    Dia apa kurang lawanya...

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:47 AM

    kamu nak nikah ke?? siap ada tepak serih...heheheheh

    P/s : saje lari topik

    ReplyDelete
  5. el-yanni-yanno

    nikah???
    he..he...

    monyet pun tak sudi dengan aku...

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:12 AM

    hahaha...tau takpe..

    ReplyDelete