Monday, January 15, 2007

Permasalahan Lelaki: Lelaki dan Syahwat

Masalah Syahwat 1
============
Aku terkejut setelah terbaca komen Pu3 Amidala tentang kerjasama antara Iran dengan Negara Venezuela untuk mengoffsetkan dominasi Amerika Syarikat.

Kerjasama tersebut aku fikirkan bagus. Aku kagum dengan Iran. Aku kagum dengan mereka dan kerjasama ini amat bersesuaian utk menangkis pengaruh super-polis dunia dominasi US.

Tapi yang tak sedapnya
Iran negara umat Islam
Venezuela negara Kapir katolik ke arah sosialis.

Jadi mana perginya negara2 OIC yang lain? tidur ker? he..he..he
Kan lebih bagus jika negara2 Islam bersepakat untuk membentuk kesepakatan itu dari awal lagi.

Kita orang islam dan berkiblahkan Kaaba yg satu? he.he.
Mana perginya kerjasama OIC tu? he.he..

oopss.. persoalan ini sudah lapuk... semua orang tahu siapa OIC itu.

Cuma aku masih lagi terkedip-kedip. Masih tidak percaya.

ha.ha..ha.ha.. sudah berputus arang dengan OIC tu kot?



Masalah syahwat 2
=============
Isu pemulauan pihak pembangkang pilihanraya kecil DUN Batu Talam-2- muka.

Terkentut-kentut pihak autoriti negara apabila masalah demokrasi negara diletakkan pada tahap terburuk di dalam Majalah terkenal dunia Economic dan Far Eastern Economic Review yang dibaca oleh berjuta-juta penduduk seluruh dunia.

Kebobrokan ketidakadilan demokrasi oleh autoriti negara terletak pada anak tangga yang ke - 9x / 15x. (menghampiri 95)

dari segi kebebasan media/press kita pada anak tangga ker 104 dari 15x negara. pun agak tercorot.

cuma corruption saja boleh tahan iaitu pada anak tangga ker 33.

democracy -audit-ranking boleh juga di dapati dari laman web seperti di bawah
http://www.worldaudit.org/democracy.htm

Satu angka yang agak tercorot. he..he..he..Kalau dalam exam, Malaysia adalah gagal atau fail.

Indonesia, Niger,Bangladeshi lebih bersih dari negara yang aku cintai ini. begitu juga singapore dan negara-negara maju yang lain. (dari segi demokrasi).

cakap negara Islam.

Malaysia dalam lingkungan negara2 korupt seperti negara-negara di Africa?? Yang suka menyembelih manusia lain jika tidak diundi parti tersebut. (Perlu banyak yang dikaji di sini)

biarkan...biarkan...

Ulasan yang diberikan oleh Rashid-SPR dan Tan Sri Muhammad Taib entah apa-apa bunyinya.

Buletin utama yang menyiarkan rakaman ulasan tersebut seperti buletin menjual kicap-masin yang menyeru umat-umat manusia memakannya untuk menjauhkan penyakit darah tinggi, ghout, dan kencing manis dan seterusnya stroke aka angin ahmar.

Key points pembangkang kenapa memulaukan pilihanraya tersebut langsung tidak dinyatakan secara objektif untuk tontonan ramai.

Yang dihighlightkannya adalah pembangkang takut kalah dan pembangkang bodoh. sebab itulah pilihanraya dipulaukan.

Ada 3 golongan manusia sahaja yang wajib mempercayai kata-kata manusia-manusia penjual kicap masin ini. Ia adalah seperti yang berikut

1. anjing yang kekenyangan
2. manusia yang menghidapi penyakit down-sindrome (lambat catchup dan lambat menangkap)
3. manusia terencat akal yang tidak mengaku menghidap sebarang kecacatan.

he..he..he...

apa-apapun ini adalah catitan diari maya aku sajer. he..he.he.


11 comments:

  1. helo abang elhakim,

    wat a surprise..
    we found that ur title and the main idea of ur current N3 are not related at all...

    ha..ha.

    fesyen baru ker ni bang?

    Pada saya, ada banyak tujuan kenapa kerajaan tidak mendedahkan sebab mengapa opposition menarik diri daripada pilihanraya tersebut kerana kerajaan juga sedar ia mungkin dapat mempengaruhi orang ramai.

    Lagipun sekarang ini our former leader TDM sudah cukup banyak gave problem to the government.

    kesian kat government.....

    at least give pak lah break...

    :)))

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:06 PM

    sdr el Hakim,

    Dinamika politik yang proaktif kepada nilai nilai sejagat melewati batas batas konvensional seperti label OIC (yang sentiasa sarat dengan retorik).OIC hanyalah entiti artifisial, dibentuk bukan kerana kesedaran tetapi ikut ikutan (kalau ada EU,APEC, OAS maka negara negara yang diketuai orang Islam merasa tidak selesa jika tidak ada satu pakatan walaupun hanya pada nama).

    ReplyDelete
  3. Tuan Rastom, nampak menarik andaian tuan.

    elhakim, saya tak dapat rasa aura saudara di en3 ini. mengapa ya?

    ReplyDelete
  4. alaaaa tajuk macam best!

    kekkekeke tapi bila baca, amende yg ko tulis ni hakim? udah udah laa tu mengkritik benda2 yg kita tak mampu nak buat aper2, sekadar membebel jerr..

    aku cadangkan, kau masuk politik, dan ubah aper yg kau tak puas hati dengan tangan kau sendiri...

    ataupun kau apply jadi kolumnist kat suratkhabar kerr...ape yg kau tulis tu bernilai, bila kena salurannya..
    cuba hantar kat forum utusan ker..

    eh tapii betul laaa...aura negatif kau dah kurang sket..eheheheh kau macam tulis benda2 selamat jerrr..

    ReplyDelete
  5. Mazween the laugh?

    what do you mean to give paklah break?

    Do you mean breakfast? atau sekadar rehat.

    pada aku, tidak patut beri paklah breakfast mahupun rehat sebab rehat yang berlebih-lebih ini akan mengundang bahaya.

    Nanti sakit jantung mahupun darah tinggi menyerang sapa nak tolong paklah?

    dahlah isteri tak ada... nanti mati sorang-sorang kat pejabat yang besar tu tak ada sapa yang tahu.

    he..he.he..

    tn rastom yg arif,
    he..he..
    yes I agree with u.

    ustazah Al-Zalisa,

    he..he..he..
    aku rasa pula aura aku bertambah kuat.
    he..he.he.

    leeds al-Maliqueee,
    membebel itu adalah satu usaha dinamika.

    wanita yg membebel boleh mengubah tabiat lakinya.

    rakyat yang membebel juga boleh mengubah kerajaan.

    Aku adalah golongan negatif yang aggressive.

    aku sukakan teknologi kerana aku bergiat dalam daerah teknologi.

    So aku akan menyesal jika aku tidak menggunakan teknologi yang aku perkenalkan sendiri.

    he..he..
    hidup kebebasan mass-media....
    mari kita berbuat bising!!!!!
    bunuh senyap!!!!

    Laukku sudah cukup masin....

    ReplyDelete
  6. hahaha pertama kali aku agak nampak nak sama pandangan ngan ko.. bagi aku tak patutlah kerajaan ke atau pengerusi SPR ke duk hentam kata bodoh ke takut ke.. hehe

    rakyat terlalu bijak dah sekarang ni, rakyat nak lihat jawatan yang bijak dari orang bijak dan bukannya jawapan yang bodoh dari orang bijak ..

    tak gitu elhakim? kekeke

    ReplyDelete
  7. jawapan.. bukan jawatan hahaha typing error laaa :P

    ReplyDelete
  8. aku tahu.... apa yang kau maksudkan

    dan aku tahu kau bijak wahai AKU!!!

    ReplyDelete
  9. hello elhakim,

    aku adalah

    Quadruple Unbeaten Above the Law
    Mighty Highest Level
    Quad Nan input-gate.

    so what's up?

    x berpuas hati?

    Mengapa? kenapa? siapa?

    ReplyDelete
  10. Hakim,

    En3 kau kali ini betul betul buat orang ghairah nak baca. Tapi lain jadinya... heeeee

    Betul kata Leeds, kau tu ada bakat jadi columnist. Usah bazirkan bakat kau tu. Aku percaya kalau kena gayanya kau pun boleh buat duit. Jadi columnist bebas pun ok apa ....

    Above, apa khabar ? Bunyi macam marah aje ??

    ReplyDelete
  11. Elhakim,

    betul kata pak rastom. OIC sekadar lambang. Mengadakan sesuatu supaya negara Islam nampak terbela dan Arab akan kekal jaguh dunia Islam. Tetapi teras OIC bukanlah untuk memberikan dana kewangan kepada negara Dunia Ketiga. Piagam utama adalah konferens demi konferens. Itu ajer.

    Chavez dan Iran jadi rakan baik kerana punyai musuh yang sama, AS dan dasar luar AS. Ada rahsia disebalik kebencian Chavez kepada Bush sehingga digelar syaitan dalam perhimpunan PBB.

    Pasal Pilihanraya. Eh, telus tu. hehee

    ReplyDelete